Sunday, February 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (683) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

NOTA: rencana ini turut dihantar ke sebuah akhbar dan majalah terkumuka tanahair untuk petimbangan siaran

Kenapa tidak guna ISA perangi ah long?
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

BERCAKAP tentang ah long ibarat ulang tayang filem-filem klasik. Ia bukan perkara baru. Kegiatan ah long adalah merupakan satu cabang kegiatan kongsi gelap yang turut terbabit dalam perjudian, perdagangan manusia yakni pelacuran, pengedaran dadah, rompakan dan sebagainya.

Pelbagai pihak sering membuat gesaan agar operasi besar-besaran dijalankan untuk menggempur dan melumpuhkan kegiatan kongsi gelap yang semakin berleluasa di negara ini khususnya di Lembah Klang, bermakna kegiatan itu benar-benar sudah cukup kritikal. Tanpa kongsi gelap, kegiatan ah long akan turut lumpuh.

Antara yang pernah buat desakan ialah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye dan Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM), Shafi Bakri.

Pihak kerajaan mula telah prnah menyambut desakan, malah Menteri Keselamatan Dalam Negeri Dato’ Hishamuddin Tun Hussien berikrar akan memburu dan akan membanteras kegiatan kongsi gelap yang turut bertindak sebagai ah long tanpa kompromi.

Tetapi nampaknya ‘akan’ tanpa 'elah bertindak sebagaimana yang ‘diakankan’ telah menyaksikan pihak yang mahu diburu dan digempur terus mempamerkan ketajaman taring, sekali gus seakan mencabar dan memperlekehkan ‘akan memburu’ dan ‘akan membanteras’ kegiatan kongsi gelap.

Terbaru beberapa orang ah long bertindak membakar kereta wanita berbangsa Cina berusia 35 tahun ekoran dari suaminya dikatakan gagal membayar hutang ah long. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 1.30 pagi di Taman Rampai, Setapak, Kuala Lumpur pada 14 Februari.

Kejahatan dan kekejaman ah long terbukti di luar batas dan nilai kemanusiaan. Mereka bukan sahaja mensasarkan pemiutang yang gagal membayar hutang tetapi turut menjadikan anggota keluarga si pemiutang sebagai sasaran, malah yang terdedah kepada anacaman kekejaman dalam kes pembakaran kereta itu adalah kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun.

Justeru itu memang wajar kegiatan kongsi gelap yang mana kegiatan ah long adalah antara rangkaian yang perlu diperangi habis-habisan kerana kebelakangan ini banyak kes menunjukkan kumpulan kegiatan itu sudah menampakkan rasa tidak takut, malah berani mencabar undang-undang.

Paling malang kerana ada di kalangan kumpulan kongsi gelap dilindungi 'orang politik', menjadikan mereka kebal dan tidak mudah diambil tindakan undang-undang.

Ini adalah kerana selain dari dinaungi kuasa politik, mereka juga menggunakan kuasa wang untuk melicinkan kegiatan mereka, termasuk dalam mendapatkan perlindungan orang politik.

Bagi pembasmiannya, tindakan tegas tanpa kompromi dan segala kekebalan dan perlindungan dimusnahkan perlu dilakukan bagi menghadang dan membanteras kegiatan kongsi gelap yang kerananya merebak dan berleluasanya segala bentuk kegiatan jenayah sama ada yang melanggar undang-undang sivil mahu pun syariah.

Tidak kira pelindungnya seorang exco, menteri atau mereka yang bergelar 'datuk', 'tan seri' atau sebagainya, malah kalau bergelar ‘tun’ sekali pun, tindakan tegas kena diambil dan antara tindakan yang pastinya berkesan, pada pendapat penulis, adalah dengan ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Dalam pada itu pihak polis perlu diberi kuasa khas untuk menembak mati anggota kongsi gelap melalui tagline 'satu peluru satu anggota kumpulan gengstar/kongsi gelap/ah long/pengedar dadah/pedagang manusia' dan pihak polis hendaklah dikebalkan dari dipersoalkan tentang cara, pendekatan, taktik dan teknik penghadangan dan pembanterasan, termasuk tindakan menembak mati jika dirasakan itu cara terbaik.

