Sunday, February 7, 2010

PENGUMUMAN

Saya perlu berhubung dengan mantan Ketua Pengarah Porla

PARA penjenguk yang mengenali mantan Ketua Pengarah PORLA, Yang Amat Berbahagia Tuan Haji Rahim Zain atau beliau sendiri membaca pengumuman ini, mohon telefon/SMS saya segera melalui telefon nombor 017-9871322 (24 jam) atau emailkan nombor telefon bagi membolehkan saya menghubungi beliau.

Atau mana-mana usahawan Malaysia yang mempunyai lesen MPOB dan bersedia untuk menguruskan pengeksportan sisa sawit ke India, sila hubungi saya. Ada pengimport dari India memerlukan bekalan segera sisa sawit pada jumlah lima kontena seminggu sebagai permulaan dan merancang akan mengimport sehingga 100 kontena sebulan.
- Ramli Abdul Halim
Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd
agen di Malaysia bagi
Saima Export & Import
New Hall Road, Kurla (West), Mumbai, India.

2 comments:

Anonymous said...

Mu ni dahsyat niaga juta2, mesti dak kaya raya. Alhamdulillah

melikapakjangak said...

Kaya raya di dunia bukan matlamat hidup saya. Macam mana pun peluang untuk jadi kaya sering datang kepada saya. CUBAANNNNNNNNN dan GODAANNNNNN agaknya. Sayattetap tidak kaya, mungkin kerana ianya bukan matlamat saya.

Pelbagai pihak, termasuk pihak kerajaan buat rombongan datang keluar negara cari pelabur, saya pula pelabur yang datang. Nak urat sabut (cconnut fiber), susu getah cair (latex), getah asap SMR20, tahi kelawar, daging kerbau halal dan makanan ringan tradisi Melayu Kelantan serta serbuk minuman berasaskan kopi pun cari saya.

Setakat ini sebanyak 20 contoh makanan segera tradisi Kelantan dan dua jenis serbuk kopi sudah dihantar ke Cina. Kalau orang Cina setuju untuk mendapatkan belakan, bukan saya yang akan kaya tetapi pengeluarnya yang akan kaya.Yang saya harapkan perolongan yang tak seberapa akan diganjarkan dengan pahala, saya sanggup papa di dunia serba sementara asalkan jangan papa di akhirat kerana kehidupan di sana akan abadi.

Keladak sawit yang orang Mumbai, India minta pun bukannya saya mahu buat sendiri, saya tak ada pengalaman dan keupayaan modal, sesiapa yang berminat, termasuk anak-anak syarikat kerajaan bolehlah hubungi saya untuk nanti saya cadangkan kepada peniaga dari Mumbai, lagi cepat lagi baik.