Sunday, February 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (699)

Bersedih bukan sikap pejuang tulen

SEORANG pemimpin samalah dengan seseorang yang berumah di tepi pantai, kena berani dilambung ombak. Sebagaimana seseorang yang berumah di tepi pantai terdedah kepada terjahan ombak, seseorang yang menjadi pemimpin juga terdedah kepada pelbagai terjahan persepsi dan tohmahan.

Bersedih, berdukacita, hampa, kecewa, putus asa dan pelbagai rasa yang sama dengannya bukan sikap pejuang tulen. Anggota Melayu Parti Komunis Malaya (PKM), selain dari terpaksa berdepan dengan ancaman maut, dipropagandakan pula sebagai tidak bertuhan walaupun antara mereka terdiri dari ustaz dan ustazah.

Berpuluh tahun mereka menjadikan hutan rimba sebagai dunia kehidupan mereka. Selepas perjanjian damai termentrai, mereka terpaksa memilih untuk bermastautin di bumi asing kerana jika balik ke tanah air mereka akan ditahan dan dipenjarakan.

Mreka akan dipenjarakan sebagai petualang dan anasir subversif sedangkan mereka terpaksa masuk hutang dan memikul senjata pada asalnya untuk mengelak dari ditahan oleh penjaah kerana gerakan tuntutan kemerdekaan. Yang melabelkan mereka sebagai petuang dan anasir subversif adalah penjajah.


Kalau nak hidup senang, mahu tidak lena, makan sedap, mandi basah, jangan jadi pejuang. Itu kata orang Melayu pertama menyertai komunis, Haji Rashid Maidin atau Datuk Ngoi (gelaran yang diberikan oleh orang Asli). Sebelum beliau meninggal, saya sempat berjumpa dengannya sebanyak tiga kali di Perkampungan Malaysia, Yala dan mendapat cerita tentang dirinya secara langsung dari beliau.

Orang boleh buat persepsi macam-macam, boleh tuduh kami petualang negara, anasir subversif atau kami tidak bertuhan tetapi kami lebih tahu siapa kami. Kami mempertaruhkan nyawa dan darah untuk pertiwi tetapi berapa kerat yang boleh fahami kami. Kerana mereka tidak faham, tidak ada sebab untuk kami marah. Allah pun tidak memberi dosa kepada pelaku dosa yang tidak sampai dakwah.

Itu pula kata Haji Abu Samah Mohd. Kassim, berasal dari Temerloh. Panglima Perang PKM di hutan rimba Kelantan, bekas askar Melayu dan bekas Ketua Pemuda Umno Temerloh yang memilih menyertai Rejimen Ke-10 Parti Komunis Malaya(RJK-10) yang semua anggotanya terdiri dari orang Melayu. RJK-10 ditubuhkan di Temerloh, Pahang.

Beliau ada hubungan kelurga dengan kesultanan Pahang dan merupakan titih Datuk Bahaman. Sebelum beliau mati saya sempat berjumpa dengannya sebanyak empat kali di Chulabhorn Pattana 12, Shukhirin. Beliau merupakan seorang pemidato yang hebat. Beliau juga adalah merupakan majlis kerja tertinggi PKM Pusat bersama Haji Rashid Maidin dan Suriani Abdulah atau nama asalnya Eng Ming, isteri Pengerusi PKM, Haji Abdullah CD.

Pejuang ibarat peneroka yang membuka ladang yang terpaksa menghaapi pelbagai kesukaran dalam menebas-menebang, memerun dan menaman serta menjaga pokok tanaman. Belum tentu pokok yang ditanaman sempat diikmati hasilnya. Yang akan nikmatinya adalah anak cucu.

Kami berjuang pun bukan untuk kami tetapi untuk anak cucu kami, untuk anak bangsa kami. Kami perjuangkan keerdekaan tanah air untuk mereka, kami tidak diminta untuk diiktiraf tetapi bila tanahair tidak lagi dijajah, kami merasa bertuah. ianya mengembirakan kami walaupun kami terpaksa menjadi pemastautin bumi asing.


