Thursday, March 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (712) - DIKEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Transkrip wawancara oleh pelajar jurusan Ilmu Pemerintahan FISIP Universitas Padjadjaran, IndBoldonesia.

PADA kesempatan ini saya meminta maaf kepada pengunjung blog saya kerana lama tidak kemaskini blog ini kerana agak sibuk dalam usaha untuk memulihkan perniagaan.


Bila urusan dengan regu niaga dari Mumbai (India), Beijing (Cina) dan Taiwan selesai sepenuhnya, saya akan kembali berblog semula. Doakanlah kejayaan saya.

Bagaimnapun pada kesempatan kali ini, saya cuba posting transkrip wawancara Saudara Guruh Muamar Khadafi, pelajar jurusan Ilmu Pemerintahan Fakultas Ilmu Sosial Dan Ilmu Politik Universitas Padjdajaran, Indonesia untuk tugas akhir tesisnya dibawah judul Perbandingan Pemerintahan. Pelajar yang sama turut mewawancara Menteri Besar Kelantan, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Transkrip penuh wawancara itu adalah sebagaimana berikut;

Butiran Wawancara dengan Saudara Ramli AbdItalicul Halim, Penganalisa Politik serta Penerbit/Ketua Pengarang Akhbar Mingguan, Majalah Bulanan Dan Buku-Buku Terbitan MelBoldi Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd, Meli Industry dan Meli Infomedia.
Lokasi: Kota Bharu, Kelantan
Tarikh: 25hb. Mac, 2010
Masa: 12 Tengahari


Soalan 1:
Apakah yang menjadi visi dan misi induk Menteri Besar Kelantan selaku peneraju Negeri Kelantan Darulnaim?

Ramli:
Pada penelitian saya sebagai pengamal media sejak tahun 1973 dan ikut terlibat dalam memberi bantuan kemediaan terhadap kejatuhan Kerajaan Barisan Nasional (BN) berdominansikan Umno di Kelantan pada penghujung tahun 1990, visi dan misi Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah mewujudkan sebuah kerajaan berteraskan Islam tulen bukan sahaja sebagai model kepada kerajan-kerajaan negeri dibawah naungan Malaysia dan Kerajaan Malaysia sebagai kerajaan pusatnya tetapi juga kepada negara-negara yang rakyatnya bermajoritikan penganut Islam.

Beliau juga mahu membuktikan kepada kalangan bukan Islam dan negara-negara bermajoritikan rakyatnya yang bukan beragama Islam bahawa cara pemerintahan Islam jika dilaksanakan secara total sebagaimana yang disunnahkan oleh Rasulullah s.a.w. ianya bukan sahaja akan memberi keadilan dan kesaksamaan kepada manusia sejagat tanpa mengira bangsa, warna kulit, adat budaya dan anutan agama, tetapi juga kepada seluruh isi alam termasuk binatang, tumbuhan-tumbuhan dan sebagainya.

Saya pernah berkhidmat sebagai Pengarang di Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan (UPKn) selama lapan tahun. UPKn memainkan peranan mengumpul dan menyibarkan maklumat sama ada melalui penganjuran ceramah dan kuliah di setiap ceruk rantau negeri atau pun melalui media cetak dan elektronik.


Untuk makluman, sebelumnya, semasa saya bertugas dengan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), kemudiannya dengan Harian Nasional (akhbar harian berzaiz tabloid pertama diterbitkan di Malaysia - kini sudah terkubur) dan berlanjutan kepada ketika saya menjadi Ketua Biro Harian Watan yang dibayangi pemerintah, saya ikut menyumbang secara tidak langsung kepada memberi imej moral yang sukses terhadap BN, khususnya Umno yang berjaya merampas Kelantan dari Pas pada tahun 1978 ekoran Pas dilemahkan oleh krisis dalaman yang kronik.

