Friday, February 19, 2010

MUNCUL KEMBALI (693)

Hadi terdedah kepada selaran dalam negara kerana menyelar anggota parlimen Australia

WALAUPUN pernah dilabelkan sebagai seorang tokoh yang agresif dan tidak berkompromi dalam hal-hal yang berkaitan dengan Islam dan hukum hakam, Presiden Pas yang berjasa besar menyelamat seorang warga emas dari mati lemas di pantai Kuala Brang beberapa hari lepas, lebih terbuka dalam berdepan isu-isu semasa negara, termasuk dalam isu tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.

Dato' Seri Abdull Hadi Awang pernah mencerlahkan keterbukaannya dengan menggagaskan kerajaan pepaduan dengan Umno yang menyaksikan penyokong kuatnya selaku Timbalan Presiden Pas, Ustaz Nasaruddin Mat Isa telah menghadapi kecaman, cercaan, makian, penghinaan dan hambat halau dari Kelantan dan Pas dari dalam Pas sendiri, terutama oleh Musyidul Am Pas yang sangat berang dengan kumpulan yang berminat dengan gagasan kerajaan perpaduan.

Kali ini nampaknya Presiden Pas sekali lagi berani mengambil risiko menyelar Anggota Parlimen Australia yang telah campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sayugia diketahui bahawa Dato' Nik Aziz telah datang ke mahkamah pada hari pertama pendakwaan terhadap Anwar sebagai tanda beliau dan Pas berpihak kepada Anwar.

Tidak mustahil Hadi akan menjadi sasaran selaran dari dalam Pas dan dari dalam Pakatan Rakyat (PR) ekoran selarannya terhadap Anggota Parlimen Australia. Pendirian Haji nampaknya bercanggah dengan pendirian Daato' Nik Aziz walaupun percanggahan berhubung gagasan kerajaan perpaduan belum lagi benar-benar sendik.


Hadi mahu kes Anwar diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar yang mana katanya sebagai rakyat Malaysia, beliau mahu Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, apatah lagi daro negara bukan Islam.

Apakah orang Pas dan rakan-rakan Pas dalam PR boleh bersetuju dengan pendirian beliau sedangkan Pas dan PR beranggapan Anwar sedang menghadapi satu penganiayaan menggunakan peroses kehakiman, mahkamah dan perundangan yang tidak saksama terhadapnya, malah Anwar sendiri semacam berbangga kerana beliau mendapat simpati dan pembelaan dari luar negara.

Apa yang bakal berlaku kepada Presiden Pas dengan pendiriannya itu sukar untuk diramal dan difirasatan dengan tepat. Adalah lebih baik kalau kita sama-samalah tunggu apa reaksi orang Pas dan PR dalam tempoh sehari dua ini.

Oleh kerana bila dipetik laporan Utusan Malaysia, maka ramai yang mempertikaikannya walaupun laporan itu adalah paste copy dari laporan agensi berita, berikut saya paste copy laporan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) mengenai pendirian Hadi sebagaimana berikut;


Presiden PAS Selar Anggota Parlimen Australia

KUALA TERENGGANU, 19 Feb (Bernama) -- Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Jumaat menyelar tindakan beberapa anggota Parlimen Australia untuk campur tangan dalam kes liwat melibatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya beliau mahu perkara itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

"Dari segi campur tangan asing, saya sebagai rakyat Malaysia, saya mahu negara kita menjadi sebuah negara yang berdaulat dan tidak perlulah kepada campur tangan asing apatah lagi dari negara-negara barat, negara bukan Islam," katanya kepada pemberita selepas merasmikan himpunan pemuda Islam Kuala Terengganu di Kuala Ibai dekat sini.

Baru-baru ini, 50 penggubal undang-undang Australia itu telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan yang melibatkan Anwar itu. Tindakan mereka ini dikecam hebat oleh pelbagai pihak di negara ini kerana dilihat cuba mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata PAS tidak bercadang untuk mengemukakan sebarang bantahan berhubung campur tangan anggota Parlimen Australia itu.

Beliau mencadangkan agar badan kehakiman negara ini diletakkan di bawah Parlimen atau Majlis Raja-raja bagi mengelak badan itu dipengaruhi oleh mereka yang berkepentingan.

Mengenai cadangan PAS untuk menjalin kerjasama dengan UMNO dalam isu-isu keselamatan, ekonomi, agama dan politik, Abdul Hadi berkata PAS sentiasa terbuka untuk mengadakan sebarang bentuk muzakarah dengan UMNO.

"Kita bersikap positif sepanjang masa dalam perkara yang positif, yang baik dan kita akan bekerjasama," katanya.

