Sunday, February 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (685)

Lebih ramai penjenguk blog berpendapat Ku Li patut dinyahkan dari Umno

DALAM tempoh 14 hari pengundian dibuat, bermula 1 hingga 15 Februari, nampaknya sebanyak 57% atau 23 pengundi daripada 40 pengundi keseluruhan menganggap Ku Li yang bersyarah atas pentas pembangkang berkaitan dengan royalti minyak patut diyahkan dari Umno.

Manakala 42% atau 17 pengundi pula berpendapat tidak patut. Apa pun sama ada Ku Li patut terus berada dalam Umno atau sebaliknya bergantung kepada kepimpinan dan ahli Umno yang rata-rata matang dan berpengalaman dalam politik.

Semasa Ku Li berada di luar Umno dan mempresideni Parti Melau S46, kekuatan U,mno tidak terjejas, kecuali di Kelantan manakala dengan kembalinya Ku Li ke pangkuan Umno, kekuatan Umno di Kelantan tetap tidak bertambah apabila Kelantan gagal lkembali dirampas dari Pas.

Keputusan undi yang blog ini anjur hanya menggambarkan majoriti pendapat pengunjung blog ini. Terpulang kepada pemimpin dan ahli Umno untuk menilai sama ada ianya boleh mewakili majoriti kepimpinan Umno atau sebaliknya.

Keputusan bagi soalan patutkah Ku Li dinyahkan dari Umno adalah sebagimana berikut;
Patut %
23 (57%)
Tidak Patut%
17 (42%)

Votes so far: 40
Poll closed

8 comments:

Anonymous said...

Kalu rayalti minyak buleh.. tidak 100 peratus buleh ko rakyat kelate. Sebab ratu nk jugak.. mungkin sebab tu ku li sungguh2 nk royalti.

pak nickey ajisy

john said...

Salam...

UMNO - Siapa yang boleh dipecayai..

NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Rais Yatim adalah salah seorang pelopor Semangat 46, iaitu musuh UMNO baru pada tahun 1988. Pada waktu itu, Rais, Ibrahim Ali, dan ramai lagi pemimpin Semangat 46 berkata bahawa jika mereka mati hidup semula sekalipun, mereka takkan kembali kepada UMNO.

Mereka kata bahawa mereka takkan jilat balik ludah mereka. Mereka juga kata bahawa apabila Tun Dr. Mahathir Mohamad meninggal dunia nanti, mereka akan kencing di atas kuburnya.

Rais adalah antara individu yang mengatakan semua ini. Tetapi dia kemudiannya menyertai semula UMNO di ketika Dr. Mahathir masih merupakan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia. Nampaknya, si Rais menjilat kembali ludahnya sendiri dan dia tak pula perlu mati hidup semula sebelum kembali kepada UMNO.

Rais mendapat ijazah kedoktorannya berasaskan tesis yang menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Apabila dia kemudiannya ditanya tentang sebab dia menukar pendiriannya dan menyokong ISA sedangkan pada mulanya, dia menentangnya, malah mendapat ijazah kedoktoran berasaskan tesis yang menentang ISA, dia menjawab bahawa tesis itu hanyalah suatu ‘latihan akademik’ dan tidak menggambarkan pendiriannya.

Sepanjang pembabitannya dalam Semangat 46, Rais dan gengnya pergi ke seluruh pelusuk negara dan menyampaikan ceramah yang menghentam UMNO dan Dr Mahathir. Mereka mengatakan bahawa UMNO dan Dr. Mahathir telah menghina Raja-raja Melayu dan menghakis kuasa mereka. Kata Rais, UMNO dan Dr. Mahathir adalah pengkhianat Raja-raja dan bangsa Melayu.

Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman membenci UMNO. Dia enggan menyertai semula UMNO dan meninggal dunia sebagai ahli Semangat 46. Begitu juga dengan Tun Hussein Onn, Perdana Menteri ketiga Malaysia yang juga enggan menyertai semula UMNO dan tidak meninggal dunia sebagai ahli UMNO.

Rais pun samalah, yang mana dia mengatakan bahawa dia lebih rela mati daripada kembali kepada UMNO. Walau bagaimanapun, hari ni, dia bukan saja ahli UMNO, tetapi juga adalah seorang menteri dan juga ‘jurucakap’ bagi parti itu.