Itu kata Abdullah CD. Beliau masih hidup dan setakan ini saya berkesempatan melawatnya sebanyak empat kali, mendengar sendiri cerita perjuangannya dan kenapa beliau memilih perjuangan bersenjata sebagai wadah dalam usaha untuk nyahka penjajah dari bumi bertuah.

Kebetuan tokcik saya (Abdullah Sulong) dulu pun orang Angkatan Pemuda Insaf (API) macam Abdullah CD tetapi beliau tidak sertai PKM, sebaliknya tokcik saya lari dari buruan penjajah bersama abangnya (Tayyib) ke suatu kawasan hutan yang dilingkungi sungai dan kampung itu adalah Rong Chenak, kampung kelahiran saya, kampung yang saya sayang dan megahkan.


Saya bangkitkan ini untuk menjadi makluman Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad bahawa seorang pejuang tidak boleh bersedih dan tidak boleh mengharapkan semua orang bersetuju dengan kita.

Yang penting kita tulus dan berserah kepada Allah yang akan Maha Saksama dalam membuat penilaian, bukannya seperti manusia yang tidak akan saksama dalam membuat penilaian, manusia hanya boleh napak apa yang terjangkau oleh mata sahaja sedangkan Allah Maha Melihat, termasuk apa yang terdetik di hati hamba-Nya.


Bersabar dengan tohamahan, kita akan berpahala, memaafkan orang yang membuat tohmahan liar kepada kita, juga kita akan berpahala. Kalau kita tidak memaafkan orang yang membuat tohmahan liar kita tidak berdosa tetapi orang yang membuat tohmahan akan tersekat jalan ke syurga walaupun muka bumi telung sebagai tepat sujud mereka. Kerana itu orang yang benar-benar beriman dan bertakwa lebih suka dikeji dari dipuji.

Percayaah jika Datuk Mustapa berada di pihak yang benar dan bukan penderhaka dan pengkhianat kepada rakyat Kelantan sebagaimana yang diuduh dan ditohmahkan, akhirnya si penubuh dan pentohmah akan sedar dan insaf sendiri kerana yang benar tetap akan benar walaupun cuba dipertidakkan.

Kita hayati laporan berikut;

Mustapa Sedih Dituduh Derhaka Dan Pengkhianat Kepada Rakyat Kelantan

KOTA BAHARU, 21 Feb (Bernama) -- Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed meluahkan rasa sedih apabila dianggap mengkhianati rakyat Kelantan kerana tidak memihak kepada kerajaan negeri yang diteraju PAS dalam menuntut royalti minyak.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu berkata beliau telah melakukan yang terdaya mengikut keupayaannya sebagai anggota kerajaan persekutuan sejak 1996 dalam memperjuangkan nasib rakyat Kelantan meskipun mereka ditadbir oleh parti PAS.

"Sebagai anak jati Kelantan, saya sanggup meluluskan peruntukan berpuluh juta ringgit bagi membiayai projek-projek pembangunan untuk kepentingan kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan warga jabatan-jabatan persekutuan di sini.

Beliau memberi contoh antara projek pembangunan yang pernah diluluskannya ialah pembangunan Medan Tuan Padang bernilai RM1 juta, Pasar Siti Khadijah (RM3.3juta) dan Medan Usahawan Perbadanan Stadium Kelantan bernilai RM5 juta.

"Saya amat sedih dan dukacita jika dalam begini saya masih dikatakan sebagai rakyat yang derhaka dan mengkhianati rakyat Kelantan kerana semata-mata tidak menyokong kerajaan negeri dalam tuntutan royalti minyak yang diperjuangkan kerajaan negeri ini," kata Anggota Parlimen Jeli itu.

Mengenai isu royalti itu, Mustapa berkata beliau telah membantu rakyat Kelantan mendapat wang ihsan yang bakal diagih pada Mac ini.

"Soal tuntutan kerajaan negeri untuk mendapatkan wang royalti itu tidak berbangkit lagi, yang pastinya rakyat akan mendapat faedah melalui wang ihsan, cuma kaedahnya berbeza," katanya.

