Friday, February 12, 2010

MUNCUL KEMBALI (682)

Kesan perancangan busuk 16/9: PKR kehilangan wakil rakyat lagi?

PENGUNDURAN Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim daripada PKR dianggap sebagai membelakangkan mandat rakyat, itu kata Anwar Ibrahim.

Bukankah dalam projek 16/9 membabitkan usaha menarik sejumlah ahli parlimen dari Umno/BN, apakah ianya bukan suatu usaha untuk membelakangi mandat rakyat.

Bagi saya, gara-gara projek 16/9 'lah maka berlakunya kes wakil-wakil rakyat PKR lompat parti.

Tidak mustahil semakin dekat dengan pilihanraya umum ke-13, akan semakin ramai wakil rakyat PKR lompat parti.

Bagaimanapun sama-sama kita hayati laporan-laporan berikut;

1. Anwar kecewa Zahrain keluar parti

PUTRAJAYA 12 Feb. - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pengunduran Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim daripada parti itu sebagai membelakangkan mandat rakyat.

Beliau yang kecewa dengan tindakan wakil rakyat itu berkata, pengunduran Zahrain akan menghalang pakatan pembangkang mengotakan janji yang diberikan pada pilihan raya umum lalu.

Jelas Anwar, beliau tidak bersetuju dengan kenyataan keras Zahrain terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerana secara dasarnya segala proses rundingan harus dibincang secara baik dan prinsip itu dihormati di peringkat pucuk pimpinan parti.

''Sebagai rakan dan sahabat, tentu saya kecewa tetapi untuk menghukum Ketua Menteri (Lim Guan Eng) dengan kata-kata kesat, itu kita tidak boleh terima. Jadi beliau ditegur atas alasan itu," katanya di pekarangan Istana Kehakiman di sini hari ini.

Ketua Pembangkang itu hadir di Mahkamah Rayuan bagi mendengar rayuan untuk membatalkan pertuduhan liwat melibatkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.

Anwar mengulas peletakan jawatan dan pengunduran Ahli Parlimen Bayan Baru itu berkuat kuasa serta merta setelah mengaku kecewa dengan pentadbiran Guan Eng serta tidak lagi percaya dengan perjuangan pakatan pembangkang.

Pengerusi DAP, Karpal Singh bagaimanapun memberi reaksi berbeza dengan menyatakan tindakan Zahrain tidak menggugat kekuatan pakatan pembangkang di Pulau Pinang kerana wakil rakyat PKR itu bukan seorang yang berpengaruh besar di negeri itu.

Mengulas lanjut Anwar berkata, keputusan Zahrain jelas membelakangkan pengorbanan parti yang meletakkannya sebagai jurucakap rakyat, bukan jurucakap Bebas, UMNO atau pro-Barisan Nasional (BN).

Jelasnya, keputusan Zahrain untuk mengundurkan diri tidak pernah dipanjangkan kepadanya atau dibangkitkan dalam parti - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

2. Pas akui kesan buruk perbalahan

KOTA BHARU 12 Feb. – Pas negeri ini mengakui masalah dalaman pakatan pembangkang yang membabitkan pertikaian terbuka beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan DAP akan memberikan kesan yang buruk kepada gabungan itu.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar parti serta kritikan terbuka Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin telah memberikan isyarat negatif kepada rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata, pakatan pembangkang masih mempunyai masa untuk memperbetulkan tanggapan negatif terhadap pemimpin-pemimpinnya sebelum pilihan raya umum akan datang.

“Jejas atau tidak jejas (pakatan) saya tidak tahu tetapi secara umumnya ada kesan kerana pemimpin ini memberikan isyarat yang salah kepada pengundi sehingga menimbulkan tanggapan negatif

“Tetapi saya percaya kita masih boleh tangani masalah ini kerana masa yang ada masih panjang tetapi jika tidak dapat dibetulkan ia akan memberikan masalah yang besar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan beberapa pemimpin PKR yang membuat kritikan terbuka terhadap kepimpinan DAP terutama keputusan Zahrain keluar daripada parti - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

3. Bukti kegagalan Anwar pimpin PKR

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) membuktikan kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sikap Anwar yang tidak mempedulikan kritikan oleh beberapa wakil rakyat PKR termasuk Zahrain terhadap sekutunya, DAP menyerlahkan kepincangan itu.

