Monday, March 1, 2010

MOHON MAAF

RASANYA sembilan hari lamanya saya tidak up-date blog ini, malah saya tidak membukanya langsung kerana masa terpaksa diberikan kepada usaha-usaha memberi nafas semula kepada majalah WADILATUL-UMMAH yang akan kembali ke pasaran dalam tempoh terdekat di samping ada sedikit kekalutan dengan urusniaga dengan rakanniaga dari Cina, India dan juga dalam negara.

Tanpa blog ini saya merasakan saya berada di sebuah dunia yang asing dan terasing. Tetapi saya gagahkan diri juga untuk 'kanja' seketika dari blog ini kerana saya perlu cedingkan semula setiap dahan niaga saya yang patah sebelum ini atas beberapa faktor. Seain dari berblog saya kena ada sumber untuk keperluan hidupyang masih bersisa serta juga untuk anak cucu. Saya tiak ada pengaruh untuk mendapat rekmin supaya anak atau cucu yang tamat pengajian akan dapat pekerjaan, terutama di sektor awam

Untuk itulah saya teruskan juga usahaniaga aya walaupun payah. Saya telah berusaha berhempas pulas dan sekadar yang termampu oleh saya supaya
WASILATUL-UMMAH akan dapat kembali ke pasaran sebagaimana yang dirancang, juga bagi setiap cabang perniagaan yang saya libati, selebihnya bergantung dengan ketentuan-Nya kerana apa yang dirancang tidak semestinya selari dengan ketentuan-Nya yang mana apa yang ditentukan-NYa pasti akan ada hikmahnya.

Bukan mudah untuk bangkit dari kejatuhan, apatah lagi dengan keupayaan kewangan yang sangat terbatas. Namun saya akan cuba terus bangkit dalam serba kepayaahan, malah saya sanggup untuk gagal lebih seribu kali lagi sebelum mengecapi kejayaan. Saya tidak reti buat kerja lain kerana selepas mengucapkan sayonara kepada alam persekolahan, saya terjun ke dalam bidang kemediaan yang terus diceburi hingga kini dan bidang inilah yang menadi induk kepada perniagaan saya.

Saya ceburi bidang perniagaan selain dari untuk cuba meramaikan jumlah usahawan Melayu dan demi masa depan anak cucu, juga adalah kerana bidang perniagaan adalah antara pekerjaan Rasulullah s.a.w. yang turut bekerja sbagai pengembala kambing dan makan gaji dengan Khadijah bte Khuwailid dankemudiannya menjadi taukeh bersama dengan tokoh korporat waita Mekah, Khadijah Bte Khuwailid apabila tkoh korporat bangsawan Quarisy itu melambar Rasulullah s.a.w. sebagai suaminya.

Saya yakin setiap pekerjaan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. selian dari suatu pekerjaan yang sangat baik dan amat mulia, ianya adalah untuk menjadi ikutan umatnya yang beriman dan bertakwa. Silap besar bagi mereka yang takut untuk menceburi bidang perniagaan atau takut gagal sebagai peniaga. Kegagaan jika diterima dengan sabar dan reda pasti akan berpahala.

Yang pasti berniaga tanpa payung dan tongkat dari mana-mana pihak tidak semudah menerajui perniagaan syarikat-syarikat GLC atau apabila apa yang diusahakan dipayungi dan ditongkati dengan jumah modal tanpa had. Tetapi seandainya kita berjaya dalam usaha berteraskan kringat dan airmata sendiri, nikmatnya sukar untuk dinyatakan dalam bentuk kata-kata atau dilukiskan dalam bentuk lukisan.

Apa yang saya buat (perniagaan saya) ibarat bergalahkan batang bemban untuk ke bulan. Saya tahu sebagaimana sang pungguk tahu tidak mungkin ianya akan mampu memperisterikan puteri bulan, namun sang pungguk tetap juga membina impian, saya juga tetap membina impian tetapi bukan angan-angan kerana saya terus berusaha dan bukan setakat menongkat dagu di jendela dan khayalkan kejayaan macam Mat Jenin.

Insyallah bersama kemunculan
WASILATUL-UMMAH nanti akan lahir antologi cerpen sulung saya berjudu MENGHITUNG DOSA. Antologi berkenaan lebih bersifat pendokumentasian cerpen-cerpen saya kerana dalam apa pun yang saya tulis, saya tdiak pernah buat salinan untuk simpanan atau didokumentasikan.

Ada pelajar pusat pengajian tinggi yang memilih saya untuk menjadi bahan pengajiannya terperanjat bila saya katakan bahawa saya tidak ada menyimpan salinan karya-karya saya, malah karya-karya dalam bentuk buku pun, termasuk yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka, tidak ada dalam simpanan saya.

Sehubungan dengan itu jika penjengok blog ini ada yang menyimpan cerpen saya sama ada yang tersiar di majalah atau pun akhbar sekitar tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an dan tahun 2000 ke mari, mohon dihantar kepada saya untuk dimuatkan dalam antologoi yang bakal diterbitkan. Setakat ini saya hanya dapat mengesan 20 buah cerpen saya untuk diantologikan.

Hantarkan melalui email atau alamat pos;
Ramli Abdul Halim Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd (Company nombor 827498X) 2584, Lot 146, Jalan Sultanah Zainab, 15000 Kota Bharu, Kelantan. (Hantar sekali nombor akaun bank untuk sumbangan sedikit saguhati atas pengiriman cerpen saya yang ada dalam simpanan anda.

