Tuesday, February 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (677)

Kumpulan pro pembangkang kena berhenti menyediakan pelan angan-angan buat Nizar

DEMI untuk memastikan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin yang menduduki jawatan itu untuk tempoh paling singkat dalam sejarah negara menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi menteri besar dan tidak terus bermimpi untuk kekal pada jawatan itu, sebaliknya beliau hanyalah bertaraf bekas menteri besar, kumpulan pro pembangkang kena berhenti menyediakan pelan angan-angan yang tidak mungkin menjadi kenyataan dan tidak mungkin terealisasi sebagai realiti.

Kalau memang beliau menjadi pilihan majoriti rakyat Perak untuk menduduki kerusi menteri besar, tunggulah pilihanraya umum ke-13 yang tempoh masanya semakin dekat dan pilihlah untuk bertanding mencabar Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir sendiri di Kawasan Dewan Undangan Negeri Pangkor atau mana-mana kawasan.

Sementara menunggu tibanya pilihanraya umum ke-13, berilah masa kepada Dr Zambry melaksanakan harapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya rakyat Perak akan kembali menumpukan pada usaha pembangunan negeri dan tidak lagi terlibat dalam sebarang bentuk kegiatan politik yang boleh dianggap tidak menghormati keputusan mahkamah.

Pihak yang kalah dalam penghakiman kes kedudukan Menteri Besar Perak yang mengesahkan kesahihan jawatan Dr. Zambry mungkin mempunyai pandangan berlainan, namun hakikatnya, dalam sistem mahkamah negara, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kedudukan Dr. Zambry setelah kedua-dua belah pihak diberi peluang oleh sistem kehakiman untuk berhujah.

Kalau dirasakan penghakiman yang dibuat tidak adil dan saksama serta Dr Zambry tidak memunyai kualiti sebagai menteri besar pada kacamata majoriti rakyat Perak, maka rakyat berhak untuk membuat penghakiman pada pilihanraya umum ke-13 nanti. Sebelum tibanya pilihanraya umum ke-13 adalah meruppakan kelompangan masanya untuk rakyat Perak menilai kepimpinan Dr. Zambry dan menilai kulaiti perkhidmatan dan kemampuannya membela rakyat Perak dan membangunkan negeri berkenaan.

Lagi pun Dr Zambry menduduki kerusi Menteri Besar Perak bukan atas kehendaknya tetapi telah dipilih oleh parti apabila Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bermenteri-besarkan Nizar kehilangan lebihan majoriti ekoran dua ahli dewan undangan negeri dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seorang dari DAP keluar dari parti masing-masing menadi wakil rakat Bebas dan mnyokong Umno/BN. PR tidak lagi berhak dari sudut amalan demokrasi untuk terus menjadi kerajaan apabila tidak lagi memiliki majoriti.

Manakala Nizar sebagai menteri besar dengan sendirinya hilang keduduka sebagai Meteri Besar kerana beliau masih kekal di sebelah parti yang kehilangan majoriti, Barangkali beliau boleh kekal pada kerusi menteri besar kalai beliau cepat-cepat menyertai parti yang mendapat majoriti sebelum Umno/BN yang memiliki majoriti belum lagi melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar.

Oleh kerana Nizar memilih untuk kekal dengan parti asalnya, maka beliau kena menerima hakikat kehilangan jawatan menteri besar kerana pilihannya itu, malah beliau kena berhenti berangan-angan untuk kembali ke jawatan itu, setidak-tidaknya sebelum tibanya pilihanraya umum ke-13 yang mana rakyat akan membuat penghakiman sama ada pilihan majoriti rakyat Perak adalah Kerajaan PR dan Nizar atau pun Kerajaan Umno/BN dan Dr Zambry yang perlu ditunggu keputusan muktamadnya nanti.

3 comments:

Pekerja Am Rendah Mahkamah said...

Saya setuju benar. Kumpulan pro pembangkang terlalu banyak menyediakan pelan dan kerangka angan-angan buat Nizar menyebabkan bekas menteri besar Perak itu hilang kewarasan, malah NIzae jadi lupa bahawa beliau tiak mampu engubah dan melawan takdir dan ketentuan Allah.

