Wednesday, February 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (688)

Rencana (BAHAGIAN PERTAMA)

Melayu dari sudut asal usul, budaya dan bahasa
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

TIDAK kenal, maka tidak cinta. Orang Melayu yang tidak merasa sayang, megah, beruntung dan istimewa menjadi Melayu adalah kerana mereka tidak tahu apa itu Melayu dan kejagoan Melayu dalam membina kehebatan.

Antara kejagoan, kehebatan dan keistimewaan Melayu ialah walaupun jauh dari Mekah dan Madinah yang merupakan pusat percambahan dan berkembang biaknya syiar Islam, namun orang Melayu mencipta kehebatan dalam penganutan Islam dan pembinaan iman serta takwa.

Lidah Melayu dapat menguasai bahasa al-Quran dengan baik, sehinggakan dalam tilawah al-Quran umpamanya, tidak banyak umat Islam, termasuk dari dari negara-negara Arab sendiri yang mampu mengatasi kehebatan Melayu dalam penguasaan pembacaan dan penghayatan al-Quran.

Walaupun ada qari dan qariah dari luar Rumpun Melayu yang muncul sebagai johan, naib johan dan menduduki tempat ketiga dalam tilawah bagi qari dan qariah, namun ianya mengambil masa yang agak panjang setelah Melayu muguasainya sejak sekian lama.

Ertinya Melayu, sama ada bangsa atau bahasanya ada keistimewaannya yang tersendiri yang patut menjadi kebanggaan, kesayangan, kemegahan, keistimewaan dan rasa beruntung di kalangan orang Melayu.

Tidak hairanlah kalau Laksmana Hang Tuah sebagai lagenda kepahlwanan Melayu menyatakan bahawa Melayu tidak akan hilang di dunia, tugas orang Melayulah merealisasikannya supaya apa yang dikatakan Laksmana Hang Tuah itu akan menjadi realiti hingga ke pnghujung dunia.

Asal usul

Perkataan Melayu mungkin berasal daripada nama sebuah anak sungai yang bernama Sungai Melayu di hulu Sungai Batang Hari, Sumatera. Di sana letaknya Kerajaan Melayu sekitar 1500 tahun yang lampau sebelum atau semasa adanya Kerajaan Srivijaya.

Sehubungan itu, dari segi etimologi, perkataan ‘Melayu’ itu dikatakan berasal daripada perkataan Sanskrit ‘Malaya’ yang bermaksud ‘bukit’ atau pun tanah tinggi. Ada juga sumber sejarah yang mengatakan bahawa perkataan ‘Melayu’ berasal dari ‘Sungai Melayu’ di Jambi.

Manakala asal usul bangsa Melayu pula ada dalam dua teori yakni Teori Yunnan yang mengatakan Bangsa Melayu berasal dari Yunan yang kini merupakan sebahagian dari wilayah China dan satu teori lagi adalah teori Nusantara yang mengatakan, Bangsa Melayu berasal dari Nusantara.

Walaupun teori bangsa Melayu berasa dari Yunnan masih belum mendapat bukti yang kukuh, namun teori ini disokong oleh beberapa sarjana seperti R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan juga Asmah Haji Omar.

Secara keseluruhannya, alasan-alasan yang menyokong teori ini adalah seperti berikut:
a) Kapak Tua yang mirip kepada Kapak Tua di Asia Tengah ditemui di Kepulauan Melayu. Perkara ini menunjukkan adanya migrasi penduduk daripada Asia Tengah ke Kepulauan Melayu.

b) Adat resam bangsa Melayu mirip kepada suku Naga di daerah Assam (Berhampiran dengan sempadan India dengan Myanmar).

c) Bahasa Melayu adalah serumpun dengan bahasa di Kemboja. Dengan lebih lanjut lagi, penduduk di Kemboja mungkin berasal daripada dataran Yunnan dengan menyusuri Sungai Mekong.

Perhubungan bangsa Melayu dengan bangsa Kemboja sekaligus menandakan pertaliannya dengan dataran Yunan.

Teori ini merupakan teori yang popular yakni diterima umum. Contohnya, dalam buku Teks Pengajian Malaysia, ada menyatakan ‘nenek moyang’ orang Melayu itu berasal daripada Yunnan.

Berdasarkan Teori ini, dikatakan orang Melayu datang dari Yunnan ke Kepulauan Melayu menerusi tiga gelombang yang utama, yang ditandai dengan perpindahan Orang Negrito, Melayu Proto dan juga Melayu Deutro.

