Wednesday, March 31, 2010

MUNCUL KEMBALI (718) - KEMASKINI DENGAN PEMBETULAN EJAAN

Rong Chenakku dijajah: Anuar Tan diseranah

DALAM perjalanan balik dari sedikit urusniaga di Rantau Panjang petang tadi, entah macam mana tergerak pula hati untuk singgah di kampungku, Rong Chenak.

"Cis! Ingat ko menatang tok wakil mana, kena ke mu menatang Meli" seranah seorang rakan sekampung bila aku turun dari Mazdez berwarna merah milik seorang rakan niaga aku yang berhenti di depan kedai kopi Semi dekat Sekolah Al-Balaghulmubin.

Belum pun sempat duduk di bangku panjang kedai Semi, aku diadu bahawa Rong Chenak sudah dijajah, Mahligai telah diperintah oleh bangsa asing.

Dalam ramai-ramai pekerja hanya dua anak tempatan diambil bekerja di ladang ternak Mahligai (termasuk Ladang Jihad Ternak) yang sudah bertukar kepada ladang tanaman jagung, dan kini menjadi ladang tanaman timun, yang lain semuanya dibawa masuk dari Thailand dan tidak pandai cakap Melayu.

"Cina Taiwan?" tanyaku merujuk kepada orang asing yang dikatakan telah memelihara anjing garang menyebabkan orang kampung tidak boleh masuk ke kawasan yang dianggap telah dijajah itu.

"Bukan orang Taiwan tapi Cina Ipoh Perak, orang menatang Anuar Tan" sanggah rakan yang ternyata amat marah dengan membahasakan wakil-wakil rakyat, termasuk Dato' Anwar Tan Abdullah dengan menatang.

"Apa kaitan Anuar Tan dengan projek Mahligai, Dia bukan exco pertanian" aku cuba membetulkan keadaan. "Setahu kawe kawasan tu milik Akademik Keluarga Bahagia. Anuar Tan tak ada kaitan" tokokku.

"Tak tau 'lah. Kononnya Anuar Tan yang bawa masuk Cina dan memberikan segala projek, termasuk tanah-anah Melayu di Kota Bharu untuk dibangunkan oleh Cina" dakwa rakan sekampungku.

"Aku rasa tak kena. Ini kes orang lain makan nangka, orang lain kena getah. Tak pasal-pasal kena atas batu jemala Dato' Anuar Tan" aku cuba betulkan keadaan.

"Mu tolong siasatlah dan siar dalam suratkobamu. Cina yang jadi broker membawa Cina Ipoh bermaharajalela di Mahligai tu kata, Cina yang buat projek tu orang Anuar Tan. Cina yang jadi broker itu dapat hadiah kereta comel" pinta dan dakwa rakanku penuh harap.

Bila aku kata aku sedang mencari (kerana disuruh cari) tanah seluas 100 ekar ke atas untuk pembinaan kampus cawangan sebuah universiti dalam jajahan Pasir Mas, rakan itu cadangkan aku supaya minta sebahagian dari tanah rizab haiwan Mahligai seluas 600 ekar yang sebahagian besarnya kini kononnya telah dijajah oleh bangsa asing.

"Kalau bina kampus cawangan universiti di Mahligai molek benar. Aku rasa baik mu cadang Mahligai, tolong majukan kawasan kita ni. Tapi aku rasa payah juga boktan mu bukan Cina. Pah tu mu orang Rong Chenak pula, suara orang Rong Chenak tak 'kan laku" keluh rakanku.

"Takpo, kawe akan cuba cadangkan kepada pihak yang mahukan tanah untuk pembinaan kampus cawangan sebuah universitu tu. Kalau pihak berkaitan ada minat, kita orang kampung ni kena pakat tolong buat desakan bersamalah kalau pihak kerajaan keberatan nak buwi gat. Esok kawe akan bawa orang yang uruskam pencarian tanah itu. Kawe nak tunjuk dekat Baruh Piar dulu" tegasku.

"Aku dengan orang kampung akan bantumu. Patut berlarok, kita akan berlarok. Aku tau mu sayang ko kampungmu ni, orang kampung ni pun ikut mu suruh sokmo nak pangkah parti mano" jolok rakanku.

Tapi aku rasa tidak mudah untuk merealitikan mimpi sebuah kampus cawangan universiti dibina di kawasan kampungku kerana siapalah aku. Apa sangatlah keupayaanku sebagai manusia kerdil serba tidak mampu.

