Saturday, February 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (696)

Orang alim masuk neraka, orang jahil masuk syurga

PELIK tapi benar. Kalau rajin ikuti kuliah-kuliah agama, tajuk entry kali ini bukan pelik kerana cerita tentangnya sering dijadikan bahan. Sama ada ceritanya benar atau sekadar rekaan, sukar untuk dipastikan.

Macam mana pun bari-bari berkenaan ada moralnya. Antaranya, cerita itu memberi makna untuk masuk neraka bukan payah sangat manakala orang alim atau banyak beribadah tanpa ikhlas atau kerana mengharpkan akan mendapatkan blasan syurga, tidak semestinya akan mendapat syurga.

CERITA PERTAMA: Cukup popular. Seorang penjahat yang telah membunuh 100 orang, termasuk seorang orang alim, tersenarai sebagai ahli syurga apabila dia mati dalam perjalanan untuk mencari seseorang yang boleh memberitahunya bagaimana cara untuk membolehkan dia bertaubat dari dosa-dosa masa lalunya.

Orang alim dibunuh kerana orang berkenaan kata kalau bertaubat pun, Allah tidak mungkin ampunkan penjahat itu yang telah memunuh 99 orang. Oarng alim berkenaan menjadi mangsa kerana pulut santan binasa, kerana mulut padahnya kehilangan nyawa.

CERITA KEDUA: Seorang yang sangat alim dan mustajab doanya pada zaman Nabi Musa a.s. mati masuk neraka. Puncanya kerana orang alim itu telah menyalahgunakan anugerah kemustajaban doanya untuk tujuan yang tidak baik kerana terperangkap oleh taktik dan teknik Firaun dalam usaha untuk memusibahkan Nabi Musa a.s.

Firaun yang mendapat tahu tentang kemustajaban doa orang alim itu telah memerintahkan orang-orangnya supaya meminta orang alim itu mendoakan supaya Nabi Musa a.s. sesat di padang pasir. Bila orang-orang Firaun berjumpa dengannya dan menyampaikan perintah Firaun, orang itu bertegas beliau saggup dibunuh Firaun, namun mendoakan musibah ke atas Nabi Musa a.s. yang merupakan Pesuruh Allah tidak sama sekali.

Bila dimaklumkan tentang perkara itu kepada Firaun, maka diperintahkan supaya orang alim itu yang hidup dalam keadaan kais pagi makan pagi kais petang makan petang diberi upah 10 kati emas. Bagaimanapun orang alim itu tetap menolak. Alasan yang diberikan kerana dia tidak mahu mengkhinatai Pesuruh Allah.

Firaun tidak berputus asa. Orag-orangnya disuruh mencari punca kelemahan orang alim itu. Setelah agak lama membuat risikan, akhirnya punca kelemahan orang alim itu diketahui. Dia seorang yang sangat menyayangi isterinya, dengan kata lain, orang alim itu 'aloh ko bini'.

Firaun pun memerintahkan supaya isteri orang alim itu diberi upah 15 kati emas supaya memujuk suaminya berdoa sebagaimana yang Firaun mahukan. Emas itu diberikan kepada si isteri ketika suaminya tidak ada di rumah.

Bagi orang perempuan bila melihat emas tidak jauh bezanya dengan ikan lampan atau ikan juara berbau taik. Isteri orang alim itu yang membayangaan kehidupnnya yang akan diselubungi kemewahan setelah sejak sekian lama menjalani hidup susah dan merempat kerana dilahirkan dalam keluarga yang malang.

Bila bersuami pula, suuaminya seorang yang lebih utamakan kerja-kerja ibadah dari memburu kekayaan di dunia. Bila menerima hadiah yang demikian lumayan, maka isteri orang alim itu mahu orang-orang Firaun memaklumkan kepada Firaun bahawa kemahuan Firaun dikira telah dilaksanakan, dikira beres, finish.

Apabila suaminya pulang ke rumah, si isteri memberi layanan yang luarbiasa romantiknya berbanding dengan sebelumnya. Dalam keadaan nafsu kejantanan suaminya sedang terbakar, maka diberitahu tentang kedatangan orang-orang Firaun yang memberikan hadiah 15 kati emas dan dia amat gembira menerima hadiah itu.

