Sunday, March 14, 2010

MUNCUL KEMBALI (711)

Tunggu keberfungsian ahli parlimen pembangkang melalui sidang parlimen

TIDAK ada yang mustahil dalam politik dan di kalangan orang politik. Saya teringat kata-kata veteren Umno dan pemidato hebat, Tan Sri Hussein Ahmad, yang hitam boleh jadi putih manakala yang putih pula boleh jadi hitam bagi dunia politik dan orang politik.


Mungkin bagi mereka di luar gelanggang politik akan melihat tindakan ahli parlimen atau ahli dewan undangan lompat parti dan memilih jadi wakil rakyat Bebas kurang tepat, kurang rasional, kurang profesional dan bersifat sengaja membunuh masa depan politik masing-masing.

Apabila Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang bukan ahli Pas bertanding atas tiket Pas menyerlahkan belang 'bebas' tanpa bersedia untuk terus dibayangi Pas, ramai yang melihat tokoh politik babil yang pernah dipecat dari Umno itu sengaja membunuh masa depannnya sendiri.

Tetapi beliau terus bangkit, malah lwalaupun dilabel sebagai sang salentia kerana kerap lompat parti, namun berbanding dengan wakil-wakil rakyat mewakili parti, beliaulah yang lebih banyak bersuara di parlimen sebagai ahli parlimen mahu pun di luar perlimen menggunakan platform badan bukan kerajaan (NGO) yakni PERKASA terajuannya yang telah menyuarakan pelbagai isu yang menjadi isu berkepentingan rakyat terbanyak tanpa bias kepada kepentingan mana-mana parti politik.

Kini di parlimen Ibrahim tidak boleh dianggap sebagai kera sumbang atau dilabel suara wakil Bebas bagai melukut di tepi gantang lagi sebagaimana sebelum ini yang mana Bebas hanya ada tiga wakil yakni Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Majinbum (Sepanggar) kerana suara Bebas telah bertambah kepada tujuh.

Jumlah suara Bebas menokok apabila empat bekas Ahli Parlimen mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih menjadi wakil Bebas yang terdiri dari Zulkifli Nordin (Kulim-Bandar Baru), Datuk Seri Zahrain Mohamed Hassan (Bayan Baru), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Tan Bee Beng (Nibong Tebal) yang mana wakil Bebas telah mencatat rekod apabila ada di antara mereka muncuk antara ahli yang paling banyak kemukakan usul pada persidangan parlimen kali ini.

Rakyat Malaysia jangan terkejut kalau sessi perdebatan di parlimen pada sidang kali ini dikuasai ahli Bebas kerana jumlah mereka yang agak ramai di samping mereka boleh berbahas dan berhujah tanpa terikat dengan kepentingan dan peraturan parti yang diwakili kerana mereka tidak berparti, mereka hanya mewakili suara rakyat.

Apa sahaja yang menjadi kepentingan rakyat dan negara boleh mereka suarakan walaupun barangkali kepada ahli-ahli yang mewakili parti sama ada dari pembangkang atau kerajaan tidak boleh menyuarakannya kerana terikat dengan peraturan, dasar dan perlembagaan parti.

Sudah tentu tumpuan pada sidang parlimen kali ini diberikan kepada wakil-wakil rakyat Bebas untuk dinilai keberfungsian mereka selepas mufarakah dari parti yang diwakili. Antara yang akan dilihat sebagai rekod adalah apabila soalan dan keterlibatan dalam perbahasan nanti lebih rancak, lebih lantang dan lebih telus berbanding dengan semasa mewakli parti.

Jika rekod mereka cemerlang, saya yakin akan lebih ramai wakil-wakil rakyat yang mewakili parti akan memilih menjadi wakil Bebas, malah pilihanraya umum akan datang, pasti negara akan dibanjiri oleh calon-calon Bebas, terutama di kalangan pemain politik yang berpolitik bertujuan untuk memberi khidmat kepada agama, bangsa dan negara, bukannya kerana mengutamakan kepentingan peribadi,

10 comments:

joostspring said...

