Thursday, February 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (680) - DIKEMASKINI SEMULA DENGAN PEMBETUAN EJAAN

Semuga direalisasi segera

LAPORAN
dibawah pasti mengembirakan semua pihak, malah seandainya stadium berada di luar Kota Bharu ianya tentu boleh mengelak dari kesesakan lalulintas yang kronik. Mudah-mudahan pembinaan stadium baru direalisasikan segera.

Kerana iulah kata orang, kalau sesuatu benda itu berada di tangan mereka yang kreatif, rajin berfikir dan berikhtiar, sebatang kayu pun boleh jadi macam-macam, bukan sekadar boleh dibuat ulu parang, ulu cok atau ulu gobek sahaja.

Walaupun saya tidak berminat semua jenis sukan, namun saya tumpang seronok dengan kehebatan KAFA dibawah penerajuan Tan Seri Annuar Musa. Mungkin dalam politik nasib beliau kurang baik, namun melalui Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan KAFA, beliau tetap boleh menyumbang kehebatan kepimpinan dan ketokohannya.

Kafa kenal pasti tapak stadium baru: Annuar

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengenal pasti tapak pembinaan stadium baru di Gading Galoh, Machang yang lokasinya strategik dan sesuai kerana berada di tengah Kelantan.

Presidennya, Tan Sri Annuar Musa berkata, tapak tersebut milik Pihak Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) yang terletak 25 kilometer dari Kota Bharu dan bersempadan antara Machang dan Kota Bharu.

Annuar berkata, lokasi tersebut merupakan cadangan yang pertama setelah pihaknya mencari kawasan tanah yang dimiliki oleh kerajaan pusat di negeri ini.

”Ia hanya peringkat cadangan, dan cadangan ini akan dibawa kepada Majlis Sukan Negeri Kelantan untuk membawa usul projek itu kepada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (ICU) pada 26 Feb bagi perancangan projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10),” katanya kepada pemberita selepas pelancaran logo baru Tahun Bola Sepak Kelantan di sini, semalam.

Sebelum ini, pengerusi Pembangunan Ihsan Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmod berkata, pihaknya merancang untuk membina kompleks sukan di Bandar Baru Tunjong, dekat sini.

Bagi tujuan tersebut, pihaknya memohon sebanyak RM500 juta dari kerajaan pusat di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) bagi membina kompleks yang dicadangkan itu.

Mengulas mengenai cadangan Kerajaan Negeri tersebut, Annuar berkata, pihaknya sentiasa berfikiran terbuka malah mengalu-alukan hasrat tersebut yang dikemukakan untuk membina kemudahan sukan tersebut.

Bagaimanapun katanya, Kerajaan Negeri perlu mengesahkan bahawa tanah yang dicadangkan itu sudah dibeli dan tidak milik individu.

”Kerajaan negeri ada juga mencadangkan tempat di Tunjong, tetapi kita tidak tahu sama ada itu tanah individu atau tanah kerajaan negeri Kerana dalam RMK-10 hanya tanah milik kerajaan akan diberi keutamaan kelulusan.

“Berdasarkan pengalaman saya sebelum ini kerajaan negeri hanya menunjukkan kawasan tetapi tanah belum diperoleh, jika benar milik kerajaan negeri, kita sudah mempunyai dua tempat,” katanya.

Beliau berkata, bagi tanah Risda itu, ianya tidak menjadi masalah untuk mendapatkannya kerana tanah itu milik kerajaan persekutuan dan keputusan pembinaan projek itu bergantung keputusan pusat

Dalam pada itu Annuar berkata, cadangan pembinaan stadium bola sepak itu hanya menelan belanja RM120 juta dengan menampung 30,000 penonton, lebih murah berbanding stadium di negeri lain yang bernilai RM400 juta atau RM500 juta.

Katanya, beliau mahu melihat stadium yang dibina nanti adalah ringkas dan tidak terlalu banyak aspek-aspek lain yang akhirnya tidak digunakan.

Annuar berkata, perkara tersebut dipraktikkan di beberapa negara Eropah di mana Stadium yang dibina tidak terlalu mahal tetapi mengutamakan padang yang berkualiti tinggi untuk kegunaan pemain.

Dalam pada itu, Annuar berkata, jika dibenarkan kerajaan, Kafa mempunyai rancangan untuk menguruskan stadium baru itu bagi memudahkan pihaknya membuat perancangan pembangunan bola sepak negeri.

”Kita sedang mengkaji prospek itu kerana tidak ada masalah untuk menjana RM100,000 hingga RM200,000 sebulan bagi pengurusan stadium baru. Malah ia akan menjimatkan wang kerajaan dengan Kafa menguruskan stadium itu,” katanya.

Mengulas mengenai tahun bola sepak Kelantan, Annuar berkata, pelancarannya akan berlangsung pada 27 Feb nanti dan dimeriahkan beberapa acara.

”Kita juga menyediakan pelbagai program sepanjang tahun, termasuk seminar untuk rancangan jangka panjang bagi kecemerlangan bola sepak Kelantan, dan pertandingan di peringkat zon dalam negeri dalam mencungkil pemain baru,” katanya. - Dipetik dari SINAR HARIAN

3 comments:

Anonymous said...

Syabas Dato' Wa..


Hidup Red Warrior..

peminat bola

Pmikir Pakai Otak Berakal, Tumpat said...

Saya stuju dengan Abe Meli MKJ, kalau sesuatu benda itu berada di tangan mereka yang kreatif, rajin berfikir dan berikhtiar, sebatang kayu pun boleh jadi macam-macam, bukan sekadar boleh dibuat ulu parang, ulu cok atau ulu gobek sahaja.

Demikian juga dengan kerajaan, kalau pemimpin kreatif dan rajin berikhtiar, hasilkawangan negei akan dicari dari pelbagai sumber, tidak hanya asyik jaja uncang minta derma pada setiap kali diadakan ceramah atau jual segala anak syaraikat GLC Negeri.

Seingat saya dalam pilihanraya umum ke-12 yang lepas, melalui blognya Abe Meli MKJ banyak sokong Tan Sri Anuar jadi MB. Alangkah hebatnya Kelantan kalau Annuar jadi MB sebagaimana hebatnya pasukan bolaseak Kelantan bawah trajuannya.

Anonymous said...

Ambo pun undi PAS dale pilihan rayo lepas, gu gu pakat dok suruh. Acap benar gi kat ceramoh PAS. Tapi loni ambo dok tgk Dato' Wa Musa ni buleh kkigho. Bagus la jugak, urus bola hok ambo minat tu nmpok jjadi molek!. Keno wi kedio la plop hok alah kedepe ni.