Monday, March 1, 2010

MUNCUL KEMBALI (703) - KEMASKINI KALI KEDUA DENGAN PEMBETULAN FAKTA

PKR sedang menuju ke jalan mati

DENGAN lebih 10 wakil rakyatnya dikatakan berura-ura akan keluar parti bagi menambah jumlah enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk seorang bekas Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang, dua ahli parilimennya, seorang Naib Presiden seorang Setiausaha Agungnya telah isytiharkan keluar parti, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini pada saya sedang menuju jalan mati.

ADUN-ADUN yang telah keluar PKR ialah ADUN Behrang Perak, Jamaluddin Mohd Radzi yang membuat pengisytiharan pada 4 Februari 2009, Kapten (B) Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering, Perak - 4 Februari 2009), V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau - lepas jawatan ADUN dan Exco Kerajaan Kedah pada 9 Februari 2009).

Mohd. Radzhi Salleh (ADUN Lunas, Kedah - keluar PKR pada 23 Ogos 2009), Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang, Selangor - 29 Oktober 2009) dan Adun Penanti, Pulau Pinang, Mohd. Fairuz Khairuddin yang mengistiharkan diri menyertai Umno pada 28 Januari, 2010. Pada 16 April 2009 beliau melepaskan jawatan Ketua Menteri I Puluan Pinang.

Ahli Parlimen PKR yang yang isytiharkan keluar parti ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Pulau Pinang, Datuk Seri Zakarian Mohd Hashim pada 10 Januari 2010 dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Pulau Pinang, Tan Tee Beng pada 1 Mac 2010.

Manakala pada 27 Oktober 2009, Naib Presiden PKR, Datuk Jeffrey Kitingan meletakkan semua jawatan dalam parti dan pada 10 Januari 2010, Datuk Salahuddin Hashim meletakan jawatannya Setiausaha Agung PKR. Sebelumnnya PKR telah mengalami kepedihan dan keperitan kerana kehilangan tokoh-tokoh bertaraf jerung seperti Ezam Mohd. Noor dan beberapa orang tokoh lagi.

Saya melihat apa yang berlaku kepada PKR yang menghadapi gejala wakil rakyatnya lompat parti adalah merupkan 'kwong' , 'badi' atau 'sumpahan' kepada projek 16/9 Penasihat Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu mengambil tampuk pemerintahan dengan menggunakan taktik dan teknik yang mencalarkan amalan demokrasi dan kesan sampingan kepada komen-komen negatif terhadap mereka yang mufarakah dari PKR atau PR.

Seandainya kepimpinan utama PKR mampu meletakkan parti dalam keadaan kembali selesa dan selamat dan kehancuran, bukan sahaja sekalian makhluk di bumi tetapi sekalian makhluk di langit juga akan 'angkat tabik', malah akan diangap sebagai sesuatu yang amat luar biasa tetapi jika berlaku kehancuran dalam tempoh sesingkat mungkin terhadap PKR, ianya adalah merupakan sesuatu yang amat patut.

Secara peribadi saya berpendapat kehancuran PKR adalah sesuatu yang sangat wajar dan amat patut demi kepentingan perpaduan Melayu kerana semakin banyak wujudnya parti-parti yang didomenasi oleh orang Melayu, maka semakin banyaklah akan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu.

Dua parti yakni Umno dan Pas sudah cukup kepada orang Melayu: yang berminat menyokong parti pendomin kerajaan, maka mreka boleh berpihak kepada Umno manakala bagi yang berminat kepada pembangkang bolehlah menyokong Pas kerana sama ada pendominasi kerajaan atau pembangkang ianya memainkan peranan yang sama-sama penting. Kerajaan akan kuat bila pembangkang kuat dan kerajaan lemah bila pemangkang lemah.

Orang Melayu sewajarnya berpolitik secara profesional dan tidak tidak menganggap mufarakah dari parti mengikut keperluan dan keadaan semasa negara sama seperti murtad dari agama kerana antara parti politik dengan agama tidak boleh disamakan sebagai politik dengan agama yang tidak boleh dipisah-sukukan. Politik dengan partiu politik walaupun sebutannya hampir sama tetapi ianya dua perkara yang sangat berbeza.

12 comments:

Anonymous said...