Makbul sungoh doa ajis mitak hjn hari 2..kembang hidung ajis kena puji ko harakah,kelas2 wali dah ajis ni kl mengikut pandangan harakah...hehehehhe

TAPI...

doa pecah perut jah xmakbul2 lagi...perut ajis sendri hok pecah dulu ada...tambah pulak dgn artikel terbaru dr kick...

TU....DIAAAAAAAA AJIS...

kl la betul ajis terlibat seperti yg didakwa kick tu, tepat skali la gelaran ulamak bertopengkan syaitan yg diberikan oleh blogger BN kepada ajis tu...

Orang Kota Bharu said...

Hujan di Kota Bharu turun sehari sebelum sembahyang sunat istisqa lagi.

Mempercayai kerana Nik Aziz, kerana doa Nik Aziz, maka hujan pun turun selalu, boleh rosakan akidah, ianya pandangan dari orang yang jahil teropong.

Bekalan air paip kelolaan air Kelantan pada sesetengah kawasan masih macam orang kena batu karang kronik kencing lagi.

Bila waktu puncak, air langsung tak . Bakpo tak doa suruh barang air paip ni lancar, barulah tidak susahkan pengguna yang kena bayar bila.

Rumah saya bil bulnanan tidak kurang dari RM50, malah pernah cecah RM300 kerana paip dibuka 24 jam untuk tadah air menitip.

Air pula hanya untuk mandi manda, basuh kain baju, basuk kencing dan basuh berak sahaja untuk ambil air sembahyang. Untuk minum kena beli air botol berharga RM5 sebotol, seminggu kena beli 5 botol. Nak minum air Kelantan Water rasa tak terrgamak, baju warna putih bila dibasuk jadi warna seakan coklat. Selamat ko air begitu diminum?

Anonymous said...

Ooooi.. doa nik aziz tu tak le sehebat doa Dato Sri Najib & Rosmah, serta doa DS Mustafa mahamad & Dato Dr Awang Adek.. terus makbul, turun projek & duit ehsan berjuta2 bagi rakyat kelantan... hehehehe... ni yae joots & co ..beriman giler dengan umno ni...boleh membuntalkan ketua2 Umno Bahagian, Cawangan, ... pasal rakyat tu biar "mmampuh gi la asal aku mewah" ....kihkihkih...

... pembangunan & nasib rakyat diParlimen Pair Mas jugak amat hebat dgn berwakil rakyatkan Brahim Ali..hehehe..

.. baru2 ni kawe dengar cerita guru2 sekolah ugama mahaad muhamamdi, SAR-SAR, pondok2 diPasir Mas terpaksa dikerah cari derma nok baiki bilik kelas yang daif.... nak harap AP PMas bbual besar, nak harap royalti minyak dibolot oleh puok2 parti saja... sedih... sedih.. dulu ambo pangkah bulan tapi kena tipu jjadi bebas....

john said...

Kelas..gituu..joots baca harakah tuuu.. tahniah joots..smogo di bukakan hhati menerima perjuangan pas...pasal artikel pok sheikh tu..ambo dok tunggu lamo doh..hah..apa lagi buat laporan SPRM la..main lapor saja tak da tindakan dok rok scetong gini..kalu sungguh ambo kenae jugok benda2 lagu ni kena dihapuskan dalam pas ni...jange jadi mace umno hok sebati doh ni

p/s:ambo raso mesti nuar safian buat repot polis doh kali nih..

pamail said...

bab doa 2 kita ikhtiar..pasal kick nie apa yang dia cari xtau...
mgkn dah tb masa parlimen kite dwakili bebas...
pasal kesihatan tuanku tak perlu bising,yang pntg kita doa kshtn.stabil dlm perubatan tidak sama stabil diluar perubatn.

