Sunday, March 7, 2010

MUNCUL KEMBALI (709)

Bukan mudah menjadi kerajaan


IBARAT perlawanan bolasepak, bermain tidak semudah menonton, yakni menjadi pemain lebih susah dari menjadi penonton, demikian juga betapa tidak mudah menjadi kerajaan.

Semalam, 8 Mac, genaplah dua tahun Pakatan Pembangkang (PR) yang menggabungkan DAP, Parti Keadlikan Rakyat (PKR) dan Pas menjadi kerajaan di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.

Pas Kelantan juga mencapai usia dua tahun semalam dalam mengekalkan pemerintahan semula di Kelantan yang masuk penggal kelima.

Berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang berdominasikan Umno dalam bekerjaan, PR didominasikan oleh part-parti anggota pakatan mengikut bilangan kerusi yang dimenangi di sesebuah negeri.

Kelantan dan Kedah didominasi oleh Pas manakala Pulau Pinang di dominasi oleh DAP dan Selangor pula didominasi oleh PKR menjadikan pendekatan tatacara setiap negeri tidak sama, termasuk antara Kerajaan Pas Kelantan dan Pas Kedah.

Keempat-empat negeri setakat ini sentiasa berada dalam kemelut dengan dan rakyat tidak banyak benar-benar menadapat faedah, malah semacam segala manifesto yang dikeluarkan masa pilihanraya tidak dilaksanakan.


Dalam Kerajaan PR berdominasikan Pas di Kelantan berkemelut kerana kononnya masalah yang dibawa oleh menantu Menteri Besar, Kerajaan PR Selangor berdominasikan PKR berkemelut kerana ahli parti itu tidak senang dengan sikap Menteri Besar, Kerajaan PR berdominasikan DAP Pulau Pinang pula kini dilanda kemelut yang kononnya kerana sikap cauvinis, diktator dan berfikiran bahaya Ketua Menterinya.


Kempat-empat negeri berkenaan yang tindak tanduk masing-masing menunjukkan sikap tidak 'heran' kepada kerajaan pusat serta mengamalkan sikap umpama 'budak para-sekolah' mencabar guru kelas 'bergocoh' dengan kerajaan pusat, bukan sahaja gagal ibarat menutup bangkai gajah sehelai lalang tetapi hakikatnya serpihan tahi raksasa rimba itu pun gagal diselindung di sebalik banir hakikat kemelut yang masing-masing sedang dihadapi.


Yang nampak sedikit tenang tanpa kocak dan riak serta tidak menimbulkan masalah dan tidak berlaku kemelut, terutama akhir-akhir ini hanya kerajaan PR Kedah berdominasikan Pas bermenteri-besar Datuk Azizah Abdul Razak yang mengamalkan resmi padi, bukannya mengamalkan resmi lalang sebagaimana rakan-rakan di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang. Azizan semacam menyedari hakikat bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang.


Pada pendapat saya sebuah kerajaan sama juga seperti sebuah perniagaan yang bukan sahaja memerlukan seorang CEO dan orang bawahan yang bijak, kreatif, inovatif dan sentiasa komited terhadap tugas yang menjadi tanggungajawab yang diamanahkan, tetapi kena mempunyai dana yang cukup, semolek-moleknya dana kena lebih dari yang diperlukan dan fixed-depositnya kena ada pada setiap bank.


Tanpa dana yang cukup, tidak mungkin sesebuah perniagaan mampu bergerak dan berkembang walaupun unit promosi dan propagandanya banrangkali sangat hebat dan boleh menarik kepercayaan setiap pelanggan yang dipromosi dan dipropagandakan.


Sehari dua bolehlah tunjuk lagak kata dana yang diperlukan lebih dari keperluan dan sekali gus boleh jual mahal dengan bank-bank kononnya syarikat tidak perlukan pinjaman, sebaliknya dengan penuh lagak dikatakan banklah yang patut buat pinjaman dengan syarikat.