Bagaimanapun, menurut Abdul Hadi, kerjasama untuk membentuk kerajaan perpaduan seperti yang pernah dicadangkan dahulu tidak akan berlaku. -- BERNAMA

10 comments:

Anonymous said...

tanda tanda Hj Hadi sudah sedar siapa Anwar dan 'hantu' yang berada di belakangnya..


memerangi proksi yahudi adalah jihad kita semua.


salam hormat dari PPC (penembak-tepat)

Anonymous said...

politik lalang... politik kluk-klek.....

Yang alim feqah saja.. bukan alim semua.. kadang2 tiadalah alim tasauf..... kadang2 tiadalah alim siasah ketenteraan, ... kadang2 tiadalah alim siasah psiokologi politik....... kadang2 lemah siasah dakwah........

john said...

Salam...

Hj Hadi memang dah lama kenal anwar.. dan 'hantu' ciptaan yang berada dibelakangnya adalah belaan majikan anda juga,penembak tepat!

-dikatakan proksi yahudi, kenapa tak kata proksi Yusuf qardhawi, ulama' ni siap pergi rumah anwar lagi dan banyak lagi ulama' antarabangsa yang menyatakan sokongan kepada anwar..anda memang penembak tepat yang tepat menembak cicak di dinding!

berkenaan artikel Abe li...

Baca kenyataan Hj Hadi sepenuhnya dibawah ini..

Hadi: Foreign intervention because judiciary weak

Weakness in the judiciary must be swiftly rectified, says Hadi. —

KUALA TERENGGANU, Feb 19 — Datuk Seri Hadi Awang today criticised the interference by Australian Members of Parliament (MPs) in the sodomy trial of Parti Keadilan Rakyat (PKR) advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

The PAS president said, as a partner in the opposition coalition, he wanted the matter to be resolved according to the country’s judicial system without influence from foreign elements.

“In terms of foreign intervention, as a Malaysian national, I want our country to become a sovereign nation and there is no necessity for foreign intervention, especially from the Western world... non-Muslim countries,” he said.

He said this when met by reporters after opening the gathering of Kuala Terengganu Muslim Youths 2010 at the PAS headquarters in Kuala Ibai, near here.

Abdul Hadi claimed that there was intervention because of weaknesses in the country’s judicial system and this had to be attended to immediately so that the judiciary would command the respect of everyone. — Bernama

-Bernama yang abe li kepilkan takdok perenggan bawah skali!

p/s: ambo sokong tok guru ambo dan ambo tak akan termasuk dalam golongan yang akan(jika ada) yang mengecamnya..TAKBIR!

ambo said...

"p/s: ambo sokong tok guru ambo dan ambo tak akan termasuk dalam golongan yang akan(jika ada) yang mengecamnya..TAKBIR!"

Jangan risau john.. kalau ada yg mengecam.. itukan semua ejen umno...

p/s: jadinya tak payah lah teruskan dakwaan atas anwar ibrahim... kan Yusuf qardhawi dan byk lg ulama antarabangsa dah nyatakan sokongan pd Anwar... jadi dgn ini diisytiharkan defendan tidak bersalah.... mahkamah bersurai (dah mcm cerita p.ramlee pulak!!!!)

JOHAN said...

Bagi saya TGNA bukannya nabi. Setiap yang diucapnya tidak semestinya patut diikut. Adakalanya kata-katanya menikam sanubari umat islam???
Tidak baik taksub kepada seseorang tapi sangat baik taksub kepada tuhan!
Taksub kepada seseorang tidak akan kemana tapi taksub kepada tuhan sampai ke akhirat.

khairul said...

kawan-kawan.... dalam kubur nanti tak de soalan siapa tok guru kamu ? apa politik kamu ?
soalan pertama dah jelas... MA RABBUKA....

kalau tuan guru tu faham, lidah dia takkan menjadi setajam malah lebih tajam dari berlian...

kemustajaban doa tok guru tu bukan datang dari kealiman beliau, tapi hadir dari keizinan ALLAH jua.

jangan terlalu taksud kawan-kawan... bila habis nyawa kita, bukan tok guru itu yang kita cani nanti...

Anonymous said...

Ado lagi spesis ngaji azhar dok kato ulamak2 PAS lebih jahat dari ketua2 umno... hehehe... Ketua2 umno ni manusia agung kan...?? kalu stakat ulamak nak nasihat tk main laa.. Lagikan Prof. Dr Yusuff al Qardawi komen dalam isu islam hadhari.. isu kalimah Allah disebut oleh kristian, ... isu pengadilan hukum zina, liwat & qazaf kpd fitnah anwar.. pun ketua2 puak umno tak nak terima!!....

Inikan ustaz2 kampongan yg tumpang cari makan dgn umno... sekali acah dengan tarik elaun saguhati mengajar kafa pun atau yang keras ckit... acah dgn senjata ISA pun .... mengerutu takut kepada ketua2 umno yg paling bawah... ketua UMNO cawangan.....apa2 la... mana dia yg selalu pok imam dok sebut ... "Ittaqullah aqqatuqaatih"..tuuuu???