Sebagai seorang yang kalah kepada bini, orang alim itu gagal mematakan hujjah isterinya yang mencadangkannya supaya berdoa olok-olok di depan orang-orang Firaun kerana janjinya dengan orang-rang Firaun dia hanya perlu berdoa, sama ada doa makbul atau tidak, hadiah tidak akan ditarik balik.

Dalam keadaan serba terpaksa, orang alim itu memilih berdoa dalam kandang kuda. Pada sangkannya, bila berdoa di tempat yang dikotori taik kuda itu, doanya tidak akan mutajab, maka akan terlepaslah ikrar janji kesayangannya dengan orang-orang Firaun.

Tetapi sangkaannya meleset. Doanya tetap juga mutstajab. Nabi Musa a.s. telah sesat di padang pasir dalam tempoh agak lama dan pengikut yang ditinggalkan telah menjadi kufur dengan menjadi penyembah patung lembu walaupun dihalang oleh Nabi Harun, pembantu Nabi Musa a.s.

Padahnya orang alim itu telah mati sebagai seorang yang berdosa kerana doanya dan tersenarai sebagai ahli neraka apabila kealimanan dan ketakwaannya tumpas kepada kesayangan yang melampau terhadap isteri dan beliau menjadi seorang yang 'kalah pada bini'.

CERITA KETIGA: Juga cukup popular. Seorang yang telah mengisi sewaktu hayatnya dengan pelbagai maksiat bila mati dia kehairanan kerana tersenarai sebagai ahli syurga. Baginya adalah sesuatu yang pelik, pelaku maksiat sepanjang hayatnya boleh masuk syurga.

Maka ditayangkanlah kebaikan yang dilakukannya semasa hidup dan menyebabkan dia tersenarai sebagai ahli syurga yang dia sendiri tidak sangka dan tidak pernah mengarapkan bahawa ianya adalah suatu kerja kebajikan.

Sewaktu dia kehausan di padang pasir dan betemu sebuah telaga dan dengan lhap lagi gelojoh menceduk air dengan kasutnya untuk diminum, dia ternampak seekor anjing yang lemah dan tidak bermaya.

Timbul rasa kesian. Padanya tidak mungkin anjing itu dapat mencedok air dari telaga sepertinya. Lalu sebelum dia sendiri hilangkan rasa hausnya, terlebih dahulu dia telah memberikan air yang dicedok dengan kasutnya kepada anjing yang kehausan, menjadikan anjing itu segar.

Lepas itu barulah dia sendiri meminumnya. Kerana dia mendahulukan kebajikan seekor anjing itulah, maka dia tersenarai sebagai ahli syurga walaupun sepanjang hidupnya dia asyik bergelumang dengan pelbagai maksiat.

CERITA KEEMPAT: Seorang lagi lelaki yang hidupnya penuh dengan kejahatan juga kehairanan apabila selepas dia mati, dia tersenarai sebagai ahli syurga. Dalam kehairanannya itu, maka ditayangkanlah faktor dan punca yang menyebabkannya tersenarai sebagai ahli syurga.

Semasa hidupnya dia pernah mengatur dua ketul batu sebagai tempat berak ketika dia benar-benar terdesak untuk memerut. Kemudian batu itu dibiarkan dalam kedaan begitu dengan harapan orang lain pun akan dapat menggunakannya bila ada keperluan terdesak sepertinya.

Kebetulan tempat itu akhirnya telah menjadi tandas awam. Kerana sumbangan bakti tanpa harapkan balasan dan tidak disedarinya bahawa apa yang dlakukannya adalah suatu bentuk kebajikan, lelaki berkenaan telah tesenarai sebagai ahli syurga.

CERITA KELIMA: Ada seorang yang kuat beribadat pada zaman Nabi Musa a.s. sehingga Nabi Musa a.s. sendiri tabik dengan kehebatan ibadahnya. Dia mengasingkan diri di atas satu bukit supaya kerja-kerja ibadahnya tidak terganggu. Masa jaganya diisi dengan bersembahyang dan berzikir serta beristighafar. Masa tidurnya pun hanya sekejap.