Untuk menghadapi rasa hebat dan dan kekejaman yang tergamak dilakukan ahli kumpulan kongsi gelap tanpa belas kasihan terhadap mangsa mereka, pihak polis perlu mempunyai anggota atau unit penghadangan dan pembanterasan kegiatan kongsi gelap yang jauh lebih hebat dan lebih mampu bertindak lebih kejam dalam menghadapi keganasan kegiatan kumpulan kongsi gelap.

Penulis yakin jika diberi kuasa khas dan kebal dari tindakan mereka dipertikaikan sebagai kejam dan diluar kewajaran, tanpa boleh didakwa atau dibantah melalui demonstrasi dan perhimpunan haram, pihak polis sebenarnya mampu membanteras kegiatan kongsi gelap, apatah lagi jika anggota masyarakat turut membantu sama.

Ini berdasarkan kepada kejayaan pihak polis membongkar dan menghapuskan 15 kumpulan gangster yang bergiat aktif di Sarawak termasuk dua yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui pada tahun 2007.

Kegiatan kongsi gelap tidak boleh dikompromi atau diadili mengikut lunas undang-undang kerana mereka yang terlibat dalam kegiatan berkenaan adalah merupakan pengancam keselamatan masyarakat dan negara yang tidak menghormati undang-undang, malah boleh bertindak lebih ganas dari binatang terhadap mangsa mereka.

Jika tindakan tegas dan keras tidak diambil bagi membanteras kegiatan kongsi gelap dengan tagline 'negara sifar kongsi gelap', ia akan memberi kesan buruk, terutama kepada generasi muda yang mana di sekolah-sekolah pun sekarang ini sudah mula menampakkan adanya bibit-bibit bercambahnya fenomena gengsterisme.

Pun begitu, walau sehebat mana sekali pun pihak polis, mereka tetap akan menghadapi kesukaran untuk menghapuskan kergiatan kongsi gelap seandainya tanpa penglibatan orang ramai kerana jumlah keanggotaan, terutama bilangan yang terlibat secara khusus untuk menghadang dan membanteras kegiatan kongsi gelap hanya kecil.

Sehubungan dengan itu kena diwujudkan budaya anti jenayah dalam masyarakat. Sebagai langkah permulaan, ahli masyarakat boleh menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa seperti polis untuk memerangi jenayah, malah imbuhan patut disediakan.

Jika ada imbuhan, ahli kongsi gelap sendiri pun akan bantu polis kerana tujuan utama mereka menyertai kongsi gelap pun kerana wang.

Sebenarnya bukan semua ahli kongsi gelap suka jadi kongsi gelap, ada di antaranya yang terjebak tanpa dirancang tetapi setelah terjebak sukar untuk lepaskan diri sebagaimana mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

Untuk banteras kongsi gelap, umpamanya kena guna ahli kumpulan kongsi gelap itu sendiri dan ISA adalah senjata paling ampuh bagi tujuan pembendungan dan pembanterasan.

APA ITU KONGSI GELAP/GANSTER/SAMSENG?

Samseng atau gengster atau kongsi gelap merupakan penjenayah yang bergerak dalam suatu kumpulan, kelompok atau geng berketuakan seorang yang paling berpengaruh dan pintar dalam membina pengaruh dan menjadikan sesiapa pun mendengar namanya, apatah lagi anggota kumpulan akan gerun kerana sebarang pelanggaran peraturan kumpulan, hukumannya adalah mati.

Pada umunnya mereka terlibat dalam pelbagai jenis jenayah terancang dari jenayah ringan seperti peras ugut sehinggalah ke jenayah bersenjata yang melibatkan jutaan ringgit, pengedaran dadah, pengedalian pusat hiburan, pusat pelacuran, perkhidmatan ah long, malah juga membabitkan perniagaan senjata.

Kegiatan samseng/ganster/kongsi helap telah dipopularkan oleh kumpulan-kumpulan samseng di Amerika Syarikat yang memainkan peranan utama dalam ekonomi negara pada dekad 1920-an hingga 60-an.

Ianya membabitkan penyertaan individu yang terlibat dalam aktiviti jenayah atau sosial yang membawa kepada penyelewangan tingkah laku dan kerosakan akhlak.

MAFIA

Adalah antara orgnisasi ganster/kongsi gelap samseng yang terbesar dan tersohor. Ia juga dikenali sebagai La Cosa Nostra dalam bahasa Itali yang membawa maksud Urusan Kami. Ia adalah panggilan kolektif untuk beberapa organisasi jenayah di Sicily (Itali) dan Amerika Syarikat.

