Wednesday, March 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (704)

GEBENG bukannya formula untuk selamatkan PKR

DENGAN
tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar PKR har ini, menjadikan jumlah ahli parlimen yang mufarakah dari parti itu berjumlah tiga orang manakala enam jumlah ahli dewan undangan negeri (ADUN) yang mufarakah masih kekal pada jumlah enam orang, termasuk masing-masing seorang bekas Timbalan Ketua Menteri I (Pulau Pinang) dan exco (Kedah).


Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim menegaskan, beliau tetap dengan kenyataannya sebelum ini yang menyatakan lebih 10 wakil rakyat akan keluar daripada parti itu. Maknanya cuma tinggal dua lagi wakil rakyat PKR mufarakah bagi mencukupkan jumlah ramalan Datuk Salehudin.


Sama ada ramalan itu tepat atau pun tidak, belawok kohong lagi bangalah kalau dikatakan PKR tidak risau, tidak resah, tidak heran, tidak gundah, tidak menggelebah, tidak berbulu dalam kain, tidak berseranggah dalam perut, tidak bergelegak otak dan tidak diburu mimpi ngeri dengan apa yang sedang melanda parti itu, dengan kes wakil rakyat, pimpinan dan ahli meninggalkan parti itu.


Gebeng kononnya PKR tidak akan terjejas dengan tindak ahli parlimen/ADUN, pimpinan dan ahlinya lompat parti adalah kata-kata palsu untuk sedapkan hati sendiri, malah dakwaan kononnya parti itu masih kuat dan utuh lebih bersifat kuat bunyi dari gendang yang langsung tidak akan melabakan parti.


Jangankan sepuluh wakil rakyat, seorang ahli atau penyokong yang tepak, yang yempang, yang bikung, yang sewel, yang keceng mata sebelah atau pun buta kepek, malah yang dirawat di wad sakit jiwa pun sangat bernilai kepada mana-mana parti politik sekali pun kerana di tangan mereka ada kuasa, yakni undi. Tidak ada mana-mana parti politi pun akan seronok dengan kehilangan penyokong, apatah lagi kehilangan pimpinan dan ahli.


Pak Had Ceton Tembus, Jusoh Rambut Jjiban, Mek Esah Skirt Merah, Gayah Ronggeng, Mek Jah Sampah dan penerima-penerima rawatan mental lain pun akan angap pelik dan rosak mental kalau pimpinan mana-mana parti politik seronok bila ahli, pendukung dan penyokong mufararakah. Maknanya kalau ada yang orang PKR seronok dengan kes mufarakah, elklah jumpa pakar sakit jiwa dan jangan tunggu sampai 'bborat'.


Saya yakin budak sekolah rendah kalau pun bukan budak kelas PASTI, TASKA atau TABIKA boleh membuat andaian dan firasat tentang masa depan sesebuah pati kalau wakil-wakil rakyat dan pimpinan serta ahlinya lompat atau mufarazah parti. Ertinya PKR kini dalam keadaan nazak dan tunggu masa untuk ditalqimkan kerana parti itu sudah sampai pada peringkat berak tahi gagak dah.


Kalau pun parti itu terus hidup ianya akan menjadi parti 3A yakni Azizah, Anwar dan Azmin yang mana jangankan ada spesis manusia waras nak terus dukung dan sokong PKR, tetapi anjing kurap buruk kepala berulat nyunyak-nyunyak pun nanti akan malas dan tidak ada selera nak salak!

3 comments:

ambo said...

Parti2 yg mempunyai asas yg kukuh...seperti umno,pas,dap... akan terus kekal kukuh...

Parti2 yg ditubuhkan berdasarkan kepentingan peribadi atau atas dasar kekecewaan akan terus silih berganti....

PUTRA CAKNA said...

Kita harus fikirkan mengapa ADUN dan AP PKR keluar parti? Mengapa dalam saat-saat PKR yang kuat mereka keluar? Kalau saat-saat PKR lemah, saya tidak hairan.
Tentu ada sesuatu yang tidak berlaga angin dengan demo-demo hok tubik tu dengan perjuanga PKR sendiri.
Sudah pastinya mereka keluar kerana mementingkan hak ramai daripada indidu.
Dan sudah pastinya tidak belago angin dengan rakyat jelata di Malayasia ini.
Hanya segelintir yang hendak menumpang tuah dengan PKR yang kemas kejat dok ggatung walaupun gelora angin bertiup kencang memukul PKR.
Apakah hok dok bergantung tu tidak mahu lepas sampai PKR tumbang?
Kalau PKR sudah tumbang sudah tidak ada makna lagi kalau lepas pun kerana lepas pada masa tu sudah tidak releven lagi, dan pastinya dianggap mementingkan individu itu sendiri!

Anonymous said...

Puok2 yang tak berprinsip saja sanggup melelong dirinya..kepada UMNO/BN... rakyat bertungkus lumus menolak kelanunan & kedurjanaan pemimpin2 UMNO/BN dalam PRU/PRK tiba bila diberi mandat.. puok2 wakil2 rakyat cabuk ni... melelong diri untuk kejar habuan duniawi....

Lainlah kalau parti yang mereka lompat/sokong tu.. parti yang diharapkan oleh rakyat untuk hapuskan dasar penindasan/ korupsi UMNO/BN tu... ini YB2 lompat ni.. bersekongkol pula dengan pemimpin2 kaki maksiat, rasuah dan penuh skandal yang tragis....hahaha....

Kononnya alasan "agama",... warak sangatkah pemimpin2 UMNO yang mereka jilat itu..... hehehe...

Kalau dah niat nak habuan melalui parti.. tak payah masuk PKR, PAS, DAP..PR awal2 lagi.. memang cara tadbiran dalam PR berbeza dengan budaya UMNO/BN.... taklah PKR & rakyat tak tertipu atau dikhianati oleh manusia2 bermentaliti "kitol" & "raja mandaliar".... DEMI FULUS..

Nampak sangat dangkalnya.. ahli2 politik melayu .."cap ayam".. ni.. memalukan... sikap bermuka2, pembelot, tiada setiakawan, pengkhianat, tak berprinsip.. Aku rasa mereka & keturunan mereka yang dok menkedarah "duit haram" ..gaji/ rasuah/ hasil dari menipu rakyat ni ... hidup mereka dimakan sumpah sehingga akhirat....kerana rakyat yang mengundi mereka untuk perubahan rakyat bukan kepentingan peribadi mereka.... sama spesis Brahim Ali...

Aku cabar puok2 hok keluar parti jadi YB2 bebas termasuk Brahim Ali ni .... bertanding sebagai CALUN BEBAS pada PRU13 nanti jika mereka berkata benar dan apa yang diucapkan itu benar........ kaluu tidak, kamu juga manusia durjana sama seperti pemimpin2 UMNO yang koorup & fasik itu....