Sebelum berundur dari entry ini, saya perturunkan keputusan undian setelah 14 hari ianya berjalan. Yang membuat keputusannya adalah penjenguk blog. Sama ada ianya mewakili majoriti rakyat Kelantan atau sebaliknya, terpulang atas penafsiran masing-masing.

Soalan yang dikemukankan:-

Dato Nik Aziz kata Kelantan tidak akan sambut maulidur-Rasul kerana bulan Maulud tidak ada sebarang fadilat seperti bulan Ramadan. Betulkah pandangan beliau itu?

Keputusan undian

Betul %
45 (48%)
Tidak %
48 (51%)

Votes so far: 93
Poll closed

5 comments:

Anonymous said...

Salam en. meli.... semoga dalam rahmat Allah...... teraso lamo tak dok berita........

... mengenai hasil pengundian mengenai satu2 amalan/ibadat .... seperti berarak sambutan maulidurrasul tu... betulkah kaedahnya?

Nanti kalu mengundi wajib kah sembayang subuh... bagaimana keputusan agaknya? terutama kalau majoriti yang mengundi tu yang memang yang kaki malas sembahyang! hehehehe...

melikapakjangak said...

Dalam apa yang kita buat dengan ada keikhlasan dan dengan niat untuk tujuan baik. Dalam soal agama kita sepatutnya tidak main-main.

Bila buat undian kena baca Bismilleh dan akhiri dengan Alhamdulillah serta beristighafar meminta ampun kalau masa mengundi hilang kesucian niat gara-gara bisikan syaitan.

Bagi saya sistem pelaksanaan agak kelam kabut apabila semakin ramai bijak pandai agama. Banyak amalan-amalan pada waktu ini bercanggah dengan zaman saya belajar dulu.

Saya sendiri keliru. Kalau ajaran ustaz-ustaz dan tok-tok guru dulu-dulu tak betul, atas asas apa ustaz dan tok guru sekarang rasa mereka lebih betul.

Sedangkan rujukan mutlak kenalah al-Quran dan Hadis. Soalnya ustaz dan tok guru rujuk al-Quran dan Hadis mana dan ustaz dan tok guru sekarang rujuk al-Quran dan Hadis mana pula.

Orang ramai tidak boleh terus dibiarkan dalam keadaan keliru,

Setidak-tidaknya melalui pengundian yang dibuat akan menarik kecenderungan pakar-apakar agama Islam untuk mengambil inisiatif menghilangkan kekeliruan masyarakat terbanyak, terutama kalangan yang belajar agama dengan ustaz dan tok-tokok zaman dulu seperti saya.

Orang Dalam Kota Darulnaim said...

Encik Meli tak try minta kawasan balak ko untuk modali penerbitan akhbar, majalah bulanan dan buku. Kalau Encik Meli minta rasanya boleh lulus kerana untuk membangunkan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku.

Lagi pun Encik Meli rasanya bekerja selama kira-kira lapan tahun dengan Kerajaan Negeri di Urusetia Penerangan. Tak 'kan tidak dinilai jasa dan bakti Encik Meli untuk dapat kawasan balak pada jumah yang mampu untuk gerakkan penerbitan Encik Meli.

Saya yakin kalau Encik Meli minta, akan diluluskan. Maknan Encik Meli kena ada dan diberi payung dan tongkat baru ada jaminan akan cepat berjaya. Bagi saya kalau diberi kawasan balak untuk Encik Meli memodali perniagaan Encik Meli, jauh lebih baik dari diberikan kepada 100 orang lain yang lazimnya gunakan hasil jualan kawasan balak untuk berjoli dan tambah bini.

john said...

salam...

bagus cadangan anom datas tu.ambo sokong..tapi ambo rusing jugok..rusing gapo?.. yo la,tengok pado rekod nego abe li..wal hasil tok utung semace..balok modal besar,keno 'celiko' skit..tok pandai urus ruginyo parok lagih..hehehe..belum cobo belum tahu dok..mano tahu rezeki dok di batae balok...

melikapakjangak said...

Saya tak akan salahgunakan harta rakyat Kelantan untuk kepentingan peribadi. Balak adalah hak rakyat Kelantan sama ada yang telah mati, sedang hidup dan yang akan lahir. Salah guna sehelai daun pokok balak pun bermakna kita pecah amanah kepada rakyat Kelantan yang sudah mati, yang masih hidup dan yang akan lahir. Kerana itu saya lebih sanggup menjaankan perniagaan beli-jual besi buruk dari minta kawasan balak.

Saya juga lebih rela kecundang dalam perniagaan berjuta kali dari bangun dengan jaya guna harta orang ramai untuk kejayaan sendiri, anak bini dan sain-sobat. Nikmat dalam bidang perniagaan mahu pun kerjaya bukan kerana berjaya tetapi kgagalan juga suatu kenikmatan sebenarnya.

Lagi pun saya berniaga bukan untuk kaya, kerana itu saya pilih perniagaan penerbitan akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku, benda yang tidak boleh dimakan. Lepas date-line jualan, ianya akan jadi sampah-sarap. Tapi saya lebih mengutamakan matlamat kepentingan ilmu dan maklumat.

Saya tiak pernah rasa dukacita atas kegagalan, sebaliknya saya seronok kerana bertambahnya pengalaman. Bila berjumpa dengan orang gagal dalam perniagaan, saya tidak mudah pandang negatif kerana saya ada pengalaman jadi orang gagal.