DS Anwar menyedapkan hatinya sendiri dengan memberi alasan berikut;

1. Pemimpin tersebut dibayar puluhan juta
2. Pembersihan dalaman PKR
3. "Saya salah pilih calon"

Pembersihan dalaman PKR, mungkin pembersihan selesai sehingga meninggalkan 3A sahaja, Anwar, Azizah & Azmin.

Saya salah pilih calon atau calon tersalah menyokong saya?

Anwar masih dengan sikap bodoh sombongnya.

Abuzar said...

Apa yang berlaku kepada ahli2 PKR atau lain2 parti yang "amalkan u-turn" dalam arus perjuangan... mungkin inilah produk insan generasi baru selepas merdeka... yang kurang daya tahan dan daya juangnya.. berbanding dengan tokoh2 dan pejuang2 rakyat generasi sebelum merdeka.

Pejuang2 rakyat dari generasi sebelum merdeka sentiasa diburu oleh kesusahan, penderitaan dan kematian.. dari pihak penjajah british, jepun, komunis, dll ... mereka tak berganjak... mereka tidak bermuka-muka.. mereka tiada mengkhianati "perjuangan" atas "kepentingan peribadi" yang sedikit...

Generasi selepas merdeka hari ini boleh menukar ganti "nilai & maruah sebuah perjuangan" dengan harga yang "murah" dan amat "rapuh" dalam perjuangan mereka......... mungkin inilah salah satu kesan buruk.. nilai materialistik yang menular dalam jiwa manusia hari ini...

Oleh itu... membina & menyedia "pejuang2 & pemimpin2 berkualiti" adalah amat penting... sama ada kepada PKR, PAS dll...

pokyakgawah said...

OKAY .. kalu tak bayar berpuluh juta PUN kita cabar UMNO supaya MENJADIKAN mereka yang telah melompat jadi CALON BN dalam PRU 13 nanti....

ADA BERANI

Anonymous said...

Pokyakgawah,
Perlu apa UMNO nak beli barang 'Reject' dan perlu apa pula nak diangkat jadi calon. Barang ni barang tak laku jual, hanya datang dan bertenggek dlm UMNO. Dalam UMNO hanya layak jadi tukang 'salak', nk angkat jd pemimpin, tak layak! UMNO bukan tandus tokoh2 ilmuan yg educated..

joostspring said...
This comment has been removed by the author.
joostspring said...

sore pulak tubik PKR..hahahahahah

mampus dgn g2 dah puak2 PR ni..

16/9 PR menuju putrajaya ko 16/9 BN bakal mendapat 2/3 kusi parlimen ni..hahahahahaha..

tok2 wakil pas pun teringin jgk nak tubik pas,tp nak wat gana terikat dgn baih...ke kl tubik pas jd bebas jatuh talak pulak ko bini...

aku rasa kl PR merintah mlysia,hbs org2 yg keja dgn kerajaan kena sumpah baih cerai ni xkira tino jate..bare puak2 pas ni bila2 masa jah buleh wat tubik fatwa utk menghalalkan sesuatu benda ni...

p/s : demo bila pulok nak tubik pas jd bebas john..ko demo pun kena sumpah baih jgk..hohohohoho

yes said...

Siapalah yang tahu apa perancangan ALLAH.

Siapa yang menuju jalan mati, siapa yang akan mati sama sama kita tunggu.

Tiada daya dan upaya selain dari kuasa ALLAH

john said...

Joots memanggil...john sahut..

"p/s : demo bila pulok nak tubik pas jd bebas john..ko demo pun kena sumpah baih jgk..hohohohoho"

-ambo nok tubik pas?..tinggi harapae demo joots...kawe ni nok royak guano eh...payoh joots..berakar doh..slagi pas dok laung panduan alquran nga hadis panduan utamo slagi tu ambo dok situ eh..

-kalu tgna, hj hadi, harun din, ahmad awang, taib azamuddin, bakar chik..sekadar beberapa ulama' dalae pas dok situ..kawe dok baowoh payung dio eh..hehehehe..

-pasal pkr sekor2 tubik tuh...nok wak guano mugonyo mari dale umno blako..wo kali najis umno tok tanggal molek lagi sebab tu nyo pakat kube smula tu..pkr...ooo..pkr..mujur tepat ambo buke pkr tanding...

