Thursday, February 18, 2010

MUNCUL KEMBALI (692) - DIKEMASKINI

Rong Chenak kesayanganku

WALAUPUN pernah diberi gelaran 'Kampung Jin Bertendang' dan 'Tempat Biawak Berjoget' namun sebagai warganya, tidak pernah luak kesayangan, kemegahan dan kebanggaanku terhadap Rong Chenak, kampung kelahiranku, kampung tempat aku membesar dan menimba pengalaman hidup penuh getir dan sangat memerlukan ketahabahan serta ketahanan mental dan fizikal.

Untuk jajahan Pasir Mas, aku rasa Rong Chenakkulah yang paling pedalaman dan paling lambat menerima pembangunan, bukan kerana letaknya jauh dari pekan-perkan utama tetapi kerana kedudukannya yang agak tersorok dan di keliling sungai. Bekalan elektrik pun diterima paling akhir berbanding kampung-kampung lain.

Manakala bekalan air paipnya sampai sekarang masih mengggunakan air telaga atau lubang khas yang dikorek dan digunakan mesin pengepam meggunakan kuasa eletrik. Sebelum wujudnya Madrasah Al-Balaghulmubi, asalnya sekolah agama rakyat hasil inisiatif arwah Dato' Haji Muhammad bin Nasir, hanya aku dan empat yang lain sahaja warga kampungku bersekolah.

Kami terpaksa melalui lorong sempit dan menyeberangi sungai dengan perahu atau melalui jelujur (titian yang dibuat dari berkasan buluh) seawal pukul lima pagi untuk ke Sekolah Kebangsaan Bechah Kelubi yang mengambil masa sekitar tiga jam berjalan kaki untuk sampai dari Rong Chenakku.

Segala kepayahaan itu telah menjadikan aku sewaktu masih anak muda lagi telah menjadi Jebat Rong Chenakku, yang sentiasa memberontak dengan harapan mahukan Rong Chenakku jangan terus ketinggalan dan dipinggirkan kerana kami juga bayar cukai tanah macam penduduk di kampung-kampung lain.

Seorang rakan yang bersekolah bersamaku menjadi kerani sekolah, seorang menyertai Jabatan Kastam & Eksais Diraja, seorang lagi menjadi pendakwah selepas memilih mengaji di pondok apabila tamat darjah enam manakala aku memilih menjadi pejuang pena, menceburi bidang penulisan/kewartawanan.

Bila diberi tugas sebagai Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK), banyak laporan-laporan yang aku buat bila dibaca oleh penggawa sebelum dibawa ke pihak yang lebih atas menyebabkan penghulu mukim yang hanya boleh membaca jawi naik merah muka bila mengetahui isi kandungan laporan yang dibuat dan dibawa ke mesyuarat mingguan di pejabat Penggawa di Tok Uban.

Walaupun terpencil, hasil perjuangan bersenjatakan pena, nama Rong Chenakku sentiasa terpampang di dada akhbar dan majalah serta radio. Pengangkutan tradisi yakni perkhimdatan bot hanya menjadi bahan sejarah apabila jambatan konkrit dibina manakala jalan berturat tar adalah hasil sumbangan ehsan Sultan Brunei yang ada hubungan baik dengan Dato' Haji Muhammad bin Nasir.

Sebagai idola induk kepada anak-anak Rong Chenakku, dalam usia senja ini aku merasa megah dan gembira serta amat bersyukur dengan pencapaian anak-anak muda Rong Chenakku yang kini hampir ada pada setiap agensi. Dalam bidang perguruan, ketenteraan, kepolisian, pensyarah, kejuruteraan, korporat dan sebagainya pasti ada anak-anak muda Rong Chenakku.

Yang terus tinggal di kampung bukan sahaja sekadar mampu memiliki sebuah basikal, tetapi sudah tidak ada sebuah rumah pun yang tidak ada kereta, malah ada yang sampai memiliki sehingga lima buah kereta bagi sebuah rumah termasuk dari jenis kereta mewah.

Cara bercakap pun dah guna 'saya-awak', bukan lagi 'mu-aku', 'demo-kawe atau ambo atau kita' lagi. Masa remajaku dulu kalau bercakap guna gantinama 'saya-awak' akan dianggap 'agah' dan tidak 'kaba ko diri'. 'Awak-saya' dianggap bahasa orang ilir.

