Friday, March 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (706)

Mursyidul Am Pas didakwa double standard

KUALA LUMPUR 5 Mac - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat didakwa bersikap double standard apabila menyifatkan tindakan tiga Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) melompat parti sebagai mengkhianati amanah rakyat.


Pensyarah Kanan Bahagian Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd. Zaini Abu Bakar berkata, jika terdapat wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang bertindak menyertai pembangkang, beliau akan menyifatkannya sebagai tindakan terpuji.


"Mana-mana pihak yang beri keuntungan kepada pasukannya akan dilihat sebagai bermaruah dan dihormati tetapi jika situasi tidak memihak kepada mereka, individu terbabit akan dikritik dengan label tertentu dan jelaslah komennya tidak konsisten," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz yang menggesa ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan meletakkan jawatan.


Ia kerana menurut Menteri Besar Kelantan itu, rakyat memberikan undi kepada ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut kerana percaya dengan perjuangan parti yang mereka sertai.


Mengulas lanjut, Dr.Mohd.Zaini berkata, kenyataan Nik Abdul Aziz itu hanya akan menjejaskan kredibilitinya sebagai seorang pemimpin agama yang dihormati.


"Saya melihat tindakan mereka itu mungkin kerana desakan daripada pengundi dan sebagai wakil rakyat, mereka lebih faham apa yang sedang berlaku di kawasan masing-masing," katanya.


Menurut beliau, tindakan tiga wakil rakyat pakatan pembangkang itu keluar parti juga boleh dirumuskan sebagai tidak wujud keserasian dengan organisasi yang mereka wakili apatah lagi prinsip perjuangan sudah berbeza.


Sementara itu, seorang lagi penganalisis politik daripada USM, Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk pula berkata, adalah tidak adil bagi Nik Abdul Aziz melabelkan tindakan keluar parti itu sebagai mengkhianati amanah rakyat kerana di negara ini tidak wujud sebarang undang-undang yang menghalang wakil rakyat bertindak demikian.


"Jika parti-parti politik serius serta tidak mahu ahli mereka keluar parti, maka bertindaklah untuk mewujudkan satu undang-undang," katanya.


Azeem Fazwan merumuskan, kenyataan Nik Abdul Aziz itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kekuatan pakatan pembangkang dalam Dewan Rakyat yang semakin terhakis.


"Pakatan pembangkang sudah tidak mempunyai tarikan lagi kepada ahli Parlimen mereka sendiri dan itulah kesannya sehingga seorang demi seorang meninggalkan parti" katanya.


Petikan laporan di atas berasaskan kepada pandangan orang akademik. Apa kata dan pandangan orang ramai, terutama aktivis politik?

3 comments:

Anonymous said...

politik blako tu cik meli.

menggunakan agamo untuk menghalalkan perbuatan politik.

"Melompat parti dari Umno kpd "PAS" mcm masuk Islam semula". Kalu masuk PKR (Sekular/Liberal) dan DAP (Kafir harbi) dia tak ulas. (Takut nk ulas, pasal takut ore hentam dia balik).

Lo ni demo tu dok cerita pasal cerita lompat parti di terengganu masa dulu2.

hehehe..

ps : akan tubik tak fatwa budu lain?

Anonymous said...

Pandangan akademik di malaysia ini... susah juga nak dijadikan fakta kerana yang bercakap tidak bebas dari AUKU.... mana2 yang ahli akademik/ profesor kangkong tak akan menonjol diri dengan fakta sebenar... bahkan lebih mencari jalan selamat .. "ucapan2 bodek UMNO/BN"... nak cari senang hidup & mudah cari makan saja... walaupun fakta yang menipu diri sendiri...

Kalau UMNO/BN buat apa sajalah... bersifat double standard.. melalui SPR, SPRM, RTM, PDRM, Mahkamah, GLC, Univertsiti2 Awam, jentera2 kerajaan yang lain,,, tiadalah akademik2 kangkong ini ... berani buka mulut .... Kalau NC/ TNC ugut sikit dah terkencing dalam seluar... sifat pengecut dan baculnya generasi baru melayu hasil dari berkurun ternakan minda oleh UMNO.... Melayu2 UMNO apa lagilah.. hehhehehehe......

Mamat Spelet said...

memang nik aziz double standard. anwar pun sama. kalau kita ambik tok wakil orang ok, kalau orang ambik tok wakil kita tak ok. mana konsistennya. gunalah hujah apa sekalipun, tak boleh pakai.