Nabi Musa a.s. datang ke tempat orang alim itu mengasingkan untuk bertukar-tukar fikiran dan menyaksikan sendiri kehebatan orang alim itu beribadat. Hari pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima dan keenam, Nabi Musa a.s. gagal bercakap dengan orang alim itu kerana tidak ada celah untuk diberi salam kerana oarng alim itu asyik sembahyang walaupun Nabi Musa menunggu dari pagi hingga petang.

Hanya pada hari ketujuh, barulah Nabi Musa a.s. ada kesempatan memberi salam dan orang alim itu menjawabnya. Orang alim itu meminta maaf kerana tidak perasan dengan kedatangan Nabi Musa a.s. dalam tempoh enam hari sebelumnya. Dia amat gembira kerana dtandangi oleh seorang nabi dan rasul.

Sebelum berpisah, orang alim itu meminta jasa baik Nabi Musa a.s. agar bertanya Allah, apakah dia termasuk dalam golongan ahli syurga atau sebaliknya. Jawapan Allah nanti mohon dimaklumkan kepadanya dan dia akan menunggu kedatangan Nabi Musa a.s. untuk mengetahui jawapannya.

Sebagaimana yang diminta, Nabi Musa a.s. telah bertanya pada Allah tentang status orang alim itu. Baginda diberitahu bahawa orang alim itu sebenarnya tersenarai sebagai ahli neraka. Nabi Musa a.s mempersoalkan kenapa orang alim yang begitu rajin beribadah boleh masuk senarai sebagai ahli neraka. Baginda diberitahu kerana orang alim itu beriadah bukan kerana Allah tetapi kerana harapkan balasan syurga, kerana itu dia tersenarai sebagai ahli neraka.

Nabi Musa a.s. segera ke tempat orang alim itu dan memaklumkan tentang status orang alim itu. Bila diberitahu tentang statusnya itu, orang alim itu tersenyum dan meneruskan amal ibadatnya tanpa menampakkan rasa dukacitanya menyebabkan Nabi Musa a.s. kehairanan kerana orang alim itu semacam tidak takutkan neraka yang azabna pasti tidak akan tertangung.

Bila Nabi Musa .a.s bertanya, apakah orang alim itu tidak rasa kecewa dan dukacita kerana walaupun kuat beribadat, namundia tetap tersenarai sebagai ahli neraka, orang alim itu berkata beliau tidak boleh berdukacita dengan ketetapan Allah. Kalau Allah sudah tetapkannya sebagai ahli neraka, beliau kena reda dan selagi masih hidup, ibadah kena diteruskan, keampunan dari Allah kena terus dipohon.

Nabi Musa a.s. kemudian diberitahu oleh Allah bahawa orang alim itu akan mati sebagai ahi syurga kerana beliau redha dengan ketentuan Allah dan masih juga terus megerjakan ibadah dan menjauhi segala maksiat dan kemungkaran walaupun diketahui namanya tersenarai sebagai ahli neraka. Keredhaan dan ketidak-putus-asaannya memohon kemampuan tanpa mengharapkan permohonan ampunnya diterima, telah dibalas dengan syurga.

Lima cerita di atas dari sekian banyak cerita yang seakan sama dengannya patut kita jadikan teladan dan sempadan supaya bila kita alim, kita tidak boleh yakin bahawa tempat tentu kita adalah syurga di akhirat nanti manakala jika kita atau orang yang banyak melakukan maksiat pula akan masuk neraka, kita melihatanya sebagai ahli neraka sedangkan mereka bersyahadah sama seperti kita.

Alim bersalutkan riak, sombong, agah, manggak, takbur dan terlalu yakin akan kesempurnaan kealiman dan ketakwaan kita, belum tentu dianggapdan diterima sebagai alim di sisi Allah, rasul-Nya, Islam, iman dan takwa.

Kalau kita atau orang yang banyak melakukan kemungkaran, jangan terlalu mudah disenaraikan sebagai ahli neraka kerana pintu taubat sentiasa dibuka oleh Allah. Rajin-rajinlah meminta keampunan dan bertaubat nasuha kerana tidak ada dosa yang tidak akan diampunkan, kecuali dosa-dosa besar yang disebutkan dengan jelas oleh Allah dan Rasul-Nya.

11 comments:

Anonymous said...