Contohnya bila aku hantar email ke sebuah jabatan kerajaan berpejabat dalam Kota Darulnaim untuk minta penjelasan tentang prosedur bagi membolehkan aku mendapat kebenaran mengesksport pasir, tidak ada sebarang respon diberikan walaupun aku memerlukan respon segera.

Aku ada menerima permintaan dari pengimport untuk mendapatkan pasir dari Kelantan yang ikut rancangannya pasir akan diambil dari syarikat-syarikat penyedut pasir sedia ada.

Pada perkiraanku dengan itu secara tidak langsung akan dapat menjadi antara penjana ekonomi Kelantan. Ianya lebih bersifat sumbangan kepada membantu secara tidak langsung kepada penjanaan ekonomi kepada negeri tumpah darahku.

Tapi setakat ini aku belum menerima respon, mungkin kerana aku hanya Meli, bukan Tan Sri atau Dato' Meli dan bukan taukeh Tang Tong Ting, menyebabkan banyak peluang niaga yang kena melibatkan kebenaran pihak berkuasa terlepas begitu sahaja seperti permintaan untuk urat sabut, susu getah, getah SMR20 dan keladak sawit yang permintaannya aku terima dari pengimport.

Bila aku temui pihak berkaitan untuk dapatkan penjelasan tentang prosedur bagi membolehkan bekalan bahan-bahan bekenaan diperolehi dan dieksport atas permintaan pengimport, aku ditanya kenapa pengimport mahu mengimport barangan itu semua melalui aku, kenapa tidak melalui usahawan-usahawan yang menyertai misi dagang kerajaan keluar negara.

Mana mungkin aku boleh jawab bagi soalan yang sepatutnya ditanya pada pengimport. Kebetulan pendaftar syarikat yang aku guna khidmat kestiausahaan, akauntan dan nasihat perundangan memasukkan nama syarikatku Meli Mediaplus (Rong Chenak) Sdn Bhd - 82749X dalam internet sebagai sebuah syarikat import eksport, maka para pengimport menghubungi aku.


Apa pun sepatutnya bila peluang ada, tidak sepatutnya ditanya kenapa peluang datang melalui aku, bukannya melalui usahawan yang menyertai misi dagang keluar negara, sebaliknya kena dipermudahkan cara supaya permintaan pengimport dipenuhi dan secara tidak langsung negeri dan negara akan dapat faedahnya.

Siapa Meli yang serba sengket tidak penting, yang kena diutamakan adalah peluang yang datang mungkin tidak acap kali. Lagi pun sama ada bagi memenuhi permintaan urat (fiber) sabut, susu getah (latex), getah SMR20 dari Cina mahu pun permintaan bagi keladak sawit dari India, permintaan dari Taiwan bagi tahi kelawar untuk pembuatan baja mahu pun permintaan untuk pasir dari Vietnam, aku bukan nak urus sendiri kerana aku tidak ada kepakaran dan keupayaan kewangan.

Kalau ada mana-mana usahawan yang berminat aku akan serahkan untuk diurusniaga. Untuk ekspot ke Malaysia dari Cina dan India, aku menerima tawaran untuk dieksport ubi kentang dan juga kain putih untuk pembuatan batik.

Pada 2 dan 3hb. April ini misalnya, aku akan pertemukan sebuah syarikat ternama yang berminat menajalnkan perlombongan biji besi dengan pemilik yang mendapat lesen melombong di satu kawasan di Ulu Kelantan yang tidak dapat dilombong kerana masalah modal sejak lebih lima tahun lepas lagi.

Aku dapat mencari pihak yang berminat (yang mencari aku sebenarnya) dalam tempoh kurang dari seminggu sebuah syarikat milik seorang datuk yang bekerjasama dengan sebuah syarikat dari Taiwan untuk dipertemukan dengan pemegang konsesi.

Kebiasaan buat kerja dengan cepat dan maklumat kena lengkap sebagai suatu displin kerja semasa bekerja sebagai watrawan dengan agensi berita dan akhbar harian menjadikan apa juga kerja yang diminta aku lakukan akan aku buat dengan cepat, kebetulan aku banyak konteks.