Sewaktu zaman kanak-kanakku, Jabatan Penerangan terpaksa membawa generator dan mesin pemutar tayangan filem (projector) melalui bot bagi menayangkan sesuatu gambar sebelum diadakan syarahan bagi menerangkan tentang sesuatu isu. Setiap rumah akan kosong, masing-masing sejak 'Asar lagi dah berkumpul tempat tayangan gambar diadakan.

Ketika itu bukan sahaja kereta, tetapi basikal dan motosikal menjadi sesuatu yang pelik dan asing pada kami. Misalnya bila Dato' Muhammad Nasir bawa kereta bajak, seisi kampung datang melihatnya, sanggup tinggal kerja buat kerananya.

Selama dua hari (tempoh paling lama aku berada di kampung dalam tempoh 20 tahun ke mari) pada Cuti Tahun Baru Cina (Sabtu + Ahad) kerana meraikan majlis perkahwinan anak saudaraku, ramai yang menyampaikan maklumat kurang enak tentang Tanah Rizab Mahligai yang merupakan sebahagian dari kampungku yang kini dikatakan dikuasai orang asing, malah semasa projek ternakan kambing lagi orang tempatan telah tidak diikut-sertakan dan merasa amat terkilan.

Sewaktu projek ternakan kambing bermula, ada yang merujuk kepada aku untuk membakar reban kambing kerana marah dan terkilan apabila orang tempatan tidak dibuka peluang mendapat faedah sama. Bagaimanapun aku melarangnya dengan alasan projek itu tidak akan bertahan lama. Setakat ini Insyaallah, pandangan aku masih diterima oleh warga Rong Chenakku. Nasib baik projek berkenaan memang sangkut pun.

Sekarang tanah berkenaan digunakan untuk tanaman jagung oleh orang asing dan sekali lagi orang kampung tidak diajak berunding atau sekurang-kurangnya dimaklumkan, apatah lagi untuk ikut sama diberi dan menerima faedah dari projek berkenaan. Nmpaknya kera di hutan disusukan, anak di ribaan dibiarkan mati kehausan.

Aku diminta mencari punca kenapa dari ternakan kambing yang gagal boleh bertukar kepada penanaman jagung dan orang kampung dijadikan seolah-olah orang asing di bumi sendiri. Kononnya ada unsur-unsur penyelewengan. Rata-rata orang kampung Rong Chenakku cuak dan marah.

Aku sedang mencai puncanya dan aku tidak akan teragak-agak untuk memokuskan segala bentuk serangan dalam bentuk perang media sekiranya aduan orang kampung itu benar, demi Rong Chenak kesayanganku yang bukan lagi sebuah kampung pendalaman dan dengan sebilangan besar para penghuninya buta huruf seperti zaman remajaku dulu.

Warga Rong Chenakku kini sudah ada yang berkelulusan Ph D, juga bukan lagi kena dididik dengan pelbagai ilmu tetapi puluhan orang warganya sama atau pemuda atau pemudinya kini menjadi pendidik yang melata di muka bumi Malaysia, termasuk di Sabah dan Sarawak.

Dalam perjalananku bagi urusan perniagaan bermula di Gerik, Lenggung, Kuala Kangsar, Taiping, Teluk Intan, Ipoh, Sik, Jitra, Jerlun, Alur Setar, Sungai Petani, Langkawi, Seberang Perai, Kangar, Kuala Perlis, Penang, Semanggol, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka, Segamat, Muar, Johor Bharu, Endau, Rompin, Jengka, Temerloh, Maran, Kemamam, Dungun dan Kuala Terengananu, aku disapa oleh anak-anak Rong Chenakku, kebanyakannya guru dan sesetengah anggota polis, tentera, malah ada yang bekerja dengan Jabatan Perdana Menteri.

Dalam misi ku itu, aku hanya habis duit untuk isi minyak dan bayar TOL serta hotel manakala makan dan minum pada umumnya dibelanja oleh anak-anak Rong Chenakku. Rata-rata mereka minta supaya aku bermalam di rumah mereka tetapi aku menolak dengan alasan tidak mahu menyusahkan mereka kerana rata-rata mereka sudah berkeluarga.

