Saturday, February 20, 2010

MUNCUL KEMBALI (697)

MEB: peluang untuk mengemukakan usul dan cadangan patut direbut NGO

UNTUK mengelak dari akan berlaku setelah rumah siap pahat masih berbunyi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu patut mengambil kesempatan ketika peluang masih terbuka sekarang untuk mereka mengemukakan usul dan cadangan membina mengenai Model Ekonomi Baru (MEB).

Ini berdasarkan kepada semacam jaminan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Mukhriz Mahathir bahawa NGO Melayu masih belum terlambat untuk berbuat demikian kerana masih ada ruang bagi kerajaan mempertimbangkan cadangan mereka.

Saya sependapat dengan Mukhriz, NGO Melayu seperti Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di seluruh negara patut mengemukakan usul dangan cadangan mengenai MEB supaya modelnya benar-benar menepati matlamat dan fungsi penubuhannya.

Tidak timbul soal usul dan cadangan tidak sampai ke sasaran kerana ianya boleh dihantar terus kepada Perdana Menteri, MITI, Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan untuk diberi pertimbangan sebelum MEB diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan.

Pada saya parti-parti politik Melayu juga patut mengemukan usul dan pandangan serta mestilah turut diambil kira oleh pihak kerajaan demi untuk memastikan MEB benar-benar mencapai matlamat, tujuan dan fungsi kewujudannya.

Saya yakin oleh kerana MEB merupakan model yang dirangka oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) berdominasikan Umno sebagai parti orang Melayu, peranannya tidak akan jauh berbeza dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB), cumanya ianya barangkali lebih terbuka sedikit sesuai dengan keadaan dan tuntutan semasa.

Walaupun DEB tidak mencapai matlamat tetapi ianya tidaklah sampai ke peringkat gagal membela nasib orang Melayu yang pastinya akan lebih tegar, lebih bersemangat dan lebih bersedia untuk menghadapi persaingan dengan kewujudan MEB.

Ketidak-sampaian matlamat DEB patut diambil kesempatan oleh NGO Melayu, termasuk parti-parti pembangkang Melayu untuk mengemukan usul dan cadangan membina supayakegagalan mencapai matlamat tidak akan berulang dibawah MEB nanti.

Orang Melayu sama ada atas peribadi, atas nama NGO, atas nama parti poliik Melayu atau sebagainya mesti ada harapan, cita-cita dan doa agar bilangan orang Melayu akan ukan sahaja bertambah dalam bilangan orang terkaya di negara ini, tetapi juga kena ada hasrat dan harapan untuk melihat Melayu menduduki senarai teratas terkaya dan disusuli dengan 10 senarai teratas.

4 comments:

pokyakgawah said...

di Perlis, Pahang dan Johor juga tak ada perarakan Maulud Nabi....
Johor, Pahang dan Perlis tidak akan mengadakan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul tahun ini, umumnya kerana ia tidak dituntut oleh Islam.

Di Pahang, negeri itu hanya akan mengadakan satu ceramah di auditorium RTM Kuantan, tanpa perarakan besar seperti yang diadakan beberapa tahun lalu, kata pengarah Jabatan Agama Islam Pahang, Datuk Abdul Manan Abdul Rahman.

"Kita tidak buat perarakan, tapi sambutan dalam bentuk ceramah sahaja. Seingat saya kita cuma pernah adakan perarakan sekali saja pada tahun 2008, yang lain lebih banyak kita adakan ceramah," kata Abdul Manan ketika dihubungi.

Jelasnya, keputusan untuk tidak mengadakan perarakan Maulidur Rasul tahun ini diambil setelah mengambil kira keselesaan orang ramai yang akan hadir dan tidak melibatkan hukum ke atas penganjuran perarakan.

"Kita tidak anjurkan perarakan tahun ini bukan sebab hukum tetapi kerana mengutamakan keselesaan orang ramai yang akan hadir kerana ia dibuat waktu malam.