"Saya rasa sebab Anwar lebih suka menjaga hubungan politik (dengan DAP), jadi dia tidak berani buat apa-apa.

"Akhirnya yang mengkritik dengan sendirinya akan keluar parti, saya yakin penghijrahan Zahrain ini akan cetuskan penghijrahan lebih ramai Ahli Parlimen PKR," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang mengumumkan menjadi Ahli Parlimen Bebas pada sidang akhbar di Petaling Jaya, pagi ini.

Mengulas lanjut, Khairy tidak menolak kemungkinan keputusan Zahrain itu didorong krisis keyakinan terhadap Anwar selepas pertuduhan liwatnya mula dibicarakan di mahkamah.

Sementara itu, Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam kenyataannya mengucapkan syabas kepada Zahrain atas keberaniannya keluar parti kerana menolak kepimpinan diktator Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

"Kerajaan pembangkang yang 'hangat-hangat tahi ayam' diketuai oleh seorang diktator DAP di Pulau Pinang ditolak rakyat kerana mereka sedar penganiayaan sedang berlaku.

"Terkini sandiwara dan belang Guan Eng jelas apabila kerajaan beliau tidak membenarkan dan menolak program perarakan Maulidur Rasul yang menjadi tradisi orang Islam," katanya.

Di Kuching, Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, keputusan Zahrain meninggalkan PKR adalah sesuatu yang tidak memeranjatkan.

Katanya, tindakan Zahrain itu menunjukkan beliau yakin dengan dakwaannya terhadap masalah kepimpinan dalam pakatan pembangkang.

''Saya yakin tindakan beliau akan diikuti lebih ramai penyokong pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dan kecewa dengan kepemimpinan serta perjuangan parti berkenaan," katanya

Dalam pada itu, Ahmad berkata, UMNO sentiasa bersikap terbuka dalam menerima kemasukan bekas ahli serta pemimpin pembangkang untuk menyertai parti itu - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

4. Permulaan penghijrahan ahli parlimen PKR

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Langkah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menjadi wakil rakyat bebas disifatkan sebagai permulaan kepada penghijrahan seumpamanya di kalangan beberapa Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengalu-alukan keputusan Zahrain berkata, perkara itu mendedahkan hakikat bahawa PKR tidak mempunyai masa depan.

Katanya, jika benar parti itu mempunyai kekuatan untuk meraih sokongan rakyat pada pilihan raya akan datang sudah pasti Zahrain akan teragak-agak untuk berbuat demikian.

"Saya jangka ada beberapa ahli Parlimen PKR yang lantang mengkritik sekutu mereka dalam pakatan pembangkang sebelum ini akan mengikut jejak langkah Zahrain.

"Ia menjadi petunjuk betapa PKR tiada masa depan dan hanya bergantung kepada Penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, apabila Anwar tiada maka PKR juga akan berkubur," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zahrain yang merupakan bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang pagi ini mengumumkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada parti itu berkuat kuasa serta merta.

Beliau mengemukakan alasan tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada 'gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam'.

Penghujung Januari lalu, Zahrain secara keras mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang digambarkan sebagai 'diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya'.

Mengulas pendirian Zahrain yang tidak akan menjadi wakil bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN), Ibrahim berkata, perkara itu langsung tidak penting.

Katanya, lebih utama pada masa ini adalah status Zahrain yang telah menjadi wakil bebas sekali gus membolehkannya mengkritik parti pemerintah dan pakatan pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya kini mempunyai lagi seorang rakan baru di Dewan Rakyat, antara saya dan dia mungkin ada perbezaan pendirian tetapi pokok pangkalnya dia kini sudah menjadi wakil bebas.

