Tuesday, February 16, 2010

MUNCUL KEMBALI (687)

Lambakan warga asing: kita wajar syak dan curiga

DIBARIKAN oleh orang tua-tua, sebelum menyerang dan menawan Tanah Melayu, bumi bertuah ini telah dibanjiri oleh rakyat Jepun yang melakukan pelbagai kerja yang tidak munasabah seperti menjadi penjual aiskrim. Bila ada yang mati mereka tidak kebumikan di sini, sebaliknya mayat dihantar balik ke negara asal.

Sama ada kebanjiran rakyat Jepun, pekerjaan yang dilakukan mahu pun penghantaran mayat rakyat negara itu yang mati di sini ke negara asal yang begitu jauh jaraknya, tidak ada yang syak dan curiga apa-apa walhal mereka sebenarnya datang membuat tugas intipan dengan menyamar sebagai penjual aiskrim.

Penghantaran pulang mayat rakyatnya yang mati di Tanah Melayu ke Jepun bukan merupakan adat dan tradisi bangsa negara matahari terbit itu sebenarnya sebagaimana yang dianggap oleh warga Tanah Melayu dan penjajah British, sebaliknya mayat dihantar pulang bersama maklumat intipan. Perut si mati di belah, dimasukkan kertas laporan dan dijahit semula.

Rupa-rupanya rakyat Jepun yang membanjiri Tanah Melayu ketika itu adalah tentera Kamikaze yang sebahagian besarnya terdiri dari anggota Yakuza, yakni kumpulan gengstar berpengaruh dan paling berkuasa di Jepun yang turut menguasai ekonomi negara berkenaan, menyertai tentera apabila berlaku perang dunia.

Berteraskan informasi itu, kita wajar dan berhak untuk syak dan curiga ekoran lambakan warganegara asing di negara ini sekarang, lebih-lebih lagi apabila kumpulan mafia yang terkenal kerana mempunyai organisasi jenayah tersendiri, khususnya dalam pengedaran dadah antarabangsa bermarkas di Iran berjaya dikesan kini melebarkan sayapnya ke negara ini.

Kalau dari negara Islam pun boleh ada kumpulan mafia, apatah lagi dari negara-ngara lain, terutama dari negara bukan Islam. Oleh itu kebanjiran warga asing pelbagai negara perlu dikesan untuk memastikan sama ada mereka datang dengan tujuan untuk mencari rezeki yang halal, melancong, belajar atau pun untuk melakukan pelbagai jenayah di negara ini atau negara kita cuba dijadikan transit bagi kegiatan antarabangsa mereka.

Kita wajar syak dan curiga. Kalau mereka dari Itali apakah tidak mungkin mereka anggota kumpulan Mafia atau La Cosa Nostra, seandainya mereka dari Jepun apakah tidak mungkin mereka adalah orang Yakuza, kalau mereka dari Amerika Syarikat, apakah tidak mungkin mereka anggota kumpulan Aryan Brotherhod atau AB The Brand.

Kalau mereka datang dari Mexico, apakah tidak mungkin mereka anggota kumpulan Mexican Mafia atau La eMa atau pun dari kumpulan La Nuestra Familia yang merupakan musuh ketat kepada Mexican Mafia atau La eMa. Seandainya mereka datang dari Kenya, apakah tidak mungkin mereka anggota kumpulan The Mungiki atau Kenyan Mafia, kalau mereka dari California dan dari kaum American-African, apakah tidak mungkin mereka dari kumpulan Black Guerilla Family atau Black Family atau Black Vanguard.

Sekiranya mereka yang berkulit hitam datang dari Amerika Syarikat, apakah tidak mungkin mereka dari kumpulan Crips. Kalau mereka datang dari Los Angeles, apakah tidak mungkin mereka adalah kumpulan Bloods yang merupakan musuh ketat kepada kumpulan Crips.
Sekiranya mereka adalah orang Guatemala, Honduas, Salvador dan negeri-negeri di Amerika Syarika Tengah, apakah mereka tidak mungkin dari kumpulan Mafia Salvatrucha atau MS-13.

Sama ada kumpulan Mafia atau La Cosa Nostra, Yakuza, Aryan Brotherhod atau AB The Brand, Mexican Mafia atau La eMa, La Nuestra Familia, The Mungiki atau Kenyan Mafia, Black Guerilla Family atau Black Family atau Black Vanguard, Crips, Bloods mahu pun Mafia Salvatrucha atau MS-13, kesemuanya adalah merupakan 10 kumpulan genster paling merbahaya di dunia.

Apakah tidak mungkin kumpulan genstar itu datang ke negara ini selain dari untuk menjalankan kegiatan jenayah mereka, jua akan mengambil kesempatan memanipulasi keberanian rakyat negara ini bagi dilatih menyertai kumpulan mereka, setidak-tidaknya untuk melakukan kegiatan jenayah di negara ini dan negaa-negara Asia lain.

Ini adalah kerana di negara kita pun dikenalpasti turut muncul kumpulan genster yang mana 15 daripadanya berjaya dihancurkan oleh polis pada tahun 2007, termasuk dua kumpulan yang mempunyai rangkaian dengan penjenayah antarabangsa dikenali sebagai Kumpulan Wah Kee dan Ang Beng Hui, kedua-duanya bermarkas di Sarawak.

2 comments:

ambo said...

Bagi yg PATI tidak berwajah Malaysia mudah dikenali....

Tetapi bagi PATI dari benua India dan China... cuma boleh dikenalpasti melalui kefasihan berbahasa Melayu.... ambo pernah mengalami situasi tersebut...

KDN pula kalau hendak seribu daya... jgn sekarang komen Pak Menteri seperti terkejut dgn kebanjiran PATI... sedangkan masalah ini dah basi dan muak telinga mendengarnya...

Anonymous said...

Jentera kerajaan hanya cekap buat kerja rasuah & konspirasi politik saja.... yang lain semua lemah... kebanjiran buruh asing, pati, penjenayah dan penyamun berleluasa... berzina & buang/ bunuh anak... penagih dadah.. kaki minum arak, judi, pelacuran,... sebut saja kecuali kes fitnah & rasuah politik.. semua lembik... buang duit rakyat dibayar gaji pegawai2 tak buat kerja betul.... puncanya... pemimpin2 umno/bn hanya tunpu kepada survival politik peribadi saja........ contohnya dok fitnah anwar tak renti2... orang kafir australia pun muak tengok tahap mentaliti pemimpin2 umno yang angkuh kuasa....