Tetapi akhirnya segala tembelang akan pecah dan dari CEO hingga ke tukang bancuh kopi tidak akan mampu menyembunyikan keadaan sebenar menyebabkan semuanya dilanda rasa tertekan walaupun ketika mengambil-alih sesebuah syarikat, pihak pengurusan dan kakitangan sebelumnya dianggap tidak berkualiti. Mulalah berlaku tuduh menuduh, kata mengata dan buruk memburuk sesama sendiri, malah masing-masing akan sedar bahawa umpama permainan bolasepaklah, menjadi pemain tidak semudah menjadi penonton.


Itulah sebenarnya yang melanda Kerajaan Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang khasnya dan pembangkang amnya. Masing-masing mula sedar bahawa menjadi kerajaan tidak semudah menjadi pembangkang, apatah lagi apabila menjadi kerajaan di negeri yang mahu dilihat tidak perlukan simpati dan huluran bantuan pusat. Padahnya masing-masing kini meracau macam orang sasau dan berlakulah hal-hal yang sepatutnya tidak berlaku.


Antaranya bukan sahaja berlaku ketegangan di kalangan parti-parti dalam pakatan dan dalam sesebuah parti seperti antara Pas sesama Pas, PKR sesama PKR (cuma DAP sesama DAP belum lagi), malah turut mewujudkan ketegangan dan kemarahan pengundi yang akan menentukan sama ada kerajaan boleh bertahan atau akan tumbang pada pilihanraya akan datang.

Sesebuah kerajaan yang tidak dalam keadaan sasau dan meracau, pasti tidak akan melakukan apa sahaja tindakan yang menimbulkan kemarahan rakyat kerana mereka sedar kuasa mengekal dan menjatuhkan sesebuah kerajaan ada pada tangan rakyat melalui kuasa undi. Kalau rakyat marah siapa lagi akan beri undi.

3 comments:

joostspring said...

"isle suku politik suku"
-kata2 nik ajis kpd politik umno..

"isle ni keno duk skali dgn politik"
-dakwa nik ajis yg pas satukan isle dan politik...

ksian ajis sorang ni..nyanyuk si ajis ni dah tahap kronik...

tak pasal2 harusani kena sound dgn ajis sbb ada bercakap berbau unsur politik......

ajis ooo ajis...bakpo nak marah pulok,dah mu kata politik dgn isle kena duk skali,ble org agama seperti harusani nak bercakap berkenaan politik mu marah pulak...

p/s:hilang doh ko sakit dada tu pok nik aji kito wei....g derah2 la ngadap sultan tu...huse duk nanti ngak2 doh kerusi MB mu tu...abe kick kita kat nok duk pong huse jadi MB lani.

john said...

Mufti ejen umno! kalu masjid buat ceramoh sikit..kato masjid berpolitik..ni terang2 jadi ejen umno masuk politik le. hok TGNA royak tu dio pelik yang selamo kening umno cubo nok pisoh politik nga islam..last2 mufti sediri doh eh tunjuk rromo dio..lepas royak pas dok guno isle!..ore nok hormat guano mufti lagu ni (asal joots hormat takpo doh..kiro ok doh tu)..?

Mu joots pade dok mmutar kok tu jah. mugo hok nyo ssumbat gak ore baco lain, mung baco lain..sorry..sorry..ambo tok ingat...otak masing2. Dok kalu mufti nok bekecek politik gak bui jugok la penceramoh pas bekecek atah masjid yang selamo kening umno dok guno tuh..hamppeh punya orang..nyanyuk wo kali mufti tu..tukar nga hj loh pondok geting puloklah...

p/s: nok ngadap sultan wak gaponyo..sultan tok suruh jange nok mandai2 pulok. dengar buoh blogger umno kononnya sultan suruh ngadap..belawok belako tuh! acu tunjuk bukti, kalu ado rakaman ko..pengumuman ko..surat istano ko..?..pok sheikh tu jenis make dale tuh..nok pelago ore belako..

john said...

Untuk joots and the gang...

Liwat II: VCD fatwa Yusuf al-Qaradhawi diedar: rujuk :
http://www.malaysiakini.com/news/125960

p/s: tok lamo ado rakaman dio eh.