"Kita pasti ternanti-nantikan kritikan Zahrain terhadap pakatan pembangkang di Dewan Rakyat kerana pasti dia lebih memahami permasalahan mereka yang cuba dilindungi selama ini," katanya - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

5. PKR hilang pemimpin matang, bijak

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Keputusan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mengisytiharkan dirinya wakil rakyat Bebas memberi tamparan hebat kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Nor berkata, Zahrain merupakan seorang pemimpin yang matang dan bijak membaca realiti politik dan tindakannya keluar PKR merugikan parti itu.

Katanya, kualiti itu tidak dimiliki oleh sebahagian besar pemimpin lain yang sekadar menjadi 'pak turut' kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kenal dan tahu Zahrain ialah antara sebilangan kecil ahli politik dalam PKR yang matang, berpengalaman, berprinsip dan halus dalam membaca realiti dan cabaran politik.

"Ramai pemimpin PKR lain hanya 'pak turut' dan 'yes man' Anwar malah tidak memahami seni berpolitik, Zahrain ternyata berbeza," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Zahrain yang juga bekas Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang mengumumkan keluar parti pada sidang akhbar di Petaling Jaya pagi ini yang dihadiri bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehudin Hashim yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Mengulas kehadiran Salehudin, Ezam berkata, perkara itu amat menarik untuk disoroti kerana ia membawa isyarat tersendiri.

"Salehudin juga ahli politik yang matang dan berprinsip seperti Zahrain, kehadiran beliau dalam sidang akhbar itu membawa makna mendalam.

"Saya percaya beberapa pemimpin PKR yang matang dan berprinsip akan meninggalkan parti itu tidak lama lagi," tegasnya - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

6. Isyarat jelas PKR tidak mampu bela rakyat

KUALA LUMPUR 12 Feb. - Pengumuman Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini isyarat jelas bahawa PKR bukan parti yang mampu memperjuangkan nasib rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sebagai orang lama dalam politik Zahrain terpaksa bertindak sedemikian setelah didapati sumbangan serta pengorbanannya tidak lagi diiktiraf oleh PKR.

"Kita sudah jangka perkara ini kerana telah ada pemimpin dan ahli-ahli mereka keluar parti. Zahrain mungkin sedar perjuangannya tidak lagi bermakna dan sia-sia.

"Saya percaya Zahrain terpaksa ambil keputusan ini kerana perjuangannya semakin tidak mendapat pengiktirafan. Oleh itu apa guna beliau terus kekal dalam PKR," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pembukaan cawangan Ar-Rahnu X'Change Koperasi Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) di Cheras Maju dekat sini hari ini.

Beliau mengulas pengumuman keluar PKR oleh Zahrain hari ini. Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang itu turut meletakkan semua jawatannya dalam PKR.

Isu yang membabitkan Zahrain mula tercetus apabila beliau lantang mengkritik kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dilabel beliau sebagai diktator, cauvinis dan berfikiran bahaya.

Berikutan kecaman tersebut, Jawatankuasa Disiplin PKR pada 31 Januari lalu menetapkan tempoh sebulan untuk meneliti tindakan ke atas Zahrain selain seorang lagi wakil rakyat iaitu Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, berkemungkinan Zahrain selepas ini akan mengikut jejak wakil rakyat lain untuk tidak menyertai mana-mana parti.

"Saya fikir beliau mahu menjadi wakil rakyat bebas. Namun begitu segala-galanya terletak pada tangannya.

"Bagi UMNO kita tidak pernah menutup pintu kepada sesiapa yang mahu berjuang bersama kita. Walau apa pun seperti yang saya katakan tadi di peringkat ini kita biarkan Zahrain untuk membuat keputusan," tambahnya. - dipetik dari UTUSAN MALAYSIA.

12 comments:

john said...

Salam...

abe li hurai sumber utusan belako? suratkoba lain tak dok ko? berita hairan ke?..kosmo ko?..sinar ko..metro ko? sumber utusan tu suaro umno..pusing gi pusing mari yo lo ko alik umno belako eh..

setahu ambo pekerja2 utusan pun tok puas hati dengan pengurusan mereko..abe li tok try mitok jadi wartawan nga utusan ko?..ambo raso kalu abe li buleh kijo nga utusan Zul Bakar ado saingan eh....

kutan group said...

Sebuah tragedi

Razin (bukan nama sebenar) telah pulang ke rumahnya pada suatu petang setelah kepenatan berhempas pulas di pejabat.