Ada bloggers pro pembangkang yang enggan menerima keputusan mahkamah menamakan mahkamah UBN memutuskan kemenangan berpihak kepada Dr Zambry yang mana penamaan sedemikian bersifat menghina mahkamah.

Sepatutnya bloggers berkeanaan dibawa ke muka pengadilan, didakwa atas kesalahan menghasut serta menghina mahkamah. Mahkamah adalah badan bebas, bukannya milik mana-mana parti politik atau berada dibawah mana-mana parti politik.

Abuzar said...

Track record kepincangan proses demokrasi dan sistem kehakiman Malaysia 53 tahun dibawah UMNO ... amat ketara ... kecuali mereka yg "kabur mata" dengan duitan...

Pernah Culik wakil rakyat PAS Terengganu .. Rampas kuasa Kerajaan PAS Terengganu,

Pernah culik wakil rakyat PAS Kelantan.. cubaan Rampas kuasa Kerajaan PAS Kelantan, ..

Operasi lalang...ISAkan pembangkang...

Krisis Perlembangaan & pelucutan kuasa Raja2 Melayu 1988..

Campur tangan kerajaan UMNO dalam kehakiman, pemecatan Tun Salleh Abas, dan pecat/tukar hakim2 yg tak ikut telunjuk ....

Kes kehakiman.. konspirasi fitnah Anwar 1998

Amalan SPR penuh keraguan...rakyat tentang melalui BERSIH..

Kenaikan harga minyak, barangan haria, paksa PSMI, dll...

Culik wakil rakyat PR Perak.. Rampas kuasa Kerajaan PR Perak, ..

Sebenarnya amalan "salahlaku" & "campur tangan politik" dalam perkhidmatan polis, spr, kehakiman, .... terang2an & berleluasa dibawah kerajaan pimpinan UMNO untuk menafikan suara dan hak rakyat.....

Bila saja, setiap kali pihak pembangkang, rakyat dimangsakan ... maka secara biasa seruan supaya rakyat bertenang.....

Tapi bila UMNO terancam sikit di Pulau Pinang, Selangor, Perak dulu..... berpuluh2 demontrasi haram dibuat, tindakan provokatif melampau, konspirasi " baling batu, sembunyi tangan" oleh UMNO ... polis, media perdana UMNO sepi saja........

AMALAN UNPARLIMENTARY, UNDEMOCRATIC, CORRUPTION, POWER ABUSE, DISCRAMINATION & DOUBLE STANDARD KERAJAAN UMNO INILAH.... kedurjanaan & kemungkaran yang menjadi kebencian dan penentangan rakyat marhein... walaupun mereka tidak secara terbuka tapi hati kecil mereka tetap terguris.....
Apa pun cakap pemimpin UMNO...hanya sebuah hypocracy & mockery.... rakyat tunduk sayu....

Mr Jibon said...

Kalau kerajaan yang ada tidak terpaka-gawa, dah lama ianya tumbang. Tapi kerajaan tetap steady. Majoriti rakyat negara ini masih memilih kerajaan yang ada. Penentang-penentang kerajaan umpama belon sahaja, besar mana saya impian dan raihan sokongan, akhirnya belon akan pecah dan bunyi yang sama kuat dengan kentut perut kembung makan ubi setelo masak rekus tidak sampai mematikan sesiapa, malah yang terkejut pun tak seberapa.

Tengoklah apa yang berlaku bila diuji dengan kemenangan sikit. Apa yang berlaku di Kelantan, Pulau Pinang, Selangor dan Kedah. Kalau mampu bertahan pada pilihanraya umum ke-13 nanti boleh dianggap nasib baik benar. Yang sahnya semuanya akan bercelabak. Kemenangan di beberapa buah negeri menjadi rakyat boleh membuat penilaian tentang kualiti sebenar pihak yang menentang kerajaan yang ada sekarang. Insyaallah rakyat tidak akan tergoda dengan retoriksme.