Sunday, February 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (684)

Bulan Maulud tidak ada fadilat?

MELALUI sebuah akhbar harian (bukan Utusan) Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Kerajaan Negeri Kelantan tidak akan mengadakan sebarang sambutan Maulidur-Rasul memandangkan bulan Maulud tidak mempunyai sebarang fadilat dan kelebihan berbanding dengan bulan Ramadhan.

Baginya Kelantan tetap tidak akan menyambutnya walaupun negeri lain membuat sambutan secara besar-besaran. Beliau dilaporkan berkata demikian kepada pemberita sewaktu berjkunjung ke rumah Pengerusi Eksekutif SBJ Binaraya Sdn Bhd sempena tahun baru Cina.

SBJ adalah syarikat yang paling banyak melaksanakan pelbagai projek di Kelantan sepanjang pemerintahan Pas sejak tahun 1990. Nama SBJ diterpampang di mana-mana sahaja, terutama di Kota Bharu. Satu lagi syarikat adalah Square Point yang juga milik usahawan berbangsa Cina.

Sebelum ini negara digegekan dengan tindakan Kerajaan Pulau Pinang berketua-menterikan Lim Guan Eng dari DAP yang membatalkan majlis sambutan Maulidur-Rasul, tetapi telah menarik balik keputusan itu. Yang pasti pada tahun ini hanya Kelantan sahaja negeri tunggal yang tidak akan mengadakan sambutan Maulidur-Rasul.

Alasan tunggak kepada Kelantan tidak mengadakan Maulidur-Rasul adalah kerana kononnya bulan Maulud tidak ada fadilat. Soalnya betulkah ada bulan yang dicipta oleh Allah tanpa fadilat, yakni bulan tanpa sebarang keisimewaan atau faedah? Bolehkah kita menerima pendirian dari sudut Islam, iman dan takwa?

Alim ulamak patut memperjelaskannya kerana ia ada kaitan dengan soal akidah. Kenapa sambutan 10 tahun pemerintah Pas di Kelantan dan ulangthaun keputeraan sutan boleh diadakan tetapi sambutan Mauliur-Rasul tidak boleh. Mana lebih ada fadilat antara sambutan 10 tahun pemerintahan Pas dan ulangtahun keputeraan dengan Maulidur-Rasul?. Paling penting adalah penjelasan tentang penciptaan bulan yang kononnya tidak ada sebarang fadilat memerlukan penjelasan.

Juga timbul persolan, mana lebih elok dan berfadilat antara tokoh-tokoh seperti Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas menghadairi majlis perayaan Tahun Baru Cina yang mana beliau turut menggunakan pengepit menggaul makanan tradisi Cina pada majlis yang dihadiri dengan diadakan Malis Mauludir-Rasul dan mengikut-sertakan pelbagai kaum dan pelbagai anutan agama dalam majlis yang diadakan?.

Bagi saya hal ini memerlukan penjelasan yang bebas dari kepentingan dan tujuan politik kerana ianya berkaitan dengan soal ilmu amal. Apakah menghairi Perayaan Tahun Baru Cina itu ada fadilatnya manakala mengadakan sambutan Maulidur-Rasul itu satu khurafat atau bida'ah?

Saya secara peribadi berpedirian bahawa apa-apa majlis yang bersifat memuji dan memperingati Rasulullah s.a.w. adalah suatu perbuatan yang akan ada fadilatnya, malah setiap bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat ada fadilatnya dan tidak dicipta dengan sia-sia kecuali manusia sendiri yang mempersia-siakannya.

21 comments:

KESAHKU said...

Kalau hanya berpura-pura sayangkan rasullah tak payahlah meli. dimana kau dalam memertabatkan ayariat yang dibawa oleh rasullah, memartabatkan keadilan islam, syariat islam, pemerintahan islam dan lain-lain ajaran yang dibawa oleh rasullah.
Kalau nak sekadar lilit selindang dikelapa apabila tiba majlis maulid,ada kematian, ada kenduri arwah atau untuk merasmikan acara berbentuk islam seperti pemimpin dan ahli umno buat. itulah sebenarnyan islam bagi kau.
oh malang sungguh islam mendapat penganut seperti kau dan yang sewaktu dengannya. Kau tak payahlah menyokong dan berjuang dalam pas hanya akan merosakan jamaah saja. kau wujudkan jamah yang kau rasa betul-betul untuk perjuangan islam kerana tugas itu wajib,.
kalau tidak tak payahla cakap hanya akan jadi macam ayam saja. berkokok berdegar-degar tapi taik penuh dibontot.

melikapakjangak said...