Ambo nok tanyo ustaz meli... agok2 demo, tok alim yang baik jenis mano yang boleh masuk syurga nih??

Hok dok bersahabat mesra & pertahan dengan segalo perangai hantu raya, pelesit, keturunan fir'aun, seperjuangan dengan abu jahal, dll tu ko?

Alim ulamak yang dok buat fatwa baru sejajar dengan selero penguaso sekular umno, mubarak mesir, dll tu ko? ... ( Alim jenis ni, hok hukum qatie dalam alquran & hadis tok berapa nok hurai takut bercanggah dengan dasar Umno & perlembagaan.... cth qisas, hudud, riba', auarat, jihad, khilafat, .. hok dok suko sebut adalah yang sensasi.. larangan perarakan maulid rasul kerajaan PP, sebutan kalimah Allah, perarakan kepala lembu, islam hadari, ...... kerana nok kpd pembangunan ala-sekular kamal attaturk turki bawaan umno ... )

Atauwa alim yang boleh lawan aktivis Islam dari kacau tirani umno?

Kawe dok cari jugok ulamak baru hok demo kkenen ... kerna alimnya, jjurusnya, benarnya,.... seeprti irasan Tok Kenali, Tok Selehon dulu... hingga Raja Kelantan yang alim jugok, iaitu Sultan Muhammad Mulut Merah ( Sultan Muhamamd IV).. mencemar duli kepondok2 mereka kerana nak cari ilmu, amal, bergaul dengan orang2 soleh.. minta doa utk keberkatan rakyat... maso tu... Umara' & Ulamak, 1Kelantan, samo2 suburkan Islam & perlahan2 hilangkan amalan jahiliyyah ... pelaga ayam, lembu, bbiri, jjudi, kurafat dalam makyong, main puteri, puja semangat padi, majal safar, dll.. Sultan pun buat kerja dakwah.. sampai ke aja Siam diBangkok...

Tapi en. meli, hari ni ulamak kita selesa dengan gelaran 'glamour'- Tan sri, datok mufti la, datok alim la, datok profesor, datok yang arif qadhi besar la, datok pengarah JAI..., shohibul samahah, alfadhil ustaz, tokoh hijrah la, dll.. umat Islam tenggelam dalam syirik, kurafat, bidaah, murtad, munkar, maksiat, fasik, .... derhaka kepada Allah Rasul & Islam! Peranan ulamak disempitkan... bahkan disekularkan... malah jika ada yang bangkit meletak Islam yang syumul, Islam satu cara hidup, Islam yang hakiki.... mereka diserang, difitnah, disabotaj, dizalimi dengan pelbagai mehnah....

Ambo berdoa agar lahir imamul muttaqin & imamul adil... sepeti Sultan Muhammad Mulut Merah, Sultan Salahuddin Al Ayubi, Sultan Muhamad Al Fateh, Sultan Aurenzeb India, Khalifah Harun AlRashid, dll.. yang menaungi kemuliaan & kebebasan ulamak dan para ilmuan yang soleh..... AMIN!

john said...

Salam...

hah..hero baru muncul..tapi anon 6.35am kalu ado namo baru sedak skit...

blog ni sedak ngomen sebab ado belako, pemujo Tok Guru na PR dan hok bodek umno pun suko berhujoh disini..

ni ambo nok tengok gapo hujoh dio pulok pasal komen demo datas..joots, budok lubuk tapoh, ambo, johan, anon lain pun ado jugok..

come on UMNONS give your comment!

melikapakjangak said...

Ambo nok tanyo ustaz meli... agok2 demo, tok alim yang baik jenis mano yang boleh masuk syurga nih??

KALAU PANGGILAN USTAZ UNTUK SAYA BERMAKSUD ENCIK ATAU SAUDARA DALAM BAHASA MELAYU, OKEYLAH. KALAU BERTUJUAN UNTUK DILABELKAN SEBAGAI ORANG YANG BERPENGETAHUAN DALAM AGAMA SEBAGAI YANG MENJADI KEFAHAMAN KEBANYAKAN KITA DI NEGARA INI, SEBENARNYA SAYA TIDAK LAYAK. SAYA HANYA KELAS TAMADA, BELAJAR PUN TIDAK SEBANYAK MANA.