Dol Samdol said...

Ini ada satu tajuk baru untuk buku mu Meli...tapi dalam bahasa arab royat bunyinya:

" Majmu' Fatawa Pok Nik,
Fil Usul Al Hayah wal
Bolitik"

Kitab royat hok compilation fatwa2 tok guru.

Hah, guano? Mu gi ah mitok mano2 ustak ameno ko, pah ko, yang buleh kecek tulih arab, terjemoh ke arab, buleh pitih bila export ke Cairo nanti.

Samdol

p/s: Aku suka betul bila tulis komen, buleh tubik selalu. hoooooow...nikmat deh...

joostspring said...

anom 22 march 12.28 am..


kawe utarakan dah pasal tu dlm posting sblm ni dgn cut n paste artikel dr blog albakriah mengenai keistimewaan nabi utk sangkal dakwaan nik ajis tu...gapo hok nik ajis oyt tu sesat parok dok...

org berfahaman wahabi dan seangkatan dgnnya jah yg akn kata nabi ni serupo dgn manusia biasa sbb berasa diri tu hebat lbh daripada nabi..


kl org kelas2 john gak xdok ubat doh....kl nik ajis kata babi tu halal mkn kl bkn time darurat..maka john pun tanpa kecek byk akn oyt halal jgk....

P/S:ko lama ko byk artikel2 dr blog atau lmn web yg arif pasal ilmu agama islam dok perli nik ajis ni,tambah2 lagi pasal nik ajis oyt nabi ni serupo dgn org biasa..masalahnya smpi bila kerajaan nak biarkan nik ajis ni trus menyesatkan rakyat malaysia ni...

john said...

Lamo tok ngomen...joots ado kito hantam slalu..

joots...padae demo nga umno sudohla sesatnyo...ambo nga geng2 pas lain ni tok tergugat dengan pengiktirafan sesat demo tuh..

Bakpo kerajaae tok buat gapo ko tok guru?...mugo kerajaae tu dio tahu dio kure ilmu bab2 agamo islae ni, jadi dio tok berani nok bersuaro la srupo demo yang rasa kononnya alim tapi dengan ilmu 'cut n paste'....hahaha...gali lagi ilmu joots..gi pondok tok kenali kube kriae tu mentelaah kitab...ambo pun dok ngaji jugok...

Anonymous said...

EGO, TINGGI DIRI, UJUB, SUMAAH ADA BLAKO CARO JOHN KKECEK NI...KABA GETEK!

Anonymous said...

albaqarah-[208]
Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Ugama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hukumnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; sesungguhnya Syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata.

albaqarah-[212]
Kehidupan dunia (dan kemewahannya) diperhiaskan (dan dijadikan amat indah) pada (pandangan) orang-orang kafir, sehingga mereka (berlagak sombong dan) memandang rendah kepada orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertaqwa (dengan imannya) lebih tinggi (martabatnya) daripada mereka (yang kafir itu) pada hari kiamat kelak. Dan (ingatlah), Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terkira (menurut undang-undang peraturanNya).

albaqarah-[[178]
Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan kamu menjalankan hukuman “Qisas” (balasan yang seimbang) dalam perkara orang-orang yang mati dibunuh iaitu: orang merdeka dengan orang merdeka, dan hamba dengan hamba, dan perempuan dengan perempuan. Maka sesiapa (pembunuh) yang dapat sebahagian keampunan dari saudaranya (pihak yang terbunuh), maka hendaklah orang yang mengampunkan itu) mengikut cara yang baik (dalam menuntut ganti nyawa), dan (si pembunuh pula) hendaklah menunaikan bayaran ganti nyawa itu) dengan sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kamu serta suatu rahmat kemudahan. Sesudah itu sesiapa yang melampaui batas (untuk membalas dendam pula) maka baginya azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

[albaqarah-[179]
Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa