Saturday, March 27, 2010

MUNCUL KEMBALI (715)

Terima buku sumbangan Haji Abdullah CD

SIFAT semula jadi saya, akan berusaha untuk tahu tentang sesuatu perkara sehingga jelas lagi jilah walaupun ianya sukar dan mengambil masa yang lama.

Saya mendapat gambaran tentang komunis Melayu dari Dollah Sulong tokcik saya jauh berbeza dengan apa yang dianggap oleh kebanyakan rakyat Malaysia serta apa yang terkandung dalam catatan sejarah dan juga apa yang difilem serta yang didramakan.

Untuk itu saya pernah beberapa kali ke perkampungan penempatan bekas anggota Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional dan merupakan antara sayap Parti Komunis Malaya (PKM) yang kesemua anggotanya beragama Islam.

Saya pernah menulis secara bersiri dalam sebuah akhbar mingguan dan menyiapkan buku mengenainya yang akan saya terbitkan nanti bila saya rasa ianya lengkap supaya rakyat negara ini tidak terus terdodoi oleh ulitan catatan sejarah versi penjajah.

Saya sempat berjumpa beberapa kali dengan Haji Abdullah CD selaku Pengerusi PKM, Suriani Abdullah atau Eng Ming (isteri Abdullah CD) selaku jawatankuasa kerja pusat PKM, Rashid Maidin dan isteri serta Abu Samah Mohd. Kassim.

Saya mendapat cerita lisan tentang perjuangan mereka dan juga penjelasan tentang kenapa mereka memilih memikul senjata dan setelah termentrai perjanjian damai, kenapa mereka memilih bermastautin di Selatan Thai, bukannya kembali ke Malaysia.

Pada satu ketika saya pernah bersama Ustaz Akhir Hay dan Pengarah Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan ketika itu, Haji Wan Jamil Wan Mahmood mengunjungi Rashid Maidin di Perkampungan Malaysia di Yala. Seorang exco kerajaan negeri yang patut ikut serta telah membatalkan hasrat mengunjungi Rashid Maidin pada saat-saat akhir, mungkin kerana takut.

Di samping itu saya pernah menemani seorang bekas ketua pengarah kepada sebuah jabatan kerajaan mengunjungi Abdullah CD di Shukhirin selain dari turut membawa beberapa orang penulis berjumpa dengan Abdullah dan Abu Samah.

Ketika kunjungan pertama kali saya, kebetulan Abdullah CD, Suriani, Abu Samah dan Siti Norkiah isterinya serta Rashid Maidin dan Selamah (Cina Muslim) isteri Rashid baru kembali dari Mekah menunaikan fardhu haji yang ditanggung oleh kerajaan Malaysia.

Kemunculan blog http://www.matamin02.blogspot.com/
yang menjadi saluran maklumat Rejimen Ke-10 menjadikan Rejimen Ke-10 terasa dekat dengan saya dan kematian Abu Samah misalnya saya dapat maklumatnya dari blog berkenaan. Ketika kematian Rashid Maidin rasanya blog berkenaan blog wujud.

Seorang guru yang merupakan cicit kepada seorang pejuang bernama bernama Manaf berasal dari Temerloh yang mahu saya cuba kesan Manaf melalui seorang cikgu yang merupakan cucu saudara kepada Yahya (anggota Rejimen Ke-10) berasal dari Pasir Puteh, saya telah menghubungi Mat Amin melalui email.

Yahya berjaya dikesan dan beliau menetap di Panga, Phuket. Yahya ada isteri dan anak di sana tetapi tidak boleh berbahasa Melayu. Yahya pernah balik ke Kampung asalnya Gong Serai (Padang Pak Amat) beberapa kali tetapi tidak ada siapa yang tahu ke mana keluarganya berpindah. Yahya telah meninggal dunia di Panga beberapa tahun lepas.

Manakala Manaf belum dapat dikesan kerana saya tidak diberi maklumat lengkap untuk disalurkan kepada Mat Amin bagi memudahkan kerja pengesananan. Kebanyakan anggota Rejimen Ke-10 dan anggota PKM menggunaka pelbagai nama. Saya difahamkan cicit kepada Manaf merupakan seorang guru dan kini mengajar di sebuah sekolah di Gua Musang.

Permintaan pencarian itu telah membawa tuah kepada saya apabila Abdullah CD melalui Mat Amin telah menjanjikan menghadiahkan bukunya kepada saya bagi membantu saya menyiapkan buku saya tentang Rejimen Ke-10.