Saya bukan orang parti politik tetapi saya terlibat dalam politik bukan kepartian. Guru politik saya adalah Allahyarham Dato' Haji Muhammad bin Nasir, bekas Menteri Besar Kelantan dan pernah menganggotai kabinet Kerajaan campuran Umno/BN dengan Pas.


Allahyarham orang Indonesia, berasal dari Puar, Medan. Ladangnya yang dinamakan Ladang Puar ada di kampung saya, kini dijadikan pusat pengajian tahfiz. Sebagai pemilik syarikat penerbitan dan bertindak pula sebagai ketua pengarang kepada akhbar mingguan, majalah bulanan dan buku, saya didatangi oleh orang politik dari pelbagai jenama dan aliran.

Pada umumnya, termasuk dari Umno mahu dari MCA dan MIC yang merupakan antara rakan sekomponen Umno dalam BN, mereka kagumi ketokohan dan kelicikan Dato' Haji Nik Abdul Aziz berpolitik. Bagi mereka Kelantan tidak akan dapat digugat dari genggaman Pas selagi Dato' Nik Aziz masih hidup dan aktif berpolitik.

Sama ada sebagai pengamal media atau semasa bertugas dengan UPKn atas jemputan Kerajaan Negeri terajuan Dato' Haji Nik Abdul Aziz dan saya membuat liputan majlis-majlis ceramahanya, saya mendapati beliau tidak menaruh harapan agar apa yang menjadi visi dan misinya berhasil semasa hayatnya kerana bagi beliau untuk mengikis karat-karat pemikiran sebagai mangsa penjajahan British yang kemudiannya tatacaranya diwarisi oleh pendekatan BN berdominasikan Umno berkerajaan, seperkara yang tidak mudah, malah ianya sesuatu yang sangat sukar kronik. Beliau mengharapkan apa yang diusahakan akan diterima oleh generasi 50 atau 100 tahun selepas ketiadaannya di muka bumi ini.

Tetapi sejak penghujung tahun 1990 ke mari, sepanjang pemerhatian saya, apa yang menjadi visi dan misinya ada yang telah tercapai. Antaranya kaum wanita di Malaysia kini rata-rata berpakaian menutup aurat, kecuali di kalangan bukan Islam. Kalau ada pun kalangan yang beragama Islam yang tidak menutup aurat, bilangannya terlalu kecil dan ini bukan sahaja berlaku di Kelantan, tetapi di seluruh Malaysia termasuk Sabah/Sarawak. Di kalangan artis misalnya ramai yang sudah bertudung.

DAP parti pembangkang yang didominasi oleh kalangan bukan Islam yang sangat keras menentang cadangan kewujudan negara dan pemerintahan secara Islam sehinggakan Naib Pengerusinya Karpal Singh yang merupakan seorang peguam berpengalaman dan hampir tidak pernah kalah dalam kes-kes pembelaannya yang pernah tegaskan kalau mahu laksanakan pemerintahan Islam di negara ini langkah mayatnya dulu, kini berjaya dijinakkan, malah kini menjadi rakan Pas bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dibayangi mantan bekas timbalan perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pakatan Rakyat (PR).

Soalan 2:
Bagaimanakah persepsi/pandangan Menteri Besar Kelantan terhadap kakitangan birokrasi pemerintah dan masyarakat Kelantan pada pemerhatian anda?

Ramli:
Menteri Besar sangat tegas dan mandatori dalam kes soal birokrasi. Petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), badan yang fungsinya mencegah dan membasmi amalan rasuah boleh menyiasat mana-mana pegawai kerajaan negeri Kelantan, termasuk exco dan menteri besar sendiri jika ada kes rasuah dalam tempoh 24 jam tanpa henti. Rakyat jelata, malah kakitangan kerajaan dan para pengamal politik juga diingat supaya mengambil kira halal haram dalam apa jua tindakan. Membolot kekayaan tidak ditegah atau dihalang asalkan ianya halal.

Soalan 3:
Bagaimanakah komunikasi yang digunakan oleh Menteri Besar Kelantan kepada kakitangan birokrasi dan masyarakat Kelantan?

Ramli: Italic
Melalui kuliah-kuliah. Pada Kuliah Jumaat yang diadakan di perkarangan pejabat Badan Perhubungan Pas Kelantan setiap minggu, Menteri Besar akan membuat teguran, memberi pandangan, nasihat, malah meluahkan rasa tidak senangnya terhadap pengamal politik, anggota exco, kakitangan kerajaan mahu pun rakyat jelata, malah kepada kerajaan dan pimpinan pusat.


Lazimnya setiap ceramah dan kuliahnya walaupun di mana diadakan, ada rakaman oudio-video dibuat dan diedarkan ke seluruh negara bagi tujuan komersial dengan izin kaut untung yang tidak membebankan pembeli.

Ianya juga dilaporkan oleh akhbar lidah resmi Pas yakni akhbar Harakah, juga oleh para bloggers berhaluan kiri dan melalui buletin terbitan UPKn. Apa yang diucapkannya akan menjadi bahan liputan rebutan akhbar harian dan media elektronik sama ada radio mahu pun tv. Apa yang mahu disampaikan akan sentiasa sampai kepada umum. secara tidak langsung.

Kalau yang membabitkan pegawai kerajaan atau wakil-wakil rakyat dan exco, akan dimesyuaratkan sama pada peringkat exco mahu pun pada peringkat pimpinan parti. Mana-mana pegawai yang didapati melakukan tindakan yang tidak selari dengan visi dan misi kerajaan terajuannya yang berslogankan Membangun Bersama Islam akan digugurkan.


Sepanjang tempoh penghujung tahun 1990 ke mari, sudah dua pegawai akhbar diminta lepaskan jawatan, seorang pegawai khas dan seorang setiausaha politik. Saya sendiri tidak disambung kontrak di UPKn kerana banyak tulisan saya melalui akhbar atau majalah termasuk yang diterbitkan oleh syarikat saya, banyak menegur kerajaan pimpinan beliau dan dilihat tidak melabakan kerajaan walaupun matlamat saya adalah bagi membaiki keadaan.

Soalan 4:
Faktor-faktor (pendukung dan penghalang) apakah yang diperhatikan Menteri Besar Kelantan dalam berkomunikasi dengan kakitangan dan kepada masyarakat?

Ramli:
Pada penilaian politik Pas, media tidak telus dalam membuka ruang komunikasi Menteri Besar Kelantan dengan rakyat tetapi hakikatnya peluang muncul di akhbar dan majalah Dato' Nik Abdul Aziz mengatasi menteri-menteri besar lain, malah seimbang kalau pun tidak melebihi peluang yang diberikan kepada perdana menteri.


Yang nampak kurang memberi ruang adalah kmemunculan secara live melalui media elektronik. Pun begitu melalui bloggers, Dato' Nik Aziz mendahului pimpinan lain, termasuk perdana menteri sendiri dalam mendapat ruang dan peluang publisiti dan komunikasi.

Soalan 5:
Bagaimana pembentukkan team yang dilakukan oleh Menteri Besar Kelantan dalam kakitangan birokrasinya (salurannya)?

Ramli:
Beliau tidak guna team. Beliau membahagikan tugas keperluan pemerintahan yang dikendalikan oleh anggota exco yang mempengerusikan sesuatu jawatankuasa mengikuti keupayaan dan keilmuan seseorang anggota exco. Soal-soal pentadbiran, kewangan dan hubungan dengan pusat misalnya, beliau lebih memberi kepercayaan kepada Dato' Haji Husam Musa selaku exco kanan yang juga merupakan jurucakap kerajaan.

Dalam menghadapi isu yang menekan dan menghimpitnya, Menteri Besar selalunya menghadapi dan menyelesaikannya secara bersendirian, beliau sering tidak dibantu oleh sesiapa dalam keadaan sebegitu, membuktikan beliau tidak ada team. Bagaimana pun sejak penghujung tahun 1990 ke mari, tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikannya. Itulah kehebatan yang sangat ketara tentang Menteri Besar Kelantan.