Cuma sebagai warga Rong Chenak yang lebih tua dan kononnya idola kepada anak-anak muda Rong Chenakku, aku mengambil kesempatan mengajak warga Rong Chenakku yang membaca catatanku ini supaya kita kena terus BERSATU dalam menghadapi apa jua masalah yang memasalahkan Rong Chenak kita dan pemastautinnya.

Walaupun di mana kita berada dan apa pun taraf serta pencapaian kita dalam hidup, jangan sekali-sekali kita lupakan kampung kita, apatah lagi memperlekeh dan menganggap masalah Rong Chenak kita dan pemastatutinnya bukan lagi menjadi masalah kita kerana kita tidak lagi menstautininya.

6 comments:

john said...

Salam...

Blog mso pun cerita Rong Chenak..Abe li pun pasal Rong Chenak jugok..macam dapat idea dari MSO je. Cumo kure lagi Abe li tok mmasuk gambar,keno belajar tu..cerito mso lebih kepado suasano kapung, sedak jugok baco..ambo komen, tapi tok keluar..tok lulus pak mso kot..rasa tak dok kontroversi manapun komen tu..kalu tidak, buleh 'cut n paste' sini.

Rong Chenak jadi kaw. penanaman jagung pulok lo ni?..maju eh sikit lagi. Jange jadi srupo projek kambing jamnapari hok tok jadi sudoh eh. Ore kapung tak terbabit ke? habis tu tanah tu tanah ore kapung ko..tanah sapo?..tak po Abe li bongkar kalu ado yang tak keno..maju rong chenak!

p/s: guano keadaan sekolah tahfiz nga pusat outdoor danau tok uban seperti 'hidup segan mati tak mau' macam hok mso cerito tu?..tak dok ore mano doh ko lo ni kapung rong chenak tu?..terangkan jugok le abe li alang2 ambo nanyo nih..ambo pun ore sekitar2 p.mas nga r.panje jah..hehehe..

melikapakjangak said...

Mr John!
Salam kembali.
Sebenarnya saudara MSO adalah antara sahabat lama saya yang masih mesra sampai kini. Kalau saya ke KL tanpa memaklumkannya bermakna saya macam isytihar perang terhadapnya. Walaupun dalam bebeapa perkara kami tidak sehaluan, namun ikatan persahabatan kami tidak pernah longgar.

Saya maklumkan tentang kenduri perkahwinan anak saudara saya, beliau bersama isteri dan anak bongsunya hadir walaupun kena memandu dari KL dan terpaksa guna khidmat adik iparnya untuk ke Rong Chenak yang kini ada enmpat jalan masuk berturap tar.

Kedatangannya sekeluarga adalah satu penghormatan buat saya sekeluarga Kampung dan keluarga saya bukan asing baginya sebagaimana Kampung Gual Nibong dan keluarganya, terutam ibunya tidak asing buat saya dan isteri.

Kami pernah berkubang dalam alur di kampung saya menangguk udang, pernah makan roti canai yang dileperkan dengan dikapit dengan tudung periuk kerana kami tidak pandai menebarnya. Kami namakannya roti canai tetapi entah apa identiti roti yang dinamakan roti canai situ ebenarnya tidak diketahui, yang pasti rotinya leper dan nipis.

Sahabat-sabahat lain yang tinggal di Kelantan pun dijemput sama tetapi tidak ada yang datang, agaknya mereka gerun dengan Rong Chenak saya, sebuah kampung pedalaman yang barangkali mereka ingat masih sukar untuk sampai seperti dulu walhal orang Rong Chenak lebih kerap, termasuk pada waktu malam, ke Pasaraya Billion, KB Mal, Tesco, Pantai Timur atau pun ke Kuntucky, AMW berbanding dengan saya, malah minum kopi atau makan roti canai dengan kari gearbox di KB adalah seperkara yang biasa bagi orang Rong Chenak sekarang, terutama ketika harga getah melambung.

Saya ada terima aduan tentang sesuatu yang kurang menyenangkan mengenai projek tanaman jagung. Biasalah kalau ada masalah lazimnya orang kampung akan adu pada saya kerana mereka mengharapkan ketajaman mata pena akan dapat mengubah segalanya.

