Wednesday, March 3, 2010

MUNCUL KEMBALI (705)

isu lompat parti
MB Kelantan dan pimpinan PKR angkuh, MB Kedah lebih rasional

MENTERI Besar Kelantan, Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan langkah tiga ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), rakan Pas dan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) mengkhianati rakyat dan mahukan ketiga-tiganya letak jawatan bagi memberi peluang kepada rakyat memilih calon yang diingini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pula mendakwa mereka yang melompat dari PKR dibayar puluhan juta, pembersihan dalaman PKR dan beliau tersilap memilih calon manakala Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak bimbang dengan trend keluar parti boleh menjejaskan Pakatan Pembangkang (PR).

Setakat ini seramai enam ahli dewan undangan negeri (ADUN) dan tiga ahli parlimen PKR telah bertindak meninggalkan parti itu yang turut kehilangan Setiausaha Agung (Datuk Salehuddin Hassan) dan seorang Naib Presiden (Jeffry Ketingan) di samping beberapa pemimpin berskala besar seperti Ezam Mohd. Noor dan lain-lain.

Seperti biasa, dengan imej dan berteraskan dengan pangkalnya namanya digezetkan dengan 'Tuan Guru' Nik Aziz menggunakan hujah yang lebih mirip kepada keagamaan supaya majoriti rakyat melihat tindakan wakil-wakil rakyat PKR lompat itu berdosa tetapi jika wakil rakyat Umno atau parti komponen yang lain lompat ke dalam PR berpahala, lompat dari PR khianat, lompat ke dalam PR sebagai suatu kewajaran.

Tetapi tidak pula diperhukum dan diperhujahkan apakah wakil-wakil rakyat akan berada dalam keadaan halal dan tidak berdosa kerana gagal memenuhi janji yang ditabur dan menyebabkan rakyat selaku pengundi memberi mandat walhal kalau melompat peluang untuk memberi khidmat kepada rakyat akan lebih baik dab bermenfaat.

Manakala Anwar yang 'pearasan' sebagai tokoh terhebat yang tidak ada tandingan di samping pernah merancangan bagi menumbangkan kerajaan melalui projek 16/9 menganggap wakil-wakil rakat PKR melompat tidak akan menjejaskan kekuatan PKR, sebaliknya ianya akan menjadikan PKR akan lebih baik.

Semua parti politik di dunia bukan sahaja berusaha untuk memastikan ahli dan para penyokong terus kekal menjadi ahli dan menyokong parti yang dianuti, malah sentiasa mahu menambah bilangan ahli tetapi PKR menyongsang dan mencarik kepentingan berpolitik apabila mengalu-alukan ahlinya, termasuk wakil rakyat lompat parti.

Bagi saya pandangan, pendirian dan ulasan Nik Aziz mahu pun Anwar berteraskan rasa angkuh, sombong, takbur dan riak kerana, sekali gus melanggar batas-batas profesionaal dalam berpolitik.

Ini adalah kerana kedua-duanya menganggap masing-masing amat berpengaruh dan sukar untuk digugat oleh sesiapa pun menyebabkan kedua-duanya semacam terlupa untuk melihat suasana dan keadaan semasa politik negara yang sebenarnya ibarat pantai, sekali air bah maka pantai akan berubah.

Pandangan, pendirian dan ulasan Azizan bagi saya lebih rasional dan menepati ciri-ciri profesionalisme dalam berpolitik kerana apabila berlakunya kes lompat parti, mahu tidak mahu ianya bukan sahaja hanya akan menjejaskan PKR sahaja tetapi reputasi dan prestasi serta keyakinan umum terhadap PR itu sendiri akan.

Ertinya kes lompat parti bukannya sesuatu yang patut digembirkan, sebaliknya patut kena dikhuatiri dan dibimbangi dan langkah-langkah segera patut dilakukan untuk menghalangnya dari mejadi suatu sindrom dan wabak yang sukar dibendung.

19 comments:

joostspring said...

gana kira weh nik ajis sakit time sultan nak balik...

ada hok nak kena buang disebalik derhako ko???

hahahhahaa...

yolo ko sakit si ajis tu..kan kl buat2 sakit namo Allah we sakit sunggoh sampai memudaratkan ke...

Anonymous said...

Pada aku, tulisan en meli dalam artikel ini cukup menghina & prajudis melampau, .... dibahasakan nik aziz, anwar pada taraf sama seperti ahli2 politik "cap ayam" pembelot itu.... Ingin jugak nak tengok en. meli yang "arif politik" ini ,,,berdebat dengan nik aziz ke,,, atau anwar ibrahim ke... yang dikejinya itu ... jika en. meli berbuat demikian, baru en. meli aku anggap anak jantan...

Dan satu lagi,,,

Puok2 yang tak berprinsip saja sanggup melelong dirinya..kepada UMNO/BN... rakyat bertungkus lumus menolak kelanunan & kedurjanaan pemimpin2 UMNO/BN dalam PRU/PRK tiba bila diberi mandat.. puok2 wakil2 rakyat cabuk ni... melelong diri untuk kejar habuan duniawi....

Lainlah kalau parti yang mereka lompat/sokong tu.. parti yang diharapkan oleh rakyat untuk hapuskan dasar penindasan/ korupsi UMNO/BN tu... ini YB2 lompat ni.. bersekongkol pula dengan pemimpin2 kaki maksiat, rasuah dan penuh skandal yang tragis....hahaha....

Kononnya alasan "agama",... warak sangatkah pemimpin2 UMNO yang mereka jilat itu..... hehehe...

Kalau dah niat nak habuan melalui parti.. tak payah masuk PKR, PAS, DAP..PR awal2 lagi.. memang cara tadbiran dalam PR berbeza dengan budaya UMNO/BN.... taklah PKR & rakyat tak tertipu atau dikhianati oleh manusia2 bermentaliti "kitol" & "raja mandaliar".... DEMI FULUS..

Nampak sangat dangkalnya.. ahli2 politik melayu .."cap ayam".. ni.. memalukan... sikap bermuka2, pembelot, tiada setiakawan, pengkhianat, tak berprinsip.. Aku rasa mereka & keturunan mereka yang dok menkedarah "duit haram" ..gaji/ rasuah/ hasil dari menipu rakyat ni ... hidup mereka dimakan sumpah sehingga akhirat....kerana rakyat yang mengundi mereka untuk perubahan rakyat bukan kepentingan peribadi mereka.... sama spesis Brahim Ali...

Aku cabar puok2 hok keluar parti jadi YB2 bebas termasuk Brahim Ali ni .... bertanding sebagai CALUN BEBAS pada PRU13 nanti jika mereka berkata benar dan apa yang diucapkan itu benar........ kaluu tidak, kamu juga manusia durjana sama seperti pemimpin2 UMNO yang koorup & fasik itu....

Anonymous said...

tok guru akan didesak berundur jadi mb oleh istana, mat yakob akan dipecat dari tmb. husam tersengih.

joostspring said...

anom cap ayam 8.45am

mabuk tuak masee ko sedaro...

tulisan demo dgn pendirian abuya ajis demo serupo hidup2...

hidup la mu dgn angan2 koya dan perasaan diri mu jah betul tu...

john said...
This comment has been removed by the author.
john said...

salam...

Anom 8.58am, ambo setuju dengan ulasan demo tapi seperti diketahui En. Meli memae dah bosae dengan geng PR (mungkin pengalame lamo dio tok molek nga pas kelate kalih). Apo yang di ulasnya semuanya buruk belako kepada PR kalu baik pun secara kias2 je. En. Meli mendukung gagasan 1 malaysia jadi apa2 yang berkaitan dengan 1 m'sia adalah baik belaka. jadi demo kena faham la. Ambo faham doh jadi kalu hok mano dio kato tu..kalu demo tok puas hati, kito kritik je dae dio pun terbuko..ko guano abe li dok?..

Tapi kalu mace joots dan pencacai umno yg lain, yang ni memang terang2 buto mengenai keburukan umno. puas ambo dakwah tok degih2. nok wak lagu mano lagih tok tahu eh. Ambo bui bukti kukuh dio kato sesat. hok dok napoknyo dio yang semakin sesat. Ado ko dio kato tok guru nik Aziz sesat?..kalu gitu gak kesiaenyo rakyat kelate dan m'sia am nyo hok jadikae tok guru idola ni sesat belako doh la. Ko joots nok suruh artis m'sia jadi idola?

Joots, ni ado so lagi kawe nok bui demo..pasal ulasan terbaru Dr Yusuf Qardhawi. untuk makluman Dr. yusuf qardhawi bukan ahli pas dan bukan pkr..dio Ulama'yang di iktiraf antarbangsa sebagaiman umno iktiraf dio semaso sambutan maal hijrah baru ni. Dio kato -

" sesiapa yang percaya kepada tuduhan terhadap DSAI adalah FASIK dan golongan yang mengusahakan pertuduhan ke atas DSAI ini adalah MUNAFIK."

-joots, sappo golongan FASIK dan MUNAFIK di malaysia ni? demo masuk dale golongae mano joots?..bukae ambo kato nih..Dr yusuf Qardhawi yang kata....

joostspring said...

john oo john...

demo nk kecek bab nuar aljuburi pulak...demo kenal la si aljuburi dulu secara dekat...tanya kpd inner2 circle aljuburi peel perangai aljuburi yg sebenar...jgn duk dgr buah mulut org jah...

bila tu yusof qardawi kata gitu???

10 thn lpas ko??

demo wi bukti kukuh gapo john ko kawe..

kawe tanya dalil dan nas mana oyt nik ajis samakan org berdemo dgn org sembahyang jumaat&haji demo xleh oyt..dalil dan nas mana kata hudud hanya utk org isle saja demo xleh nak oyt..

kawe buto r pasal keburukkan umno..sbb tu kawe xundi umno PRU12 lalu.....

ambo oyt dah john...selagi pas duk amalkan mentaliti puak2 pas seperti hari ni jgn harap la semua org2 islam di mlysia nak sokong pas..

zaman mengkafirkan org lain dan beraso diri sendri jah lbh alim hbs dah john....pas kena bwk pendekatan serupo dgn puak2 tabligh kl nak raih sokongan org isle dan melayu di malaysia ni...

joostspring said...

john dan anom cap ayam 8.45am

kl nak org majoriti org isle d mlysia ni sokong pas baik puak2 mu tu ubah dlu mentaliti pemikiran seperti tulisan anom cap aye 8.45am tu..

g la tanya org2 isle lain bakpo xsokong pas dan dgr org akn oyt gapo???

nate pas ni xleh mikir ko bakpo selama 50thn penubuhan pas majorriti org islam di mlysia ni xleh nak terima perjuangan pas..

kl la ditakdirkan nik ajis takdok sikit hari lagi, kawe caya haji hadi akn gunakan pendekatan baru dlm perjuangan pas..haji hadi napok dah yg cara pas guna hari ni xleh bwk g mana...haji hadi hanya menunggu masa jah..malah nk baloh dgn org tua nyanyuk xsedar diri serupo nik ajis tu...

john said...

Joots..o...joots..

buke sore ore srupo demo joots..rama lagi dale m'sia ni..sebab tu umno bertahae negeri2 lain tu..sebab spesies po demo kelate nok pupus doh...

hudud utk ore isle sajo demo pertikai? memang hudud khas utk ore joots tapi kalu buke islae nok terimo paka buleh. hok ni demo gi rujuk ko ore pandai tafsir quran dengan hukum hakam islam. .gi cari mufti perok tak po joots..jange tanyo najib ko rais yatim ko..che det lagi la..gi cari ulama' demo tanyo..

Sbyg jumaat dan haji merupakan satu demonstrasi?..pertamo demo keno tahu demontrasi ni gapo? maksud demontrasi ni ialah "menunjukkan perbuatan kita secara beramai2". ore gi haji ni dio buat sore ko?..ore sbyg jumaat ni dio buat sore ko?..demo jange saloh pehe denga maksud demontrasi tu joots..doh la jahil..nok menjahilkan ore pulok..

joots o joots..

"bilo yusuf qardhawi kato gitu? 10 tahun lepas?"..tu baru dio kalu bodoh, bertanyo...ok joots nok tahu bilo..gini ni ambo bui maklumat sikit ko demo..demo nok gi ko tok ser ko..demo risik2 la nga ore2 selangor nuh:

Majlis Makan Malam dan Ceramah Perdana
Sempena Ulang Tahun Ke-2

Kemenangan Pakatan Rakyat Wilayah Persekutuan

7 Mac 2010 (Ahad)

Jam 8.00 – 12.00 Malam

Dewan dan Padang Kelab Sultan Sulaiman
Kampong Bharu, Kuala Lumpur

Penceramah

1) YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
2) YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
3) YAB Lim Guan Eng
4) YB Azmin Ali
5) YB Dato’ Mahfuz Omar
6) Ahli-ahli Parlimen PR Wilayah Persekutuan
7) Perisytiharan khas Sheikh Yusof
Qardhawi berhubung kes DSAI

Demo tengok yang no 7 ni demo tahu eh maksud ambo..buke hok 10 tahun ketinggalae srupo demo tuh..hok ke depae lagi ambo bui...chow!


p/s:maaf eh terkasar bahaso kepado yang tok reti bahaso

Anonymous said...

John,..sikik jah nk tnyo
1.Demo gi ko majlis tu?. Majlis hok demo kato Yusuf al-Qardawi ceramoh tu?. Acu tunjuk bia jelas gak..
2. Kalu demo gi, demo pehe ko Yusuf Qardhawi oyat?, ko dok dgr ore kkecek jah..
3. Kalu pun Yusuf Qardhawi meme kato gitu, patut doh mugo dia kkecek dalam majlis politik PKR, takkan dia nak kutuk pulok.. sebagaimana puok2 PR panggil pakar Thailand utk bela keluarga Teo Beng Hock, takkan nak tulong belo alik BPR.
4. Acu msuk dale you tube, ambo nk dgr getek! boleh lah pehe koho2, jange tnjuk rujukan Harakah, Suara Keadlilan, bare tu tak dok nilai pada ambo.
5. Guano Tok Guru loni? x sega lagi ko? nyo mari skit maso Sultan kelik, nok wak guano...mugo sakit ni tak kira maso, de nok sakit gak nyo sakit! ko guano... Pada ambo bia dia sakit sngoti la, x kan dia tipu mugo dia tok Guru!

joostspring said...

john...

kita pakat dgr deh...hohhohoo..nik ajis dulu nak wat semaye hajat ko aljuburi...tgk2 xjadi..bakpo eh jadi g2..ko nik ajis xse saham pakat dgn aljuburi ni...harap ada rakaman video r pasal yusof qardawi kecek ni...puak2 pkr ni xleh wat kira..ngecing kuat..org kata lain nya belit kot lain..nak molek lagi biar yusof qardawi g jupe haji hadi n biar haji hadi perjelas situasi sebenar ko yusof qardawi...
dan sebelum2 ni yusof qardawi pun byk dgr pasal liwat ni dr org2 aljuburi jah,gilo la org2 aljuburi nak oyt yg aljuburi ni liwat org..kena dgr dua2 belah pihak mcm haji hadi tu...demo tgk john,ada haji hadi masuk campur kes liwat aljuburi ni????

dr john endoro..
maksud demontrasi ni ialah "menunjukkan perbuatan kita secara beramai2".

ada jah ayt demo tuk backup nik ajis tu...

john oo john..
org berdemo ni sbb gapo..nawaitu dan niat org berdemo ni sama ko dgn org sembahyang jumaat dan g haji tu, yg demo tafsir maksud perbuatan secara beramai2 tu utk buat gapo???...ambo oyt dah john,2 org jah dlm dua ni samakan berdemo dgn semaye jumaat n org g haji...sore nik ajis dan sore lagi ulamak terdahulu dan ulamak ni telah diusir dan di pulau krn bwk fahaman ni...

Anonymous said...

Ha ha ha, baru ado ulase hok buat John senyap, hebat Jootspring ni, terusken biar set2 pas ni isaf ko diri, tok keno sikit kapir, tok belago anging sikit saloh, tok undi pas masuk nerako, undi pas masuk surgo, mace hok mok pok dio.....

john said...

Salam...penutup 705

ambo tok senyap anon, ambo nok hadkae komen ambo 2 jah utk setiap artikel..lamokae blog ni jadi srupo blog ambo pulok. demo tok soh rusing la anom, ambo akae mengomen sokmo utk artikel2 seterusnyo..kalu nga umno gak tak dok kaki nga tangae ambo lawe lagi..

Anom kato "4. Acu msuk dale you tube, ambo nk dgr getek! boleh lah pehe koho2, jange tnjuk rujukan Harakah, Suara Keadlilan, bare tu tak dok nilai pada ambo."
-demo nok cari maklumat pasal PR bukae melalui harakah dan suara keadilan? nok cari dale utusae...alamatnyo tok jupo la..ambo pulok utusae tak dok nilai jugok!

-nok suruh ambo rakam pasal pengisytharan yusuf qardahwi? demo gi dengar sendiri la..nok suruh ore suap belako nih jenis mental subsidi umno..internet ado kae lo ni?

-joots o joots..nok kaitkan TG hj hadi tok sokong anwar? napok macam minat je ko TGHH..mari eh join pas ni. joots o joots..demo tahu ko dok TGHH buat buku khas tiko kes anwar yg pertamo hari tu tajuk QAZAF? demo tahu dok qazaf tu gapo?..kan Anwar failkan kes Qazaf ni di mahkamah syariah? bakpo kerajaae nok melengoh-lengohkae kes dionyo? ore islae keno tuduhae liwat tok ser caro bawoh mahkamah syariah..tok pelik ko? hok tu ambo kato umno ni nga pengikut2 dio buleh sesat..

joots o joots termasuk anom diatas skali..demo nok masuk dale golongae FASIK ko golonga MUNAFIQ? bukae ambo royak Dr. Yusuf Qardhawi royak...

p/s: ambo akae sambung dale posting seterusnya...so long bro.

Anonymous said...

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?

Ulama umno pulamain kafir mengkafir

http://penarikbeca.blogspot.com
Pagi tadi, saya dah tulis. Lepas Subuh, bila tengok berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Harussani dedah keangkuhan PAS", saya fikir dalam hati, tak boleh biar putar alam ni. Pagi tadi dapat buat satu dua para ja. Ni baru sambung.

Antara lain, berita itu memetik Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata:

"...setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN".

Setahu saya, ustaz-ustaz yang mengajar memberitahu bahawa menolong orang yang zalim ialah dengan menghalang orang itu melakukan kzaliman. Bukan menolong si zalim namanya jika bersekongkol dengan si zalim.

Nabi Muhammad s.'a.w. yang dikasihi bersabda :"Tolonglah saudara kamu yang zalim dan yang kena zalim" Seorang lelaki bertanya, "wahai rasulullah, aku akan menolong seseorang yang dizalimi. Bagaimana pula, hendak menolong orang yang zalim?" Jawab Nabi, "berhentikan dia daripada melakukan kezaliman, maka itu adalah cara kamu menolong dia" (Al-Bukhari : 6438)

Harussani juga berkata:

"...Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir".

Bolehkah Harussani beritahu, adakah bila Umno berkerjasama dengan MCA, MIC, pemimpin-pemimpin bukan Islam dalam Gerakan serta PBS dan entah apa-apa parti, itu bermakna Umno "sayang kepada kafir maka kafir"?

Apa pendapat Harussani tentang orang-orang Umno yang mengundi Datuk Tan Lian Hoe di Gerik dan menolak calon beragama Islam dari PAS, Mohd Noor Abdul Rahman? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"? Bagaimana pula dengan para pemimpin Umno yang bermati-matian berkempen kepada orang-orang Islam di Gerik supaya mengundi Tan? Adakah "sayang kepada kafir maka kafir"?

Gerik hanya salah satu contoh. Banyak lagi contoh lain? Saya masih ingat lagi pilihan raya kecil Ijok. Banyak kawan-kawan saya dari Umno yang menyokong calon MIC, K. Parthiban dan mengeji-ngeji calon PKR yang beragama Islam, Tan Sri Khalid Ibrahim. Na'uzubiLlah, saya tidak akan menuduh mereka kafir. Tetapi saya nak tanya Harussani, adakah mereka "sayang kepada kafir maka kafir"?

............sambg..

Anonymous said...

sambg.........
Nak pulang paku buah keras dan menyatakan PAS yang kafir-mengkafir? Memanglah. Tetapi yang suka kafirkan Umno itu kini dah tak ada lagi dalam PAS. Ramai yang pakat-pakat masuk Umno seperti Ustaz Wan Ismail Machang, Ustaz Mohd Noor Idris, Ustaz Omar Khalid, Ustaz Abdul Razak Daud dan lain-lain.

Memang masih ada di dalam PAS yang dibising-bisingkan sebagai menuduh Umno kafir, walaupun saya tak pernah dengar menyebut secara jelas bahawa Umno kafir. Memang benar, pada 7 April 1981, Presiden PAS pernah memberikan ucapannya yang terkenal di Banggol Peradong, Kuala Terengganu: "Kita menjadi kafir dengan mengamalkan politik suku, agama suku".

Tetapi, bukankah beliau juga yang kini begitu lunak kepada Umno? (Sila baca berita Utusan Malaysia 21/7/08 "Muzakarah bermula - PM 3 kali bertemu pemimpin Pas - Umno tidak letak syarat", berita Harakah Daily 19/2/10 "Utusan Malaysia putar belit kenyataan Presiden PAS" di mana beliau menyebut tentang "anjakan paradigma dalam Umno sendiri yang tidak lagi mengatakan politik suku agama suku" dan berita Malaysiakini 11/7/08 "Hadi: Apa perlu mainkan isu Altantuya?")

Apa yang hendak saya nyatakan adalah, orang-orang yang dahulunya mengkafirkan Umno kini sudah jadi Umno dan tidak lagi berada di dalam PAS dan orang yang dituduh mengkafirkan Umno pula kini kelihatan mesra Umno.

Kini, nampaknya giliran ulama Umno pula yang nak main isu kafir-mengkafir seperti yang dilakukan oleh Harussani.

XXXXXXXXXX UMNO >>>------> BULAN la...

... hehehehhehehhehhe...... tokmufti...tok mufti..berat sebelah nampak.... tok jahil2 dlm UMNO .... "koho mutar-kana" ... selamo kening puok2 melayu umno dok pangkah kapal layar & dacing yang wakil rakyat bukae Islam tu.. lagu mano agaoknya..... terutama yae doh wafat sebelum tobat tu......

Anonymous said...

Guano plk dengan DS Anwar. Dulu buke main dok bbodo ulama' PAS masa dia jawatan TPM.

Bab dio hino ulama' paling ore pas luruh air mato.

Lo ni dia buat parti baru. Buke dio ikut pas, tapi pas dok ikut kata dio.

Dio ada minta maaf doh ko ngan penyokong pas.

Ko kiro 'suci' bila PAS ikut dio (buke dio ikut pas)

Anonymous said...

Pada fasa 1 perjuangan anwar, ... mulo2 anwar memae anti-tirani elit UMNO sejok bangku sekolah lagi hinggo ko universiti,,, sapa dio jadi presiden ABIM shigga letok jawatan 1982.( nota: Sebhgian pimpinan PAS sekarang pernah bergerak dalam ABIM dibawah pimpinan anwar.. cth.. TGHH, Ustaz Shamsudin Othman, Ustaz Ahmad Awang, Kamarudin Jaafar, Tuan Ibrahim Tuan Man, dll.. ).

Kemudian fasa 2 perjuangan anwar, pd 1982 dikecek dengae mulut manis madey, dio joint umno, ..dalae umno memae dio dibeliti dengae pouk2 umno yae taksub assobiyyah parti... kadae2 anwar pun tersasul banyak hal terhadap PAS/ DAP/ S46 .. ketika itu.... tapi bilo2 dibertindak lebih ckit tentang akta BPR, rasuah dan amalan ambik harta negara nok buy-out sykat2 hampir bankrap anok beranak madey dan daim zainuddin ketika ekonomi merudum pd 1998... mako nampoklah tembelang sebenarnya madey BCA.. konspirasi terhadap anwar pd 1998 yg sungguh tragis... selepas 16 tahun bersama umno.. anwar pun tersedar dari pandangan fatamargonanya bersama umno.....

Bermula fasa 3 perjuangan anwar, atas kesilapan itu,,, dari 1998 sehingga kini Anwar insaf ... dan bergerak kembali dgn perjuangan asal - anti-tirani elit umno/BN - dengan tersendiri yang lebil plural & sejagat.. "DEMI KEADILAN SOSIAL YANG MENYELURUH KEPADA RAKYAT MALAYSIA" ... Beliau berjaya melunak & menggabung 2 potensi kelompok ekstrim ISLAM, PAS dengan ekstrim SOSIALIS LIBERAL, DAP, PRM,PSM....dengan satu wadah/platform PR, reformasi rakyat yang fokus kepada "PATRIOTISME, INTEGRITI, SOLIDARITI, KEADILAN & KEBAJIKAN" dalam realiti komuniti majmuk di Malaysia kini.....

Proses perharmonian dari pendekatan ekstrim kepada lebih pragmatik DAP, PAS & PKR ini.. menyebabkan PR agak unik... mengimbangi antara tuntutan prisip dogmatik kepartian kepada prinsip kepluralan & kesejagatan rakyat Malaysia yang lebih perkasa & berjaya!

Inilah asas kepada GERAKAN REFORMASI RAKYAT melalui PR..menuju medan demokrasi pada PRU13 nanti ................. hehehe... suara rakyat merdeka kelas 3 tetap bersama anwar & pimpinan PR ....

joostspring said...

demo ni gak john...

bab putar belit no satu...

bakpo g amik cara masa haji hadi sokong kes mula2...kes mula2 org bleh lg nak oyt konspirasi..kl dah sapa dua kali org akn cari kebenaran dan kebenaran jgk la yg haji hadi telah dpt..

dan kerana qazaf jgk la aljuburi telah mkn diri...demo igtkan kl xdok 4 org saksi bleh settle dgn g2 ko smpi leh jthkan hukuman terus ko sepul.Qarinah demo nak tohok mana pulak bila org tu dah kecek pasal qazaf ni....

InsyaAllah john...kl haji hadi bleh ubah pas dan pengikut2 jumud pas seperti hok ada hari ni,demo xsoh risau la..bkn stakat kawe jah akn sokong pas..rmi lagi org2 lain akn sokong pas..

ambo said...

Kepada anon. jgn main cutpaste blog lain.......Harap dpt teliti segala yg ditulis oleh penarikbeca... telah jelas SYIAH.. sentiasa cuba mencari kesalahan kepimpinan PAS yg dituduh sebagai geng perpaduang....dan telah tersenarai dlm golongan blog 'celaka'....

p/s: objektif utama... melaga2kan ulama ASWJ..