Soalan 6:
Nilai-nilai apa saja yang dianut Menteri Besar Kelantan digunakan dalam menjalankan pemerintahan?

Ramli:
Islam, al-Quran, hadis, ijmak ulamak. Apa yang dihalalkan oleh Islam itu yang diusahakan untuk dijayakan manakala yang haram dielakkan.

Soalan 7:
Dalam bentuk apa sahaja nilai-nilai yang dianut Menteri Besar Kelantan digunakan dalam kehidupan masyarakat mahu pun pemerintahan Kelantan?

Ramli:
Islam. Al-Quran, hadis ijmak ulamak. Apa yang dihalalkan oleh Islam itu yang diusahakan untuk dijayakan manakala yang haram dielakkan. Samada pemerintahan atau kehidupan harian, keutamaan adalah tentang halal haramnya.

Soalan 8:
Kebajikan apa sajakah yang dibuat dan sesuai dengan nilai-nilai yang dianut oleh Menteri Besar. Seperti apa pelaksanaannya?

Ramli:
Dato' Haji Nik Abdul Aziz pada pemerhatian saya bukan menggunakan kebijaksanaannya tetapi menggunakan kesempurnaan Islam, segala apa yang terkandung dalam al-Quran dan Hadis untuk direalitikan secara mutlak dan hakiki menjadikan apa yang mahu dilaksanakannya melangkaui kebiajksanaan manusia yang mempunyai kebijaksaan yang sangat terhad.


Seruan menghadkan pergaulan lelaki bukan mahram, menggalakkan penutupan aurat, berbelanja secara jimat tetapi jangan sampai kedekut, mengislamikan kehidupan sama ada dalam berkeluarga, berniaga, makan gaji, berpolitik, berkerajaan dan sebagainya bukannya suatu kebijaksanaan Dato' Nik Aziz tetapi ianya adalah seruan Islam, perintah Allah melalui Rasul-Nya.

Pelaksanaan Hukum Hudud bagi menggantikan hukum sivil misalnya, ianya bukan buah fikiran Dato' Haji Nik Abdul Aziz atau barisan exconya tetapi ianya adalah seruan Islam, ianya adalah perintah Allah melalui Rasul-Nya dan ianya bukan sahaja akan adil kepada makhluk bernama manusia tanpa mengira bangsa, anutan agama dan batas sempadan negara, tetapi akan adil kepada semua makhluk kerana Allah Maha Tahu dengan apa yang diperintahkan-Nya untuk kegunaan hamba-Nya yang dicipta-Nya.

Soalan 9:
Sikap seperti apakah yang diambil apabila timbul permasalahan dalam pemerintahan Kelantan dan di masyarakat?

Ramli:
Lazimnya kembali kepada Allah dengan bersembahyang hajat dan berdoa yang diaminkan oleh ratusan ribu manusia di stadium selain dari berusaha menyelesaikan berdasarkan kemampuan yang dilakukan oleh manusia. Bila kemarau kronik umpamanya, maka diadakan sembahyang sunat Istisqa'.

Soalan 10:
Bagimana Menteri Besar dalam menganalisa risiko/pemasalahan dan memberikan jalan keluar apabila timbul permasalahan di lingkungi birokrasi pemerintahan dan di masyarakat?

Ramli:
Dibuat secara sepakat melalui mesyuarat mingguan exco jika berkaitan pemasalah berkaitan dengan kerajaan dan melalui mesyuarat Badan Perhubungan Pas Negeri Kelantan jika membabitkan hal-hal yang berkaitan dengan politik di Kelantan dan melalui mesyuarat kepimpinan Pas Pusat jika membabitkan politik nasional. Sesuai dengan amalan demokrasi, apa-apa dasar dibawa ke dalam persidangan dewan undangan negeri.

