Wednesday, February 17, 2010

MUNCUL KEMBALI (690)

Jangan mempersempitkan hukum dalam isu lompat parti

PADA pemerhatian dan seingat saya, projek 16/9 tajaan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merangka dan mengkerangkakan ketumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berdominasikan Umno, parti Melayu beragama Islam, melalui taktik dan teknik memperlompatkan ahli-ahli parlimen dari BN, tidak ada mana-mana ulamak pun yang melihatnya sebagai suatu perbuatan berdosa.

Tetapi kenapa apabila berlaku kes wakil-wakil rakyat dari Pakatan Rakyat (PR) lompat parti, maka ditimbulkan soal berdosa dan pecah amanah terahadap para pengundi. Apakah melompat masuk pembangkang halal tetapi kalau wakil rakyat pembangkang lompat parti menjadi haram. Nampaknya berlaku kes rujukan berlainan warna kulit kitab ikut kepentingan dalam kes lompat melompat parti di kalangan ulamak berkepentingan politik khususnya.

Kalau mahu dialasankan dengan kerana PR lebih Islamik parit-parti politiknya menjadikan melompat masuk ke dalamnya halal berbanding dengan BN yang di dalamnya ada MCA, MIC, GERAKAN dan sebagainya, hakikatnya dalam PR juga ada DAP, sebuah parti politik yang didominasi oleh kalangan yang mana antara pemimpin utamanya dengan angkuh berkata langkah mayatnya dulu kalau mahu laksanakan pemerintahan Islam di negara ini.

Lagi pun setakat ini setiap ahli parlimen atau ahli dewan undangan negeri yang meompat parti tidak menyertai Umno atau mana-mana parti komponen BN pun, sebaliknya mereka menjadi Ahli Parlimen/ADUN Bebas yang memberi sokongan kepada BN. Sebagai Ahli/ADUN Bebas mereka berhak untuk memberi sokongan kepada pihak mana yang dirasakan lebih patut dan memberi faedah kepada pemberi undi dan rakyat di kawasan yang mereka wakili.

Pada saya, segelintir dari rakyat di negara ini terkeliru dengan permainan politik Mursyidul Am Pas, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat khasnya serta koncu-koncunya yang seakan-akan mahu pentaksub-pentaksubnya menganggap bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Kononnya menyokong Pas mendapat pahala, menentang Pas berdosa manakala menyokong Umno berdosa menentang Umno berpahala.

Walhal mempercayai bahawa Pas itu Islam dan Islam itu Pas sebenarnya boleh merosakkan akidah kerana Pas adalah sebuah parti politik sama juga seperti parti-parti politik yang lain yang tidak boleh disama-tarafkan dengan Islam. Yang tidak boleh dipisahkan dengan agama adalah politik. Dalam bak ini ramai yang keliru dan dikelirukan. Antara politik dengan parti politik adalah dua perkara sangat jauh berbeza walaupun sebutannya hampir sama.

Pas adalah parti politik yang hanya diwujudkan pada tahun 1951 dan pendaftarannya diluluskan oleh seorang pengawai pendaftaran pertubuhan beragama Hindu. Hal ini ini boleh dirujuk apabila diambil peduli sejarah kelahiran Pas itu sendiri. Apakah Pas yang diwujudkan pada tahun 1951 dan pendaftarannya diluluskan oleh pegawai pendaftaran beragama Hindu itu layak untuk disamatarafkan dengan Islam? Siapa yang memberi kuasa veto kepada Dato' Nik Aziz yang seakan mahu Pas dianggap Islam dan Islam itu Pas?

Kalau dengan menganggotai Pas dan menyokong Pas serta parti-parti rakan Pas dalam PR sahaja berpahala dan layak masuk syurga, macam mana dengan nasib umat Islam sebelum kewujudan Pas pada tahun 1951. Nabi, para sahabat dan para ulamak muktabar termasuk Imam Shafei, Hambali, Hanafi, Maliki dan pakar-pakar Hadis seperti Imam Bukhari, Imam Muslim, At-Tarmizi, Abu Daud dan sebagainya?

Mereka tidak pernah menganggotai atau menyokong Pas atau mana-mana parti rakan Pas dalam PR kerana semasa hayat mereka Pas belum wujud pun lagi, apakah mereka tidak berdosa dan tidak akan menjadi antara hamba-Nya dan umat Rasulullah s.a.w. tidak akan layak masuk syurga kerana tidak pernah jadi ahli Pas atau menyokong Pas serta parti-parti sekutu Pas.