Ada pendapat yang mirip kepada Islamik mengatakan Melayu berasal dari keturunan cucu Rasulullah s.a.w. sama ada Hassan atau Hussein yang berhijrah ke sebelah sini bagi tujuan penyebaran dakwah.

Pendapat ini terkandung dalam rencana berjudul ‘Sejarah Melayu Tua’ susunan Tuan Guru Haji Ghazali Pondok Tunjung yang disiarkan dalam majalah Al-Fununiah terbitan Pondok Tunjung yang mana Tuan Guru Haji Ghazali (kini Allahyarham) selaku penulis rencana berkenaan adalah ketua pengarang majalah berkenaan.

Satu pendapat lain mengatakan orang Melayu adalah dari orang Minangkabau asalnya manakala orang Minangkabau itu pula berasal daripada pengikut Nabi Nuh, iaitu bangsa Ark yang mendarat di muara Sungai Jambi dan Palembang, selepas banjir besar yang berlaku dan menenggelami semua bumi ini kembali surut.

Tidak banyak maklumat bagi mengesahkan pendapat ini.

Pun begitu, walaupun asal usul Melayu yang sebenarnya belum dapat dipastikan selain dari yang sahihnya bangsa Melayu adalah dari keturunan Adam dan Hawa sebagaimana juga bangsa-bangsa lain, orang Melayu kena terus bangkit mempertahan dan membina kehebatan supaya mereka tidak akan hilang di dunia.

Bangsa Melayu pernah mencatat kehebatan sebagai pelayar dan penakluk yang nekad dan berani merentasi Lautan Pasifik dan sampai ke Benua Afrika dan ke Teluk dan berkesempatan menghadap Khalifah Harun Aminurasyid dalam tahun-tahun 800-an hijrah.

Bangsa Melayu itu adalah Sanjaya, anak raja yang dikatakan berasal dari Kelantan yang juga dikenali dengan panggilan ‘Awe’ atau ‘Awang’ atau pun ‘Panglima Awang’. ‘Awe’ adalah panggilan manja penuh kasih orang tua terhadap orang muda lelaki manakala untuk orang perempuan dipanggil ‘mek’.

Pada era serba canggih ini bangsa Melayu juga telah mencipta kehebatan apabila berjaya ke Angkasa Lepas, yakni Dr. Sheikh Muszaphar Shukor yang ke angkasa lepas dengan kapal angkasa Soyuz TMA-11 ketika berusia 35 tahun. Beliau berlepas dari bumi pada pukul 9.21 malam, 10 Oktober 2007 pada pukul 9.21 malam, kapal angkasa Soyuz TMA-11 dan selamat sampai ke bumi pada pukul 12.00 tengah malam, 21 Oktober, 2007. -- BERSAMBUNG

3 comments:

Anonymous said...

Melayu menang dalam musabaqah al-Quran kerana para hakim yang dilantik ada kepentingan bukan kerana suara mereka yang paling sedap.

Anonymous said...

salam buat anom 5.37..
Janganlah bersangka buruk, kerana sebahagiannya adalah dosa! Sesungguhnya kita tidak mungkin mengetahui niat seseorg kecuali setelah dinyatakan kepada kita. Wassalam.

Pecinta Bangsa & Bahasa Melayu said...

anom 5.37.. jenis Melayu sudah hilang nilai-nilai kemelayuan. Biarlah dia terjun dengan labu-labunya. Jenis Melayu macam inilah menyebabkabn Melayu jadi serba ketinggalan.

Bila Nazir Razak termasuk dalam bilangan terjaya dikaitkan dengan abangnya jadi PM, kalau dengarkan gembar-gembur knonnya Khairy dapat pelbagai keistiomewaan kerana jafi menantu Pak Lah, ketua pemuda itu juga patut dah lebih kaya dari orang terkaya terdiri dari saudara-saudara kita yang berbangsa Cina.

Tidak pernah dicarigali searah macam mana susahnya Nazir, Mukhzani, Syed Mukhtar dan tokoh-tokoh korporat Melayu lain berjuang untuk masuk senaria bilangan orang terkaya, malah untuk tempoh 10 tahun akan datang, patutnya orang Melayu yang dudu tangga teratas. Mungkin MKJ pun tak tau lagi. Sorry MKJ!

Dalam soal musabaqah, bukan suara yang diuatamakan, yang penting sebutannya, tajwid dan bacaannya betul. Lagu pun rasanya markahnya tak seberapa mana. Jadilah orang yang pandai bersyukur kerana jadi Melayu.