Wednesday, February 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (689)

rencana (BAHAGIAN KEDUA DAN AKHIR)

Melayu dari sudut asal usul, budaya dan bahasa
oleh
RAMLI ABDUL HALIM
meli_industry@yahoo.co.uk

Sebenarnya negara memerlukan lebih ramai orang Melayu tyang ersenarai sebagai orang terkaya bukan sahaja di negara ini tetapi juga di peringkat dunia, setidak-tidak berada dibawah Sultan Brunei kalau pun barangkali tidak mudah untuk berada pada senarai di atas baginda.

Walaupun kita boleh berbangga dengan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim, Datuk Mokhzani Mahathir, Nazir Tun Razak dan beberapa orang Melayu yang lain, namun setidak-tidaknya kita kena mengharapkan agar dalam tempoh tidak panjang orang Melayu akan menduduki tepat pertama terkaya yang kini di kuasai Robert Kuok Hock Nien.

Paling tidak pun orang Melayu kena menggantikan tempat T. Ananda Krishnan, Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Teh Hong Piow, Tan Sri Lim Kok Thay atau Tan Sri Quek Leng Chan. Mungkin orang seperti penulis tidak mampu mencapainya tetapi setidak-tidak kita mendoda dan mengharapkan agar orang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Azman Hashim, Datuk Mokhzani Mahathir, Nazir Tun Razak mencapai tahap itu.

Di peringkat dunia pula, kalau pun kita tiak mampu mengtasai rekod orang paling kaya yang dipegang oleh Sultan Brunei, namun kita kena berharap dan berdoa agar bilangan di kalangan bertambah atas nama Melayu Nusantara.

Apa dia Nusantara?

Sanjaya atau ‘Awe’ atau ‘Panglima Awang’ dalam siri jejalah dan takluknya dalam memembina kehebatan dan kejagoan Melayu degan hasrat menakluki dunia membawa imej Nusantara. Apabila menakluki sesebuah tempat, akan dinaikkan ‘Wau Bulan’ sebagai yang merupakan ‘Lambang Nusantara’ sebagai tanda tempat atau negeri berkenaan ditawan dan dibawah taklukkan Nusantara.

Lambang berkenaan kini dijadikan lambang korporat atau trade mark oleh syarikat penerbangan negara yakni MAS (Malaysia Airline System) tetapi barangkali kerana tidak merujuk kepada kalangan yang pakar tentang wau, lambang MAS lebih berbentuk ‘Wau Kucing’, bukannya ‘Wau Bulan’.

Bagaimanapun lambang bekenaan kini telah sampai ke sebahagian besar dunia. Pasti kalau Sanjaya atau ‘Awe’ atau pun ‘Panglima Awang’ masih hidup, pasti beliaulah yang orang Melayu yang akan merasa paling bangga walaupun hasratnya untuk menakluk dan meemerintah dunia tidak kesampaian tetapi lambang yang menjadi lambang penakukkan beliau, kini menakluki sebahagian besar ruang angkasa dunia.

Nusantara itu sendiri dari sudut istilah boleh merujuk kepada perkara-perkara yang berlainan, bergantung kepada konteksnya. Dalam konteks kebudayaan istilah Nusantara secara amnya merangkumi pulau-pulau Asia Tenggara dan sebilangan wilayah benua yang berjiran yang bahasa-bahasa Melayu-Polinesia serta budaya-budaya berkait merupakan budaya yang terutama.

Dari sudut pandangan ini, Malaysia (termasuk tanah besar Malaysia), Filipina, dan pulau-pulau Indonesia (kecuali New Guinea (Pulau Irian), kesemuanya termasuk dalam konsep Nusantara.
Secara linguistik, konsep ini boleh diperluas untuk merangkumi pulau-pulau Taiwan dan Madagascar kerana bahasa asli kedua-dua pulau ini juga merupakan sebahagian bahasa Austronesia, yakni bahasa pertuturan induk warga Nusantara.

Dari sudut konsep geografi , Nusantara adalah merujuk kepada kawasan-kawasan yang merangkumi Singapura, pulau-pulau Malaysia, termasuk pulau Labuan tetapi tidak merangkumi tanah besar Malaysia, dan kesemua pulau Indonesia serta juga Timor Timur dan New Guinea (Pulau Irian).

Di bawah Kerajaan-kerajaan Jawa, istilah ‘Nusantara’ ialah istilah yang paling luas antara tiga istilah yang digunakan untuk menghuraikan lingkungan pengaruh raja-raja Jawa yakni:-

<> Negara Agung - digunakan untuk menghuraikan kawasan di sekitar ibu kota yang tertakluk kepada pengaruh raja secara langsung;

<> Mancanegara - digunakan untuk kawasan-kawasan yang budayanya adalah serupa dengan kebudayaan Jawa, tetapi terletak di luar lingkungan pengaruh langsung raja. Ia umumnya termasuk pulau-pulau Madura, Bali, dan mungkin juga Lampung dan Palembang.

<> Nusantara - ialah kawasan di luar pengaruh kebudayaan Jawa tetapi masih dituntut oleh raja-raja Jawa sebagai tanah jajahan mereka, dengan raja kawasan-kawasan tersebut diperlukan membayar ufti kepada raja Jawa.

Walaupun dalam pengunanan moden istilah Nusantara kekadang digunakan untuk merujuk kepada wilayah-wilayah Indonesia, isitilah ini secara amnya kini dipergunakan dengan erti kata yang sebenarnya dari segi konsep kebudayaan yang digarapkan di atas.

Dari sudut yang lainnya, Nusantara juga merupakan nama keluarga di Indonesia. Kebanyakan keluarga yang mempunyai nama keluarga Nusantara adalah berasal daripada suku Jawa.

Bahasa kebudayaan

Kebanyakan bahasa yang dituturkan di wilayah Nusantara merupakan sebahagian keluarga bahasa Melayu-Polinesia, termasuk bahasa Tagalog yang dituturkan secara meluas di Filipina, bahasa Jawa yang dituturkan di Pulau Jawa dan sudah tentunya, bahasa Melayu yang dituturkan di Malaysia (yang dikenali juga sebagai Bahasa Malaysia), Singapura dan Brunei (yang dikenali sebagai Bahasa Melayu).

Bahasa Indonesia juga berasal daripada bahasa Melayu dan dikenali sebagai Bahasa Indonesia oleh orang tempatan.

Kira-kira Seribu tahun yang laampau, agama wilayah Nusantara ialah agama campuran yang terdiri daripada agama-agama Hindu, Buddha, dan tradisi-tradisi asli. Sejak dari masa itu, agama-agama yang baru, termasuk agama Kristian dan terutamanya, agama Islam telah memantapkan kedudukannya di Nusantara yang mana warganya adalah berbangsa Melayu.

Bahasa Melayu kini menjadi bahasa keempat dari jumlah ramai bilangan penuturnya apabila seramai 300 juta penduduk dunia kini bertutur dalam bahasa berkenaan yang mana bahasa Melayu turut diajar di pusat-pusat pengajian tinggi di Belanda, China dan beberapa negara yang lain lagi.

Kebudayaan

Kebudayaan di Nusantara kini dipengaruhi oleh banyak agama. Agama Islam merupakan agama yang terutama, khususnya di Indonesia, Brunei, Malaysia dan di kalangan orang Melayu di Singapura, serta juga di Mindanao dan kawasan Selatan Filipina.

Manakala agama Katholik merupakan agama terutama di Filipina dan Timor Timur. Dalam pada itu di Semenanjung Malaysia terdapat juga banyak penganut agama Buddha dan Kristian daripada berbilang mazhan, bersama-sama orang Hindu. Agama Hindu ialah agama terutama di Pulau Bali.

Keunikkan Malaysia adalah kerana ianya bukan sahaja kerana penduduknya berbilang kaum tetapi juga berlainan anutan agama, adat resam dan budaya tetapi mereka boleh hidup rukun dan damai serta saling hormat menghormati, sayang menyayang yang antara kerana orang Melayu banyak berehsan dan toleran.

2 comments:

Peminat Sejarah said...

MKJ ni orang bermaklumat juga rupanya.

Haji Mejoh Lubok Kawah said...

MKJ kan pengamal media. Bukankan orang media kena kaya dengan maklumat untuk dimaklumatkan kepada orang lain.