Sdra/Sdri Kesahku!

Untuk makluman anda saya bukan orang parti politik, maknanya saya bukan orang Pas dan bukan juga orang Umno.

Tidak timbul masalah saya akan merosakkan Pas kerana saya bukan orang Pas. Nama saya memang didaftarkan sebagai ahli Pas dan nama saya juga didaftarkan sebagai ahli Umno. Tetapi saya tidak pernah membuat permohonan atau mengisi borang keahlian kedua-dua parti berkenaan.

Ada pihak-pihak tetentu yang daftarkan nama saya. Bagaimanapun pendaftaran nama saya tidak akan memberi sebarang guna kerana saya tidak pernah mengundi pun.

Saya menimbulkan persoalan kenapa sambutan maulud tidak boleh tetapi sambutan 10 tahun pemerintahan Pas dan perayaaan keputeraan sultan boleh, juuga apakah ada bulan yang tidak ada apa guna, tanpa fadilat, adalah untuk renungan bersama.

Saya keliru dan saya yakn ramai rakyat negara ini keliru. Pendirian Dato' Nik Aziz dengan ulamak-ulamak Nusantara sebelumnya khususnya banyak yang tidak serupa.

Apakah ulamak sebelumnya bukan benar-benar ulamak atau Dato' Nik Aziz yang keliru atau beliau ada tujuan politik di sebaliknya kerana beliau ada kepentingan politik sebagai orang parti politik. Ini yang kena dipastikan.

Dalam Islam kebebasan bercakap tidak boleh disekat kerana ianya akan bertentangan dengan apa yang terkandung dalam surah Al-Asyr. Kita diminta mngajar kalau pandai dan diminta belajar kalau tidak pandai.

Soal ada pihak yang kata boleh dan tidak boleh/bidaah mengadakan maulud, wirid dan berdoa selepas sembahyang, baca Yasin di kuburan, bersalaman, sembahyang hajat beramai-ramai/berjemaah dan sebagainya bukan hanya di kalangan orang Umno tetapi ianya berlaku di dalam Pas juga.

Soal berpura-pura sayangkan Rasulullah s.a.w. atau beriadah tidak boleh ditentukan oleh seswama manusia kerana ianya berada dalam hati. Riak sayangkan Rasulullah dan dalam beribadat juga ditegah.

Hal-hal inilah yang kena diajar oleh orang pandai dan kena belaar oleh orang yang ak pandai macam saya.

john said...

Salam...

Abe li kato-
"Alasan tunggak kepada Kelantan tidak mengadakan Maulidur-Rasul adalah kerana kononnya bulan Maulud tidak ada fadilat. Soalnya betulkah ada bulan yang dicipta oleh Allah tanpa fadilat, yakni bulan tanpa sebarang keisimewaan atau faedah? Bolehkah kita menerima pendirian dari sudut Islam, iman dan takwa?"

john kato-
Setakat hok ambo dok dengar kuliah sebelum2 ni lah, memang tok tahu gapo fadilat bulan Rabiul Awwal ni.(mace tok guru kato eh mungkin tak dok sengoti kot tok serupo bulan2 akhir hijrah) Selain daripada kelahiran Junjungan jah. dan biaso bagi rakyat kelate akae menyambut dengan membuat maulud di rumoh masing2.

Abe li kato-
"Saya secara peribadi berpedirian bahawa apa-apa majlis yang bersifat memuji dan memperingati Rasulullah s.a.w. adalah suatu perbuatan yang akan ada fadilatnya, malah setiap bulan, minggu, hari, jam, minit dan saat ada fadilatnya dan tidak dicipta dengan sia-sia kecuali manusia sendiri yang mempersia-siakan."

John kato-
Setuju, tapi tengok dalam konteks tujuan manusia dijadikan..'untuk menjadi hamba(beribadat) kepada Allah' jadi setipa saat dan ketikanya sekiranya kita pandai menggunakan waktu, memang akan dapatlah ganjarannya. Cuma disini abe li menimbulkan isu bulan maulud yang tiada fadilatnya diharap dapat mencarilah fadilat bulan ini.

