Friday, February 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (694)

Apa komen penjenguk dengan laporan berikut:

Nilai Diri Sendiri Sebelum Dinilai Rakyat - Najib


BANDAR JENGKA, 19 Feb (Bernama)
-- Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak berkata para pemimpin Umno dan anggota Umno perlu bermuhasabah diri dan menilai diri sendiri sebelum mereka kelak dinilai oleh rakyat pada pilihan raya akan datang.

Najib yang juga Perdana Menteri berkata proses bermuhasabah itu bukanlah bertujuan mencari atau menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pemimpin atau pihak lain, sebaliknya bermuhasabah mencari kelemahan diri sendiri.

"Menerusi proses muhasabah ini, kita perlu membuat kesimpulan apa bentuk kejayaan untuk diserlahkan oleh kita dan apa kelemahan yang perlu diperbaiki," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Umno Pahang di sini, Jumaat.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, Timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang Datuk Mohd Sharkar Shamsuddin, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin-pemimpin Umno bahagian.

Konvensyen selama tiga hari itu yang bermula hari ini sehingga Ahad dihadiri 1,400 peserta yang terdiri daripada anggota Umno Bahagian, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri serta wakil-wakil Badan Bukan kerajaan (NGO). "Jadi kita kena nilai diri sendiri, lebih baik nilai diri sendiri dahulu, sebelum dinilai oleh rakyat. Bila menilai diri sendiri, kita harus lihat daripada pelbagai persepektif, lihat perspektif rakyat, lihat daripada persepektif orang yang akan menilai kita," katanya.

Najib berkata kegagalan Barisan Nasional memperoleh dua pertiga pada pilihan raya umum lepas dan kalah di lima buah negeri bukanlah disebabkan pihak pembangkang "menang", sebaliknya Umno dan Barisan Nasional "kalah".

Najib turut menempelak wakil rakyat yang tidak mahu menunjuk muka atau tidak dekat di hati rakyat.

"Tunjuklah muka pada rakyat, jangan tunjuk muka pada pemimpin. Saya dah lama berpolitik, saya tahu ada yang sanggup tunggu saya di lapangan terbang sebab nak salam dan tunjuk muka kat saya, tunjuk muka kat saya, buat apa?" kata Najib.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Najib ketika ditanya tentang pencapaian wakil rakyat BN, berkata semua wakil rakyat perlu bermuhasabah dari semasa ke semasa supaya mereka dapat memperbaiki kelemahan diri masing-masing.

"Saya tidak anggap semua orang termasuk diri saya tak boleh melakukan perkara ini sebab kita kalau kita lakukan perkara ini dengan jujur, parti kita lebih kukuh, lebih mantap dan kita akan jadi pemimpin yang lebih berkesan," katanya.

Najib berkata pada umumnya, pencapaian keseluruhan wakil rakyat BN adalah positif.

"Pada umumnya keadaan lebih positif, tapi tak boleh anggap bahawa kedudukan kita ini terlalu selesa, dalam politik segala kemungkinan boleh berlaku.

"Saya masih lagi percaya kita perlu beri tumpuan kepada kerja-kerja asas sebagai wakil rakyat, dan sebagai ahli parti, kalau, kita dapat lakukan segala-galanya yang disenangi rakyat saya percaya kita boleh berjaya," katanya.

Najib turut berharap konvensyen Umno yang pertama di peringkat negeri untuk tahun ini itu akan dapat menghasilkan pelan tindakan terbaik dalam usaha memartabatkan lagi perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara. -- BERNAMA

5 comments:

MatST Kg Sireh said...

Olosh... Masthead tukar pulok? nih kapok buwat cincang tulang rusok kuba? ada darah tuweh. Mata kapok gelebet sikit..

Anonymous said...

Kahkahkah.... Mat najit tarbiah .... supayo tok2 wokil kna muhasabh diri.... bagus tuu... tapi najik kena la musabah diri sendiri jugok.... betulkoh perbuatan & pekerjaan najid tu... tak bercanggah dgn alquran & hadis..... kemudian.. ketua2 umno tujuk tauladan kpd rakyat.. jangae jjadi ketam mengajar anaknya berjalan lurus... yg dia sendiri berjalan mengiing sepanjang hidup... heheheee.....

Lebai Mangkok Hayung said...

Cara orang yakin dia saji lasempurna dan Islam ada senarai nama dalam syurga. Semua perbuatan orang lain dipandang serong belaka. Gara-gara salah dakwah dan taksub dengan orang berserban, berjubah dan berjanggut walaupun cakap merapu dan mulut uduh.

Lepas Al-Azhar Mesir tapi sokong Umno said...

Mulut uduh ko mulut dan perut busuk? Celako, menantang nyo sebut main-main jah, jenis ulamak ko ULARRRRMAKKKKKKKKKKKKKK!

Anonymous said...

ado lagi spesis ngaji azhar dok kato ulamak2 PAS lebih jahat dari ketua2 umno... hehehe... Ketua2 umno ni manusia agung kan...?? kalu stakat ulamak nak nasihat tk main laa.. Lagikan Prof. Dr Yusuff al Qardawi komen dalam isu islam hadhari.. isu kalimah Allah disebut oleh kristian, ... isu pengadilan hukum zina & qazaf.. pun ketua2 puak umno tak nak terima!!....

Inikan ustaz2 kampongan yg tumpang cari makan dgn umno... sekali acah dengan tarik elaun saguhati mengajar kafa pun atau yang keras ckit... acah dgn senjata ISA pun .... mengerutu takut kepada ketua2 umno yg paling bawah... ketua UMNO cawangan.....apa2 la... mana dia yg selalu pok imam dok sebut ... "Ittaqullah aqqatuqaatih"..tuuuu???

Bagi Lebai Mangkok Hayung & Lepas Al-Azhar Mesir tapi sokong UMNO ..... mano boleh kritik Pemimpin2 Agung mereka, terutama Al-Allaamah Najibul khan al-tartari al-moggoli.... lompat selalu...unus kris telanjang tuu.... heh..heh..

Eh cokek mok bolek... mano buleh royalti... royalti minyok ...ISA- Ikut Suka Aku le nok bagi pitih ihsan banyok mano, ko sapo... kuaso dok kat ku... hahaha... mu apo ddoli... sabah, sarawak aku bagi royalti ... klate, tganu aku bagi wang ihsan, bodo!!! sebab pok aku dulu yg tubuh petronas tuu.. mu tok baca akta & undang2.. sebab tu mu tak gheti... dok ikut Ku Li hok habis ges doh.... tengok Brahim ali tu cerdik, jogho rakyat.... hehehe.....