Soalan 11: Italic
Sebagai seorang pemimpin, bagaimana teknik motivasi (secara
fisik mahu pun non fisik) dan pemberian keteladanan yang dilakukan oleh Menteri Besar kepada kakitangan birokrasi dan kepada masyarakat?

Ramli:
Melalui ceramah dan kuliah, penyibaran cd, vcd, kaset, buku dan media cetak dan elektronik. Sebagai seorang yang berpengalaman sebagai wartwanan sambilan akhbar Al-Ahram, sebuah akhbar berpengaruh di Mesir selain dari terdidik dengan displin tentera kerana pernah menjadi sukarelawan Mesir melawan Israel, Dato' Nik Abdul Aziz cukup bijak menarik perhatian media untuk memberi publisiti secara tidak langsung.

Soalan 12:
Bagaimana Menteri Besar dalam mengendalikan emosinya sebagai seorang pemimpin? Faktor apa sahaja yang mempengaruhinya?

Ramli:
Sebagai seorang manusia, Dato' Nik Abdul Aziz kadang-kadang gagal mengawal emosi tetapi lazimnya dikawal melalui sembahyang sunat. Paling beliau beremosi apabila anak lelakinya bernama Nik Adli ditahan dibawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana dituduh mengetuai Kumpuluan Militan Malaysia (KMM), bila timbul isu kerajaan perpaduan dengan Umno yang dicetuskan oleh Presiden Pas Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dan disokong oleh Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa, beliau sangat berang.

Punca utama beliau menentang keras Umno kerana parti itu enggan berpolitik secara Islam dan memilih skularisme. Baginya Umno ditentang bukan kerana namanya Umno tetapi kerana dasarnya. Seandainya Umno menerima Islam sebagai dasar dan pendekatan berpolitik, beliaulah pimpinan Pas pertama yang akan sertai Umno kerana tidak halal bagi Pas untuk terus wujud. Ini yang acapkali saya dengar diungkapkannya sewaktu saya masih bertugas dengan UPKn atau sewaktu saya membuat liputan atas nama pengamal media.

Soalan 13:
Dari beberapa jenis macam kepimpinan, macam kepimpinan yang manakah yang sering atau dipakai oleh Menteri Besar Kelantan?

Ramli:
Kepimpinan Islam mandatori, Bagi beliau apa-apa pun, sama ada kepimpinan, gerak-kerja, politik, berniaga, makan gaji, jadi ahli sukan, ahli budaya, ahli sastera, artis, jadi buruh, jadi boss, jadi menteri besar, jadi perdana menteri, jadi raja dan sebagai yang tidak berasaskan Islam adalah karut marut belaka.

Saya secara peribadi bersetuju dengan beliau. Orang yang cerdik atau merasa dirinya cerdik, termasuk kerana memiliki Ph D tetapi menolak Islam pada hakikatnya seorang yang sangat bodoh kerana Islam adalah suatu kesempurnaan dan kesaksamaan.


Sebodoh-bodoh manusia yang menerima Islam dan menyumbangkan tenaga, buah fikiran, masa dan harta benda untuk syiar Islam pada hakikatknya adalah secerdik-secerdik manusia.

8 comments:

Cucu Pok Man Tukang Gunting said...

Aku tak reti dengan Meli. Baca transkripsi wawancara dengan pelajar Indonesia, tak nsmpsk puls mu ni jenis pelupuh Pas. Mu ni orang Pas ke Umno Meli. Acu royat hok sebenar.

john said...

Salam...

Padae lamo pun tok berblog ado 'international trading' lo ni..biso abe li kito nih..yo lo jugok berblog ni hasil bukan ado pun..baik menego ttiko peluae ado..

Pasal wawancara tu, ambo ucap tahniah le kerana mengakui kebenaran dan tidak menonjolkan kelemahan. kelemahan akan sentiasa diperbaiki sekiranya ada kecuali golongan2 yang bebal dan tak reti baso jah hok napok kelemahan melebihi kebaikan.

