Tuesday, February 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (678)

Pelancongan: keterbukaan PM patut dieksploitasi

TIDAK boleh dinafikan bahawa industri pelancongan mendatangkan pulangan yang sangat besar dan merupakan antara industri yang secara langsung memberi perolehan kepada rakyat dalam pelbagai bentuk.

Yang paling mendapat faedah secara langsung adalah para pengusaha industri pengakutan, pemandu pelancong, pengusaha rumah tumpangan, pengusaha kedai makan, pembuat dan penjual barangan kraf dan cedera mata.

Kerana itulah setiap negara di dunia akan bebelanja besar bagi mempromosi dan menarik pelancong ke negara masing-masing.

Kestabilan politik, ekonomi, keamanan, penyediaan kemudahan asas yang sempurna serta keunikan kebudayaan dan adat resam adalah antara faktor penting bagi menarik kunjungan pelancong di samping keindahan alam semula jadi menjadi sebahagian lagi daya penarik.

Justeru apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta rakyat memberikan cadangan atau komen bagaimana untuk melonjakkan lagi sektor pelancongan di negara ini di kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa, permintaan itu patut disahut.

Bukan sahaja rakyat jelata patut memberi pandangan, cadangan dan idea yang kreatif dan po-aktif tetapi parti-parti pembangkang patut memberikan idea, cadangan dan buah fikiran yang kreatif dan pro-aktif kerana industri pelancongan akan meberi perolehan langsung kepada rakyat jelata.

Saya amat bersetuju dengan Datuk Seri Najib bahawa kepentingan sektor pelancongan bukan sahaja sebagai sumber pendapatan negara tetapi juga ia mampu menjadi wadah penampilan kepada kepelbagaian dan perpaduan rakyat di negara ini.

Apabila Perdana Menteri dengan begitu terbuka mahu semua pihak memberikan cadangan, pandangan dan idea untuk kepentingan industri pelancongan negara, maka kita sebagai rakyat sewajarnya mengemukakan pelbagai bentuk produk pelancongan yang boleh menarik minat masyarakat antarabangsa berkunjung ke negara ini.

Inilah masanya untuk kita bertanya apakah sumbangan kita sebagai warganegara negara kepada negara tercinta dan jangan asyik bertanyakaan apakah sumbangan negara untuk kita yang semacam menjadi suatu tradisi.

1 comment:

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Jika orang islam ada tempat untuk simpanan bagi tujuan tabungan ibadat seperti untuk naik haji kemekah,begitu juga dengan orang bukan islam,saya difahamkan mereka ada menabung semata mata untuk melawat atau melancung keluar keluar negara,bermula dialam memasuki sektor pekerjaan sehinggalah setelah mereka pencen,maka diwaktu inilah masa yang sesuai untuk mereka marasakan lebih selesa dan bebas pergi kemana mana.Olih itu cadangan saya yang pertama ialah agar pehak kerajaan dapat menwujudkan satu intituisi simpanan yang khusus bagi membolikan seseorang itu menyimpam wang kerah tujuan itu.

Keduanya perlu ditanya,apakah keistimewaan yang ada disesebuah negara atau negeri untuk bolih dijadi daya tarikkan pelancungan.Adakah datangan pelancung warga asing dek kerana ada gadis gadis manis yang bolih membelai manja mereka? Apakah kerana ingin melihat bangunan pencakar langit yang menyaingi ketinggian bangunan dinegra mereka?Apakan ingi melihat alam topika yang semula jadi serta menikmati suasana cuaca yang berbeza ditempat mereka? Atau ingin melihat keistimewaan kepelbagaian etnik dan kaum,serta anutan agama berbeza namun bolih hidup amam dibawah satu payung negara yang mengamalkan ajaran islam sebagai agama resmi?Atau ingin melihat sebuah negara yang sering dilanda alunan gelombang pergolakkan politik?

Jadi perlulah diingat selain bertujuan untuk urusan perniagaan atau mahu mengambil peluang melanjutkan pelajaran dinegara kita,para pelancung yang datang sudah semesti tidak mahu diganggu dengan satu keadaan yang menserabutkan fikiran dan mengancam keselamatan sebaliknya bolih memberi satu ketenangan jiwa buat mereka beriadah....fikir fikirkan !