Thursday, February 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (681)

Tubik lagi??????????

Anggota Parlimen Bayan Baru Umum Keluar Parti

PETALING JAYA, 12 Feb (Bernama) -- Anggota Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pada Jumaat mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuatkuasa serta merta.

Zahrain, yang juga bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, berkata keputusan itu adalah kerana beliau kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, serta kesal dengan perjuangan PKR dalam Pakatan Rakyat.

Dengan langkah itu, Zahrain mengumumkan bahawa beliau adalah wakil bebas yang tidak menyokong mana-mana parti politik.

"Niat untuk masuk parti-parti lain tidak ada, saya akan keluar dan menjadi sebagai seorang Independent (Bebas). Saya adalah orang yang bebas," katanya semasa kelihatan tenang pada sidang media di sebuah hotel di sini.

Ketegangan dalam kepimpinan pakatan PKR-Pas-DAP tercetus apabila baru-baru ini Zahrain menuduh Lim, yang juga setiausaha agung DAP, sebagai seorang diktator dan cauvinis serta berfikiran ala komunis.

"Tindakan kerajaan pimpinan Lim membelakangkan prinsip keadilan, hak asasi kemanusiaan dan keadilan semula jadi.

"Amalan Lim dan konco-konconya bukan sahaja bersikap angkuh dan tidak boleh menerima teguran dan kritikan malahan mereka menyalahgunakan kuasa dan kedudukan mereka untuk kepentingan politik sempit dan jahat mereka," katanya.

Zahrain berkata tindakan keluar parti dilakukan kerana beliau tidak mahu dihukum sejarah dan generasi akan datang kerana tidak berbuat apa-apa dalam mencegah kemungkaran serta menjadi sebahagian daripada kumpulan yang merosakkan bangsa, agama dan negara.

"Saya telah melakukan apa yang terdaya dalam kemampuan saya untuk mencegah kemungkaran besar yang berlaku di peringkat kepimpinan PKR, namun semua bantahan dan teguran saya diremehkan.

"Sebaliknya, mereka bertindak menyingkir dan meminggirkan saya dengan tujuan untuk menghapuskan suara teguran dan kritikan dalam PKR tanpa menghormati hak asasi kemanusiaan, hak membela diri dan prinsip keadilan yang mereka laungkan selama ini," katanya.

Zahrain sebelum ini dilaporkan akan dirujuk kepada Jawatankuasa Disiplin parti kerana tindakannya mengkritik kepimpinan Lim.

Selain Zahrain, beberapa pemimpin PKR lain seperti Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, Datuk Zaid Ibrahim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng, juga dilaporkan sebelum ini akan dihadapkan ke jawatankuasa itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai masalah dengan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Zahrain berkata beliau masih menganggap Anwar sebagai kawan cuma beliau kecewa kerana kepercayaan dan keyakinannya dalam memjuangkan parti terhakis akibat keraguan terhadap matlamat dan cara perjuangan yang bawa oleh PKR khasnya dan Pakatan Rakyat umumnya.

"Saya kecewa sebagai kawan hak saya untuk menasihati beliau (Anwar), tetapi kalau parti buat pendirian yang luar daripada apa yang saya kata sebagai ikhlas, maknanya saya kecewa kerana saya juga manusia biasa yang ada perasaan," katanya.

Zahrain memberikan jaminan kepada para pengundinya di Bayan Baru bahawa beliau tidak akan belot terhadap pengundi yang telah memilihnya serta menasihati rakyat supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi terhadap pakatan PKR-Pas-DAP.

"Saya percaya Pakatan Rakyat tidak tahan lama. Saya tidak mahu rakyat tertipu dengan retorik Pakatan Rakyat," katanya. -- BERNAMA

Sana tubik sini tubik, apa dah jadi dengan PKR ni. Apakah ramalan saya bahawa PKR pun akan jadi seperti S46 akan jadi kenyataan? Eloklah orang kalau oranmg Melayu untuk bersedia memilih dua parti sahaja untuk mereka sertai yakni Umno kalau mahu berpihak kepada dan kerajaan dan memilih Pas kalau mahu jadi pembangkang.

Kewujudan parti-parti lain sama ada dari serpihan Umno atau Pas akan menyebabkan kuasa politik Melayu semakin lemah dan berpuak-puak menyebabkan orang lain tidak akan heran dan menghormati kuasa politik Melayu setelah kita gagal dalam pemilikan ekonomi kerana terlalu manja dan mengharapkan tongkat dari kerajaan, menjadikan kita malas untuk berusaha dan bersaing dalam penguasaan ekonomi.

15 comments:

Anonymous said...

