Saturday, March 6, 2010

MUNCUL KEMBALI (708)

Melipriapapa MH, coretan saya membantu studen dapat A, perderhakaan Nik Aziz dan masa depan Pas Kelantan

PERTAMA-TAMANYA saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada DBP Wilayah Timur, terutama pengarahnya Tuan Haji Mohamad Yussop Ishak kerana tidak lupa menghantar surat jemputan bila DBP adakan program di Kelantan, Saya akan luangkan masa hadir pada setiap program kecuali jika ada urusan yang tidak dapat dielakkan,

Semalam, Sabtu 6 Mac DBP mengadakan majlis Dialog Editor Bersama-sama Warga Penulis Kelantan, Saya turut dijemput hadir dan saya hadir walaupun sedikit lewat kerana terpaksa menyelesaikan urusan perniagaan dalam bidang hartanah yang baru diceburi. Penjenguk yang berminat menjual dan membeli rumah atau tanah dengan harga pebuh timbang rasa, bolehlah hubungi saya.

Editor yang hadir ialah Rozninah Abd. Azib (Editor Dewan Sastera), Zaiton Abu Samah (Editor Kanan Unit Jurnal di Bahagian Majalah DBP) dan Ku Seman Ku Hussein (Penolong Editor Mingguan Malaysia). Ketiga-tiganya merupakan orang berpengalaman dalam nidang keeditoran.Saya yakin setiap yang hadir mendapat ilmu, pengetahun dan pengalaman baru.

Sebenarnya sejak perniagaan penerbitan akhbar mingguan dan majalah bulanan saya terpaksa diberhentikan buat sementara, saya agak jarang berkesempatan bertemu dengan rakan-rakan penulis dan masyarakat terbanyak, barangkali kerana rakan-rakan mahu pun saya sendiri tidak ada keperluan lagi untuk bertemu.

Saya tidak tahu pun ada rakan penulis yang sudah berkahwin misalnya, termasuk ada rakan yang nampak lebih cantik dan menarik lagi menawan kerana berat badannya dah turun kononnya gara-gara-gara makan hati.

Walupun tumpang sedih dengan rakannya yang kononnya makan hati, syah tak berani tanya apa-apa kerana dalam soal hati dan perasaan saya agak penakut, malah saya agak penyegan dengan perempuan, lazimnya saya hanya sapa dengan senyuman dan sengihan. Itu sifat semula jadi saya yang sentiasa rasa rendah diri dan tidak pernah layak untuk rapat atau mesra dengan sesiapa pun, lebih-lebih lagi perempuan.

Sambil menikmati hidangan tengahari (meehon goreng yang sangat sedap) sebagai penamat kepada majlis dialog, ada rakan bertanya kenapa saya tidak lagi guna nama Melipriapapa MH dalam tulisan-tulisan saya. Melipriapapa MH adalah antara nama pena saya yang paling kerap saya gunakan sehingga penghujung tahun 1990-an, terutama dalam penulisan skrip drama radio.

Kini saya guna nama sebenar. Susah juga untuk dijawab tentang nama peena saya itu. Kata kawan yang bertanya pasti ada sebab dan musabab kenapa nama itu digunakan. Rupanya ada yang tahu kenapa saya gunakan nama itu. Meli adalah nama panggilan saya di kampung, pria adalah pemuda manakala papa adalah saudara kepada kedana manakala M adalah manusia dan H hina. Melipriapapa MH bermaksud Meli pemuda papa dan manusia hina.

Kawan yang bertanya minta saya sahkan, bila saya sahkan, maka dia kata maksud nama itu sangat teruk, seolah-olah saya menghina diri saya sendiri. Sebenarnya semasa remaja, saya hidup penuh kesengsaraan. Kampung saya terlalu terpencil dan serba ketinggalan. Orang kampung saya (termasuk saya) kalau dapat keluar ke Pekan Pasir Mas, serupa orang Kelantan pergi KL sekarang.

Tetapi kerana keterukkan itulah yang membentuk semangat dan kegigihan saya sehingga generasi kampong saya yang lebih muda muncul sebagai warganegara yang hebat dan saya tumpang bangga dengan kehebatan mereka yang seolah-olah tercabar bila ibubapa masing-masing kata 'jadi macam Melipapa' bila nama saya acap berkumandang di radio dan terpampang di dada akhbar dan majalah. Suasana dah berubah, nama Melipriapapa MH kini sya simpan sebagai suatu bentuk kenangan.

Dalam pada itu ada rakan yang membangkitkan soal macam mana coretan saya berkaitan dengan politik untuk kertas pengajian universitinya menyebabkan dia dapat A. Saya tidak masuk universiti tetapi saya menyediakan ratusan tesis, rerutama berkaitan dengan politik, tokoh dan sejarah untuk para pelajar di pelbagai universiti.