Mustapa diminta mengulas mengenai ceramah-ceramah yang diadakan penyokong PAS yang antara lain menyifatkan beliau sebagai pengkhianat dan menderhaka kepada rakyat Kelantan berhubung isu royalti minyak tersebut.

Mustapa menegaskan kerajaan persekutuan juga tidak pernah menganak tirikan Kelantan dalam agihan peruntukan pembangunan sepanjang negeri itu ditadbir PAS sejak 20 tahun lepas.

Malah katanya peruntukan yang diberi kepada kerajaan negeri Kelantan adalah berkali ganda lebih banyak berbanding kutipan hasil yang diserah kepada kerajaan pusat. -- BERNAMA

4 comments:

john said...

Salam..

Bersedih?...pejuang tulen?..mmm ada jawatan/projek berjuang le..tak dok jawatan/projek..layu le..

Bersedih?...baso dio doh, dan nyo hok batil/palsu/pelawok dok lawan dengan hok benar,hak..kaloh le yang palsu..sewo surat koba sebulan pun majoriti kelate koho tok cayo..sut2 suratkoba bungkus..

Bersedih?..nak hilangkan kesedihan?..mudoh je..tiru macam zaid ibrahim hok berani letak jawatan menteri kerana prinsip berlawanan..tok pa pun buleh jugok..buat lagu zaid, tok ser keluar umno tak po, tapi samo2 berjuang kembalikan royalti ko kelantan..SSSSOOOHHH! akan dipandang tinggi.

Anonymous said...

Manjanyo pejuang tulen kito tu... ckit2 sedih, dukacita..... kena fitnah sebagai pengkhianat rakyat kelantan.....

Tok pa, demo kaba ko apa yae umno buat ko dato' harun idris dulu... apa yae puok2 demo dok buat ko Anwar Ibrahim sampai ko hari ni... anwar pengkhianat melayu la, pengkhianat Islam la, agen yahudi la... macae2 puok2 demo dok fitnahannya dalae surat koba, rtm, tv3, dalam cearamah2 BTN, dsb...

Tapi kawe raso ada logik jugok.. suara hati rakyat majoriti kelantan tu.... Tokpa, kalu demo betul2 jujur... bakpo setiap projek kerajaan mesti dipulun oleh puok2 umno sajo..... ambik contoh la... projek2 kesedar, kada, projek2 kerajaaan JPP selama kening... lebih 20 tahun... cuba semak sapa yae dapat kontraknya....

Wang minyak rakyat kelantan.... tokpa & awae adek nok auta juga... JPP lebih cekap konon.... dulu pun nok buat kilang penapisan minyak di pantai senok puok umno sanggup ubah ke kedah melalui siam pulak tu... Ini salah satu contoh busuk hatinya pemimpin2 umno terhadap rakyat kelantan....

Tokpa, Aawe adek, ... demo ni BONEKA PEMIMPIN2 ARISTOKRAT KAPITALIS UMNO PUSAT SAJO...... budak suruhan untuk tindas & perhambakan anak bangsa sendiri...!!!!

Anonymous said...

tok pa...demo meme pengkhianat bangso..kawe ule..pengkhianat bangso melayu kelate..Seluruh rakyat kelate tokk kiro pas ke umno akae kene demo sebagai pengkhianat kelate...demo pege kato kawe..

chegarMD said...

meli mu ni gheti tapi buat tak gheti.apa faedah mu dok buisemangat ko tokpa/awang adik/ bghahim salantia sebagaimana yg di pangil kawan mu mso.mereka bertiga akan jadi beban kpd umno kelantan kalau tak prcaya tanya datok lui.tapi mereka sudah terjamin akan di tabal sebagai senator sedangkan yg lain nampak kena pelihara kambing atau pegha itit jawabnya.majoriti rakyat dgn kuli dan kerajaan kelantan apalagi nampak nya kuli tidak berganjak menyukong hak rakyat kelantan sebagai wira terakhir rakyat kelantan. dan mu sendiri lagumana?