Aku juga ada menerima permintaan untuk dapatkan kawasan ladang untuk sawit atau pun ladang sawit seluar 10,000 ekar ke atas di Kelantan di samping ada di kalangan mereka yang bakal pencen mahu dapatkan kebun getah, malah aku juga ada permintaan dari para pembelian lot-lot rumah, terutama dalam kawasan bandar Kota Bharu.

Sesiapa yang berhajat mahu jual tanah, kawasan tanaman sawit, balak, lombong emas, lombong bijih besi/timah dan sebagainya di Kelantan bolehlah hubungi aku secara terus. Aku akan temukan dengan pembeli pada harga asal dan untuk kos khidmat mempertemukan pembeli dengan penjual, terpulang kepada sekadar yang ikhlas, sikit tak apa asalkan ianya tidak membebankan pembeli dan penjual.

Yang sedang aku cari (disuruh cari segera) ialah tanah seluas 100 ekar ke atas di kawasan Kuala Krai untuk pembinaan kampus cawangan sebuah universiti dan empat ekar ke atas di Tumpat untuk dijadikan sekolah memandu dan tempat ujian memandu di samping tanah seluas 10 dan 20 ekar di Bachok untuk rancangan permahan.

Aku juga mempunyai sejumlah pekerja untuk diupah membersihkan kebun getah, dusun buah-buahan dan sebagainya. Yang mahukan khidmat yang cepat dan terjamin kualiti kerjanya, bolehlah hubungi aku melalui email atau SMS ke nombor 017-9871322.

10 comments:

Anonymous said...

Nok tunggu ulasen dari John atau pun set2 PAS lain atas isu ini...rasonya John aken terus salohkan UMNO dan terus belo kerajee PAS...

Anonymous said...

Kena siasat betul2 samada syarikat yang mengendalikan tanah kerajaan itu telah mendapat kebenaran rasmi sari pihak berkuasa spt DO, pejabat tanah, atau pejabat haiwan,/pertanian.. atau sebaliknya. Jangan pakai istilah yang salah "menjajah".. seperti Singapura "menjajah" Pulau Batu Putih.., Cina Singapura meratah pasir dan air dari Johor berkurun tu... Melayu putih mata saja... tak belarok/berlawan pun orang2 melayu Johor yang dikembiri oleh UMNO!

Mereka yang usahakan tanah yang dipajak/disewa dari kerajaan akan dapat juga hasil pakan/sewaan itu kepda kerajaan negari/rakyat Kelantan... daripada dok kosong tiada apa2 hasil. Apa yang nak didengkikan. Carilah tanah lain dan usahakan sampai dapat hasil seperti mereka itu. Lagipun orang melayu ada yang jenis pemalas, dok bbual kedai kopi saja, tanah sekangkang kera depan rumah pun kosong tak ditanam dengan lada ke, sayur ke, lengkuas kunyit ke.. semuanya nak dibeli dan diharap dari subsidi kerajaan... asyik dok cerca orang lain yang buat kerja,,tapi kita tak buat apa2... "perangai ketam dalam bakul"... Sampai bila melayu boleh maju... jika sikap negatif seperti ini..?

Saya setuju jika semua rakyat Malaysia berjiwa merdeka, berdikari dan berdayajuang yang tinggi.. Semangat ingin mencuba, berusaha & maju jaya.. "Malaysia Boleh"!!!=(Pinjam slogan madey.. Malaysia Boleh)

john said...

Salam...

" Anonymous said...
Nok tunggu ulasen dari John atau pun set2 PAS lain atas isu ini...rasonya John aken terus salohkan UMNO dan terus belo kerajee PAS...

March 31, 2010 7:17 AM"

-Doh tahu doh gak, ambo ulas wak gapo..padae dengar ulasae anon April 1, 2010 4:09 AM cukuplah..

Warga Kota Lama said...

Mu tau ko dok Meli, Anuar Tan bengang dengan postingmu ni. Bukan ko bini mu orang kuat Anuar Tan?

Menate ni tak pilih orang, nyo takel belako.

Gu Lama Meli said...

Pada penelitian aku Meli cuba bersihkan nama Anuar Tan di mata orang kampung dia. Anuar Tan tak cukup reti Melayu kalau dia bengang pada Meli.

Toksoh ddoli ko dia la Meli. Pilihanraya dok adap ni acu try mu pelupuh, biar bersebam bahan tanah. Akyu tau mu bukan orang parti politik tapi politikmu tokleh pande rendah.

melikapakjangak said...