Saya sanggup lakukannya bila diminta dengan tujuan untuk mengukur ilmu dan maklumat yang saya ada. Saya seronok bila ada di antara mereka sekarang yang bukan sahaja ada yang jadi guru, pegawai, pengarah, eksekutif di syarikat-syarikat gergasi, malah yang jadi pensyarah pun ada. Bila jumpa mereka ucap terima kasih yang kadang-kadang saya tidak tahu untuk apa sehingga diberitahu pernah tolong buatkan tesis untuk mereka.

Sebagai seorang yang turut terlibat dalam bidang kewartawanan di samping terbabit dalam bidang kreatif di samping terlibat sebagai penerbit akhbar mingguan dan majalah bulanan, sekaligus menjadi ketua editornya, saya ditanya tentang hal ehwal semasa. Saya ditanya tentang pernderhakaan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap sultan.

Kononnya sudah semasa dirawat di Singapura tidak diziarahi, bila sultan balik beliau masuk hospital atas alasan sakit. Walaupun beliau sentriasa sakit tetapi kenapa pula sakit dan masuk hospitalnya pada hari kepulangan sultan. Saya kata dalam politik macam-macam boleh jadi. Macam mana pun pada saya masa untuk Dto' Nik Aziz dalam kepimpinan parti dan kerajaan semakin pendek dan singkat.

Sama ada beliau akan berundur dengan nama yang bersih atau buruk, sama ada atas nama penderhaka atau seorang yang taat setia kepada sultan atau pun keberundurannya atas ditangisi atau dalam umpat keji, bergantung kepada bagaimana bijaksananya dia serta sejauh mana jujur dan tulusnya dia sepanjang menjadi MB.

Yang pasti 'gedut' masuk waktu atau wisel penamat kebeerundurannya akan berbunyi bila masa-masa sahaja lagi kerana perkhidmatannya ibarat berada dalam masa kecederaan sahaja sekarang. Ada yang bersetuju dengan saya dan ada yang bantah. Macam mana pun kata seorang rakan, kertas pengajiannya mengenai politik yang diminta saya yang sediakan dan dia hanya terima yang telah siap dibaiding, dia dapat A.

Mengenai masa depan Kelantan, saya kata kalau Pas dapat mempertahankan kerajaan yang dibentuknya adalah sesuatu yang LUAR BIASA tetapi kalau kerajaan bertukar tangan di Kelantan pada pilihanraya umum ke-13 nanti adalah sesuatu yang luarbiasa kerana suasana dan keadaan semasa menjadikan kalangan yang bukan fanatik Pas mula menghitung faedah sepanjang Pas kembali memerintah pada tahun 1990.

Masalah dengan istana, tuntutan saman RM800, wang perolehan dari agensi-agensi kerajaan pusat terutama FELCRA, isu PMBK, keghairahan penubuhan anak-anak syarikat yang bukan sahaja rugi tetapi menyebabkan para petugasnya yang terdiri dari orang parti berantakkan, penjualan aset seperti Hotel Perdana, anak beranak MB, exco dan wakil rakyat yang menikmati hidup yang sangat baik dan oelbagai isu lagi kini dalam kajian dan penelitian rakyat sebagai pengundi.


Satu-satunya isu yang ada sebagai benteng Pas bagi mempertahankan kedudukannya adalah royalti hasil petroleum. Tetapi jika JPP yang diberi tabnggungjawab menguruskan wang ehsan menguruskannya dengan jujur dan profesional dan rakyat berpeluang menikmatinya, isu yang menjadi benteng terakhir Pas akan menjadi ledakan bom yang akan leburkan Pas.

3 comments:

Ahli Veteren Pas said...

Ambo pun raso peluang untuk Pas terus berkuasa di Kelantan kian tipis dan kabur.

Pak Soh said...

Menate meli, mu ngutuk tok guru aku. Masa kecederaan guano meli, tok guru aku akan jadi MB sampai mati. Mu jugok kata dulu ore jenis tok guru ni akan hidup lama sebab kuat solat! Bengong mu ni meli. Berapa umno bagi upoh kor mu ngutuk tok guru aku ni??

Worih Jusoh Selak Kera said...

Demikianlah produk dakwah Tok Guru Nik Aziz. Lahir manusia macam Pak Soh. Dari bahasa yang digunakan orang yang celik mata hatinya boleh agak bahasa ahli syurga ke neraka.

Encik go-head and carry-on, mana yang patut tarah maka tarahlah, mana yang patut belah maka belahlah, mana yang patut andas dengan belakang kapoak, maka andaslah.

Demi kerana kebenar dan kepeningan ummah, jangan ambil kisah dengan orang macam Pak Soh, ambo rasa penjilat yang menjijikkan.