Apakah tidak mungkin pendirian Pas itu Islam dan Islam itu Pas tidak akan menjadi ibarat kumpulan yang melakukan sesuatu pekerjaan yang disangka perbuatan ahli syurga tetapi sebenarnya apa yang dibuat adalah perlakuan ahli neraka.

Pada saya pandangan, pendirian dan penghukuman terhadap kes lompat parti tidak boleh dipersempitkan. Dalam sembahyang pun kita disuruh mufarakah kalau imam yang yang mengimamkan sembahyang terbatal sembahyangnya atau bila disedari ianya tidak cukup syarat sebagai iman walaupun serban yang dipakai barangkali sebesar pusu jantan, jubahnya labuh boleh membersihkan sampah sarap dalam jarak sehekatr tanah sekali lalu dan janggunya pula t boleh menjadi tempat beribu ekor burung pipit membuat sarang.

Sebelum sebarang keputusan tentang berdosa atau tidak, pecah amanah atau sebaliknya serta sama ada akan ke syurga atau ke neraka mana-mana wakil rakyat yang melompat parti, memerlukan rujukan hukum dari kalangan alim ulamak tulen yang tidak ada sebarang kepentingan, apatah lagi kepentingan politik kerana soal hukum hakam ini akan berkaitan dengan soal akidah yang kemudian akan mententukan cacat atau sempurnanya Islam, iman dan takwa seseorang.

Saya mendapati ramai di kalangan penyokong Pas peringkat akar umbi yang mempercayai Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Pada saya menjadi fardu kifayah kepada alim ulamak di negara ini, terutama di kalangan mereka yang benar-benar alim dalam Pas membetulkan kefahaman itu demi kepentingan keselamatan akidah. Berparti politiklah secara yang sepatutnya, jangan sampai punah akidah kerana berparti politik.

12 comments:

Anonymous said...

Ambo suka abe li royat hal sejarah sbab kalu nak kenal diri kita, kita kena belajar sejarah.

john said...

Salam...

Abe li kato...

"Saya mendapati ramai di kalangan penyokong Pas peringkat akar umbi yang mempercayai Pas itu Islam dan Islam itu Pas. Pada saya menjadi fardu kifayah kepada alim ulamak di negara ini, terutama di kalangan mereka yang benar-benar alim dalam Pas membetulkan kefahaman itu demi kepentingan keselamatan akidah. Berparti politiklah secara yang sepatutnya, jangan sampai punah akidah kerana politik politik."

John kato..
"Istilah 'Pas itu Islam dan Islam itu Pas' sebenarnya tak tepat...yang tepatnya dan perlu difahami oleh penyokong mahupun penentang pas ialah PAS ialah parti GERAKAN ISLAM yang memacu ke arah mendaulatkan Daulah Islamiyyah di kalangan orang islam. Rujukan utama Alquran dan Sunnah, Qias dan Ijmak. Yang jadi masalah apabila ia telah dipesongkan oleh golongan2 yang mengaku islam tetapi tidak berusaha untuk menjunjung panduan hidup berdasarkan al-quran SEPENUHNYA cuma mengambil mana yang mendatangkan keuntungan kepada mereka . Berbagai alasan diberi sedangkan golongan islam inilah memiliki kuasa pemerintahan di Malaysia..Bagaimana rakyat negara ingin memperolehi keberkatan?..yang kaya bertambah kaya..yang miskin semakin miskin...fikirkan"

John kontroversi kembali...

Anonymous said...

en meli yg demo dok hentam pas & sokong kemaksiatan sekular umno tu.... banyak ko dapat pahala?

Mesti demo akan kata "saya bukan ahli UMNO, dan bukan PAS,..."

Gaya bahasa demo melambangkan kecendenrungan isi hati demo bukan?

Lebai Mangkok Hayung said...

Setahu aku Meli memang bukan orang mana-mana parti politik. Bila tak kena dia kapak belaka tak kira Umno atau Pas.

Masa kerja dengan Kerajaan Pas pun dia kapak Pas walaupun dia terpaksa kehilangan punca pencarian.

Tak 'kan anda lebiuh tahu apa yang terkandung dalam hati Meli. bila Meli kata beliau bukan rang parti politik, macam mana pula demo kata dia pro Umno?