Insyaallah saya sedang cari maklumatnya demi kesayangan saya terhadap kampung dan orang Rong Chenak saya. Tanah yang dimaksudkan tanah rizab haiwan seluas 500 ekar. Sebahagian dijadikan kawasan ternakan rusa dan burung unta, setengah pula dijadikan kawasan ternakan lembu dan kawasan penanaman rumput untuk makanan lembu Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang diternak di Batu 11.

Saya diberiathu tempat ternak kambing dululah yang kini dijadikan kawasan tanaman jagung oleh usahawan dari luar dan bukan Melayu. Untuk makluman, di Rong Chenak juga ada tanaman buah naga, paling luas ladang di Alor Setol, kampung berjiran dengan Rong Chenak. Juga di Rong Chenak ada tanaman lada dan tembikai secara komersial.

Sekolah tahfiz masih on lagi, pelajarnya kebanyakan dari luar Kelantan, terutama dari Brunei. Pada waktu ini ada lebih dari 300 pelaja. Masa kenduri kahwin anak saudara saya, sekolah berkenaan cuti Tahun Baru Cina, maka tak ada pelajarlah, masing-masing balik bercuti.

Danau Toban masih berfungsi, ada kedai makan dan minum kendalian seorang siswazah (wanita) anak tempatan Chasi yang memilih untuk tidak makan gaji tetapi membantu menghidupan Danau Toban. Saya buka blog MSO, agakanya beliau tersilap fokus, gambarnya yang disiarkan bukan Daunau Toban sebenarnya tetapi gambar menghala ke arah kawasan yang dimajukan oleh Tan Sri Ahmad yang tetak betul-betul depan rumah ibu saya. Kawasan itu kononnya dicadang pembinaan stesen Manis FM, stesen radio swasta pertama di Kelantan milik Tan Si Hussein tetapi sehingga ini belum jadi kenyataan dan mungkin tidak akan jadi kerana Manis FM kini beroperasi di Lundang. - BERSAMBUNG

melikapakjangak said...

.....SAMBUNGAN

Untuk makluman, di Chasi tempat terletaknya Danau Toban, ada perusahaan ternakan ikan talapia merah, patin dan keli secara komersial. Ternakan berkenaan milik Imam Mukim Chasi yang turut berkebolehan mengubati pesakit jantung, barah dan sebagainya. Beliau adalah antara segelintir imam masjid mukim, kalau pun bukan imam mukim tunggal yang mampu memiliki Mazdez hasil dari ternakan ikan.

Sebagaimana orang Rong Chenak, orang Chasi juga ramai yang berjaya dalam pelbaai bidang. Macam mana pun Chasi leih awal membangun kerana keduduannya yang berbeza dari Rong Chenak yang seakan sebuah pulau kerana di kelilingi sungai.

Anonymous said...

en meli.... Ladang ternakan kambing jafnapari yg jadi ladang jagung tu.. tanah rakyat kampong rong chenak ko.. atau rezab haiwan kerajaan negeri atau tanah rezab kerajaan?

kampong ambo pon ada jugak tanah2 sperti itu.. berpuluh tahun dok jadi 'tanah rang' saja... orae kampong mmalas nak usahakan... pelira lembu kerbau pon tidak... membazir... jadi kalu kerajaan negeri buat projek .... jangae la dok pokpek2.. macae itik kena kandar... Tapi ambo pon dok komplain bakpo DO pasir mas tukar milik jadikan 'tanah projek diraja' kalu tukar milik jadi hakmilik rakyat miskin kampong ambo lagi bagus.....?

Soo lagi lamo jugak ambo tak masuk kawasae kampong demo tu.. kem desa mahmood.. ok lagi ko... dulu hebat jugok program puok2 Serama tu...

Kita rakyat Klate ni diajar sifat rajin & berdikari .... mako.. kawe, demo,... semuo keno korban ckit majukan kampong masing2... jangae dok tunggu 'projek subsidi' saja sprti setengoh orae kampong kawe hok lagi ulu sat dari kampong demo tu, asyik dok berebut projek subsidi UBN kerana nok kaya cepat.....

gu dan worih getek said...

Orang Rong Chenak kampung Meli bising tu pasal masa ternak kambing dulu orang Melayu, tak ambil kira orang kampung pun boleh berkiralah juga, sekarang ni dah bertukar kepada Cina pula. Para pekerja ladang jagung tu pulak demo alik Siam belako.