TOK ALIM YANG BOLEH MASUK SYURGA ADALAH YANG ALIM SUNGGUH, YANG IKHLAS DENGAN KEALIMAN, TIDAK RIAK, TIDAK AGAH, TIDAK SOMBONG, TIDAK BONGKAK, TIDAK TAKBUR DAN TIDAK TEBULAS DALAM MENGGUNAKAN MULUT/LIDAH DAN DALAM TINDAK TANDUK.SOAL IKHLAS DAN TULUS HANYA PEMILIK KIKHLASAN DAN KETULUSAN SERTA ALLAH SAHAJA YANG TAHU.

SECARA PERIBADI BAGI SAYA, NAK BERKAWAN DENGAN SIAPA PUN TIDAK JADI MASALAH ASALKAN KUALITI IMAN DAN KETAWAAN KITA TIDAK TERJEJAS.TIDAK SALAH BERADA DI TENGAH PEMINUM ARAK KALAU KITA BUKAN SAHAJA TIDAK IKUT SAMA MINUM ARAK TETAPI MEMANDANGNYA RASA JIJIK. TIDAK SALAH BERADA DI TENGAH-TENGAH ORANG KAFIR KALAU KITA TIDAK IKUT JADI KAFIR DAN MEAKUKAN AMALAN ORANG KAFIR.

LAGI PUN LEBIH BERPAHALA KALAU KITA BERPRASANGKA BAIK DARIPADA BERPRASANGKA BURUK. LEBIH BAIK KITA DOAKAN, USAHAKAN, HARAPKAN DAN MENGANGGAP ORANG LAIN AKAN ISLAM, BERIMAN DAN BERTAKWA SERTA MASUK SYURGA BELAKA DARIPADA KITA LABELKAN MEREKA SEBAGAI AHLI NERAKA KERANA SOAL IMAN DAN TAKWA NI BENDA DALAM HATI.

TETAPI SEMOLEK-MOLEKNYA KITA CUBA AJAK YANG BUKAN ISLAM SUPAYA MINAT DAN MASUK ISLAM, KALAU ORANG ISLAM MELAKUKAN DOSA DEPAN KITA, KITA TGURLAH SECRA BERHIKMAH MINTA DIHENTIKAN PERLAKUAN DOSA, JANGAN PULA KITA YANG IKUT BUAT DOSA. GUNA HIKMAH DALAM MEMBUAT TEGURAN DAN DAKWAH, KENA BERI HARAPAN YANG POSITIF, JANGAN BERIKAN HUJAH NEGATIF TERHADAP OANG YANG DIDAKWA DAN BERDAKWAH SEKADAR YANG KITA MAMPU, JANGAN LAKUKAN APA-APA PUN YANG DILUAR KEUPAYAAN DAN KEMAMPUAN KITA.

UNTUK JADI IKLHAS BAGI SAYA BUKANNYA PAYAH, KITA KENA SENTIASA RASA TIDAK PERNAH LAYAK MASUK SYURGA TETAPI TIDAK PULA SANGGUP UNTUK MASUK NERAKA. DENGAN ITU KITA AKAN JADI LEBIH IKHAS DAN TULIS BERIBADAT KEPADANYA, TIDAK MUDAH UNTUK SENARAI-SYURGKAN DIRI SENDIR DAN MENYENAAI-NERAKAN ORANG LAIN.

WALLAHU'ALAM

Anonymous said...

Seperti huraian ustaz meli diatas... Jadi molek jugak le Tok2 Guru & aktivis Islam kita berkawan dengan semua pihak bagi tujuan dakwah & murnikan persepsi Islam kepada orang bukan Islam... seperti PAS berkawan dengan PKR, DAP, dll tu.... sesetengah tu tak fobia lagi dengan Islam... bahkan wakil rakyat bukan Islam mula jumpa dan rujuk juga kepada TGNA... spti CM pinang lim guan eng, elizebert wong, wakil india, siam, cina, dll...

Tapi puok2 otak beku dengan ilmu agama dalam UMNO menjadi penghalang.... dengan pelbagai tohmahan jahil mereka... Tok guru, PAS dok dakap DAP le, ..Nizar boneka DAP le.. dan sebagainya.....

ustaz meli perlu konsisten dalam hujjah ini ... supaya Islam diletakkan pada kemuliaan asalnya ... Islam yang hak & mengatasi kebatilan sekularisme ...

