Monday, March 29, 2010

MUNCUL KEMBALI (717)

Pemilihan calon bertanding mesti yang disenangi pengundi

SAMA ada mewakil parti kerajaan atau pembangkang, mempertaruhkan calon yang disenangi pengundi akan menjamin kemenangan dalam sesuatu pilihanraya kerana pengundi yang tidak berparti politik akan mengutamakan kualiti calon untuk diberi undi, bukannya bersandarkan kepada parti yang diwakili sebagaimana yang menjadi pegangan ahli-ahli parti yang fanatik.


Ahli-ahli parti yang terbuka dan telus pemikirannya juga akan mengutamakan kualiti calon dakam memberi undi kerana yang akan memberi khidmat adalah wakil rakyat yang diberi mandat, manakala parti yang diwakili hanyalah sebagai alat yang tidak mampu berfungsi apa-apa kerana parti politik itu sendiri pada hakikatnya dari jenis mati dan kaku.

Sehubungan dengan itu saya sependapat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang kena diutamakan kehendak dan suara hati pengundi dalam pemilihan calon bertanding pada pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor nanti, ekoran kematian wakil rakyat kawasan berkenaan, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Mempertaruhkan calon yang menyongsang arus dengan kehendak dan suara hati pengundi samalah seperti memancing jenis ikan tertentu menggunakan umpan yang salah atau mengihangkan juadah kepada seseorang dengan hidangan yang tidak membuka selera pemakannya walaupun barangkali juadahnya disediakan oleh tukang masa termasyhor, berpengalaman dan mahir.

Sehubungan dengan itu, kalau tujuan bertanding adalah untuk meraih kemenangan, maka soal kuota parti bagi sesuatu kawasan tidak patut timbul. Bagi kawasan yang majoriti pengundinya terdiri dari orang Melayu, mustahil calon yang dipertaruhkan boleh menang kalau ianya adalah dari keturunan India atau Cina.

Harapan untuk menang hanya ada kemungkinan sekiranya calon dari parti lawan juga bukan Melayu.

Dengan 53 peratus pengundi di kawasan Parlimen Hulu Selangor adalah Melayu, 27 peratus pengundi Cina dan 19 peratus pula India, maka mana-mana parti yang meletakkan calon berketurunan India, pasti akan kalah. Calon yang paling munasabah adalah Melayu manakala pilihan kedua Cina.

Maknanya kalau tujuan menyertai pilihanraya untuk meraih kemenangan, maka sama ada Barisan Nasiuonal (BN) mahu pun Pakatan Rakyat (PR) perlu bertolak ansur, bersedia berkorban dan kena sanggup mengenepikan kepentingan politik kepartian, sebaliknya kena mengutamakan semangat BN atau PR.

Pada pendapat saya, kalau sama ada BN atau PR mempertaruhkan calon berketurunan India untuk pilihanraya kecil Parlimen Ulu Selangor samalah seperti menyediakan leher siap dengan pisau tajam bergetah untuk disembelih oleh lawan.
Justeru itu, tidak kira BN yang menang atau PR yang akan mempertahankan kawasan berkenaan dalam pilihanraya kecil nanti, banyak bergantung kepada calon yang dipertaruhkan, bukannya terlalu bergantung sangat kepada kehebatan parti yang diwakili.

1 comment:

Anonymous said...

Kehendak rakyat hendaklah didahulukan...betul tuuu... rakyat pilihlah sapa dia suko untuk perjuangkan nasib rakyat... TAPI akhirnya wakil2 rakyat mereka ini 'dibeli' untuk perjuangkan menutup/ pertahankan amalan korupsi dan kezaliman yang dilakukan oeh pemimpin2 UBN........hehehe...

AMARAN KERAS: Jangan jadi puak2 wakil rakyat haprak... Masa nak menang pilihanraya ... buka cerita buruk UMNO/BN & konco2....
Masa nak dapat habuan peribadi dari UBN ... buka cerita buruk PKR, Anwar, PAS, DAP, dsb... hehehe... "Aku sumpah laknat kepada semua wakil2 rakyat penipu besar nih... sehingga hari kiamat! .. kita.. dakwa mereka ini & berhujjah di Mahkamah Allah di Padang Mahsyar kelak....