Saturday, March 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (713)

Orang Kelantan pelahap dan kemarukkan hiburan

UNTUK perjalanan dari rumah saya di Jalan Sultanah Zainab ke Baung Bayam yang lazimnya mengambil masa sekitar 10 minit, pagi tadi mengambil masa lebih dua jam. Beberapa jalan ditutup dan Kota Bharu dilanda wabak kesesakkan kronik gara-gara sedang berlangsungnya Jom Heboh TV3.

Nampak sangat betapa pelahap dan kemaruknya rakyat Kelantan terhadap hiburan apabila peluang untuk itu agak tertutup bagi mereka. Terbukti ketahanan iman untuk tidak terpedaya dengan godaan berhibur di kalangan rakyat Kelantan sangat mumut dan rapuh.

Ada yang sangup berjalan kaki berkilometer jauhnya sambil mendukung anak kecil untuk ke Jom Heboh. Saya temuinya banyak kereta yang tersadai di tepi jalan menhalami kerosakan, termasuk di atas Jambatan Ibrahim Ali di Tendong dan Jambatan Salor.

Bila ditanya apa puncanya kepada sebuah kereta Wira yang tersadai dekat kepala Jambatan Salor, saya diberitahu kononnya enjin panas kerana terperangkap dalam kesesakan gara-gara bawa anak bini ke Jom Heboh.

Anak-anak bermandi peluh dalam kereta sementara kerosakan kereta dibaiki untuk pulang ke Kuala Balah. Kononnya datang sejak hari semalam dan bermalam sekeluarga dalam kereta sebelum bertolak balik pada sebelah pagi tadi.

Dalam keadaan yang kereta bermasalah itu masih lagi boleh bercerita tentang kebanggaannya menghadiri Jom Heboh. Kononnya orang ramai sungguh, macam ulat. Peniaga goreng pisang berniaga sekerat hari pun dah dapat RM5,000.

Ditanya saya dah pergi ke belum, Saya jawab belum walaupun jarak rumah saya dengan tempat Jom Heboh diadakan tidak sampai lima minit dengan berjalan kaki. Lagi pun dalam usia yang sudah senja, sudah tidak sesuai untuk saya menghadiri majlis seperti Jom Heboh.

Mujurlah anak cucu saya pun tidak berminat untuk ikut serta. Mungkin saya sekeluarga agak kolok dan otodoks dalam soal-soal berhibur dan pesta-pestaan. Apa-apa pengumuman dan nyanyian boleh di dengar dengan jelas di rumah saya, terutama pada waktu malam.

Cuma agak malang kerana ketika azan berkumandang pun, gegak gempitanya masih juga berlaku. Hal-hal sedemikian tidak sepatutnya berlaku di Kelantan. Ada yang telah ke Jom Heboh sejak pagi sampailah ke tengah malam. Ke mana Zohor, Asyar dan Maghribnya, malah tak mustahil Insyak dan Subuh pun terlepas.

Saya tidak pasti sama ada Jom Heboh merupakan pesta-pestaan yang menyenangkan kerajaan berslogankan Membangun Bersama Islam atau sebaliknya. Yang saya perhatikan orang Kelantan sangat pelahap dan kemarukkan hiburan. Yang datang ada yang berkopiah dan berserban. Tidak hairanlah kalau menyeberang ke seberang Sungai Golok misalnya, kopiah akan dikilas.

10 comments:

Anonymous said...

Setuju jugak dengan en meli, bhw masih ramai lagi manusia2 di Kelantan yang mengilai hiburan yang dipenuhi dengan amalan2 syaitan dari majlis2 ilmu & Islam yang diredhai Allah....