P/s: joots guano pok sheikh (kickdefella) demo lo ni? melaut lagi ko? rajo baru dio dan ttabal berapo jam? ambo post komen tok siar pun..hampeh pok sheikh lo ni. so jah persoalan ambo dale post pok sheikh tu. Dio kato Sultan Ismail sihat doh? tapi ambo pelik bakpo kalu dio sihat dio nok suruh ore lain pangku lagi jawatan dio? bakpo dio tok kembali ko jawatan asal?..sapo sebenarnyo dalang semuo ni joots?..hehehehe...

PUTRA CAKNA said...

Kecelaruan ini adalah tanda pihak istana dan kerajaan negeri tidak berlaga angin.
Kalau kerajaan hok dikatakan jahil dulu toklah lagu ni, sapa nok baloh dengan raja.
Kerajaan hok kuat ugama ni lagu tu pulak.
Bokali serupa dengan meli kato, ikut sunnah dengan ijmak ulamak???? hingga sapa begitu sekali.

Anonymous said...

Tahun2 1988-90 dulu ada jugak MB Dato' Mohammad Yaakob Vs Istana Kelantan. Tahu tu jugak UMNO lucutkan kuasa Raja2 Melayu dalam Perlembagaan... Raja nak sign atau tidak, Mahathir lulus jugak undang2 itu dalam masa tempuh 30 harri...? masa tu .. Mahathir & umno Vs YDPA ... Puak2 Umno sokong pulak tu.. hehehe..UMNo .. "kesetiaan kepada Raja & negara" ..

Anonymous said...

Tahun2 1988-90 dulu ada jugak MB Dato' Mohammad Yaakob Vs Istana Kelantan. Tahu tu jugak UMNO lucutkan kuasa Raja2 Melayu dalam Perlembagaan... Raja nak sign atau tidak, Mahathir lulus jugak undang2 itu dalam masa tempuh 30 harri...? masa tu .. Mahathir & umno Vs YDPA ... Puak2 Umno sokong pulak tu.. hehehe..UMNo .. "kesetiaan kepada Raja & negara" ..

Orang Melur said...

John!
Orang Pas anggap Abe Meli kita abih tea nah la jahat ko Pas. Tapi dalam kesempatan yangh ada Abe Meli tak khianat pun, tak macam tokoh pembangkang, sanggup perhuduh pemimpin negara pada mata asing.

Jahat-jahat Abe Meli nampaknya dia ada displin. Kalau dia ambil kesempatan perhuduh, ianya akan terekod dalam catan, yakni dalam tesis pelajar berkenaan.

Ambo doa agar Abe Li berjaya dalam usaha niaga yang dijalankan. Saya sedih dapat maklumat ada orang Pas yang tak bayar hutang jualan Mingguan Wasilah menyebabkan perniagaan Abe Li lingkup.

Peluang baru barangkali adalah imbuhan atas kesabaran Abe Li. Allah itu Maha Adil.

melikapakjangak said...

Cucu Pok Man Tukang Gunting!
Saya bukan orang parti politik, bukan orang Pas dan bukan orang Umno tetapi saya pun berpolitik dan belajar politik.

Saya boleh berada dalam Pas, berada dalam Umno, PKR, MIC, MCA, DAP dan sebagainya tanpa sebarang fanatik.

Saya berkcuali dalam berparti politik tetapi saya mendukung politik Islam. Antara parti politik dengan politik dua perkara yang berbeza walaupun bunyinya serupa.

Yang tidak boleh dipisahkan dengan Islam adalah politik manakala parti politik tidak tidak patut diakitkan dengan Islam kerana parti politik terlalu kotor dan jijik dan tidak layak disemangkut atau disetalamkan dengan Islam.

Peminat Cerpen said...

Parak benar Abe Meli nyar puak-puak salanteia dalam cerpen Rapat Umum Salanteia dalam SIASAH terbaru, sampai bersambung.

Tak sabar rasa nak baca sambungannya,