Lebai Mangkok Hayung said...

Umno dah lama berkawe dengan MCA, MIC, Gerakan, Kedazan-Dusun dan sebagainya. Dulu Pas kata tak boleh.

Yang dipersoalkan sekarang kenapa Umno tidak boleh, kafir tetapi bila Pas buat, halal dan boleh selalu.

Yang ditimbulkan bukan soal tak boleh orang Islam bekerjsama dengan orang bukan Islam kerana orang Umno buat lama doh, kerana itu adanya Barisan Nasional.

Yang dipersoalkan kenapa dulu kata haram, bila Pas pun kena kerjsama dengan yang bukan Islam untuk menang dalam pilihanraya, boleh pula.

Walaupun bukan Islam, MIC, MCA, Gerakan dan sebagvainya tidak menentang Islam cara melampau tetapi DAP tentang terang-terang, kononnya kalau nak wujud negara Islam atau perintah cara Islam, langkah mayat Karpal Singh dulu.

Kalau Pas mampu mendominasi Pakatan Rakyat, saya yakin Umno pun akan sokong. Masalahnya dalam PR pendominasinya adalah DAP, bukan Pas.

Ke guano Saudara MKJ? Saya rasa kalau betul lunasnya MKJ pun akan sokong Pas sebagaimana dia sokong Pas sebelum dia masuk kerja dengan Pas dulu.

ambo said...

"LAGI PUN LEBIH BERPAHALA KALAU KITA BERPRASANGKA BAIK DARIPADA BERPRASANGKA BURUK. LEBIH BAIK KITA DOAKAN, USAHAKAN, HARAPKAN DAN MENGANGGAP ORANG LAIN AKAN ISLAM, BERIMAN DAN BERTAKWA SERTA MASUK SYURGA BELAKA DARIPADA KITA LABELKAN MEREKA SEBAGAI AHLI NERAKA KERANA SOAL IMAN DAN TAKWA NI BENDA DALAM HATI."

Ini lah hasil tarbiyah parti yg mempolitikan Islam .... apa saja yg baik kalau dibuat oleh pihak lain... ahli mereka akan letak SANGKA BURUK paling depan sekali....

p/s: MELABEL juga adalah satu kecekapan ahli parti tersebut... LABEL terbaru oleh john kepada En. Anon 6.35 = HERO.... sekalung tahniah dan syabas en. Anon 6.35 @ HERO...

john said...

Salam...

hah ambo kato doh..puok2 umno berhujoh doh...ambo ambik hok makuk hayung royak sikit..

jawape ambo..

umno dok sain nga mca, nga mic tu ado ko yang menyebabkan islam koho naik?..ado ko geng2 mca,mic buleh menghurai hujoh quran?..ado ko SAR semakin maju?...TAK DOK! Ini semuo berlaku sebab umno tok berani nok bawo islam sebagai medium dakwah..diri sendiri hanyut macam mana nak dakwah orang lain.. bawoh pr, dap penang..peruntukan sar naik..jange pertikai ado fakta!

"Kalau Pas mampu mendominasi Pakatan Rakyat, saya yakin Umno pun akan sokong. Masalahnya dalam PR pendominasinya adalah DAP, bukan Pas"
-dio dominasi tak po islam tok tertindas..masjid nok ceramoh pun beres doh sikit..ahli2 ajk masjid, qoriah pilih sendiri tok perlu kepalo umno doh lo ni hok jare2 gi sejid jadi pengerusi...tu lebih dok bowoh dap tu?..ko mesjid pun dap kawal?..dulu maso tok sejoin pas & dap memangla keluar macam2..tapi lo ni tengok..karpal pun buleh bermesra denga haji hadi...hok tu hok umno gerun tu..demo jange rusing la lebai mangkuk hayun..ore pas takkan jahil dibawoh dap sebaliknya ore umno ambo tok jamin..

kepado 'ambo'
-napok tulisan demo macam ado unsur2 neutral, berhemah tapi tok berpijok dibumi nyato..kato ko ore suko berprasangko buruk hakikatnya kelakuan seseorang itu yang menyebabkan persepsi prasangka buruk tu..contoh: bersungguh nok berarok isu maulud nabi, tapi penghayatan islam, sunoh nabi dipermainkan..bo lah 'ambo'..mari join geng2 pas le..masuk jemaah dulu demo tahu eh..jange pande dari luar...

ambo said...