Mentaliti sekular & hedonisme masih menular dalam masyarakat Kelantan.... mereka yang terlibat dengan pelbagai jenayah dan maksiat..... isu dadah, dedah aurat, berzina, rempit, ragut, ... inilah hasil pendidikan sekular dan penerapan budaya kuning/ songsang melalui media2 perdana milik kerajaan pusat kedalam pemikiran seluruh rakyat ... hanya segelintir yang terselamat dari hasutan syaitan seperi itu.

Mereka2 inilah sedang meroboh nilai hidup & tamadun Melayu .......

Anonymous said...

buatlah gapo pun..... nati ngundi ore2 muda akan pakah gapo hok patut di pakah..... dulu Umno buwi bah utk balik ngundi.... rama balik pakoh Pas.... Lo ni tak saba rasa nak ngundi.... tok wakil Pas hok karut2 bulih la tengok nati... kalu dok brasa diri hebat.... Ore Klate tidak cara hebat setara mana ... akhir sekali kita pilih hok mana lebih juruh...

Anak Pondok said...

Kita rasa hebat sebelum diuji. Mungkin kita tak buat maksiat kerana kawalan ketat, kalau kita yang berjujur gi ke seberang atau negra-negara yang bukan Islam, kopiah boleh kilas.

Diuji dengan Jom Henoh pun dah ketepikan sembahyang bang. Kalau yang pakai seluar carik kepala lutut bagi yang lelaki dan yang berpakaian nampak pusat bagi wanita ada la hingga jugok, ini yang berkopiah, berjubah, berpurdah pun ikut sama.

Terbukti orang kita kalah dengan ujian. Sepatutnya Jom Heboh lengang tanpa manusia supaya pihak penganjur akan serik untuk adakan majlis seumpamanya lagi tetapi nampaknya sambutan jauh mengatasi jumlah Jom Heboh di tempat lain, termasuk bila diadakan di KL.

Maka dengan itu kita sendirilah dapat menilai sejauh mana ketahanan iman kita. Ko guano Abe Meli?

Hj Markoko said...

...orang Kelate ni dia nampak 'alim' di kampong dia jah..tapi kalau tubik sikit dari kampong dia baru lah nampak 'alim' dia tu setaro mana..contoh yang ketara ialah dikalangan pemimpin PAS sendiri samada yang asal dari Kelate atau luar Kelante..bila duduk atau sampai di Kelate, dia pakai kopiah tapi sebaik naik kapalterbang atau bas atau kereta maka kopiah pun terus hilang..eh macam sekut 'cip more' pula..sekejap ada, sekejap hilang...bukan nak mengata tapi barang sengoti...

Natu Hatu said...

Betul tu Hj Markoko kawe stuju.

john said...

salam...

Pertamonyo..ambo nok betul istilah dulu deh..berbalik kepada perkara yg tok peti perok royak dulu. Yang haramnya ialah KONSERT jom heboh sebab campur gaul lelaki dan wanita dan tidak menghormati waktu semayae di samping aktiviti2nya yang pergaulan bebasnya agak longgar! Gerai2 pameran dan jualan jom heboh tak dok masaloh. Haa biar napok situ.

Yg keduo hok abe li royak tu seolah2 jom heboh ni konsert setiap waktu. padahal yang ore ramai tu selain dari gerai2 hok buat promosi mungkin pengunjung nok tengok selebriti secara live! yang selamo kening ambo raso oe kelate dok tengok dale tv jah. Barang harus diingat sekuat mano program kerohanian kerajaan negeri buat, tapi 'idiot box'(tv) semonyo ado disetiap rummoh lo ni. dale tv tu mace2 program ado tamboh2 lo ni ado astro.

Yg ke3 barang harus diingat, jom heboh masuk kelate ni buke suko2 main terjah mace tv3 tu. dio keno ikut syarat yg kerajaae negeri tetap doh mengikut enakmen hiburan negeri sampai personaliti tv yg tak bertudung pun jadi bertudung! ikhlas ko tok ikhlas ko hati diolah. sekurang2nyo itu adolah dakwah. benda yang baik keno sokong. Ambo tengok pengisian program pun lebih kepada kerohanian tak dok lah mengarut seperti negeri2 lain.