Terdapat ramai orang dahulunya dalam Semangat 46 ataupun Parti Keadilan Rakyat yang mendendangkan retorik yang sama. Contohnya, Ezam Mohd Nor yang pernah menjadi Ketua Pemuda Keadilan dan juga keseluruhan EXCO Pemudanya pergi ke seluruh negara dan melakukan sumpah yang dipanggil Sumpah Keramat. Sumpah Keramat yang mereka ambil adalah sumpah atas nama Allah bahawa mereka TAKKAN menyertai semula UMNO dan bahawa misi mereka adalah menghapuskan UMNO.

Mereka bersumpah dengan nama Tuhan bahawa mereka takkan menyertai semula UMNO. Misi mereka adalah menghancurkan UMNO. Tetapi hari ni, mereka semua dah kembali ke pangkuan UMNO. Nampaknya, Sumpah Keramat mereka hanya sekadar sumpah kosong semata-mata.

Saya pernah melakukan rakaman video ke atas ibu Ezam, di mana dia mengatakan bahawa dia akan mengutuk anaknya jika dia menyertai semula UMNO. Saya menghasilkan VCD temubual tu dan mengedarkannya ke seluruh Malaysia.

Bagi orang Melayu, sumpahan seorang ibu adalah perkara yang sangat serius kerana mereka percaya bahawa syurga terletak di bawah tapak kaki ibu. Tetapi Ezam dan sebahagian besar daripada EXCO Pemudanya yang melakukan Sumpah Keramat itu akhirnya menyertai semula UMNO.

Nah, tulah kredibiliti dia orang semua. Asalnya, mereka dari UMNO. Mereka mengutuk UMNO. Mereka bersumpah atas nama Allah bahawa mereka takkan kembali menyertai UMNO. Bahkan ibu mereka berjanji untuk mengutuk mereka jika mereka kembali ke pangkuan UMNO. Tetapi mereka kembali juga kepada UMNO.

Bolehkah kita mempercayai kata-kata orang jenis macam ni? Penting sangatkah apa yang dia orang kata? Atau haruskah mereka diabaikan sebagai orang yang tidak berpendirian, yang mana kata-kata mereka tidak perlu diambil pusing? (sumber : warga marhaen)

Anonymous said...

Tahniah John'
hari ni nmpknya John tetak rakan dia dlm PR. Memang benar tu John, setelah mereka berada bersama PAS walaupun tak separti, tapi sapa-sapa yg knal hati budi PAS, pasti mereka akan lari masuk UMNO smula. Tokoh2 yg disebutkan tadi dah masak dgn perangai PAS, sbb tu mereka tak boleh bertahan lama bersama PAS sebagai rakan kongsi. John, sikik lagi kalu pjg umur..kita bleh tgk puok2 PKR, saing demu tu... akan lari pulak msuk UMNO atau parti bebas. kita pakat tgk la des...

Budak Kuala Besar said...

Kita jangan ingat orang pun macam kita. Kalu akan buleh wang royati akan jadi begini. Kerana itu bila wang ehsan mahu disalurkan melalui JPP, maka pelbagai persepsi buruk diberikan kerana mengandaikan kalau disalurkan melalui kita maka akan jadi macam yang kita bimbangkan bila disalur melalui JPP.

Harus diingat bahawa JPP digerakan oleh para profesional selaku pelaksana dasar. Sepanjang 1989 ke mari, JPP yang banyak melaksanakan projek-projek pembangunan berbanding dengan Kerajaan Negeri yang bersohor dengan beberapa kerat bangunan binaan SBJ

Anonymous said...

Walaupun en. meli kata.. orae tak suka ko dio ... dalam hal ini ambo sokong Ku Li.. Ku Li.. demo "JORO HAK RAKYAT" ... hok puok2 UMNO lain tu... JORO KEKAH DUIT RAKYAT...... kecek banyak, kerja sikit...

Bekas Pelajar Pondok said...

Tuduh kena ado bukti. Kalu tok betul dapat doso kering. Dari dok hitung kemungkinan buruk orang yang belum tetuk buruk, baik berzikir dan beristighafar, dapat juga pahala.

melikapakjangak said...

Anonymous said...

Walaupun en. meli kata.. orae tak suka ko dio ... dalam hal ini ambo sokong Ku Li.. Ku Li.. demo "JORO HAK RAKYAT" ... hok puok2 UMNO lain tu... JORO KEKAH DUIT RAKYAT...... kecek banyak, kerja sikit...

BUKAN SAYA KATA TETAPI BERDASARKAN KEPUTUSAN PENGUNDIAN OLEH PARA PENJENGUK BLOG SAYA

Abdullah said...

Biar papo asa ghayo...
Ambo pon nak khekoh pitis samo..