Mafia pada awalnya merupakan nama sebuah organisasi orang-orang di Sicily pada Zaman Pertengahan untuk tujuan perlindungan dan perlaksanaan undang-undang sendiri.

Kumpulan-kumpulan Mafia melebarkan sayap ke Amerika Syarikat selepas berlakunya penghijrahan beramai-ramai rakyat Itali pada abad ke-20.

Pergerakan mafia bukan sahaja tertumpu di Itali malah di Amerika Syarikat juga yang mana migrasi penduduk di sebelah eropah ke Amerika yang telah membawa pengaruh mafia ke sana.

Mereka banyak tertumpu dikawasan bandaryang mereka mengutip duit perlindungan dan menjual dadah bagi menyokong dan mengukuhkan oraganisasi mereka.

Kekuatan Mafia mencapai kemuncaknya di Amerika Syarikat pada pertengahan abad ke-20. Penyiasatan oleh FBI pada tahun 1970-an dan 1980-an berjaya mengurangkan pengaruh mereka.

Mafia tidak terhad di AS sahaja bahkan kumpulan Yakuza di Jepun juga dianggap sebagai kumpulan mafia oleh sesetengah orang.

YAKUZA

Yakuza atau Gokudo adalah nama bagi kumpulan samseng/kongsi gelap/gamster berpengaruh di Jepun. Ia juga disebut Mafia Jepun kerana kegiatan dan pengurusan organisasinya menyamai Mafia.

Sejarah panjang Yakuza bermula sekitar tahun 1612, sejurus selepas Shogun Tokugawa berkuasa dan menyingkirkan shogun sebelumnya.

Penggantian itu menyebabkan kira-kira 500,000 orang samurai yang sebelumnya disebut hatomo-yakko (pelayan shogun) menjadi kehilangan ketua atau disebut sebagai kaum ronin.

Berteraskan keyakinan hanya kejalangan yang mampu menyelesaikan kejalangan, kaum ronin telah menjadi penjahat dan rakus dalam usaha untuk membina kekuatan dan kehebatan.

Mereka disebut sebagai kabuki-mono yang mana bila ke mana-mana akan membawa pedang. Mereka berbicara satu sama lain dalam bahasa slang dan kode rahasia. Terdapat kesetiaan tinggi di antara sesama ronin sehingga ianya amat sukar untuk dibasmi.

Untuk melindungi kawasan pekan dan bandar dari para kabuki-mono, banyak kawasan bandar dan pekan di Jepun menubuhkan machi-yokko (pakatan tenaga) yang terdiri dari para pedagang, pegawai, dan orang biasa yang mahu menyumbang tenaganya untuk menghadapi kaum kabuki-mono.

Walaupun mereka kurang terlatih dan jumlahnya sedikit, tetapi ternyata para anggota machi-yokko ini sanggup menjaga bandar dan pekan mereka dari serangan para kabuki mono. Di kalangan rakyat Jepun abad ke 17, kaum machi-yokko ini dianggap seperti pahlawan.

Masalah jadi rumit, karana setelah melumpuhkan kaum ronin, para anggota machi-yokko meninggalkan pekerjaan awal masing-masing dan memilih jadi orang biasa dan gemar bergaduh. Mereka digeruni, tambahan pula apabila menerima naungan shogun.

Ada dua kelompok pekerajaan para machi-yokko, yakni kaum Bakuto (penjudi) dan Tekiya (pedagang). Tekiya nama saja kaum pedagang tetapi pada kenyataannya, mereka adalah kaum yang suka menipu dan memeras sesama pedagang.

Walau pun begitu, kaum ini punya sistem kekerabatan yang kuat. Ada hubungan kuat antara Oyabun (pemipin utama) dan Kobun (orang bawahan) serta Senpai-Kohai (ahli senior dan juga yang junior) yang kemudian menjadi kental di organisasi Yakuza.

PENJUDI

Kaum Bakuto (penjudi), punya sejarah yang unik. Awalnya mereka disewa oleh Shogun untuk berjudi melawan para pegawai konstruksi dan irigasi.

Tindakan ini dilakukan agar gaji para pegawai konstruksi dan irigasi habis di meja judi dan tenaga mereka boleh dibayar dengan harga murah.