Semalam , 27hb. Mac, 2010, saya telah menerima sumbangan itu yang dipos oleh Yaakob Ibrahim. Terima kasih Bong Dollah dan terima kasih juga Yaakob Ibrahim dan Mat Amin atas sumbangan yang bagi saya lebih bernilai dari jongkong emas itu.

Melalui 1 set mengandungi tiga buah buku Memoir Abdullah CD, maka dapatlah saya kenali dengan lebih mendalam beberapa orang tokoh yang pernah ada kaitan dengan Rejimen Ke-10. Kebanyakan tempat yang tercatat dalam memoir berkenaan pernah saya kunjungi dalam mendapatkan maklumat untuk buku saya.

Antara tokoh yang saya dapati ada kaitan dengan Rejimen Ke-10 adalah Dr Burhanuddin Al-Helmy yang pernah menjadi Yang Dipertua Agung Pas dan Kamarulzaman Teh yang rupanya adalah abang kepada sahabat saya Haji Alang Ahmad Teh, bekas ketua Biro Utusan Melayu Pahang dan pernah menjadi Ketua Biro Harian Watan ketika saya menjadi Ketua Biro Harian Watan di Kelantan.

5 comments:

Anak Murid Cikgu Soh Kilat said...

Guano Abdullah CD boleh buwi sumbangan ko mu Meli? ASku tak berapa arap denganmu ni Meli. Dengan komunis pun mu main.

ambo said...

Salam tuan,

Padangan saya, apabila berkata tentang komunis... ia adalah berkenaan komunis secara keseluruhan iaitu PKM…. bukan sekadar rejimen ke 10. Andaikata kita dibuai dgn sentimen rejimen ke 10 adalah melayu... bagaimana pula dgn REJIMEN ASKAR MELAYU yg dibunuh oleh PKM......berapa byk onar dilakukan di Johor.. Pahang... dll negeri di Malaysia... oleh komunis... setelah merdeka (walaupun dikatakan Malaysia boneka british) mengapa mereka meneruskan penentangan terhadap DYMM YG DIPERTUAN AGONG.... bukankah Regimen 10 ditubuhkan utk mendapat kemerdekaan dari British….. Dapatkah kita bayangkan andainya perjuangan PKM Berjaya… adakah rejimen 10 yg akan berkuasa atau PKM yg akan berkuasa…..

Bagi saya rejimen ke 10 hanyalah strategi PKM utk dapatkan sokongan Melayu... sebagaimana DAP menubuhkan cawangan DAP Melayu.....

p/s: bagi saya ya memang benar mereka mungkin pejuang kemerdekaan…. Tapi menghalalkan pembunuhan yg dilakukan selepas kemerdekaan……adalah perbuatan pengganas…

Pejuang Kecil said...

Kita jangan berat sebelah dan terbuai oleh catatan sejarah versi penjajah. Kalau Abdullah CD, Suriani, Abu Samad, Siti Norkiah, Rashid Maidin petualang negara, macam mana kerajaan Malaysia boleh pula tanggung mereka menunaikan haji ke Mekah.

Saya seronok dengan Abe Meli, jumpa dengan tokoh-tokoh terbabit, dapatlan cerita sebenar. Saya pernah baca tulisan Abe Meli mengenai lawatan pertama kalinya ke perkampungan bekas anggota Rejimen Ke-10 dalam mingguan Eksklusiuf kalau tidak silap saya.

Kita kena tahu punca kenapa mereka sanggup jadi komunis sebagaimana kita kena tahu puncanya kenapa orang ada di kalangan orang Umno asaskan Pas, asaskan S45, PKR dan sebagainya.

Saya menunggu buku yang bakal Abe Meli terbitan tentang Rejimen Ke-1PKM.

Ulat Buku said...

Kalau tidak salah saya set Memoir Abdullah CD mengandungi tiga buah buku diterbit oleh Strategic Infomation Research Development beralamat di Petalaing Jaya dan dijual di pasaran terbuka.

Makanya rakyat Malaysia tidak disekat atau dihalang untuk memiliki, membaca dan memahami apa yang tersurat dan tersirat sebagai isi kandungan buku berkenaan.

Unknown said...

tak sengka meli kapak jangak berminat dgn perjuangan rejimen ke 10.sebenar nya sejarah malaysia perlu di nilai semula. umno menulis sejarah separuh betul terutama dlm bab perjuangan kemerdekaan kerana banyak pejuang2 kita mati dibunoh terutama dari golongan kiri tidak di hargai,juga pkm bermula dgn cumil,pertengahan
yg ganas dan berakhir dgn terbiar.
walau kita tunggu buku meli.