Cumo ambo rasa (harap salah le) apa yang abe li nak timbulkan disini ialah tindakan tok guru ni seolah2 nak cover Lim Guan Eng kot. tapi betul la orang kata umno ni bab2 kosmetik besungguh benar nok buat, perlaksanaan payah sungguh nak amalkan. Ambo raso lah baik abe li suruh penjenguk abe li memperbanyakkan selawat kepada nabi junjungan dalam setiap diri individu kerana hok ni yang memang terang2 ado dalam quran dan sentiasa diperingat setiap hari jumaat. kalu setakat dok berarak tapi penghayatan tak de..sia2 jah belaka...retorik.

p/s: Abe li tahu dok, perlis tak pernah buat sambutan maulidul rasul? so lagi abe li..jange dok jadi isu atas perkara2 remeh takut yang jahil tersalah tafsir...wassalam

john said...

Salam..

UALA LUMPUR, Feb 15 — PAS mempersoalkan keiklasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

Justeru Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.

“Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Mahfuz juga berkata, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

“Yang diwajibkan ialah umat Islam mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian,” katanya.

Oleh itu soal beliau, apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.

“...rasuah, sapu duit rakyat dan salah guna kuasa.

“Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunah Nabi?” soal beliau.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai “perbuatan menghalalkan cara.”

“Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara,” katanya.

Dalam hal ini, Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim.

“Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Lim sudah pun menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb.

Lim berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.-sumber:MALAYSIAN INSIDER(utusan takdok)

melikapakjangak said...

Mr John!
Berdasarkan maklumat yang saya ada, ulamak yang menganjurkan/mengasas sambutan Maulidur-Rasul adalah arwah Tok Selehong yang terkenal sebagai seorang ulamak yang meminati bidang kesusasatera, karang mengarang, berlagu dan merupakan seorang yang bijak berpantun seloka.

Tujuannya dalah untuk merapatkan hubungan silatur-rahim di kalangan anggota masyarakat yang pada waktu itu selain dari suka ttewas bbano, kertuk, gasing, pelaga ayam, pelaga lembu, pelaga kambing, pelaga butir getah, makyong, dikir barat dan menora. main coh dan lain-lain, mereka juga suka bergaduh termasuk berkatak bertikam dan bertetak, supaya mendekati acara-acara yang ada unsur-unsur Islamik seperti selawat beramai-ramai, berzanji, dikir llabo dan sebagainya, malah ianya akan menampakkan kkehebatan perpaduan sesama Islam.

Ulamak-ulamak sezaman dengannya tidak membantah, malah menyokong idea yang dicetuskan oleh Tok Selehong, malah ianya menjadi semacam suatu tradisi. Walaupun ada cucunya yakni Dato' Dusuki Ahmad sertai politik dan merupakan lulusan Universiti Al-Azhar pertama dari Kelantan yang menyertai Umno (seingat saya 'lah), Tok Selehong bukan orang politik dan pengasasan perayaan maulud tidak ada tujuan politik. Beliau seorang tok guru yang banyak juga menghasilkan kitab.

Bila amalan yang menjadi tradisi ditiadakan, orang akan bertanya apakah apa yang mereka lakukan selama ini silap dan bertentangan dengan hukum. Apakah Tok Selehong muridnya telah ajarkan sesuatu yang tidak tepat kepada mereka. - BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

Sambungan

...........Tok Kenali setahu saya ikut sama ke tempat orang pelaga ayam. Dia tidak marah. Sebaliknya dia sendiri dikatakan turut bawa ayam laga juga tetapi tidak ada yang berani mempelagakan ayam masing-masing dengan ayam Tok Kenali. Terpaksalah beliau hanya kelek ayam dan menyaksikan ayam orang lain belaga. Bila masuk waktu, beliau ajak mereka yang berada tempat pelaga ayam berhenti sekejap untuk bersembahyang, lepas itu boleh sambung semula. Apakah pendekatan Tok Kenali itu salah?

Wali Songo atau Wali Semilan yang membina masjid Kampung Laut yang masih kekal hingga kini menggunakan permainan wayang kulit sebagai medium untuk dakwah. Kerajaan Kelantan pernah haramkan permaianan wayang kulit pada suatu ketika. Apakah pendekatan Wali Songo itu salah?

Apa yang dikuatirkan, apabila maulud tidak diraikan, maka orang awam akan bertanya sendiri apakah alim ulamak nusantara sebelum ini tidak tahu apa yang mereka lakukan sebagai pendekatan dakwah itu salah dan bida'ah.