Jenis judi yang biasa dilakukan adalah menggunakan kotak Hanafuda dengan sistem permainan mirip Black Jack.

Tiga kotak dibahagikan dan bila angka kotak dijumlahkan, maka angka terakhir menunjukkan siapa pemenang. Di antara sekian banyak kotak sial sial , kotak berjumlah 20 adalah yang paling sering disumpahi orang, karana berakhiran dengan nombor satu.

Salah satu konfigurasi kotak ini adalah kotak dengan nilai 8-9-3 yang dalam bahasa Jepang menjadi Ya-Ku-Za yang kemudian menjadi nama asal Yakuza.

Dari kaum Bakuto ini juga muncul tradisi menandai diri dengan tato pada sekujur badan (disebut irezumi) dan yubitsume (potong jari) sebagai bentuk penyesalan ataupun sebagai hukuman.

Awalnya hukuman ini bersifat simbolik, karena ruas atas jari kelingking yang dipotong membuat pemilik tangan menjadi lebih sulit memegang pedang dengan mantap. Hal ini menjadi simbol ketaatan terhadap pimpinan.

YAKUZA MODEN

Waktu terus berlalu ikut paksinya, kaum Bakuto dan Tekiya menjadi satu identiti sebagai Yakuza. Kaum yang asalnya bertugas melindungi masyarakat – menjadi ditakuti masyarakat.

Para pimpinan Jepun memanfaatkan hal ini untuk mengendalikan masyarakat dan menggerakkan nasionalisme.

Yakuza ikut direkrut oleh pemerintah Jepun dalam aksi pendudukan di Manchuria dan Cina oleh Jepun pda tahun-tahun 1930-an.

Para Yakuza dikirim ke daerah tersebut untuk merampas pemilikkan tanah, dan memperolehi hak monopoli sebagai imbalan.

Nasib kaum Yakuza berubah setelah Jepun menyerang Pearl Harbor. Pihak tentera atau Kamekaze telah mengambil alih pengendalian segala urusan termasuk urusan perang dari Yakuza, menjadikan para anggota Yakuza akhirnya harus memilih apakah perlu bergabung dalam birokrasi pemerintah atau masuk penjara.

Ekoran dari itu menjadikan kehebatan dan peranan Yakuza tenggelam.

Setelah Jepun menyerah, para anggota Yakuza kembali kepada masyarakat apabila seorang yang berhasil mempersatukan seluruh organisasi Yakuza.

Orang itu adalah Yoshio Kodame, seorang bekas anggota Yakuza yang menyertai Kamkaze dengan pangkat terakhir leftenan muda yang dijawatinya ketika usia 34 tahun.

Yoshio Kodame berhasil mempersatukan dua fraksi besar Yakuza, yaitu Yamaguchi-gumi yang dipimpin Kazuo Taoka, dan Tosei-kai yang dipimpin Hisayuki Machii.

Ekoran dari itu Yakuza pun bertambah besar keanggotaannya terutama pada sekitar tahun 1958-1963 yang mana organisasi Yakuza ketika itu dianggarkan memiliki anggota 184, 000 orang atau lebih ramai daripada anggota tentara angkatan darat Jepun ketika itu. Yoshio Kodame diberi jolokan sebagai ‘bapa Yakuza’ atau godfather.

Bagaimanapun pada waktu ini keanggotaan Yakuza dikatakan semakin mengecil tetapi bukan bererti ia tidak berbahaya. Tulang belakang perniagaannya adalah pachinko, perdagangan ampethamine (termasuk ice dan ekstasi), prostitusi, pornografi, dan pemerasan, malah penyelundupan senjata.

Pada 1980-an, Yakuza mengembangkan sayap mereka hingga ke Amerika Serikat, dan menceburi perniagaan secara sah bagi membersihkan hasil perolehan mereka adalah keterlibatan Prescott Bush, saudara kepada presiden George H.W. Bush dan bapa saudara bagi bekas Presiden George W. Bush, dalam transaksi penjualan perusahaan Aset Management International Financing & Settlements di awal 1990an.

Berdasarkan perkiraan kasar dari sumber majalah Far Eastern Economic Review edisi 17 Januari 2002, Yakuza diperkirakan telah menanamkan wang hingga AS$50 bilion dalam pelaburan saham dan perusahaan di Amerika Syarikat.

Di Jepun, Yakuza juga i turut berpernanan menguasai ekonomi Jepaun selama 10 tahun terakhir.

