Tuesday, February 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (686)

Antara nikmat awal hasil wang ehsan petroleum?

LAPORAN berikut mungkin antara nikmat awal hasil petroleum yang disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) yang ditentang oleh Kerajaan Negeri. Peemimpin, pendukung dan penyokong Pas dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakya (PR) mungkin tidak percaya tetapi bolehkah dihalang mereka yang mahu memiliki rumah sendiri dari mepercayainya?

Besar bahayanya kepada Umno kalau Dato' Mustapa Mohamad sekadar bermain kata dalam berkaitan sebagaimana laporan berikut;

Pembinaan Rumah Rakyat Miskin KB Dimasukkan Di Dalam RMK-10

KOTA BAHARU, 16 Feb (Bernama) -- Projek pembinaan rumah untuk rakyat miskin di Kota Baharu akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) bagi memastikan golongan miskin dan miskin tegar di bandar ini memiliki rumah sendiri.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata lebih 50 peratus daripada 100,000 penduduk bandar Kota Baharu masih menyewa dan tidak mampu memiliki rumah sendiri disebabkan kemiskinan.

"Kalau di negeri lain kebanyakan masalah yang dihadapi adalah masalah kemudahan atau kekurangan infrastruktur tetapi di Kelantan masalah pemilikan rumah di kawasan bandar khususnya.

"Sudah lebih 20 tahun kerajaan negeri memerintah Kelantan tetapi sehingga kini isu itu (pemilikan rumah) masih tidak selesai dan menjadi masalah utama penduduk di sini yang masih ramai terdiri daripada golongan miskin dan miskin tegar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pertemuan Khas Mustapa, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Bersama Pemimpin BN di sini Selasa.

Sambil menyifatkan jumlah itu adalah tinggi berbanding negeri lain, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri berkata peruntukan dalam RMK-10 itu bukan sahaja untuk pembinaan rumah mampu milik, tetapi turut merangkumi peruntukan menyediakan tanah yang mampu dibeli oleh golongan tidak berkemampuan itu bagi membina kediaman masing-masing.-- BERNAMA.

6 comments:

john said...

Salam...

Untungnyo ikut umno...bakpo lah aku beci sangat ko umno ni?...umno tok bui kekayoan ko kepado aku ko?..umno tok bui peluae ko ko aku..wo kali kalu aku miskin sengoti buleh jugok rumoh nga wae ehsae JPP ni..mmm sampai bilokah hatiku nok terbuko ko umno..bilolah aku buleh jadi srupo demo bowoh ni...

"Datuk Mokhzani Mahathir - anak mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad - tersenarai dalam 20 orang terkaya di Malaysia, demikian menurut hasil kaji selidik majalah Malaysian Business.

Sehingga 15 Januari lalu, Mokhzani dari Kencana Petroleum, disenaraikan dengan kekayaan sebanyak RM1.075 bilion untuk menduduki tangga ke-20 orang terkaya di Malaysia.

Manakala Datuk Seri Nazir Razak - adik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - dari Kumpulan CIMB, turut disenaraikan antara 40 orang terkaya di Malaysia."

p/s: aku hanyo insan biaso yang napok keburukan umno mengatasi kebaikan dio....

Melayu Tulen said...

008 Najib beri 3.5 Bilion, 2010 Nazir jadi orang kaya di Malaysia
Februari 16, 2010 HermanSamsudeen 1 comment

Ramai yang terkejut bila adik Najib, iaitu Nazir Razak tersenarai sebagai orang yang ke-40 terkaya di Malaysia dengan kekayaan sekitar AS$100 juta atau menghampiri setengah bilion dalam Ringgit Malaysia. Najib yang menjadi Perdana Menteri kurang dari setahun tanpa disangka-sangka mempunyai adik yang begitu kaya.

Nazir juga adalah Ketua Eksekutif CIMB Group iaitu sebuah syarikat kewangan yang amat bermasalah pada tahun 2008. Kita tidak lupa bahawa pada pada Oktober 2008 iaitu 2 hari sebelum ummat Islam mahu menyambut hari raya Kerajaan melalui kementerian Kewangan (Najib la Menterinya) telah sibuk mengeluarkan RM 3.5 Billion duit kerajaan yang didepositkan didalam Bank-Bank komersial di Malaysia dan telah memindahkannya ke dalam bank CIMB. - DIPETIK DARI SEBUAH BLOG PRO PEMBANGKANG.

Inilah yang dikatakan laporan berniat jahat, penuh prasangka dan prejudis. Melayu jadi terkaya diiri hati, diri sendiri malas berusaha untuk jadi kaya, dapat kawasan balak jual pada taukeh Cina, yang kayanya Cina. Nazir tak minta jadi adik Najib, Mukhzani tak minta jadi anak Mahathir. Ada yang cuba selidik macam mana sukarnya mereka untuk capai ke tahap sekarang?