Dalam kepenatan sambil bersandar di kerusinya, dia ternampak kelibat lembaga hitam di kamar biliknya. Dia amat terkejut dan terus menerkam ke kamar biliknya. Dia tersentak dan tergamam melihat seorang lelaki di biliknya sedang berdua-duaan dengan isterinya.

Mereka nampaknya begitu mesra. Dia menempik ke arah lelaki tersebut namun ternyata tidak dipedulikan. Dia menerkam lelaki tersebut dan cuba menolak lelaki tersebut namun segera ditahan oleh isterinya.

Anak-anak yang tidur di bilik bersebelahan terkejut bangun, membuka kamar tidur mereka, lantas berlari ke arah bapa mereka namun ditahan oleh lelaki durjana tadi. “Aku bapa kamu sekarang, ibu kamu yang mahukan aku sebagai bapa barumu”, kata lelaki tersebut dengan nada ego dan takaburnya.

“Cis!!!.. siapa kamu yang mahu mengaku bapa kepada anak-anakku? Aku bapa mereka yang sah dari perkahwinan yang sah. Kamu pula siapa yang memandai mengaku bapa mereka”, bentak Razin dengan nada keras.

‘Aku memang tiada ikatan yang sah dengan isterimu dan anak-anakmu, tetapi isterimu mahukan aku, biarpun tanpa ikatan perkahwinan yang sah”, ujar lelaki durjana tadi dengan nada penuh riak di wajahnya.

Razin kemudiannya dihalau keluar oleh lelaki durjana tadi, namun dia tetap tidak mahu berganjak. “Ini rumah aku, kenapa aku pula yang dihalau, engkau yang patut keluar”, bentak Razin dengan keras. Lelaki durjana tadi terus ketawa sambil tangannya memegang pinggang isteri Razin yang turut tersenyum dengan kejadian tersebut. Razin kemudiannya dihumban keluar pintu rumahnya oleh lelaki durjana tadi dengan kasar. Tersungkur dia di pintu masuk rumahnya, namun digagahi juga untuk bangun.

Razin amat bersedih dengan sikap isterinya dan lelaki durjana tadi, dia masih duduk di hadapan pintu rumahnya mengenangkan nasib dirinya. Kesian pada anak-anaknya yang masih mengharapkan bapa mereka yang tersayang. Apa sudah jadi pada dirinya, begitu besar ujian yang menimpa dirinya.

Selang beberapa minit kemudian, sebuah kereta peronda berhenti di hadapan rumahnya. Seorang pegawai polis yang segak beruniform keluar dari kereta tersebut dan melangkah menuju ke arahnya. “Encik, saya diminta oleh tuan rumah ini untuk memastikan encik tidak membuat kacau di sini, harap encik dapat pergi dari sini” ujar pegawai polis berkenaan. “Kenapa pula, ini rumah saya, lelaki durjana itu yang merampas rumah saya” kata Razin dengan nada keras. “Itu saya tak mahu tahu, yang penting encik perlu pergi dari sini sebelum saya berkeras, sebarang masalah encik boleh membawa kes ini ke mahkamah” kata pegawai polis tadi. “Baiklah, saya menghormati awak, saya akan pergi dari sini, saya akan bawa kes ini ke mahkamah”, ujar Razin dengan nada kecewa.

Di mahkamah

“Setelah mendengar segala penghujahan yang diberikan, maka mahkamah dengan ini memutuskan bahawa isteri kamu adalah milik lelaki tersebut walaupun tanpa perkahwinan yang sah. Ini kerana isteri kamu telah bersetuju menerima lelaki tersebut maka secara rasminya anak-anak kamu juga merupakan anak-anak lelaki tersebut” ujar hakim dengan nada selambanya.

Razin tersentak dan terpaku dengan keputusan mahkamah itu, bagaimana mungkin isteri dan anak-anaknya menjadi milik lelaki durjana itu dalam sekelip mata sahaja, tanpa ikatan perkahwinan yang sah. Terkejut memikirkan bagaimana mudah, hanya dengan mengaku seseorang itu miliknya, maka dengan mudah sudah bertukar tangan. Apa sudah jadi dunia ini.