Kerana itu perniagaan urusan harta dan pinjaman bank di Jepun pasca 1990, ramai yang mendapatkan bantuan kewangan Yakuza agar harta benda mereka tidak disita oleh bank.

Selain itu, banyak perusahaan yang memperoleh pinjaman bank pada dasarnya adalah sebuah kigyo shatei. Sebahagian dari jumlah itu dialirkan ke induk organisasi Yakuza.

Dari sudut yang lain, anggota Yakuza juga kerap membeli aset industri pembinaan dengan harga rendah dari perusahaan yang memerlukan tunai untuk dijual kembali dengan harga tinggi bagi segala bentuk harta benda dari apartemen, pepejabat hinggalah hosital.

Bila sebuah bangunan telah dibeli oleh Yakuza, tidak ada yang berani jadi jiran mereka dan harga bangunan jatuh dan Yakuza akan membeli. Bagaimanapun hargan segera melonjak naik apabila Yakuza menjualnya.

Selain beroperasi secara di level bawah, Yakuza juga mempengaruhi polisi Jepun. Beberapa praktik rasuah telah terbongkar termasuk dalam program tender projek umum senilai trilyion yen.

Program rekapitalisasi perbankan Jepun yang berlarut-larut tidak kunjung selesai diperparahkan oleh keterlibatan Yakuza yang sangat berkepentingan dalam pernigaan properti dan kredit perbankan.

Pada waktu ini perbankan Jepun masih menanggung beban kredit sebesar kira-kira 1.2 triliun dolar dan membuat ekonomi tidak tumbuh selama 10 tahun terakhir.

Dalam pada itu 10 kumpulan gangster paling merbahaya di dunia adalah:
1. Aryan Brotherhood (AB,The Brand):
Terdapat di penjara Amerika Syarikat. Populasi kumpulan ini hanya 1% meliputi seluruh penjara Amerika Syarikat.

Sebanyak 26% kes jenayah di dalam penjara melibatkan pembunuhan banduan.

Paling banyak ahli kumpulan ini ditemui di State Prison (California). Untuk menyertai kumpulan ini, bakal ahli harus membunuh seorang banduan.

Sesiapa yang nak meninggalkan kumpulan akan dibunuh oleh rakan-rakan sekumpulan. Kegianatan jenayah pula adalah membunuh, peras ugut, kegiatan pelacuran, mengedar dadah, pembunuh upahan.

2. Mexican Mafia (La eMe);
Terdapat di penjara Mexico. Dilahirkan 1950 di Tracy California. Kegiatannya adalah mengedar dadah, peras ugut dan membunuh. Berhubung kait dengan kumpulan Aryan Brotherhoo.

Tidak ada hubungan homoseks dan tidak ada sifat pengecut di kalangan ahli dan membunuh orang awam. Tidak boleh mempraktikkan agama Kristian.

Ahli kumpulan yang telah keluar daripada penjara dikehendaki menghantar perbelanjaan kepada ketua mereka di penjara.

3. The Mungiki (Kenyan Mafia);
Hanya ditemui di perkampungan di Nairobi, Kenya. Ditubuhkan sejak tahun 1980. Menentang keras agama Kristian dan membenci pengaruh barat. Sebanyak 350 orang mati sejak kumpulan ini ditubuhkan.

Mereka menyerang musuh dengan memotong kepala, memotong kemaluan (perempuan) dan mecacatkan anggota badan. Kononhya mempunyai hubungan dengan kumpulan ganster di Amerika Syarikat tetapi tidak ada bukti yang kukuh mengenainya.

4. Primeiro Comanda da Capital (PCC);
Antara kumpulan yang baru ditubuhkan oleh banduan di Brazil. Ditubuh pada tahun 1993 oleh 8 orang (paling sedikit) menentang polisi kerajaan Brazil (sekarang) seperti balai polis,mahkamah mahupun bas awam.

Pada tahun 2006 sebanyak 300 serangan dilancarkan yang disasarkan ke kemudahan awam. Bayaran dikenakan kepada ahli kumpulan AS$27 di dalam penjara, AS$270 di luar penjara. Sebaik sahaja anda diperkenalkan oleh ahli kumpulan, barulah seseorang layak mengganggotainya.