Anonymous said...

salam,
PAS adalah sebuah parti yg mendokong cita2 Islam. Ianya harus dipuji, kalau tidakpun pada kejayaan tetapi pada niatnya. UMNO pula adalah sebuah parti yg banyak berjasa pada agama bangsa dan negara dan jasanya bukan calang-calang. Masing-masing ada sumbangannya pada negara tercinta ini. Sebagaimana juga sumbangan orang2 Melayu, Cina, India Iban, Kadazan dan semua bangsa juga ada jasa untuk negara. Alangkah baiknya jika kesemua ini kita gabungkan bagi membangun negara bangsa yg berdaulat. Daripada kita tuduh menuduh, kata nista dan hasut menghasut, saling benci membenci, adalah lebih baik kita mengikut saranan Rasulullah SAW agar kita bersatu, khususnya sesama muslim. Sabda Rasulullah SAW, "Seseorang Muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Dia tidak menzaliminya dan tidak menyerahkannya (kepada musuh), barangsiapa yang menunaikan hajat saudaranya nescaya Allah akan menunaikan hajatnya, dan barangsiapa yang menghilangkan daripada seorang Muslim satu kesusahan nescaya Allah akan menghilangkan satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahannya pada hari kiamat kelak, dan barangsiapa yang menyembunyikan (keaiban) seorang muslim nescaya Allah akan menyembunyikan (keaibannya) pada hari kiamat.” – Riwayat Bukhori dan Muslim. Ingatlah!.. politik hanyalah alat, bukan matlamat.
Bidalan Melayu sering terungkap "BERSATU TEGUH, BERCERAI ROBOH'. Saya sering membaca komen2 John dan Jootspring, tidak terkecuali anom...semuanya bercakaran atas benda2 yg asas. Mengapakah PAS tidak boleh berbaik-baik dengan UMNO, atau UMNO berbaik2 dgn PAS...Apakah PAS sudah menganggap penyokong UMNO bukan Islam atau bukan saudara mereka, atau UMNO telah menaggap PAS musuh seteru yg nyata?. Pada sy...kedua-duanya ada sumbangan yg bukan sedikit dan tegur menegur secara 'bil hikmah' adalah jalan terbaik. Janganlah sekali-kali kita mencari salah sesiapa, cukuplah, yg penting kita sebenarnya telah sama-sama menyumbang dalam membangunkan negara ini. PAS membawa mesej Islam, UMNO pula pelaksana dasar yg masih kuat dan berpengaruh, nah! cantumkan keduanya, Insyallah...Islam akan kuat, Melayu akan maju, semua bangsa boleh menikmati keselesaan hidup.
Cukuplah John, cukuplah Jootspring, cukuplah anom2, marilah kita bersatu, kerana dengan persatuan saja kita akan teguh. Wassalam....

melikapakjangak said...

Tuan/Puan/Encik/Cik Melayu Tulen

Seelok-eloknya cuba elakkan dari membawa pendirian bloggers lain ke blog ini untuk mengelak dari menimbulkan rasa kurang senang di hati bloggers terbabit.

Di negara yang mengamalkan demokrasi, setiap rakyat berhak menyatakan pandangan dan pendirian masing-masing, manakala pihak lain termasuk pihak berkuasa pula berhak menilainya.

Apa pun yang setiap kita sebagai warganegara lakukan mestilah dengan maksud dan tujuan bagi menambaikan lagi agama, bangsa dan negara tercinta.

ambo said...

Salam.... saudara anon..

John dan Joost adalah perlambangan 2 sifat org melayu yg patut kita pertimbangkan... sama ada sikap begini patut kita terapkan dalam generasi seterusnya... seperti.. sentiasa bersangka buruk... maki hamun... mencaci.... sentiasa mengaku lebih mulia dari yg lain.. berdendam... dll..

Kedua2nya amat mencintai parti yg disokong... tanpa berbelah bagi... setiap kali PRU kita sudah pasti undi mereka kemana...

Apa yg baik kita jadikan teladan... yg buruk dijadikan sempadan...

p/s: motto "rakyat sudah bijak menilai" patut dijadikan sempadan.. kerana rakyat yg sedang beremosi selalunya akan gagal dalam penilaian dan pertimbangannya...

p/s2: "RAKYAT" bukan hak eksklusif pihak pembangkang mahupun pihak kerajaan... meluat melihat perkataan "RAKYAT" disalahgunakan...

joostspring said...

salam saudara ambo...

kawe bkn la org yg menyokong parti dgn membabi buta...

utk pengetahuan demo PRU 12 hari tu kawe undi BN tuk dun dan pas tuk parlimen....utk pengetahuan demo kawe hanya akn undi umno dan pas jah dlm PRU..PKR adlh parti yg xrelevan krn xde hala tuju...

kawe mmg nak tgk bn pegang kelate pulak sbb tu undi bn tuk dun dan undi pas tuk parlimen sbb pada masa tu kerajaan bn bawah pok lah dgn kj ni mmg jenis haprak..ketidakstabilan politik,kaum dan ekonomi pd hari ni adlh diwarisi drpd manusia 2 ekor tu dan mmg patut kawe xundi bn tuk parlimen...

aper yg kawe tgk hari ni najib xleh nak wat kerja mana lg sbb byk sgt musuh dr luar dan dlm yg sentiasa nak menjatuhkan dia...tgs najib yg plg penting adlh tuk satukan blk kaum di mlysia ni setelah hbs dirosakkan oleh pak lah ank beranok akibat dr politik gila babi yg pak loh bwk...

selagi najib xambik KJ jadi menteri atau timbalan,selagi tu kawe akn berpihak kpd BN....kl KJ jadi ri