“Ya Allah, sebegitu berat ujian yang Kau berikan padaku. Adakah dunia ini sudah hampir sampai ke penghujungnya jika sebegitu mudah seseorang mengambil hak orang lain tanpa rasa bersalah, dan perbuatannya direstui oleh masyarakat” tangis Razin.

Anonymous said...

simbolik jugak cerita kutan group nih... spt kisah rampas kuasa umno trhdp kerajaan negri pr perak aje....

mungkin ketua2 parti yg dok rampas kuasa rakyat ini asalnya keturunan lanun atau penyamun ...kok?

Tapi rakyat melayu jenis ini suka berketuakan baka lanun, penyangak, korup, kitol, raja mandeliar, patih kerma wak raja ....

Anonymous said...

ZAHRIAN KELUAR PARTI KERANA TAK DAPAT PROJEK : GUAN ENG – berita hairan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menyifatkan tindakan bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Zahrain Mohamed Hashim, keluar daripada parti itu kerana kepentingan individu dan peribadi.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, keretakan hubungan antara beliau dan Ahli Parlimen Bayan Baru itu berpunca apabila Zahrain gagal mendapatkan kontrak RM40 juta untuk mengurus projek Bukit Jambul Golf Resort.

“Saya rasa punca utama beliau letak jawatan ialah gagal dapat projek itu.

KAH KAH KAH....

woit... TERUK LAAA LIM GUAN ENG NI....kah kah kah..

woit...JANGAN LAAA BUKA KAN RAHSIA MALAON INI...kah kah kah..

woit... JANGAN LAAA BAGI TAHU SATU MALAYSIA HAL INI...kah kah kah...

kah kah kah... MANA MALAON INI NAK SURUK MUKA SEMBAB ... kah kah kah..

kah kah kah... KESIAN LAAAA... CUKUPLAAA...kah kah kah..

woit... CERITA MAK JANDA TU... JANGAN KELUARKAN...kah kah kah..

woit... YANG SUDAH TU SUDAHLAA...kah kah kah..

kah kah kah... KES LAMA DIPORT AUTHORITY TU... JANGAN BUKA LAGI....kah kah kah..

kah kah kah.... MALU BUMIPUTERA KITA.... kah kah kah...

woit... GUANG ENG BE A SPORT SIKIT... kah kah kah

Anonymous said...

Zahrin tu memberontak kerana ada lanun dari negeri lain buat kacau di negerinya...Sepatutnya lanun tu pegi balik buat kacau dlm negeri dia sndri...itu natijah cerita anom tu...

Anonymous said...

sy pertma x mngunjungi blog ni...tertarik ulasan John. Saya sokong apa yg John cakap tu, tp kalau ambik sumber Harakah pun sama jugak, yg org lain buat x ade yg betul. Malah lebih teruk dan menyampah nak baca! meloyakan..

john said...

Salam...

utk joots dan sealiran dengannya..

Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri,

Sejujurnya saya menyeru, tolonglah tinggalkan UMNO segera atas sebab berikut ;

1- UMNO adalah sebuah parti kebangsaan yang berfahaman sekular Kristian (memisahkan agama dengan politik). Ini disahkan sendiri oleh Almarhum Tunku Abd.Rahman.

Apakah kesannya pada Aqidah kita ?

Selagi mana kita terus menjadi ahli atau menyokong UMNO, bermakna kita redha dengan fahaman sekular tersebut. Bila kita redha dengan sesuatu perkara yang sesat, maka kita turut menjadi sesat.

Fatwa Ulama' menjelaskan "Jalan mudah untuk menjadi kafir apabila memisahkan agama dengan politik'.

2- Bila dasar dan fahaman UMNO itu sendiri dah sesat, bermakna pemimpinnya juga turut sama sesat. Bagaimana pula dengan kita yang menyokong pemimpin sebegini ?

Dalam Surah Al-Ahzab (33) : ayat 66 - 68 ;

"Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam Neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul Allah. Dan mereka berkata lagi: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar. Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!"