5. Black Guerilla Family (Black Family,Black Vanguard);
Ditubuhkan oleh George Jackson pada 1966 di Marin County, California. Dianggotai oleh kaum American-African.

Tujuan utamanya ialah membela maruah orang kulit hitam di penjara dan menjatuhkan kerajaan Amerika Syarikat.

Memperjuangkan falsafah ekonomi Marxism. Pada hari ini jumlah anggota kumpulan meningkat ke 50 000. Syarat penting bagi seseorang yang mahu jadi ahli, metilah berkulit hitam.

6. La Nuestra Familia
Kumpulan yang ditubuhkan oleh Mexican American yang terletak di penjara Northern California. Ditubuh pada 1968 dan musuh ketat kepada Mexican Mafia.

Kegiatan yang dijalankan ialah mengedar dadah di penjara dan kegiatan pelacuran. Setiap bakal ahli diberi masa dua tahun dalam tempoh pemerhatian sebelum diterima menjadi ahli.

Setiap ahli kumpulan mestilah memberi lebih pemerhatian kepada kumpulan melebihi daripada keluarga. wanita tidak dibenarkan menjadi ahli. Kumuan ini terdapat di California State Prison.

Musuh ketat kepada Mexican Mafia dan Aryan Brotherhood. Bangsa Hispanic (orang yg berasal dari Spanyol) tidak dibenarkan menjadi ahli. Anti Caucasian.

7. Mexican Mafia
Kebanyakan ahlinya imigrasi dari Mexico. Pada tahun 2000, mempunyai ahli sebanyak 1,000 di dalam penjara dan 830 di luar penjara. Kegiatan lebih kepada pembunuhan uppahan, perjudian, peras ugut dan mengedar dadah.

8. Crips;
Diwujuddkan pada tahun 1969 oleh dua budak berkulit hitam bernama Stanley William dan Raymond Washington. Berasaskan kepada kumpulan Black Panther.

Antara kumpulan yang berkuasa di Amerika Syarikat pada waktu ini. Keahlian sebanyak 30, 000 yang terdapat di dalam dan di luar penjara.

Kegiatan utama adalah membunuh, merompak dan menjual dadah. Warna pakaian adalah biru. Musuh kepada kumpulan Bloods, kadang2 sesama sendiri pun bergaduh. Kumpulan ini terlalu besar sehingga merebak ke Kanada.

9.Bloods;
Bertapak di Los Angeles dan musuh kepada Crips. Warna pakaian adalah merah. Bermula pada tahun 1972 bergerak perlahan dan kini telah menguasai seluruh bandar L.A. Mempunyai organisasi dan taktik yang tersusun. Kegiatan jenayah hanya bertumpu pada mengedar dadah.

10.Mara Salvatrucha (MS-13);
Dianggotai oleh rakyat Guatemala, Honduras, Salvador dan negeri-negeri di Amerika Syarikat tengah. Ditubuhkan pada tahun 1980 untuk melidungi imigrasi dari ancaman kumpulan jahat.

Kumpulan ini juga tersebar ke Sepanyol, Amerika Syarikat, Great Britain, Jerman dan Kanada. Bergiat dalam pengedaran dadah, penjualan senjata api, mencuri dan pembunuh upahan.

Terdapat 10, 000 keahlian hanya di Amerika Syakikat. Berani membunuh sesiapa sahaja sekiranya kegiatan mereka didedahkan kepada pihak kerajaan.

Rekod terbaru jenayah kumpulan ini meletupkan sebuah bas yang dipenuhi orang awam yang menyebabkan kematian 28 orang kanak-kanak dan wanita.

Sesunguhnya hanya ada satu teori sahaja untuk menghadapi kumpulan samseng/gangster/kongsi gelap ialah dengan menjadikan diri lebih berani, lebih ganas dan lebih kejam dari anggota setiap kumpulan samseng/gangster/kongsi gelap di samping kpala-kepala pengatnya diISAkan!

1 comment:

Anak Draman Jepun said...

Meli, mu pulok ada bersauk-saksi dengan kumpulan mana? Macam mana pun terima kasih atas rrncana yang bermaklumat ini.

Aku baca novel mu 'Kulih Kalito Omar' terbitan DBP dan Menitip Zaman, juga terbitan DBP, ada dialog dalam bahasa Jepun. Mu pandai berkecek Jepun ko? Atau mu ada hubungan dengan Yakuza?

Maaf sekadar bertanya.