"Kita takut nanti akan hujan, dan perlu juga ambil kira masalah kesesakan," katanya dan menjelaskan belum ada lagi fatwa yang dikeluarkan berhubung penganjuran perarakan seperti itu.

"(Pahang) belum ada lagi fatwa yang katakan tidak boleh (buat perarakan), pandangan ini juga belum diutarakan lagi. Kalau ada (ulama) yang kata tidak boleh, ia perlu dibawa ke dalam Majlis Fatwa Kebangsaan," tambahnya.

Di Johor pula, sambutan tahun ini dijangka tetap meriah walau diadakan tanpa perarakan, kata pengarah Jabatan Agama Islam Johor A Rahman Jaffar.

Katanya, sambutan kali ini akan berlangsung sepanjang bulan dengan aktiviti yang dijadualkan di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru dan juga di masjid-masjid jamek di setiap daerah.

Program di masjid negeri yang akan dihadiri Sultan Johor itu antaranya akan meliputi titah sultan, ceramah dan majlis berzanji.

"Dahulu kita pernah buat perarakan tapi sekarang tidak ada lagi, lagipun acara perarakan ini tidak dituntut oleh Islam" katanya.

Tambahnya, beberapa kumpulan tetap memohon supaya diadakan perarakan tahun ini, namun cadangan itu ditolak oleh Majlis Agama Islam Johor.

Juga difahamkan, negeri itu tidak pernah mengeluarkan apa-apa fatwa berkaitan penganjuran perarakan bagi menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

"Kita fokuskan kepada aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan masjid dan juga kawasan kubur. Kalau tidak, kita bersihkan kubur waktu hari raya sahaja.

"Kalau perarakan pun cuma sekali saja, lepas itu habis. Kalau kita buat aktiviti kemasyarakatan kita boleh buat secara berterusan," katanya lagi.

Sementara itu, Perlis juga tidak akan mengadakan perarakan bagi sambutan kali ini, seperti juga tahun-tahun sebelumnya.

Ini disahkan oleh exco agama Islam negeri Jefri Othman yang berkata, Perlis sememangnya tidak pernah menyambut Maulidur Rasul secara besar-besaran

"Kita memang dari dulu lagi tidak sambut Maulidur Rasul secara besar-besaran seperti negeri lain," katanya

Lebai Mangkok Hayung said...

Perakaran maulidur-rasul asalanya tidak diadakan, tetapi sambutan maulud diadakan. Di Kelantan dipanggil 'buat maulud'. Adakan kenduri, ajak jiran tetangga makan dan berselawat.

Pada buan maulud juga lazimnya diambil kesempatan oleh ibubapa bagi mengadakan majlis perkahwinan anak, berbekwoh tanpa pengelan, sam,bil buat maaulud, ambil berkat bulan maulud.

Soal agama ada pelbagai aliran. Misalnya bila tilawah, ada sesetengah Tok Arab tidak menadah tangan dan aminkan doa. Nak kata aliran tidak betuk tak bolej juga.

Ada sesetengah aliran tidak bewirid dan tidak berdoa lepas sembahyang, malah baca kunut pun tidak ketika sembahyang Subuh, kononnya, apakah aliran mereka salah?

Ada aliran lain pula kalau terlupa baca kunut, akan dilakukan sujd sawi, malah tidak boleh meninggalkan masjid (kecuali ada keerluan terdesak) sebelum imam bangun dari pesimpuhannya. Apakah aliran ini tidak betul?.

Ada yang kata sembahyang hajat berjemaah, apatah lagi diadakan di tempat terbuka seperti stadium dan sebagaianya tidak boleh, satu bidaah, Rasulullah s.a.w. tak pernah buat. Kononnya sembahyang sunat adalah hak ekseklusif setiap individu, kerana itu tidak dijemaahkan. Apakah pendapat mereka salah?.

Hal-hal begini patut diberi penjelasan oleh alim untuk mengelak dari sebarang kekeliruan.

Tok ayah Su said...