Bagi Lebai, pegawai2 agama & Lepasan Al-Azhar Mesir tapi sokong UMNO ..... mano boleh kritik Pemimpin2 Agung mereka, terutama Al-Allaamah Najibul khan al-tartari al-moggoli.... lompat selalu...unus kris telanjang tuu.... heh..heh..tak taksud ko umno, .. takmasuuuuuk....fulussss.... tau!!!

Eh cokek mok bolek... mano buleh royalti... royalti minyok ...ISA- Ikut Suka Aku le nok bagi pitih ihsan banyok mano, ko sapo... kuaso dok kat ku... hahaha... mu apo ddoli... sabah, sarawak aku bagi royalti ... klate, tganu aku bagi wang ihsan, bodo!!! sebab pok aku dulu yg tubuh petronas tuu.. mu tok baca akta & undang2.. sebab tu mu tak gheti... dok ikut Ku Li hok habis ges doh.... tengok Brahim ali tu cerdik, jogho rakyat.... hehehe.....

Anonymous said...

Malaysiakini:

'Selar' MP Australia: Hadi beri penjelasan

Jimadie Shah Othman | Feb 20, 10 3:13pm

Pendirian Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap anggota parlimen Australia - yang didakwa campurtangan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim - harus dilihat dalam konteks yang lebih menyeluruh, kata setiausaha politik kepada presiden PAS itu.

"Kena lihat secara keseluruhan terhadap apa yangg disebut oleh presiden PAS. Beliau menekankan bahawa tentu proses kehakiman dan perundangan dalam negara kita sekarang banyak yang tidak kena sehingga orang luar membuat protes.

"Ini mesti dibetulkan supaya proses keadilan wujud," kata Dr Samsuri Mokhtar kepada Malaysiakini hari ini.

"Kedua, beliau bukan 'selar', tetapi tidak setuju terhadap campurtangan asing dalam sebuah negara berdaulat atas kaedah secara umum, iaitu atas prinsip hubungan luar dan diplomasi antarabangsa."

Dr Samsuri diminta menjelaskan pendirian sebenar Abdul Hadi yang dilaporkan menyelar 50 ahli parlimen Australia yang telah meminta Malaysia menggugurkan pertuduhan terhadap Anwar.

Bernama semalam melaporkan, Abdul Hadi mahukan kes ketua umum PKR itu diselesaikan mengikut sistem kehakiman negara ini tanpa dipengaruhi oleh mana-mana anasir luar.

Dr Pelit Bin Datuk Seri Keliru said...

Macam pula Dr Samsuri jawab bagi pihak Hadi. Kenapa Hadi tak jelas sendiri. Dr. Samsuri tau ke apa yang ada dalam hati Had. Tinggi uga makam Dr Shamsuri. Pelik & keliru.

Anonymous said...

Wakil haji hadi kena perjelaskan ..... takut dikelirukan oleh puok2 bengong UMNO tu.... Nanti haji hadi ditabalkan pulak sebagai penyokong kuat SISTEM KEHAKIMAN MALAYSIA YANG SEKULAR & "BERINTEGRITI TIGGI" DIBAWAH NAUNGAN KERAJAAN UMNO/BN YANG PALING "DEMOKRATIK" nih.. , dah lah semua2 kes mahkamah Malaysia yang berkaitan politik sebelum ini dipertikai oleh haji hadi termasuk kes Memali, Kes Lubuk Merbau, Kes Batu Buruk, Kerajaan PAS Perak & MB NIzar, dll... alih2 bila kes anwar ibrahim, haji hadi sokong pulak proses perjalanan mahkamah Malaysia yang di anggap pincang sebelum ini... mau TPM, UMNO, Pemuda UMNO dll dah mula terloncat2 dengan "sokongan moral haji hadi" ini..... mungkin mereka akan ajak TGHH berdemontrasi sekali di kedutaan Australia itu... walaupun umum rakyat "grassgroot" 1Malaysia pandang sinis terhadap lakonan Pemuda UMNO itu seperti perarakan pelajar Uitm, perarakan isu ladang babi, perarakan kepala lembu, dll sebelum ini!

Inilah kesannya... dalam banyak isu2 nasional..... kealiman & kemahiran seni politik TGNA lebih mengungguli dari yang lain.... TGNA tetap dihargai & didokong oleh "grassroot" PAS, PR dan rakyat majoriti.. pemimpin2 PAS yg lain masih terkapai2 mencari identiti... kadang2 kontradik dengan prinsip sendiri......... Mako setia usaha politik TGHH terpaksa menjelaskan.... itulah bezanya antara.. dua tok guru kita itu.... adanya....