Saudara John.. ambo dulu pun suka melabel... setakat mencarut tu cekap dah... ambo tulis ni pun terpaksa delete dua tiga empat kali...

Tapi ambo pilih luar jemaah.... skrang ambo byk ikuti dr.maza, AFN, blog2 tajdid, zaharudin, MSO... yg mana ambo rasa sesuai dgn jiwa ambo... YG SALAH TETAP SALAH... YG RASUAH TETAP RASUAH..... blog2 spt TKO dll dah lama ambo tinggalkan (tapi tetap layari)...

Sangka buruk hasil daripada Persepsi ??? amat bahaya jika kita terapkap nilai persepsi ni.. terutama dalam zaman fitnah melanda...... kaji secara mendalam... jgn terus berprasangka buruk... akibat nya kita boleh lihat betapa tuan Presiden pun dikecam (tapi tuan john x perlu risau yg kecam ni kan ejen umno.. :)....

p/s :Sebab tu ambo setuju dgn tuan meli... kena bersangka baik... doa yg baik2... dan semoga Allah kurniakan kita dgn kurniaan yg terbaik...

Lebai Mangkok Hayung said...

dio dominasi tak po islam tok tertindas..masjid nok ceramoh pun beres doh sikit..ahli2 ajk masjid, qoriah pilih sendiri tok perlu kepalo umno doh lo ni hok jare2 gi sejid jadi pengerusi...tu lebih dok bowoh dap tu?..ko mesjid pun dap kawal?..dulu maso tok sejoin pas & dap memangla keluar macam2..tapi lo ni tengok..karpal pun buleh bermesra denga haji hadi...hok tu hok umno gerun tu...

SAMPAI NAK BANG DERAS PUN TAK BOLEH DI SATU KAWASAN DI SELANGOR TU TO NAMPAK LAGI. HASSAN ALI RAMPAS ARAK EXCO DAP GI SERAH SEMULA, HASSAN ALI KENA TINDAKAN DISPLIN. TAK KAB LAGI?

KARPAL BERMESRA DENGAN HAJI HADI KERANA KEPENTINGAN POLITIK, BUKANNYA KEPENTINGAN ISLAM. JANGAN BERTUKAR ISLAM DENGAN PARTI POLITIK.

.....Demo jange rusing la lebai mangkuk hayun..ore pas takkan jahil dibawoh dap sebaliknya ore umno ambo tok jamin.

SATU PENGUCAPAN PENUH RIAK, SOMBONG, ANGKUH, AGAH DAN TAKBUR. DEMO INGAT SYAITAN GODA ORANG UMNO JAH KO? DEMO INGAT SYAITAN TAKUT KE SRBAN, JUBAH DAN JANGGUT ORANG PAS?

Anonymous said...

mu ni supo nganying kat tok guru mb aku jah ni meli. nak buleh mu ni, meli.

Anonymous said...

salam,...
hampir setiap komen John ambo ikuti, kadang2 malah ikut heghe. Nmpok bodo dok ohs. Hujah dio gak, mana PAS buat baik blako, bila org di luar PAS buat, jahat blako. Kalu de taksub gak lagu ni la...

Sila tunjukkan bukti PAS telah berjaya menjunjung Islam bila berpakat dgn DAP. Nak azan kuat pun dilarang, Rampas arak suruh hantar balik. Kuat ko lagu tu?! Gapo hok besar2 PAS buat utk syiar Islam? acu tunjuk bukti. Ada buat hukum hudud?, ada buat negeri Islam?, ada buat tabung haji?, ada buat sistem perbankkan Islam? ada?...stakat buat pajak gadai, tu pun tiru hok tganu buat...tok soh sebut la John, duga dan loyo...! nyo suko kok re pecoh perut!..Cakap berdegar-degar, tahit lekat celoh gelegar. Kokok berderai-derai, ekor dilumuri najis...tak payoh laaa...