Kawe yakin Meli tak tau mano kerana dia tok kelik mano lloni. Kalau dia tau macam orang kamung dia tau, sah dia kubang. Kawe tau bearfeel Meli, kalu dia buat sesuatu sampai sut.

Biasalah bila dia dalam keadaan susah dia jarang balik kampung. Nak tau Meli dalam keadaan susah atau senang tengok dia acap balik kampung ko tidak. Kalau jarang balik. sah dia dalam kesusahan.

Masa dia Ketua Biro Watan dulu orang kampung paling seronok, orang kampung ssumut jah, Meli buwi selalu. Jersey, bola, cat masjid, mesin rumput, alat siaraya, wakaf, lembu untuk berbekwoh, semua dia buwi, kalah tok wakil.

Dulu ada kejohanan bolasepak piala Harian Watan, hadiah tempat pertama RM5,000 walaupun kejohanannya hanya peringkat daerah sahaja.

Betullah macam catatan MSO dalam blognya, Meli utamakan bantuan untuk kampung dan orang kampungnya, dia sendiri tak buat rumah walaupun wang yang dibelanjakan untuk kebajikan membolehkannya dia memilik rumah agak mewah kalau dia mahu.

Kawe yang ada pertalian keluarga juga dengan Meli pernah tanya dia, bakpo tak buat rumah, dia kata dia bukan nak hidup sokmo-sokmo atas dunia ini, sampai ketikanya kena tinggal juga, nak buah apa rumah, sekarang ni pun dia bukan tinggal bawah kemah, dalam gua atau bawah pokok. Dia duduk dalam rumah walaupun rumah sewa.

Kononnya ketika bini dia kuat S46 dulu dia dapat juga rumah di Taman Kurnia Jaya Pengkalan Chepa tetapi kerana rumah itu diperolehi kerana bini dia kuat parti, dia tolak kerana tak mau terikat dengan budi parti politik.

Meli ni jenis orang pelik sikit. Dia tak berapa berkandak ko harta benda. Dia anak tunggal kepada arwah ayahnya. Jangankan nak tuntut pesaka walaupun ayahnya dah hampir tiga tahu meninggal, tanya pun tidak hasil getah yang orang alik Siam toreh. Rasanya lokasi tanah peeninggalan arwah ayahnya pun dia tidak tau.

Bila tanya dia bakpo tak tuntut ssako, dia kata segala harta benda daki dunia belako. Dia pernah tanya boleh ke kalau harta pesaka didermakan atas nama arwah bapa untuk rumah anak-anak yatim atau badan-badan kebaikan supaya arwah auahnya akan menikmati pahala yang tidak putus-putus.

Anonymous said...

ore sebelah lek siam yae dok buat kebun tu... ada kelebihan jgok.. stengah orae sebelah kita ni kalu kerja cemar & lekeh... toksir buat... sanggup dok bbual kedai kopi berjam2 setiap ari... kija buat dok... dok syarah kedai kopi... dok marah ko cina la.. ko orae alik siam la.. kalu napok ada hasil ckit...

Ore alik siam serata tempat mereka ada... tokey tomyam... kayo2 belako walaupun tak dapat subsidi dan projek umno.... kalu kawasae ulu klate, mereka dok pakat toreh getah... kadang2 kayo kuli pada tokey... takpayah la dok bawok feel dengki tu... tuhan pun larang... yang penting ORAE KITA MESTI ADA SEMANGAT & BUDAYA RAJIN KERJA... ADA KEMAHIRAN, KREATIF & BERDIKARI.... Ini kalu nak maju... terpaksa impot orae luar... tempat kerja & sektor produktif penuh dengan puok2 indonesia, bangladeshi, filipina, vietnam, india benua, cina benua, pakistan, dll......

Budak2 kita melayu diasuh & disuap dgn agenda2 hiburan dan maksiat....... akhlak, pemikiran matang, semangat kerja, kemahiran, berdikari ... hancus!!!! Akibat dari kepimpinan bangsa yang rosak, korup & penting diri sendiri saja!

Kita perlu ramaikan usahawan & ahli2 kemahiran semua bidang....... yae soleh2.... bukan kaki rasuah, kaki maksiat, kaki khianati bangsa,...... baru bejaya dunia-akhirat.....