Bagi saya bulan maulud tidak boleh dianggap sebagai bulan tidak ada fadilat demata-mata kerana ianya hanya bulan KELAHIRAN NABI JAH kerana NABI BUKAN PATUT diJAHkan tetapi kena diMENAHkan. Tentu ada keistimewaannya kenapa baginda dilahirkan pada bulan Rabiulawwal yang kena dicari fadilat dan keistimewaannya dengan ilmu.

Tentulah baginda tidak merayakan hari kelahiran baginda dendiri kerana tentu baginda khuatir akan menjadi beban kepada umat baginda untuk merayakannya setiap tahun sebagaimana baginda tidak sembahyang sunat terawih sepenuh bulan supaya ianya tidak akan memberatkan umat baginda yang akan menggap sunat terawih itu wajib.

Tapi kalau perayaan dibuat (tanpa ada unsur-unsur mungkar) rasanya tidak salah tetapi kalau hanya kerana bulan kelahiran baginda tidak ada apa-apa fadilat maka perayaan maulud tidak diaakan, rasanya tidak betl. Kalau keana fadilat baru nak buat, maka seolah-olah dalam apa pun yang kita buat bukan kerana ikhlas tetapi kerana mahukan fadilat, bukannya kerana tulus beribadat sedangkan pokok utama kesempurnaan ibadat adalah ikhlas, bukannya kerana harapkan upah, termasuk upah syurga kerana untuk mensyurga atau menerakakan hamba-hamba-Nya terpulang kepada ehsan Allah.

Tugas kita ilah buat apa yang disuruh dijauhi apa yang ditegah dengan penuh keikhlasan dan ketulusan, bukannya mengharapkan balasan kerana belum tentu ibadah yang kita buat setimpal dibalas dengan syurga kaau ibadah dibuat untuk menunjuk-nunjuk, riak dan ada kerana lain selain dari KERANA ALLAH. Orang yang benar-benar alim tidak pernah layak untuk ke syurga dengan kerja-kerja ibadah yang dilakukan.

Bukankah Allah ada sediakan neraka untuk orang yang sembahyang. Untuk tahu jenis orang sembahyang akan masuk neraka, rujuklah al-Quran. Saya yakin orang sepert Mr John maher al-Quran dan Hafis blaka. Jadi tak payahlah saya sebut surahnya.

Anonymous said...

org islam haruslah menunjukkan syiar islam yg ada, kalau hindu dgn bangganya berarak keliling bandar dgn patungnya, kita orang islam pun hendaklah menunjukkan klebanggaan kita sebagai orang islam. Kalau itu pun kita nak buang, sungguh malang bagi orang islam. Dah lah tak bersatu, boleh sokong cina pulak dalam hal ehwal islam. Masyaalah apa nak jadilah politik islam macam ni.

john said...

Salam..

Ok setuju dengan fakta yang abe li persembahkan. Kita kena berbalik pada asal..iaitu mencari fadilat Rabiul-Awwal. Macam contoh yg dikemukan spt Gemuloh Tok Selehong tu. Ya lah pado ambo benda yang baik memang tak salah. Persoalan di sini ialah mencari fadilat.

Contoh wayang kulit, setahu ambo yang tok guru haram ialah wayang kulit yang cerita2 yang lagho/tahyul, setahu ambo tok guru pun suruh membetulkan persepsi wayang kulit supaya boleh digunakan untuk berdakwah.

Pasal tok kenali belago ayam. Ambo ado dengar. Macam jugok gemuloh Hasan Al-Bana gi berdakwah diDisko di Mesir. Orang alim zaman dulu orang tak pandang serong kalu dio gi mano2 pun. Ore alim zaman lo ni kalu buat lagu tuh habislah (nok2 hok terlibat dengan politik) ..contoh tok guru cocoh kayu snooker la....

berbalik kepada asal Abe li....FADILAT?...WASSALAM

Tuanpunya Kuba Balau said...

Nak suruh Nik Aziz seruju, mudah jah. Royat kata start Jeli melalui Tanah Merah menuju KB, Gua Musang-KB, Rantau Pang melalui Pasir KB, Tumpat-KB, Bukit Yong Melalui Pasir- Melor-KB dan Dalan Ruhu melalui Tok Bali Tumpat pakat julang gambar Tok Guru Sempena perarakan Maulifur-Rasul, soh setuju selalu.