3- Kita semua mengucap dua kalimah syahadah yang bermaksud "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad Rasul Allah".

Apakah hakikat sebenar persaksian kita yang memperakui "Tiada Tuhan Melainkan Allah" ? Maksudnya kita mengimani dan menyakini bahawa ;

- Hanya Allah sahaja Tuhan sekelian alam.

- Hanya Undang-Undang Allah yang wajib kita tegakkan.

- Hanya Islam agama yang Allah redha.

- Hanya hukum-hakam Allah yang kita patuhi.

- Hanya sistem Allah yang kita guna untuk diri, keluarga, masyarakat dan negara serta segala-galanya.

Kita semua dah tahu bahawa sepanjang UMNO memerintah Malaysia, undang-undang yang digunapakai ialah undang-undang Lord Reid (sekular Kristian). Apabila kita terus menyokong UMNO, bermakna kita redha dengan perlaksanaan undang-undang sekular itu. Secara tidak langsung kita turut sama menolak Undang-Undang Allah (Al-Qur'an) yang wajib kita tegakkan. Akibatnya tanpa kita sedar Aqidah kita telah rosak kerana telah menafikan sifat Allah.

Seperkara lagi, kenapa kita boleh percaya cakap pemimpin UMNO yang mengatakan "Kita tak boleh laksanakan Hudud kerana masyarakat majmuk".
Saya nak tanya pada Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri, siapa ciptakan manusia yang berbilang kaum dan bahasa ini ?

4- Rasulullah S.A.W. sendiri pernah menegaskan "Barangsiapa yang berjuang atas dasar Assobiyah (kebangsaan), mereka bukan di kalangan kami". Maksudnya, Rasulullah sendiri tidak akan mengakui kita sebagai umatnya jika kita menyokong perjuangan atas dasar bangsa / kaum.

5- Dalam Surah Al-Baqarah (2) : ayat 208 ;

"Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata."

Sekadar inilah yang dapat saya jelaskan. Mudah-mudahan ianya dapat membuka minda dan hati Tuan / Puan, En / Cik / Sdra / Sdri dalam menilai antara yang haq dengan yang bathil.
Perkara pertama yang wajib kita pelihara ialah Aqidah. Jika Aqidah dah rosak, maka sia-sialah saja segala amalan kita selama ini.

Akhir sekali, tiada gunanya kita mempertahankan perkara yang salah. Marilah kita sama-sama berhijrah daripada kegelapan kekufuran (toghut) kepada cahaya kebenaran (Islam).

Semuga Allah mengampuni segala dosa-dosa kita dan menempatkan diri kita bersama dengan golongan orang-orang yang beriman.

Jazakallah.

Mohd.Nazri.
Kota Kinabalu.

p/s:ambo ambik dari sumber lain..sekadar renungan..tok ser tak po..nok, koho mujur..

melikapakjangak said...

Mr John!
Saya baca semua akhbar harian dalam bahasa yang saya faham setiap hari. Orang besar Utusan seperti Zaini Hassan misalnya kawan saya. Pengarang Utusan Jawi, Saudara Mohd. Kamil Yusoff, orang Wakaf Bharu, pelajar USM buat praktikal di BERNAMA Kota Bharu dan sering ikut saya buat liputan. Kebanyakan orang besar-besar di syarikat akhbar dan stesen tv/radio kenal dan sesetengahnya aalah kawan saya.

Utusan dirujuk kerana akhbar berkenaan besar peranannya dalam membangkitkan semangat Melayu bagi menuntut kemerdekaan. Ianya diwujudkan oleh cendekiawan Melayu Islam asalnya.

Kalau laporan dianggap tidak betul, sebenarnya bukan salah akhbar atau petugasnya. Yang tidak betul adalah sumber yang memberi berita. Misalnya Utusan pernah siar kenyataan TGN kata di Kelantan, pegawai kerajaan tidak ada yang terlibat dengan rasuah. Ramai yang kata belawok dan tak betul. Contohnya bekas Pegawai Kewangan Negeri didakwa kerana tuduhan rasuah. Yang buat laporan belawok kononnya tak ada amalan rasuah tetapi ada bekas pegawai didakwa bukan akhbar atau petugas akhbar, tetapi sumbernya yang belawok.