...pkr dokk ambek tok wokil spesis katak puru ko? tok lekat unjat. padoh latek "wok long" jadi rajo... bilo naik atas skit ada kuaso skit doh nk tujuk terror.. samo spt zulkifli nordin, kl tok jd MP kulim.. tadok sapa nk tanya pendapat... tak laku..sesen pon. umno dok puja individu2 PAS, DAP, PKR yg tok wakil lompat tu.. maso jadi wkil rakyat saja ... lepas ni dilayae macae anjing kurap le...

joostspring said...

kawe duk nanti tggu kot2 ada PRK di kelate jah...nak acu test power nik ajis sepukul..hehehhehe

Lebai Mangkok Hayung said...

Kelate sebenar ada dengar kaba. Dok tungu saat dan ketikanyo jah Kawe juga dengar koba (Tuhan lebih Tahu), kes wakil rakyat PKR lompat parti akan berlaku semakin rancak bila dekat pilihan raya umum ke-13 nanti.

Bokali betul kao Meli, tosok dok begilo dengan banyak parti la orang Melayu. Beraso toksir ko Pas masuk Umno, toksir masuk Umno masuk Pas. Biar kalau jadi kerajaan parti Melayu yang kuat, jadi pembangkang pun Melayu yang kuat. Kalau kuasa politik lemah, segalanya akan lemah kalu negaa masih amalkan demokrasi, kecuali guna pemerintaha khalifah, puak-puak Al-Arqam, KMM, ABIM ko dan segala jenis NGO kerajaan akan bersatu. Kalu dengan politik jangan harap nak bersatu, koho lama koho banyok buku balah ada la. Sebab tu Rasulullah s.a.w. dan para sahabat tak tubuh parti politik, parti politik ni ciptaan barat. Kerana berlaku pndewaan dan pemberhalaan sesama manusia.

Anonymous said...

kalu rasulullah tak tubuh parti politik ... bubar le saja... parti2.. pas, berjasa, hamin, akim, umno, dll... tak payah pilihanraya... nak jadi raja macae zaman dulu ... sapa beperang, dimenang dialah jadi rajo..... he... hee...... spr, polis, rtm releks skit.. tok payoh belanja duit rakyat... membazir sajo!

sebab tu ada orae tua kato.. setengah asal keturunan rajo2 pun jenis macae tu.., ya ko?

john said...

Salam...

dari ilae kepercayaae penyokong PR baik suruh 2,3 ekor katak melompat.., memae ambo tok kenae nga PKR ni, pemimpin dio surpihae umno hok mato projek/kontrak..masuk pkr pun sebab kontrak tok leh dizame umno..lepas ni kayo smula lah zahrain tu..

joots, demo nok suruh prk mano kelate? ambo nok jugok..nok tengok umno bui kekayoaan ko ore kapung, nok tengok ceramoh royalti koho banyok..nok tengok umno kelate berebut duit peruntukae..kalu nok tengok umno menae buleh, kawasae ulu eh..tapi kalu guo muse ambo tok berani jamin umno menae. kot alik bandar takut umno ilae wang deposit pulok.

pasal bangunan umno nok keno jual..sebab dulu duit zaid hok guno beli bangunan tu tuh. zaid loyar soho kae, dio tahu eh kalu dio jual tu saloh ko dok. ore umno bab2 undae2 tok credik belako...harap ko mahkamah jadi taliae hayat..

p/s: kawe raso demo ore ulu kelate joots dok?.....

Budah Jurusan Undang-Undang UIAM said...

betullah Zaid guna duit dia siapkan bangunan yang terbengkalai, Da boleh ambil balik duit tu. suruh Umno bahagian bayar balik. Nilai tanah dan bangunan terbengkalai kena mbik kira.

Yang buat bangunan tu asalnya Tengku Ahmaf Rithaudren, ,asa tu dai Ketua Bahagian Kota Bharu. Tngku Rthaudden pun lawyer. Tak 'kan kerana jadi orang Umno dia jadi tak reti tentang lawyer.

Kalu ggitu gat Zaid baru reti jadi lawyer lepas tubik Umno? Yo lo ko lagi tu. Puak-puak mengaji lawyer jangan masuk Umnolah kalau lagu tu gat , nanti jadi lawyer tok reti undang-undang. Nak suruh reti masuk undang-undang ke na masuk Pas, masuk PKR. Podaahhhhhhhhhhh.

Ahli Pas Lepasan Universiti Sudan said...

