Tuesday, February 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (685)

Mac ini peluang pembangkang menghapuskan ISA (BAHAGIAN 2)


Apakah itu ISA

ISA adalah akronim nama bahasa Inggerisnya, Internal Security Act atau Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan undang-undang tahanan pencegahan yang sedang berkuatkuasa di Malaysia. Ianya mula diguna-pakai pada tahun 1960 dengan matlamat utama bagi membentung ancaman keselamatan negara, terutama oleh anasir subversif.

Sesiapa pun boleh ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut tanpa perbicaraan untuk tindak-tanduk yang dijangkakan mengancam keselamatan negara atau mana-mana bahagian daripadanya dan terbukti ISA berkesan serta mencapai matlamat penggubalan dan penggezetan sebagai suatu akta.

Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu boleh ditahan lagi selama tempoh dua tahun jika diluluskan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri jika didapati seseorang yang ditahan perlu dan ditahan lebih lama dan sekaligus membolehkan penahanan terus tanpa perbicaraan. Pada tahun 1989,

Mahkamah yang dibolehkan menyiasat kuasa menteri di bawah peruntukan ini telah dihapuskan dengan beberapa pindaan kepada akta ISA. Pada masa ini, mahkamah boleh melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Sejak tahun 1960, apabila akta ini dikuatkuasakan, beribu-ribu orang termasuk ahli kesatuan sekerja, pemimpin pelajar, aktivis hak buruh, aktivis politik, golongan agama, ahli akademik dan aktivis badan bukan kerajaan telah ditahan di bawah ISA.

ISA digunakan secara konsisten terhadap mereka yang mengritik kerajaan dan kononnya mempertahankan hak asasi manusia. Kepada mereka yang berhaluan kiri, ISA dikenali sebagai ‘keganasan putih’ atau white terror.

Ia amat ditakuti dan dibenci oleh mereka yang berhaluan kiri, yang berhasrat menimbulkan huru hara dan suasana yang tidak selamat kepada rakyat dan negara serta mengancam ketenteraman awam. Dalam pada masa yang sama ISA menjadi satu alat mudah untuk negara bgai mencegah sebarang penentangan melampau terhadap kerajaan.

ISA dirangka oleh R.H. Hickling guna untuk langkah-langkah pencegahan kegnasan bersenjata komunis serta koncu-koncunya pada mulanya tetapi kemudian telah dijadikan undang-undang pada tahun 1960 setelah didapati ISA sangat bermenfaat dei keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Semasa akta itu mula digunakan, ia membenarkan kajian semula bagi tujuan penambah-baikkan.Sejak kelahirannnya ISA telah dipinda sebanyak lebih daripada 20 kali (belum temasuk pindaan pada bulan Mac nanti) bagi disesuaikan dengan keadaan dan keperluan semasa.

Seseorang yang ditahan di bawah ISA semasa 60 hari pertama tidak dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar. Tambahan pula, peguam dan ahli keluarga tidak dibenarkan melawat orang yang ditahan semasa tempoh awal ini.

Jika satu perintah penahanan dua tahun ditandatangani, orang yang ditahan akan dibawa ke Pusat Tahanan Kamunting untuk tempoh yang ditetapkan, dan ahli keluarga lazimnya dibenarkan melawat semasa tempoh ini. Jika tidak, orang yang ditahan akan dibebaskan.

Kerajaan Amerika Syarikat pernah mengritik kerajaan Malaysia kerana menggunakan ISA beberapa kali. Pada tahun 2001 Presiden George W. Bush mengatakan bahawa ISA adalah undang-undang jahat.

Kononnya tidak wajar ada lagi negara yang punyai undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Macam mana pun pada yahun 2004 pula, Bush terpaksa menjila ludah sendiri dengan mengubah pendirian terhadap ISA.

Beliau dipetik sebagai berkata: "Kami tidak seharusnya sewenang-wenangnya mengklasifikasi Akta Keselamatan Dalam Negeri Malaysia sebagai undang-undang kejam.". Pandangan Bush terhadap ISA berubah dikatakan mungkin berpunca daripada peristiwa 11 September 2001 dan penggubalan Akta Patriot bagi Amerika Syarikat yang sama seperti ISA selepasnya.

Penahan dibawah ISA tidak memilih bulu, dari pelajar, mereka yang terlibat dalam pemalsuan wang, pemalsuan dokumen pengenalan/paspot, agen perisik asing, ahli politik pembang dan kerajaan dan sebagainya yang didapati boleh mengancam keselamatan negara dan ketentermaan awam.

Seingat penulis seorang anggota polis berpangkat penolong penguasa dari unit ‘special branch’ juga pernah ditahan dbawah ISA iaitu ASP Abdul Rahman Ahmad semasa Operasi Talkak. Beliau diISAkan bagi tempoh 1990-1991.

Tokoh-tokoh ternama negara yang pernah ditahan dibawah ISA ialah Anwar Ibrahim (kni Datuk Seri) pada tahun 1974 ketika masih menutut di sebuah universiti dan ditahan selama 20 bulan, Lim Kit Siang selaku Setiausaha Agung DAP, ditahan selama dua tahun bermula pada tahun 1987 dalam Operai Lalang, Chandra Muzaffar selaku Presiden ALIRAN (ditahan pada tahun 1987 dalam Operasi Lalang).

Yang lain adalah Karpal Singh selaku Timbalan Pengerusi DAP, Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Umno bagi kawasan Pasir Mas, Kelantan), Halim Arshat (Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat), Chan Kit Chee selaku Naib Presiden MCA dan beberapa orang yang lain. Mereka semua ditahan pada tahun 1987 dibawah Operasi Lalang.

2 comments:

Anonymous said...

buang mase saje bila kata umno nak hapuskan ISA, OSA, AUKU, pinda SPR, sprm,.. .... kalau nak ubah semua tu .... senang saja .... tumbangkan dulu UMNO/BN... maase tu.. baru takbur umno kurang sikit... kecuali dia pujuk raja melayu ikut telunjuk mereka.. seperti rampas kuasa di Perak tu....

Anonymous said...

Salam buat anony 10.32
Tidak semudah bercakap, mulut takkan hangus berkata 'api', mudahkan nak menumbangkan UMNO? tidakkah dalam sunami politik baru2 ini dikira sunami yg paling kuat, tapi UMNO tak jatuh2 jgk. Bercakap lah atas logik, jgn ikut perasaan. Kalau UMNO berjaya pujuk raja Melayu, itu pun dikira kemenangan baginya, salah satu cara berpolitik...Jd kami juga dah puas berfikir dan mencari kaedah..