Dalam bidang kemediaan ini ada etikanya. Hanya kalangan yang terbabit dalam bidanh kemediaan yang benar-benar faham tentang etika ini. Kerana laporan tak belago angin, maka dianggap belawok. Setahu saya kebanyakan akhbar alternatif, terutama suara parti politik lazimnya tidak mematuhi etika, banyak bidak dan merapu kerana sasaran pembacanya adalah ahli dan penyokog parti. Utusan akhbar umum dan sasaran pembaca meliputi semua pihak tanpa mengira parti.

Walaupun saya tidak pernah menjadi kakitangan tetap Utusan (tidak pernah phon pun), namun saya menjadi penyumbang pelbagai bahan kepada Utusan sejak tahun 1970-an lagi selain dari saya turut menyumbang kepada Berita Harian, Bintang Timur, Mingguan Tanahair, Mingguan Watan Mingguan Bumi, Mingguan Nusantara, Harakah dan sebagainya. Saya hanya pernah bertugas tetap dengan Harian Nasional sebagai wartawan dan dengan Harian Watan sebagai wartawan eskekutif merangkap ketua biro di samping saya pernah menulis dalam hampir kesemua majalah terbitan Utusan seperti Mastika Kiblat, Al-Islam dan URTV. Yang saya tak pernah menulis hanya pada Suara Keadian.

Sekarang pun walaupun ada akhbar minggguan dan majalah bulanan sendiri, saya masih juga menyumbangkan kepada Utusan kerana akhbar utusan ada sentimentalnya yang tersendiri. Selagi manusia masih wujud atas muka dunia ini, buatlah pelancaran boikot Utusan sampai sejuta kali oleh tokoh semasin mulut pun, Utusan tidak akan tutup kedai kerana yang menghidupkannya adalah roh Melayu.

Walaupun saya lbih tua dan lebih awal dalam bidang media tetapi saya tiak boleh menandingi kehebatan Zul Bakar. Dia pengamal media yang hebat di samping beliau mengaji dalam bidang kemediaan di universiti, saya hanya sekolah atap dan menimba berteraskan pengalaman, saya tak banyak ilmu kusus dalam bidang kemediaan, malah apa-apa bidang pun.

john said...

Salam...abe li!

abe li kata-
"Utusan dirujuk kerana akhbar berkenaan besar peranannya dalam membangkitkan semangat Melayu bagi menuntut kemerdekaan. Ianya diwujudkan oleh cendekiawan Melayu Islam asalnya"

john kato-
-"ok setuju, bagaimana pula dengan keadaan selepas merdeka. tidak keterlaluan anggapan ambo kalu ambo kato 'lo ni utusan lebih kepada suara survival umno. asal melayu yang tidak mengikut umno semuanyo tok betul. sekarang ni lebih kepada nak menghangatkan perkauman melayu setelah ore melayu meminggirkan umno ' dok gitu eh."

Abe li kato-
"Selagi manusia masih wujud atas muka dunia ini, buatlah pelancaran boikot Utusan sampai sejuta kali oleh tokoh semasin mulut pun, Utusan tidak akan tutup kedai kerana yang menghidupkannya adalah roh Melayu."

John kato
"selagi umno berkuaso, utusan tak akan ditutup biar berjuto kempen boikot dilakukan. perlu diingat utusan bukan berdiri atas suratkoba itu sendiri, dio dibawoh company besar (Karangkaf-silap, harap maaf dok pun ABC circulation publishing).kempen boikot itu bertujuan mengurangkan pembacanya dikalangan PR. dikalangan lain terpulang. Baru2 ni menteripun dah brbunyi yang mengatakan utusan kekurangan pengiklan? jika diperhatikan memang betul, tiada syarikat swasta yang menggunakan utusan untuk mengiklankan barangan. kecuali di muka hujung akhbar iaitu syarikat nombor yang menunjukkan keputusan!

ambopun tok mengharapkan utusan untuk pupus tapi sekurang-kurangnya jadilah seperti sinar kerana menyiarkan juga liputan pembangkang. barulah boleh dilabelkan "umum" bukan "umno"..

apa-apapun terpulang pado masing2 ko guano abe li? ambo suko baco blog ni sebab salah satu blog yang pro kerajaae tapi tok guno bahaso2 sial macam blog cybertrooper umno.

p/s: berbeza pendapat tak semestinya bermusuhan...

melikapakjangak said...