2009 May « Steps Toward Mardhatillah
Buat pengetahuan umum, blogger melikapakjangak ini sebenarnya sudah lama meracau
tak tentu hala dan mengganggu pemikiran pengundi-pengundi PAS. 17 May 2009 ...
http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/05/ - 74k - Similar pages

MAKNANYA KENA WANDAPADA DENGAN BLOG MKJ. BLOG YANG PATUT DIJAUHI, JANGAN DIJENGOK SUPAYA FIKIRAN TIDAK JADI KACAU.

melikapakjangak said...

Ahli Pas Lepasan Universiti Sudan dan para penjenguk sekalian!

Seandaiya blog ini boleh membuatkan fikiran anda kacau atau tidak tenteram bila membacanya, lbih baik anda jangan baca, lebih berphala jika masa yang dibuang untuk baca blog ini digunakan untuk mebaca al-Quran, hadis dan kia-kitab karangan ulamak muktbar, anda akan dapat pahala.

Dengan pengalaman sebagai engamal media sejak tahun 1973, saya cuba berusaha suaya isi kandungan blog ini tidak melanggar etika kemediaan, yakni untuk mengilmu dan memaklumatkan pengunjung.

Terima kasih kepada Ahli Pas Lepasan Universiti Sudan kerana salurkan petikkan komen dari http://towardsmardhatillah.wordpress.com. Apakah ianya seorang professor dan Ph D dalam bidang kemediaan atau apakah dia Keua Pengarang Kumpulan, Ketua Pengrang, Pengarang atau wartawan kanan dari mana-mana agensi berita, akhbar dan majalah tersohor atau tidak tersohor di Malaysia atau mana-mana negara,

Saya jarang benar membaca blog yang tidak menonjolkan identiti sebenar pemilik, bagi saya blog-blog sedemikian adalah blog hantu yang tidak bertanggungawab. Kalau Ahli Pas Lepasan Universiti tidak tulis ke rungan komen pengunjung blog saya, saya tidak perasaan pun kewujudan blog http://towardsmardhatillah.wordpres.com

Sekali lagi ingi saya tegaskan, dari membaca blog saya ini, lebih baik baca al-Quran, hadis dan kitab-kitab karangan ulamak muktabar, apatah lagi kalau blog saya ini didapati meracau dan boleh merosakkan fikiran.

joostspring said...

john..
kawe duk kubang kerian...

ulu ko kubang kerian ni???

xhbs2 ko royalti...xlambat bangat jah isu royalti ni nak pecah perut....hahahahhaha

joostspring said...

john..

nak oyt gila xgila mu dan puak2 mu...

sblm zaid msk pkr kat2 nak puak2 pas ni benci ko zaid, kata zaid ni jenis pemabuk tegar la,sosialis la..

lpas msk PR habis dosa zaid ni kena cuci ko abuya ajis..

bkn zaid sore jela...semua org BN wat msk PR jadi g2..nak2 lg kl msk pas,confirm nik ajis peruntukkan syurga dah ko ore tu..

bodo xhbs2 puak pas ni...

john said...

Salam...Joots..

Joot dok kube kiae, kubu kuat pas tu..padae dok melalok sokmopun..menongkah arus rupanya..sedaknyo kalu kube kiae ado prk ko guano joots..sohih projek nambun jale buleh ko joots dan kroni2..

pasal zaid peminum tegar tu ikut dio lah..kalu dok dale umno takut koho lamo koho sesat la dio..nasib baik bersain denga ore alim kure2 tabiat buruk buleh ditinggalkan ko guano joots..

marilah demo dan keluargo demo joots..tinggalkan parti sekular umno tuh takut jadi sesat lamo kae..ulama dok hino, demo nok harap sapo lagi?..umno ni buleh belako joots maksiat buleh..wak amal pun buleh..tapi gak dio nok soho hok amal tu eh..hok maksiat buat dek je..betul dok joots...

saiful said...

Pesan saya kalau nak terima ahli umno tu mesti berhati-hati jangan ambil manusia yang hanya buang baju umno tetapi hati umno juga mesti buang kerana hati umno ni busuk macam bangkai kalau tidak dibuang jadilah seperti sizahran tu. melompak semula kelubuk najis
Dan dengan meli ni jaga-jaga juga kerana dia bukan kapak bungkus tetapi kapak mata dua

joostspring said...

john

"pasal zaid peminum tegar tu ikut dio lah..kalu dok dale umno takut koho lamo koho sesat la dio..nasib baik bersain denga ore alim kure2 tabiat buruk buleh ditinggalkan ko guano joots"..

selagi pas dan demo duk beraso puak pas jah isle dan org lain kafir..xsoh duk arap la kawe nak sokong pas wei,hdp la puak2 demo dgn perasaan agah tu...demo demo tu dah menunjukan gp yg kawe oyt tu btul..

tp kl pas nak bentuk kerajaan perpaduan kawe sokong sgt2..

demo nak kata ambo buleh projek ko gp ko demo kata la john, dlm otak demo tu meta sokong umno bleh projek..cian kawe tgk ko pemikiran demo tu,seakan2 cuba menafikan bhwa ada jgk org yg sokong umno tanpa mengharapkan balasan..hidupla demo dgn luncai demo tu john..Allah yg tentukan dosa pahala,syurga neraka ni..dosa pahala,syurga neraka ni bkn kerjaan pas dan nik ajis...

melikapakjangak said...

