Saturday, March 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (707

Akhirnya Anwar mengaku

MELAKA, 6 Mac (Bernama) -- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui parti itu sedang menghadapi masalah apabila beberapa wakil rakyatnya keluar parti baru-baru ini.

Beliau menyifatkan masalah berkenaan sebagai pengajaran yang baik dalam memilih calon wakil rakyat yang taat dan setia kepada parti pada masa depan.

"Ini masalah kita, ada pengajaran juga...sekarang ini Keadilan menghadapi masalah sedikit tetapi pengajaran yang baik," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di Pulau Gadong dekat sini, Jumaat malam.

Baru-baru ini, PKR menerima tamparan apabila tiga anggota Parlimennya iaitu Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzil Samsuri (Bagan Serai) mengumumkan keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Anwar berkata semua wakil rakyat PKR dan pemimpin parti itu akan dikenakan mengikuti program tarbiah supaya mereka betul-betul bersemangat kental bagi menghadapi cabaran dan setia kepada parti.-- BERNAMA

2 comments:

pemudacakna said...

Orang keluar itu maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kepimpinan kita.
Orang tua-tua dulu pernah buat perumpamaan :
Masakan pokok bergoyang kalau tidak angin atau anak kera yang menggoncangkannya.
Fikir-fikirkan.

ambo said...

Sila tarbiyah diri sendiri sebelum tarbiyah yg lain...

p/s: semua org salah kecuali aku