Mr John
Saya setuju blog saya pro keraajan selagi kerajaan tidak melakukan sesuatu yang pada saya perlu ditegur tetapi yang jelas blog saya bukan parti politik. Setahu saa orang Pas tak suka saya, orang Umno pun tak suka. Tetapi saya tidak berhajat disukai Umno atau Pas kerana saya tidak ada kepentinga arti politik.

Kalau Umo atau Pas suka saya tidak laba apa-apa kalau Pas dan Umno benci pun saya tak rugi. Saya mengutarakan pendapat dan pandangan saya berdasar ilmu dan maklumat yang saya ada. Penjengok makan Mr John dan lain-lain boleh sanggah, yang mana sanggahan sanggahan yang baik akan saya jadikan telaan yang tidak baik akan saya jadi sempadan. Pada saya sebagaimana saya berhak untuk tegur sesiapa pun, maka sesia pun behak untuk tegur dan sanggah saya.

Percanggahan pendapat itulah sebenarnya suatu kenikmatan. Kita hanya bercangahan pendapat, bila jumpa mana-mana kedai kopi boleh minum bersama.

Pemain politik kena bersedia dikritik dan mengkritik. Kalau tidak dunia politik akan hilang seninya.

joostspring said...

john..

kesimpulan yg mu nak buat dr komen 8.o2 tu gp??

adakah mu nak oyt org2 hok jadi ahli umno dan wat undi umno dlm PRU ni semua msk nerako ko???

kl mu kata ya gak..mmg sah2 mu ni gilo..

dlm panjang2 nazri tulis tu point hok jelas nak oyt umno ni sesatkan akidah umat xdok sehabuk..

hanya bermain dgn 2 point politik jah dan ditambah dgn petikan ayt2 al quran dan hadis tuk sedapkan tulis..
1)umno pisahkan islam dan politik
2)umno ikut undang2 lord reid

kl mu nak kata umno pisahkan isle dgn politik tu aku caya la...tapi umno xpernah nak abaikan tanggungjawab menyediakan prasarana dan segala benda yg berkaitan agama islam di malysia ni...cuma tinggal dri kte sendri jah wat mana se nak pilih..jln hitam ko jln putih..

john..

dlm pas..politik dan isle mmg duk skali, tapi sayang seribu kali sayang pas ni hanya gunakan isle tuk tujuan politik dan raih undi mse PRU....bkn gunakan politik tuk martabatkan isle..

john...

pasal undang2 lord reid tu xreti nak ulas mana...lebih kepada politik jah blake pasal unde2 tu,dlm mlysia sendri pun ada jgk mahkamah syariah..

cuma se kawe bleh oyt,d muka bumi ni mekah se jah guna hukum hudud,negara isle seperti iran,iraq,arab n etc kawe xpasti r guna unde2 gp...

sesat parok habis la negara2 hok majoriti org isle sbb xamlkan hukum hudud ni...

utk tinggalkan umno dan sokong pas bleh john...demo rujuk komen kawe hok posting pasal maulud tu gana cara dia

Anonymous said...

John dan Mr Joostpring...
Utk pngtahuan anda, tidak boleh pisahkan politik dan Islam, mmg tak boleh...Dalam nikah kahwin ada politik, dalam ibadah ada politik dan byk lagi...tapi Joostspring jgn terperangkap, memisahkan Islam dengan PARTI politik meme bleh. Maknanya memisahkan PAS dan Islam mmg boleh, sbb PAS hanyalah parti politik. Kalau tak boleh pisah PAS dgn Islam, kesianlah rakyat Singapura, rakyat Arab Saudi, rakyat Thailand dan semua rakyat yg bukan kerakyatan Malaysia, mereka tak boleh masuk syurga, kerana di sana mereka tak ada PAS.Harap faham isu ini...wassalam