Sunday, February 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (698) - DIKEMASKINI SEMULA

Buang segala sengketa patut melibatkan skop yang lebih luas

SENGKETA banyak membawa kepada berlakunya pelbagai petaka dan bala daripada menyumbangkan kepada laba, tuah dan faedah.

Kerana itu segala bentuk sengketa patut dielakkan walaupun barangkali kita tidak sehaluan dalam sesuatu hal termasuk dalam berpendirian dan alur pemikiran.

Ada lagu dikir barat menceritakan tentang bagaimana sepasang suami isteri boleh bersengketa hanya kerana ikan puyu yang diharapkan bininya panggang tawar untuk dicecah budu tetapi bininya masak singgang.

Ibu atau bapa tiri dengan anak tiri boleh bersengketa dan tidak boleh bertikam bayang kerana kepercayaan tradisi bahawa ibu dan bapa tiri tidak akan jujur menyayangi anak-anak tiri dan anak-anak tiri pula tidak akan tulus menyayangi dan menghormati ibu dan bapa tiri.

Isteri yang berkongsi suami akan menganggap rakan kongsi sebagai 'madu' yang membawa makna seteru sehingga Syarifah Aini menyanyikan: "madu sungguh manis, tapi menyiksakan, tak tak sanggup ku merasakannnnnn........"

Betapa berkongsi suami yang dihalalkan oleh Islam itu dianggap medan perseteruan di kalangan isteri yang berkongsi suami apabila untuk menggambarkan betapa kemarahannya yang amat sangat terhadap seseorag, maka akan dikatakan: 'aku seteru mak anak dengan si polan si polan'.

'Mak anak' di Kelantan adalah merujuk kepada hidup bermadu.

Dalam politik wujud suasana sentiasa tegang di antara parti-parti politik adalah kerana orang parti politik akan menganggap orang parti politik yang lain, yang tidak separti, sebagai seteru 'mak anak' yang mendorong kepada wujud persengketaan, bukannya setakat suatu bentuk pertembungan aliran pemikiran sahaja sebagaimana yang dituntut dalam amalan demokrasi.

Pertembungan yang sepatutnya hanya berlaku dalam sidang parlimen atau persidangan dewan undangan negeri atau pun dalam edah kempen pilihanraya telah terbawa-bawa ke dalam semua keadaan, malah ianya berlanjutan sepanjang masa kerana masing-masing menganggap lawan sebagai seteru, penghujahan atau perbahasan diletak pada tahap persengketakaan.

Bila berseteru, maka akan berlaku persengketaan dan bila bersengketa puak lawan akan dilihat buruk dalam semua hal manakala puak sendiri akan dilihat molek, malah akan cuba dipermolekkan walaupun yang buruk manakala yang molek puak lawan akan perhuduh dan dierburukkan.

Ekoran dari itu rakyat akan menyaksikan siri persengketaan parti-parti politik dan orang parti politik yang berpanjangan dan jarang parti-parti politik yang berlawan berhujah untuk mencapai satu kesepakatan bagi faedah rakyat dan negara, termasuk para pengundi yang merupakan pemberi mandat.

Atas sebab dan kerana itulah pada pandangan saya, maka terdapat jutaan mereka yang layak mengundi mengambil keputusan untuk tindak mendaftar sebagai pemilih, tentunya kerana mereka tidak mahu terlibat dalam persengketaan kerana menjadi pendukung dan penyokong parti politik.

Oleh itu kemahuan Timbalan Perdana MenteriMuhyiddin Mahu Semua Pemimpin Umno Membuang Segala Sengketa an Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Presiden Umno yang mahu semua pemimpin Umno, termasuk di peringkat bahagian, membuang segala sengketa dan kembali mengukuhkan perpaduan patut melibatkan skop yang lebih luas.

Ianya tidak patut hanya terhadap kepada Umno sesama Umno tetapi kena membabitkan parti-parti lain juga supaya berbahas dan bertegang leher yang bukannya sampai ke tahap persengketaan, biarlah setakat dalam parlimen atau dewan undangan negeri atau pun dalam edah pilihanraya sahaja.