Saya setuju dengan Meli, Pas juga adalah parti politik seperti parti-parti politik yang lain. Kalau diajmin undi Pas boleh pahala, tolak Pas boleh dsa dan tolak Umno boleh pahala sokong Umno boleh dosa, tak betul.

Yang ditolak oleh orang Umno adalah Pas, bukannya Islam. Walaupun tidak disebut secara jelas Pas tu Islam dan Islam itu Pas, bila kata tolak Pas berdosa sokong Pas berpahala kerana Pas parti Islam, maksudnya tetap sama.

Pas membei gambaran/beranggapan menentang Pas bermakna menolak Islam. Soalnya Tuhan dan Nabi mana yang mengiktiraf Pas sebagai parti Islam.

Yang kata Pas parti Islam adalah kononnya ulamak tetapi cara bercakap dan dalam membina pendirian lebih berkepentingan parti politik.

Ulamak-ulamak yang tidak berparti politik belum tentu mengiktraf Pas sebagai parti Islam, sebaliknya Pas menyalah-gunakan (menggunakan digalakkan tetapi menyalahgunakan tidak patut) Islam dalam mengumpul sokongan.

Saya rasa Pas dalam keadaan ibarat kata kumpulan yang sedang melakukan pekerjaan yang disangka pekerajaan ahli syurga tetapi orang Pas sendiri tidak dapat yakin sama ada pekerjaaa/perjuangan mereka benar-benar pekerjaan/perjuangan ahli syurga atau sebaliknya.

Dalam hal ini alim ulamak yang tidak bias politik perlu memeri pandangan demi untuk pastikan umat Islam di negara ini berada pada landasan Islam yang benar-benar betul.

Bekas Gu Meli Di UPKn said...

Gaya bahasa demo melambangkan kecendenrungan isi hati demo bukan?........

BISO DEMO. DARI GAYA BAHASA DAH BOLEH TENTUKAN KECENDERUNGAN SESEORANG.

DEMO BESO JJUMPA MELI DAN BERKEKECEK DENGAN DIA KO TIDAK. NAK TAU LAGU MNO ORANGNYA MELI, CUBA ACU TRY TANYA PUAK-PUAK URUSETIA PENERANGAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN YANG PERNAH JADI RAKAN SEKERJANYA.

TANYA SHIMAH, MEKNA, DOALLAH CC, MI, FUAN, WAN LOKMAN, ZAHAR SHIMAH, SOH DREBAR, ROSSEM DAN LAIN-LAIN, LAGU MANA GAT MELI NI ORANGNYO.

KAWE TAKUT DEMO SALOH BUAT PENENTUAN BERDASARKAN BAHASA, TAKUT NANTI DAPAT DOSA KERING TAKDOK PASA-PASA MELI TIBAI PAS PUN LEPAS KERJA DENGAN KERAJAAN PAS KIRA-KIRA LAPAN TAHUN, SEBELUM TU DIA JULANG PAS DAN TIBAI UMNO BUAN MAIN, BUKAN GUNA MIKROFON DAN AIR LIOR, TAPI GUNA WANG RINGGIT DENGAN MENERBITKAN MACAM BUKU.

CUBA CARI DAN BACA BUKU-BUKUNYA SEPERTI 'GARA-GARA PENANGAN TOK GURU ORANG ISTANA MERANA', 'PARTI PILIHAN RAKYAT KELANTAN', 'MENTERI BESAR BERKOPIAH MEMBAWA TUAH', 'AMANAT TOK GURU', 'NIK AZIZ INTAN TERPILIH ABAD INI', 'PANGLIMA JIHAD PAS', 'NIK ADLI: HERO BARU PERSADA POLITIK NEGARA' dan 'AKAN TERMAKBULKAH DOA DATIN SRI DR WAN AZIZAH' SERTA LAIN-LAIN' YANG DITERBITKAN SEBELUM BELIAU BEKERJA DENGAN KERAJAAN PAS KELANTAN.

Budak UMK said...

Bakpo Abe Meli tidak lagi jadi Abe Meli sebelum bekerja dengan Kerajaan Pas Kelantan dengan selepas bekerja dengan kerajaan Pas?

Bekas Gu Meli Di UPKn said...

Kena tanya Meli sendirilah.

melikapakjangak said...

Mr John!
Saya setuju dengan anda...PAS ialah parti GERAKAN ISLAM yang memacu ke arah mendaulatkan Daulah Islamiyyah di kalangan orang islam....tetapi lebih tepat rasanya kalau disebut parti yang ada kencederungan berjuang berteraskan ajaran Islam.