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDENT PBTM (DMG)

Kehadapan Ybhg Dato" President Persatuan bekas Tentera Malaysia(PBTM)

Mukaddimah

Kata orang PBTM adalah sebuah persatuan NGO (non goverment organisation) yang ditubuhkan dari hasil usaha perjuangan bekas bekas tentera dari generasi orang orang lama dan kini hasilnya dapat diwarisi olih generasi baru dan tidak mustahil ianya akan kekal gah hingga kebeberapa generasi akan datang.Pada asasnya antara lain objektif utamanya ialah untuk merialisikan gagasan dan hasrat kerajaan disamping dapat memberi kebaikan dari segi menjaga hak kebajikan kemanusian bekas bekas tentera agar terus terbela,almaklumlah jika ada kesatuan dan persefahaman dalam satu satu kelompok atau kumpulan sudah tentulah akan mudah dijadikan landasan perantaraan untuk mendesak atau untuk menuntut sesuatu perkara yang difikirkan bersesuaian dengan keseimbangan jasa yang telah dicurahkan sebelum ini,dan harapan kita agar ianya akan mudah dilayan olih mana mana pehak yang berkaitan.

Cuma peranan PBTM kini dari sudut pandangan peribadi, saya lihat persatuan telah banyak dimanipulasikan untuk tujuan mainan politiking,sebagai contoh semasa didalam setiap kali majlis mesyuarat sepatutnya lebih difokuskan kepada egenda bagaimana untuk mencari satu jalan penyelesaian melepaskan dari belenggu kekurangan dana bagi tujuan menjalankan sebarang aktiviti persatuan. Kenapa? sebabnya ialah kerana persatuan bukanlah pertubuhan parti politik. Tetapi sebaliknya jika dipolitikkan maka jadilah apa yang berlaku iaitu majlis mesyuarat telah dijadikan medan untuk mengadu domba juga lobi melobi mana mana tokoh politik disamping mempromosikan pertubuhan parti politik.Walhal diantara piagam pelangan persatuan berbunyi "BERDIRI TEGUH DIBELAKANG KERAJAAN".

Jika hendak diambil kira dari piagam tersebut ini bererti waimma sesiapa saja tokoh atau mana mana parti politik yang dipilih rakyat untuk memerintah sudah tentu Ahli PBTM mestilah mempunyai sikap dimana bumi dipijak maka disitulah langgit mesti dijunjung.Maknanya jika dalam kontek bernegara sudah tentu buat masa ini persatuan mestilah menunjukan sokongan kepada kerajaan BN yang memerintah ,manakala untuk negeri negeri dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) seperti diKelantan,Selangor dan Kedah maka PBTM hendaklah juga menunjukkan kesetian kepada pimpanan dibawah kerajaan PR ini,bolihkah begitu?

Sambungan seterusnya sial Double klik pada ikon (gambar).....


#nok royat sikit tentang isu perarakan Maulidul Rasul-

Mereka reka cipta perkara baru dalam agama dikira Bidaah iaitu sesat namun bidaah juga ada ketegori,iaitu dipanggil bidaah dalillah (berdalil)yang kedua dipanggl bidaah hassanah (dimaafkan kerana ada kebaikan).

dalilnya-tidak ada pernah dibuat olih para sahabat nabi dan difatwakan.

Manakala Hasannah pula bolih mendekatkan hati para mukmin/ah untuk menginggati hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W sambil mengucap selawat untuk baginda (dapat pahala)tetapi persoalannya kenapa hari kelahiran baginda sahaja diraikan sedangkan tarikh kewafatannya pula dilupakan..fikrr fikirkan!

Jali Jimah said...

Kalau boleh dan tidak membebankan, rasanya bila penjenguk komen hal-hal yang berkaitan dengan Isla, iman, takwa dan hukum hakam, elok disertakan degan terjemahan ayat al-Qran dan Hadis suaya hujah lbih kuat dan mantap.

MKJ sebagai pemilik dan pengendali blog tidak sepatutnya melepaskan semua komen, kena ada penapisan, lepas yang munsabah sahaja.