Anonymous said...

heehheeehh,,, puok2 PKR yae dok tubik parti ... masuk/ sokong UBN ni... mempunyai hujjah/ alasan kuat kerano nok sokong/ berpakat dge....

-- puok2 rasuah PKFZ.. berpuluh juta tu..

-- puok2 curi & jual engin kapal terbang F5E tu..

-- puok2 yae nok naikkan harga minyak, bil elektrik,....& barangan asas rakyat......

-- puok2 yae jadikan hakim2 & mahkamah sebagai permainan sarkas...

-- puok2 yae dok bolot projek, harta, ROYALTI rakyat........ hehehehe...

Hahaha.... kalu YB2 lompat ni pandai klentong lg hebat ..YB2 bekas PKR ni ... mesti dibelai dgn penuh kelembutan.. oleh boss UMNO .. takut tok sokong BN diADUN/DR nanti...

Tapi takpa, kalu hilang 10 atau lebih wakil rakyat/ pemimpin2 yg belot tu..... janji PKR,PAS, DAP sentiasa buktikan kepd rakyat ... pemimpin2 mereka yang masih tinggal ...tetap memenangi hati rakyat... AMANAH, JUJUR, KALIBER,GIGIH, ADIL & BERKEBAJIKAN...... YB2 PR sentiasa berjaung dibarisan hadapan membela nasib rakyat........ lakulah perubahan pro-rakyat semaksima yae mungkin .... insya allah... patah tumbuh, hilae berganti... berjuta pengundi2 rakyat Malaysia tetap bersamamu, PR, ....... "kalau hayati tuntutan REFORMASI, PKR tak mati!".... hehehehe...

john said...

Untuk joots..

"Bekas setiausaha Umno Tanah Merah digugur keahlian
TANAH MERAH, 3 Mac — Bekas Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Amran Abdul Rahman, 46, digugur keahliannya dalam Umno setelah membawa perkara parti ke mahkamah dalam saman pemula terhadap Ketua Umno Bahagian Tanah Merah, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz dan Timbalan Ketua Umno bahagian, Baharuddin Yusof.

Setiausaha Umno Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata beliau menerima surat pengesahan dari ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur yang ditandatangani oleh Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Surat bertarikh 1 Mac memaklumkan Amran yang juga ahli cawangan Simpan 3 Seri Mahligai digugurkan setelah membawa perkara parti ke mahkamah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di sini, hari ini.

Pada 17 Feb lepas, Amran mengemukakan saman pemula ke atas Ikmal Hisham dan Baharuddin di Mahkamah Tinggi Kota Baharu kerana menganggap kemenangan kedua-dua pemimpin bahagian itu meragukan.

Pada pemilihan 2008, Ikmal Hisham menang tanpa bertanding untuk jawatan Ketua Umno bahagian Tanah Merah setelah mendapati 92 dari 108 cawangan yang berdaftar di bahagian itu mencalonkannya manakala Baharuddin mengalahkan penyandang Datuk Saari Hassan dalam pertandingan satu lawan satu. — Bernama"

moral of the ceritonyo...
perkaro2 busuk / corrupt dalae umno jangae di bawo ke mahkamah sebab nanti habis dengan kakitangan mahkamah/majistret terkena najis dalam umno tuh......kesian!

ambo said...

Mereka yg menyertai PKR, selain golongan sosialis dan NGO (IFC dll)... adalah berasal dari golongan yg kecewa... mereka pernah kecewa... dan kini mereka pula mengecewakan org lain..

p/s: nampaknya Ibrahim Ali dah boleh tubuh parti BEBAS SEMALAYSIA... ahlinya semakin ramai...

p/s2: mereka yg melompat manjadi bebas... mempunyai fatwa yg berbeza dari TGNA..... melompat masuk umno haram... sbb tu mereka lompat masuk Bebas...

joostspring said...

sekadar ingatan tuk john..

lbh separuh ulamk dlm pas bersetuju tuk bersatu dgn umno demi kebaikkan umat islam di mlysia skrg ni...

tp adala 2,3 kerat ulamak hok xsedar diri berasa hebat sgt smpi xleh nk dgr buah org lain...