Untuk itu setiap mereka yang terlibat dalam perjuangan mesti ada nilai-nilai Islam sejati luar dan dalam. Jangan pula untuk kita orang Pas tak apa, untuk orang bukan Pas tak boleh.

Saya akan hanya mengundi bila ada parti politik dan orang parti politik da nilai-nilai Islam sejati luar dan dalam. Untuk waktu ini saya beranggapan lebih baik bagi saya untuk tidak mengundi atau terlibat dalam mana-mana parti politik. Tapi jangan bimbanglah kerana saya tidak ada pengikut pun.

Anonymous!
Soal banyak mana pahala yang saya dapat, saya tidak layak menjawabnya kerana jenis dosa pahala ini bukan jenis bolh disukat cupak atau ditimbang dengan kilo.

Saya buat teguran tidak kira terhadap Pas atau Umno berdasarkan sekadar ilmu yang saya ada. Kalau teguran saya tidak tepat itu adalah kerana kelemahan dan kerana kecetekan ilmu saya.

Dalam kerja-kerja ibadat kita tidak boleh lakukannya kerana harapkan ganjaran, nanti ianya menjadi tidak ikhlas. Soal ganjaran kena diserahkan kepada Allah.

Kita hanya boleh masuk syuga pun kerana ehsan-Nya. Tidak padan dengan amal ibadah yang tak seberapa yang kita buat untuk menuntut Allah balas dengan syurga. Kita kena rasa tidak pernah layak masuk syurga tetapi tidak sanggup pula masuk neraka.

Kalau kita yakin kita akan berpahala dan akan masuk syurga kerana amalan dan perjuangan kita, keyakinan itu sebenarnya adalah bisikan syaitan, bukannya pendirian orang Islam yang beriman dan bertakwa.

Lebai Mangkok Hayung!
Saya memang beranggapan saya bukan orang mana-mana parti politik kerana saya tidak mengundi. Insyaallah setakat ini saya masih lagi berkecuali dalam soal berparti politik.

Bekas Gu Meli Di UPKn!
Biarlah kawe kita tu dengan tanggapan dan persepsinya. Kalau anda benar-benar rakan saya, anda pasti tau saya yang tidak pernah TIDAK MEMBERI maaf kepada sesiapa pun.

Setiap manusia tidak akan melakukan apa-apa kesalahan pun kalau bukan di luar sedar atau kerana terpengaruh oleh bisikkan dan godaan syaitan laknatullah.

Tak rugi dan tak luak apa-apa kalau kita sentiasa membuka pintuk kemaafan walaupun kita secara eksklusifnya berhak untuk tidak memberi maaf.

Kita kena mendoakan semuga dengan ehsan-Nya, semua umat baginda Rasulullah s.a.w. masuk syurga belaka. Jangan ada rasa tamak dengan hanya kita sahaja mahu masuk syurga dan biarkan orang lain masuk neraka kerana tidak sebulu dan tidak setangkai sebau dengan kita.

Syurga bukannya sempit, kalau pun semua manusia sejak Nabi Adam a.s. masuk syurga belaka pun, tidak akan berlaku kesesakan dalam syurga, Allah Maha Kaya. -- BERSAMBUNGAN

melikapakjangak said...

......sambungan

Budak UMK!
Tidak mudah untuk saya jelaskan. Bagaimanapun setakat ini saya merasakan saya kena jadi saya selepas bekerja dengan UPKn dan tidak boleh terus jadi macam sebelum saya kerja denga UPKn.

Secara asasnya saya mendapati perjalanan kerajaan Pas Kelantan tidak sama dengan apa yang digambarkan oleh Dato' Nik Aziz.

Apa yang dimaklumkan/ditaklimatkan kepada MB yang kemudiannya menjadi antara bahan syarahan atau kuliahnya tidak sama dengan apa yang berlaku dalam kerajaan teraujuannya.

Justeru itu pada saya menjadi fardu kifayah untuk saya membuat teguran walaupun orang boleh tuduh macam-macam. Saya tidak berkecil hati atau akan berhenti dari membuat teguran kerana saya yakin manusia tidak pernah saksama dalam membuat penilaian sebagaimana saksamanya penilaian Allah.

