Sunday, February 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (700)

Minta atau benarkan campur tangan asing bukti tahap keyakinan pada diri sendri rendah

SAYA
sependapat dengan Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, negara asing tidak perlu campur tangan dalam urusan kes liwat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malah bagi saya meminta, mengarap atau memenarkan campur tangan asing secara tidak langsug membuktikan bahawa tahap keyakinan pada diri sendri sangat rendah dan lemah.

Kita dituntut supaya berani kerana benar, takut kerana salah di samping kena yakin bahawa Allah tidak berpihak kepada kemungkaran. Kes masih dalam proses perbicaraan dan tidak ada siapa pun berhak untuk mendahului keputusan mahkamah dan takdir.

Selain dari kena percaya kepada diri sendiri kalau benar-benar tidak bersalah, Datuk Seri Anwar juga patut percaya tanpa goyah kepada keadilan dan kesaksamaan Allah yang Maha Mampu mengatasi segala perancangan makhluk.

Meminta, mengharap dan membenarkan campur tangan asing bukan suatu jaminan untuk sesuatu kes akan berpihak kepada pihak yang memang bersalah terhadap tuduhan dan pendakwaan, sebaiknya ia akan bersifat membuka pekung di dada sendiri.

Malaysia bukan lagi memakai undang-undang rimba kerana rakyat negara sudah lama bertamadun. Tambahan Malaysia sebuah negara Islam, tentulah janggal kalau campur tangan asing yang bukan Islam diminta, diharap dan dibenarkan campurtangan.

Keberkesanan undang-undang dan akta yang dipraktik di negara ini bukannnya calang-calang kerana negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat pun meniru dan mencedok undang-undang/Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Amerika Syarikat yang mengecam akta itu akhirnya melaksanakan akta yang serupa selepas berlakunya kes serangan nekad 11 September ke atas negara berkenaan.

2 comments:

Anonymous said...

Bila isu kezaliman & salah guna kuasa UMNO nak dibicarakan ... dieringkat yang lebih terbuka dan masyarakat antarabangsa.. maka cepat pemerintah Malaysia dibawah UMNO membantah... atas nama campur tangan asing...... Tapi kerajaan UMNO terpaksa menyembah kepada tuntutan USA & yahudi serta campur tangan asing .. dalam pelbagai isu sebelum ini... membantu menangkap aktivis2 Islam yang di labelkan pengganas oleh USA, Israel & Singapura.. isu laluan kapal perang USA diperairan negara... isu sebat dalam undang2 syariah.. dsb.....

Adakah kerajaan Malaysia dibawah UMNO hari ini telah benar2 bebas dari pengaruh asing sebagaimana Republik Islam Iran sekarang ......?????

Unknown said...

mu ni meli apa yg umno kata mu percaya selalu.mana ada campor tangan.hubongan negara selalu nya begitu bukan kah malaysia dok hentam isreal dan amereka tentang apa saja yg mereka lakukan .ini hanya sebagai contoh bukan maknanya aku sukong mereka.mengapa sensitive sangat bila orang bercakap tentang kita.apakah halal utk kita dan haram utk mereka bagi komen.apalagi kes anwar adalah projek yg di ragui kebenaran nya. adakah boleh di percayai orang yg berumor 62 boleh memperkusa pemuda yg berumor dua puluhan.itu kerja gila dan tak buleh di percayai melainkan dgn keredaan pengadu.