Selepas itu masing-masing kena mengembleng tenaga ke arah menyumbang bakti kepada rakyat dan negara berdasarkan mandat yang diberikan oleh rakyat selaku pengundi sama ada kepada parti yang mendukung kerajaan atau parti pembangkang, penerima mandat kena sepakat memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Saya yakin pengundi memberi mandat bukannya untuk dijadikan tiket oleh wakil-wakil rakyat mencetuskan persengketaan dan seteru 'mak anak' sepanjang masa dengan tumpuan terpaksa diberikan kepada menyerang lawan dan mempertahankan parti sendiri termasuk menggunakan masa yang sepatutnya diberikan untuk memberi faedah kepada rakyat.

Pada pemerhatian saya, pemain-pemain politik di negara ini lebih memberi tumpuan kepada memberi faedah kepada parti yang didukung dan disokong berbanding dengan tujuan sebenar diberikan mandat yakni untuk memberi khidmat kekerajaanan atau pun kepebangkangan yang memberi faedah kepada rakyat dan negara.

Kalau keadaan ini berterusan, saya yakin lambat laun akan timbul rasa politik dan amalan demokrasi tidak memberi sebarang faedah di kalangan majoriti rakyat, terutama yang tidak bergantung hidup kepada parti politik dan parti-parti politik dan demokrasi akan dilihat sebagai sesuatu yang menjijikkan.

Dalam amalan berparti politik di negara ini sekarang, bukan sahaja antara parti dengan parti yang tidak sehaluan sahaja bersengketa tetapi sesama separti pun bersengketa kerana berebut jawatan dan menjadikan pemain politik terpaksa memberikan lebih banyak masa kepada urusan politik daripada menyempurnakan mandat rakyat, satu keadaan dan suasana yang patut dibendung suapaya amalan demokrasi terus dihormati dan diyakini.

6 comments:

john said...

Salam...

Buang sengketa? mudoh je dalam umno tu..jange dok agih projek ko kroni2..jange dok bagi2 projek ko ketuo umno..bereh eh..tak dok sengketo tu..tanamkan sifat benci rasuoh dalam diri umno..tak dok eh sengketo tu...

Orang Dalam Kota Darulnaim said...

Bukankah amalan kronisme tu amalan Nabi. Tok Guru demo kata, bukan orang Umno kata. Guano dalam Pas boleh dalam Umno tak boleh?

Terima tajaan tunai Haji bernilai RM65,000 sebagai balasan kerana banyak berikan projek pada penaja tak rasuah ko?

Bukankah kerana itu semua berlau sengeta sampai Pegawai Perhubungan Awam dan CEO PMBK kena pecat, Setiausaha Politik dan SUA pun kena kosongkan kersi masing-masing.

Dalam kes pemecatan SUP bakpo royat hak pelawok, tak royak hak sebenar, SUP bukan letak jawatan tetapi diminta letak, buwi notis sebulan tapi dipaksa buat surat letak jawatan serta merta.

Bakpo pelawok dalam kes-kes lagu ni. Tak berdoso ko?

Orang Luar Tapi Dekat Pagar Kota Darulnaim said...

Guano kubang sama sediri ni? Kata SUP letak kawatan boktan anak dia sakit?

Tipulah tu? Bakpo sanggup main cat tipu ni? Islam suruh ko mugo-mugo lagu ni?

Jali Jimah said...

Orang Dalam Kota Darulnaim boleh ko cerito bendo sebenar? Demo orang dalam tentu lebih tau.

Anonymous said...

Bodo la John..
bbaloh ni keno dua2 pihak. kalu sbeloh tak jd bbaloh...bakpo bodo gitu lalu...PAS pun keno buang la jugok mugo hok mu kato ni....buke UMNO sajo...ngor!

joostspring said...

john endoro..

demo cakap serupo org mabuk todi...

puak2 pas selama 19thn perintah kelate ada ko projek kerajaan negeri we ko org umno???

puak2 PKR 2 thn di selangor ada ko we projek ko org umno?? di penang,di kedah n perak meta..ada ko we ko org umno??

kl nak kecek jgn wat napok sgt kita ni bodo...pemikiran demo ni keno molek r dgn nik ajis...

org umno buat haram..tapi kl org pas buat ikut sunnah la,harus la,bleh pahala la...

kawe oyt dah john...selagi demo berfikiran lagu ni..xpyh mimpi la semua org isle di mlysia ni nak sokong pas...