Jadi kepado geng2 yang tok berpuas hati tu (umno wo kalih) demo keno terimo lah pendekatan dakwah secara berhikmah lagu ni. kalu harap ko umno gak bab2 hiburan ni diluar kawalan mereko..minto maaflah ambo royak deh...

p/s: pasal Jem tu kalu jalan depan jalan hamzah tu siap rasa ok kot abe li. dok pun kito baiki kelemahan yang ado...

Anti Hipokritisme said...

Tu di eh. Bila di Kelantan semuanya positif, ada sangkut paut dengan dakwah, maklumlah Negeri Serambi Mekah.

kalau ambil dadah, buang anak di kawasan masjid dan dan apa pun perlakuan mungkar, kononnya ada pendekatan dakwah.

Bolehkah bangkai seekor gajah ditutup dengan sehelai serban?

Anonymous said...

Hok cemar nok suruh nmpok bersih, kalu klate wat gak bersih slalu!...nk gi gak gi...dok ryt klato ada garis panduan la..gapo la..,pah negeri lain takdok garis panduan ko john? pah pulok tak dok ko blaku percampuran?. Mulo tak leh, pah loni buleh...nmpok sgt nak tarik pengundi...bo la weihhhh...tak dok ggapo doh PAS ni...Jame kawe ikut mulo nmpok molek...pah loni koho sari koho punoh...pade-pade la...bo la dok nnipu nyo! Hok taksub supo john tu jah hok tok sdar lg nyo...hok dok slimut tlanje ngan bendero pas!

PUTRA CAKNA said...

Kerajaan PAS dulu dan sekarang sudah lain...
Dulu kata Sure Heboh (sekarang Jom Heboh) haram...
Pah loni boleh pulak...
Ternyat PAS tak konsisten dengan hukum islam.
Dulu pakai kitab mano,
Pah loni pakai kitab mano pulak...
Panggil nyanyi orang jate...
Pah tino dok kelih tak po ko???
Penyanyi jate dok kelih penonton tino tu takpo ko???
Tidak campur lelaki dengan perempuan konon... datang satu kereta, berjalan kaki sekali, cuma ada lorong lelaki dan perempuan berasingan...tapi nampak dok ssummbat lelaki dan perempuan sekali, berhimpit-himpit pulak tu...
Takpolah mugo kerajaan tok guru benarkan... semua comel belaka...
Bokali PAS sudah sedar, hiburan tidak boleh dipisahkan dengan naluri rakyat sebab tulah dibenarkan. Kalu tak benarkan, takut rakyat hok muda-muda tu memberontak pulak....
Jiwa orang muda kena jaga serupa jago orang cina DAP.
Baik undi BN lah kalu tentu nok hiburan hok sengoti gak!!!

joostspring said...

sedara2 sekelian...

john ni gapo hok nik ajis wat semua betul...sampai kl nik ajis suruh john mkn taik dia pun john makan...

john wei...

time konsert tu, wat duk xcampur tu dlm got tu berapo kerat sgt jah wei...wat duk luar got tu rmi lagi yg campur gaul tino jate..dah la mari monggek naik moto tino jate....bkn aper tu semua menggalakkan berlakunya maksiat??

Tapi sat bimbang,krn nik ajis tlah sucikan segala kemungkinan dosa2 yg berlaku sepanjang 2 hari tu...tak semaye pun xaper..nik ajis tolong mintak dah dgn allah dikecualikan sbb nak g jom heboh versi pas...

P/S:sejak bila pulak bunyi time konsert jah haram jom heboh ni john wei...bkn aper dlm palo otak puak2 pas ni jom heboh haram dari hujung kaki pah ko hujung rambut...berehio sunggoh la puak2 pas ni putar belit dan bukak kitab hijau ikut selera sendri..