Akademi Fantasia yang kononnya haram dan melalaikan, anak kelahiran akademik itu boleh diterima dan boleh mengadakan persembahan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV apabila diberitahu gambar Tok Guru Penuh di tampal rumah Ani, bapa Mawi.

Apabila wayang kulit yang asalnya diharamkan dipersembahkan di hotel perdana ketika itu dan tok dalang puji Tok Guru membuatkan Nik Aziz tersengih tak tutup mulut sepanjang persembahan, wayang kulit kemudiannya dihalalkan. Begitu juga dengan dikir barat.

Snuker dan billiard yang diharamkan telah dihalalkan bila Tok Guru merujuk ke Beijing (Cina), bukannya merujuk kepada kitab.

Suara qariah sertai tilawah al-Quran kononnya aurat, wanita bersyarat depan umum atas nama penceramah, wakil rakyat, exco, senantoir halal.

Ni semua hukum dicokeh jjerun mano. Ulamak rata-rata raso tok layak masuk syurga tetapi tak sanggup masuk neraka, Nik Aziz pula yakin dia ahli syurga dan orang Pas akan masuk syurga, Umno masu neraka. Ni pakai kitab dan hukum mana ni? Rasonyo kes dok raso takdok orang lain lebih alim ppad dio, sampai boleh maki orang dengan kata celako, menatang ikut suko.

minda rakyat... said...

meli kapak rongak nak cakap tentang fadilat bulan...lawaknya. ertikel cakap mulut tanpa nas... lawak lawak. org kalau nak memperingati Rasulullah ikut sunnah Baginda. bukan berarak.

Anonymous said...

Salam..
KESAHKU dan John adalah lambang anak didik TGNA. PAS dah berjaya lahirkan org2 mcm ni lah..! Pendapat org lain semua 'dangkal', pendpt dia jer yg bagus. Mari smeta kita pakat tanya:

1. Kenapa selama ini kerajaan PAS Kelantan di di bawah pimpinan TGNA setiap tahun sambut Maulidur-rasul, Tiba-tiba tahun ini sahaja tak mahu sambut atas alasan 'tiada fadhilat'?

-JAWAPANNYA : NAK BELA LIM GUAN ENG DAN DAP DI P.PINANG, NAK MENGIYAKAN PENDAPAT LIM GUAN ENG, YG TAK MAHU SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL, SEKUTU KUAT PAS

2. Mengapa sambutan HARI HUDUD boleh disambut, sedangkan hudud sendiri pun tak laksanakan?. Apa fadhilat sambut Hari Hudud?

-JAWAPAN : NAK KLIM DARI SUDUT KEPENTINGAN POLITIK, NAK TAMBAH AKSOSORI, ATAU KOSMETIK (PINJAM PERKATAAN JOHN)

3. Hari Kemerdekaan, 31 Ogos setiap tahun, PAS sambut juga pada hal dari segi agama, apa fadhilatnya?
-JAWAPAN: YANG NI SUSAH NAK JAWAB...BIAR JOHN JAWAB!

Tiga persoalan ringkas, tapi pakat2 lah kita fikir.

joostspring said...

john..

mu bkn kelas2 abe meli lagi..

wat malu mu jah mu duk badi dgn abe meli,wat napok ko mu ni bodo...

mu kecek ats klise nik ajis semata dan aspek hujah mu hanya nak menegakkan benang yg basah jah...

srupo sedara ano 8.12am oyt la..

nik ajis wat tubik benda ni slpas isu di PP...semacam mengiyakan yg LGE batalkan perarakan maulidur rasul ni,sbg shbt dlm PR nik ajis kena la bukak kitab hijau bwh batal buruk dia tu tuk mengiyakan perbuatan sahabat semeluk dap demo tu...

nak suka kawa baca komen tuan punya kubu tu..

nik ajis ooo nik ajis...mapuh dgn g2 dah...

john..
sesunggohnyo ore2 hok xsokong pas ni bkn benci ko gapo...tp serabut perut dgn stail pas hok lebih isle dr ore lain tu...puak2 pas jah btul,org lain semua salah..

kawe caye kl sikap tu pas bleh buang dan bawak pendekatkan srupo dgn sek2 tabligh ataupun di zman nabi dulu,org2 melayu akn sokong pas dan pas buleh merintah mlysia tanpa nak jilat jubo dap ko,pkr ko,umno ko..

Anonymous said...

istimewa buat Mr.John
John, bere hok demo nok jual ni kawe dulu la hok knalnyo. Tok soh jual la, tok laku doh. Acu masuk ddale gak, jange tgk kok luar sajo. Dok gi dgr ceramoh sajo x nmpk, sdp blako kalu dgr ceramoh. tapi kalu dok ddale, tahu la betapo byk nyo kudis buto dan kurap. Panau bertompok! Kawe oyat ni mugo kawe pun duk ddale doh mulo. Ccayo kkawe la John. Kawe saloh sore hok dok kuat mulo, mari la dok ngan kawe ni. Banyok lg agenda yg nk buat, dok kkecek sajo x jjadi. Demo loni tu supo katok dok bowoh tikar, dok nmpok satu sudut jah...mari tubik ni...kito tgk hok 100 x lbih luas, bangat la John, tubik la. PAS tu buke agama, dia hanya parti politik jah..demo dok bjuang ko parti lebih pado bjuang ko agama. Rasulullah dulu tak dop parti. Deghah la John, kawe ksian ko demo..mari la tubik skali ngan kawe!. Bo la jd ore hok keno tipunyooooo

john said...

Salam..

kesimpulan utk muncul kembali 684..

Benda yang remeh dalam islam tak usah diperdebatkan takut yang jahil akan tersesat. terpulang atas diri masing2 kalu nak buat. tak de nas2 yang menyokong hujah fadilat bulan maulud. ucap selawat pun dah kira ok tapi lagi bagus kalu buat apa yang Rasullullah amalkan(sunnah) buat apa yang Allah disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.

kepada yang nak berarak tu ambo sarankan pakat2lah dengan pemimpin2 anda. ajak Awang adek sebelah Bachok, Tok Pa sebeloh Jeli berjumpa Brehim Ali di Pasir Mas..tu baru dio nok berarok sangat..

Kalu setakat berarak nak tunjuk syiar dan kerana hindu berarak jugak (Anom 4.25am) hok ni sesat barat ni..kes berat ni menyamakan islam ngan hindu sedangkan berarak ni tak dak dalam syariat Islam pun!..belajar lagi ye Anom 4.25am.

Ambo nok buat guano mugo belaja denga TGNA, ambo raso tenae jah kehidupan ambo jadi ambo keno taatlah ko pemimpin ambo. Apo guno menyokong kalu tok ser taat ko pemimpin. TGNA tak dok buat gapo2 hok melanggar hukum islam pun. umno jah dok pandai2 kato kok ser kok dan mugo dio jahil tukil....insaflah wahai ummat..marilah sama2 bermuhasabah diri...sehingga berjumpa dilain artikel....wassalam

Anonymous said...

GUANO JOHN,
HABIH MODAL..LARI AWAL2. KENO ATAS BATU PPALO PAKA TUTUP KES...TOK GURU DIA JAH HOK KKECEK ISLE, TOK GURU ORE KALU KKECEK ISLE PUN DIA BANGKANG. DASAR PEMBANGKANG, MEME KRAS KENG!

melikapakjangak said...

Tuan/Puan/Encik/Cik minda rakyat...

Soal agama dan hukum hakam, dosa pahala, khurafat, fadilat bukan barang benda yang boleh dijadikan bahan lawak.

Saya bersekolah agama walaupun tidak mencapai tahap diploma, apatah lagi Ph D. Menentang kenyataan, pandangan, pendapat dan sesuatu yang boleh mengelirukan orang ramai adalah fardu kifayah kepada saya.

Kalau saya tidak ada asas agama atau saya ada kepentingan politik dan parti politik, barangkali saya tidak akan tulis apa-apa walaupun sesuatu pandangan itu bukan sahaja mengelirukan, tetapi kalaupun ianya sampai menyesatkan sekali pun.

Kerana saya ada asas agama, belajar sekolah agama, mentelaah tafsir al-Quran, terjemahan hadis dan membaca kitab-kitab karangan para ulamak, saya kena tulis untuk dibahas dan memastikan orang ramai tidak terus keliru bila timbul sesuatu yang mengelirukan.

Bukan soal nak tunjuk bisa atau lebih pandai. Saya akan ditanya di akhirat nanti dengan bakat dan minat menulis serta kebetulan ada asas agama pula sedikit sebanyak. untuk apa saya gunakan.

Dengan mencatatkan....meli kapak rongak nak cakap tentang fadilat bulan...lawaknya. ertikel cakap mulut tanpa nas... lawak lawak. org kalau nak memperingati Rasulullah ikut sunnah Baginda. bukan berarak...sebenarna anda bertujuan menghina dan mempersendakan saya, bukannya mahu berhujah secara profesional atau memberikan maklumat serta ilmu untuk saya tentang fadilat mahu tentang khurafat dan bida'ah.

Siapa anda untuk menghina saya yang dicipta oleh Allah yang pastinya kerana ada faedahnya. Saya ditakdirkan jadi macam saya sekarang pun pasti ada faedahnya di sisi Allah. Kalau tidak, saya tak mungkin diCipta-Nya.

Bila anda bermaksud menghina saya, bagi saya anda bukan menghina saya tetapi menghina Allah Maha Pencipta kerana Dia yang mencipta saya dengan sebaik-baik ciptaan, sekurang-kurangnya atas sifat saya.

Sesunguhnya kita boleh tidak sehaluan pendapat tetapi jangan sampai menghina orang lain kerana kita tidak setuju dengannya kerana kalau kita menghina seseorang, belum tentu kita lebih mulia dari orang yang kita hina, di sisi Allah Maha Saksma.

Saya rasa saya lebih tua dari anda. Justeru saya mahu memperingatkan, kalau anda betul-betul mahu berjuang untuk Islam, jangan biasakan diri menghina orang yang tidak sealiran dengan kita, malah menghina binatang atau tumbuhan-tumbuhan kena dielakkan, kalau dihina seolah-olah kita mempersoal dan memperlekegkan kesempurnaan Ciptaan-Nya.

Dosa dengan Allah boleh dipohon ampun tanpa memerlukan mendengar kata ampun dari-Nya tetapi berdosa dengan manusia, kena minta maaf dan kena menerima maaf dari manusia berkenaan.

Tapi kena diingat bahawa manusia yang rasa tememaafkannyakannya. Tetapi dengan saya jangan risaulah, saya sentiasa memaafkan sesiapa sahaja atas kesedaran bahawa manusia tidak mungkin bebas dari melakukan kesilapan.

Berlarak betullah bukan cara mengingati Rasulullah tetapi berselawat ke atas baginda itu mendatangkan pahala. Bukankah berlarak dan berselamat itu bagaikan ulang tayang kepada peristiwa keberangkatan tiba baginda ke Kota Yasrin (kini Madinah) dalam pernghijarah baginda dari Mekkah?

Lagi pun kita disuruh tunjuk hebat berkumpulan sebagaimana kita pergi ke Mekah, kenapa kita memakai ihram dengan tanpa menutup kepala bahu? Antara tujuannya adalah supaya orang bukan Islam nampak kehebatan orang Islam. Ianya adalah antara politik dalam Islam yang patut kita teladani untuk dipartikkan dengan pengubahsuaian sesuai dengan keadaan semasa, seperti dulu kenderaan yang digunakan unta, kuda, kibas dan gajah, sekarang kita guna kereta, motosikal, basikal, bas, kerteapi dan kapalterbang.

Lagi pula kenapa kita boleh ikut serta dalam perayaan-perayaan keagamaan bukan Islam tetapi perayaan untuk mengingati Rasulullah tidak boleh dan dianggap tidak perlu pula. Kalau tidak boleh tu kena ada hujah, sekurang-kurangnya apakah ianya aan akan mendatang kemudharatan dalam bentuk fizikal atau spritual. -- BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

sambungan

......
Kepada Tuan John!
Sebenarnya dalam Islam tidak ada yang remeh temeh. Kerana menganggap dalam Islam ada yang remeh temehlah menyebabkan berlakunya keterlanjuran dan kesasulan. Umpamanya boleh 'celakakan orang', boleh memenatangkan orang, boleh labelkan orang sebagai ahli neraka dan macam-macam lagi.

Saya sentiasa ingat kata Ustaz saya, kebanyakan alim ulamak memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang besar-besa tetapi meremehkan perkara yang kecil.

Umpama berjalan dalam hutan tanpa sepatu, tumpuan diberikan kepada kebimbangan akan terlanggar pokok besar sehingga terlupa tunggul-tunggul kecil yang bila dipijak boleh menyebabkan telapak kaki boleh tembus.

Saya tidak percaya bulan Rabiulawwal dicipta tanpa sebarang fadilat. Barangkali kita belum jumpa lagi fadilatnya. Kalau tanpa sebarang fadilat, masakan baginda dilahirkan dalam bulan berkenaan. Saya mengharapkan para cendekiawan Islam mencari fadilatnya.

Kita perhatikan kalau di Kelantan Pakcuk Haji Hassan atau Tok Wali Hassan Lati. Dia tidak mengaji banyak sampai keluar negara. Mula-mula belajar di Ponodok Legih kemudian mengaji di Pondok Lati. Tetapi beliau cukup cermat dalam melaksanakan amal ibadah, tulus hati, menjada lidah dan sentiasa meletak Alah di depan. Sehingga sekarang belum ada cendekiawan Islam yang mencapai tahap kewaliannya.

Dalam Islam, dalam soal iman dan takwa, kita tidak boleh melihat kepada serban besar, janggut panjang dan jubah labuh semata-mata sehingga bila orang berpewatakan sedemikian mencaci orang pun kita sambut dengan takbir.

Kita kena perhatikan bagaimana lidah dijaga, lihat tawaduk (antaranya kerana merasa tidak pernah layak masuk syurga tetapi tidak sanggup masuk neraka), bukannya terlalu yakin akan masuk syurga kerana yakin segala apa yang kita lakukan penuh dengan fadilat dan orang lain masuk neraka kerana tak tau bulan ada fadilat dengan bulan yang tidak fadilatnya.

Ingatlah semakin kita raat dengan perjuangan Islam, maka syaitan penyesat semakin memperhebatkan gerakan menyesatkan kita. Kalangan yang bertaraf alim akan berdepan dengan godaan syaitan yang dianggap sepadan dengan seseorang orang alim.

Kerana itulah, maka ada rang yang kononnya alim rasa diri sudah cukup alim dan layak masuk syurga, bolrh caci maki orang, mencelaka, memenatang dan menyeneraikan orang lain sebagai ahli neraka tanpa rasa khuatir tentang kemungkinan apa yang dilakukan yang disangka perlakuan ahli syurga sebenar melakukan perlakuan ahli neraka manakala orang yang disangka melakukan perlakuan ahli neraka sebenarnya melakukan perlakuan ahli syurga.

Anonymous said...

Puok2 hok dok bbesar ko belarak & bekwoh maklud sajo tu ... kadang2 hok tuhan & nabi perwajibkan tok buat.... cntoh.. tutup aurat..., solat fardu berjemaah... jaga ibu bapak, hormat alim ulama... banyak majlis ilmu & zikir...., dakwah... amar makruf nahi munkar.., takleh makae riba'... larang rasuah.. larang politik wang.... ikut perangai nabi.. ikut politik sunnah nabi....

Anonymous said...

kalu sekadar dok belaghak dae bekwoh saja... tapi dok lawan syriah & sunnah Nabi.... tu serupo perangai pok sedra nabi, ABU LAHAB... puok2 melayu umno baca kisah surah tabbatiyada ... tu...

Lepas tu kecek guna ayat, guna hadis, guna otak, jangae guno keng... sapa benar, sapa sesat... jangae dok heret orang lain sesat sama.....

Sohok Mek Lah said...

Dok eh, dok kata celako ko orang. dok memenatangkan orang, senarai ahli nerakokan orang, doakan kemusnahan tu sunnah nabi ko?

Kalu dirujuk hadis, hadis mana, kalau rujuk ayat Quran, ayat nombor berapa dan dalam surah mano?

Orang ikut sunnah ni tak nati ko pakai serban, pakai jubah, berjanggut bau hampak benge.

Jange dok btuak gat minyak benzen dengan minyak gas.

JOHAN said...

Memperingati maulidulrasul adalah mengingatkan kita kepada rasulullah. Dibulan inilah kita berselawat walaupun dilain-lain bulan kita juga digalakkan berselawat. Apa salahnya mengingati rasulullah di bulan ini, sedangkan di bulan ini bulan kelahirannya. Saya kesal kalau ada orang kata tidak ada fadilat di bulan ini.
Sambutan hari perayaan lain dibuat, mengapa sambutan maulidur rasul tidak mahu sambut. Apa sudah jadi dengan TGNA ini? Sejak berkawan dengan LIM dan KARPAL ni... mengapa jadi macam tu?