Tuan/Emcik Saiful,
Kapak saya bukan bukan mata dua, tapi mata 54. Yang patut tarah saya akan tarah, yang patut tebang saya tebang yang patut andas dengan belakang saya andas.

Allah jadikan saya dengan sedikit bakat, kerajian dan usaha dalam bidang kemediaan yang cukup berisiko ini ada faedah dan tujuannya.

Saya bukan orang parti politik dan tidak mungkin dapat memuaskan hati mana-mana orang parti politik dalam menulis.

Bagaimanapun tugas saya bukan untuk puaskan hati mana-mana pihak, Menimbulkan rasa tidak puashati juga adalan antara fungsi saya sebagai penulis supaya rasa tidak puashati itu akan membangkitkan kecendrungan untuk jadi lebih baik. Lazimnya orang akan ingat Allah dan sebutu nama Allah bila terkena petaka, setidak-tidak serpesak tuggul ke apa ke.

john said...

Salam...

balas joots...

"demo nak kata ambo buleh projek ko gp ko demo kata la john, dlm otak demo tu meta sokong umno bleh projek..cian kawe tgk ko pemikiran demo tu,seakan2 cuba menafikan bhwa ada jgk org yg sokong umno tanpa mengharapkan balasan"

fuh...jare ore ado dale umno lagu nih. ikhlas! umno buat perkaro mungkar?..ikhlas!..umno kutip hasil judi untuk ekonomi m'sia..ikhlas..
bagus demo joots. ambo raso demo nik jenis hok napok jaso umno jah nih..keburukan umno demo tok napok kalih..kalu gitugak ambo hormati pendiriae demo spt mano ambo dengan pendiriae ambo.

ambo akae terus membongkar salah laku umno supayo demo 'napok' hasil sokongan rakyat kepado umno menyebabkan umno raso gapo selamo kening hok dio buat tu betul belako..TERJAHHH!

Bongkar 1:
Tanah bukan milik Umno KB
Posted on Februari 14, 2010 by Pelapor

Haji Ibrahim Ismail
Kenyataan akhbar oleh Pengerusi Kelantan Malay Arts and Crafts Society
Kami merujuk kenyataan akhbar oleh Setiausaha Bahagian Umno Kota Bharu berhubung dengan Bangunan (dikatakan milik Umno Kota Bharu – Pelapor) di Jalan Sultanah zainab, Kota Bharu sebagaimana yang dilaporkan dalam akhbar.


Persatuan ini pernah mempunyai kepentingan di atas tanah tersebut. Oleh itu, persatuan ini menyeru kepada pimpinan Umno Bahagian Kota Bharu sekarang supaya tidak bertindak melulu dan agresif dengan membuat laporan polis atau bertindak memasukkan kaveat keatas tanah dan bangunan tersebut hingga memudaratkan pihak lain.


Setahu kami, tanah dan dan bangunan tersebut adalah milik Umbak Baru Sdn Bhd. syarikat milik Datuk Zaid Ibrahim.

Surat perjanjian antara Umno Kota Bharu dengan Kelantan Malay Arts and Crafts Society
Kami khuatir tindakan kurang berhati-hati dan drastik di pihak Umno Bahagian bakal menjejaskan nama baik sesetengah pemimpin veteren Umno Bahagian dan Negeri samada yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia.
Haji Ibrahim Ismail, Pengerusi Kelantan Malay Arts and Crafts Society yang juga Bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Bharu era 60an dan juga Bekas ADUN.
Sebelum ini, Umno Bahagian Kota Bharu membuat laporan polis memohon supaya bekas pemimpin (Datuk Zaid) mengembalikan syarikat Umbak Baru Sdn Bhd, tanah dan bangunan kepada Umno Bahgian itu.
Pada 20 November 1983 dikatakan Umno Bahagian kota Bharu mendapat kelulusan pemilikan sebidang tanah di Lot 261 Seksyen 15 dengan syarat digunakan untuk mendirikan bangunan Umno dan kompleks perniagaan.
Kita tunggu penjelasan Datuk Zaid selepas ini.

p/s: komen skit abe li...bui penerangae ko joots ni