Oleh kerana saya masuk UPKn bukan atas nama orag parti politik tetapi atas nama pengamal media, pandangan saya dan penilaian saya tidak sama dengan mereka yang masuk bekerja atas sifat orang parti politik.

Bagi saya bila saya diminta masuk ke UPKn, ada hikmah dan tujuannya supaya saya dapat melihat dan mengalami apa yang sebenarnya berlaku dalam kerajaan.

UPKn adalah antara jentera penting kerajaan kerana ianya adalah pusat pengumpul dan penyalur maklumat. Keluarnya saya dari UPKn juga tentu ada hikmah dan tujuannya.

Anonymous said...

en. meli.... ambo nak tanya ckit bab ugama ini krna demo kato ngaji sekolah ugama.....

Sirah nabawi.....sejarah abdullah bin ubai bin salul, ketua munafikin madinah... beliau tunjuk dia Islam hebat depan Nabi Muhammad.. solat berjemaah dibelakang Nabi, di Masjid Nabawi, berzakat bersedeqah, bahkan bina masjid dhirar... tapi belakang Nabi & para sahabat, peranannya menjalankan propanganda merendah2kan & menghina Nabi & orang2 mukmin.... kerja2nya tiada lain merosakkan program amal Islami Rasul SAW & para Sahabat2..... Umar, shahabat2 bebrapa kali minta izin nak pancung kepala puok2 munafik nih, Nabi larang kerana puok2 munafik ni mengucap kalimah syahadah jugak.....

Begitu jugak perangai abdullah bin saba', ulamak yahudi masuk Islam,... jalankan propaganda & taburkan fitnah kepada para sahabat soleh yang lain kononnya menyokong saidina ali & ahlulbait.. akhir umat Islam berpecah & perang kerana fitnah itu....

Usaha propaganda orang2 yang dok nak melemah & menghina kerajaan Islam yang didokongi para ulamak & aktivis Islam PAS untuk bela pemimpin2 sekular UMNO tu bagaimana?

lebai mangkok hayung said...

Usaha propaganda orang2 yang dok nak melemah & menghina kerajaan Islam yang didokongi para ulamak & aktivis Islam PAS untuk bela pemimpin2 sekular UMNO tu bagaimana?

POKOKNYA PAS KERAJAAN ISLAM BETUL-BETUL KE ATAU RETORIK? BAGI ORANG PAS NAMPAK KERAJAAN PAS ADALAH KERAJAAN ISLAM, BELUM TENTU ORANG LAIN MEMBERI PENILAIAN YANG SAMA KERANA ORANG PAS MELIHAT PAS PENUH TAKSUB, ORANG BUKAN PAS MELIHAT PAS DENGAN PEMIKIRAN YANG LEBIH TERBUKA.

MASU PILIHANRAYA YANG KENAKAN WANG PERTARUHAN PUN PAS BOLEH DITERIMA. BAKPO PAS TIDAK USAHAKAN PENUBUHAN KERAJAAN ALA KHALIFAH, PASTIK UMAT ISLAM SLOID SOKONG PAS. KALAU PARTI POLITIK DIJADIKAN WADAH, SAMPAI BILA-BILA PUN AKAN ADA PENENTANGAN KERANA ORANG PAS BERGERAK DENGAN SEGALA KEPENTINGAN PERIBADI PEMIMPIN DAN PARTI PAS.

ATAS DASAR APA ISALMNYA PAS?

Anonymous said...

lebai mangkok hayung ... demo ni keccek politik berbuih2 mulut... berjela2 tulis tapi fikir sempit... ckit2 TAKSUB PAS.. ... yang demo tu lebih berkarat taksub dengan umnu... ambo tak tak taksub PAS tapi kerana wadah Islam.. kalu dasar umno sama dgn Islam ambo pun sokong... Kalu demo tak gheti beza prinsip parti politik moden hari ini, kawe sebut bbawah ni..

PAS=parti politik berdasarkan prinsip Islam

UMNO=parti politik melayu berdasarkan prinsip sekular

PKM (Parti komonis Malaya)=parti politik berdasarkan prinsip kominis

PSM(Parti Sosialis malaysia)=parti politik berdasarkan prinsip sosialis

PBDS=.parti politik berdasarkan bangsa dayak prinsip nasionalisnya...

dsb...

Mako demo takleh bezakoh antara berdasarkan ideologi Islam dengan yang lain dari idelogi Islam tu..?? memang demo jenis bangsa otak kelas mangkok hayung .....