Penjelasan!
Pada mata orang kamoung saya (Rong Chenak)nama Anuar Tan agak cemar kerana mereka difahamkan bahawa Cina yang mengusahakan tanaman jagung (sekarang timun) adalah orang Anuar Tan. Ertinya nama Anuar Tan telah digunakan. Orang kampung tak salah kerana mereka tidak tahu, malah kalau Anuar Tan pergi ke Rong Chenak pun, orang Rong Chenak tak kenal Anuar Tan.

2. Saya cuba untuk betulkan keadaan dan cuba yakinkan bahawa dalam apa yang berlaku di Mahliga tidak ada kaitan langsung dengan Anuar Tan. Penggunaan perkata 'menatang' adalah sebagai cakap ajuk orang kampung dalam mengadu kepada saya sebagai tanda marah mereka kerana menganggap apa yang berlaku adalah ankara Anuar Tan. Bila saya catat 'menatang' bukan bermakna saya memenatangkan Anuat Tan. Saya juga dimenatangkan.

3. Saya posting tulisan berkaitan bukan bertujuan untuk musnahkan Anuar Tan. Saya tidak ada sebab untuk memusnahkannya atau memusnahkan mana-mana tokoh sekali pun. Tujuan saya adalah untuk menyedarkam Anuar Tan bahawa sama dalam projek Mahligai mahu pun pembinaan pelbagai bangunan oleh syariklat tertrentu di Kelantan terutama di Kota Bharu yang membabitkan orang Cina, maka akan dikaitkan dengan Anuar Tan. Saya yakin Anuar Tan tidak ada kaitan tetapi secara tidak langsung namanya digunakan, mungkin ada orang lain yang bernama Tan.

4. Salah anggap atau nama Anuar Tan digunakan tanpa pengetahuan tuan empunya diri secara tidak langsung kalau dibiarkan boleh menerosakkan reputasi Anuar Tan. Kalau dulu namanya hanya dikaitan dengan projek-prpjek yang membabitkan orang Cina di Kota Bharu, kini namanya dah melarat hingga ke Rong Chenak kamoung saya. Sebagai pengamal media, tugas saya membetulkan keadaan, jika timbul silap faham itu bukan urusan saya. Saya bersedia mengambil risok terhadap apa yang saya buat. Jika dirasakan apa yang saya tulis berniat busuk, saya sedia disaman. Jika niat saya mueni tetapi dilihat jahat, buruk dan busuk, saya akan dapat pahala, orang yang salah anggap akan berdosa. Saya tak rugi apa-apa. Salah tanggapan dan penilaian terhadap apa yang saya lakukan oleh kebanyakan tokoh di Kelantan adalah seperkara yang lumrah bagi saya, namun saya tetap yakin Allah lebih Tahu dan lebih Saksama dalam menilai apa yang saya buat. Saya tidak harapkan doa dan simpati sesiapa untuk hidup dan saya yakin saya tidak akan mati kerana kutukan dan pandangan negatif mana-mana pihak terhadap saya. Kerana itu saya memilih hidup tanpa terikat dengan mana-mana parti politik.

GU MELI said...

TAK DOK KAITAN GAPO NYO MELI? MEME ANUAR TAN BARUA YANG DUK GUNA JAWATAN DIA UNTUK BAWAK MASUK CINA KE KELATE DAN UNTUK BAGI RETO KAT CINA2 KELATE ATAU CINA2 LUAR. PERNAH MENATE ANUAR TAN NI SEBUT KEPADA CINA2 DI PASIR PUTEH BAHAWA DIA MASUK PAS NI BUKAN KERANA NAK KOR ISLAM TAPI KERANA NAK TULONG KAUM CINA KITA NI. CUBO GI TANYA TOK GURU NIK AZIZ KALU BETUL GAPO HAK ANUAR TAN KATA NI GAPO JATUH HUKUM PADA DIA? BENDA NI BULEH SIASAT KAN BETUL TIDAK. KALU TANYA ANUAR TAN MESTI DIA TAK NGAKU CUBA TANYA CINA2 DI PASIR PUTEH ATAU ORANG2 HAK DENGAR SAMA.

Anonymous said...

tak dok pasal2 mu ni meli...aku tahu niat mu molik benar,xdok pasal2 anuar tan keno,org gak cari peluang la cari salah dia,patut la org kg mu panggil mu menantang.

aku rasa GU MELI ni ada ada sifat perkauman la,xada pasal2 nak dengki.

doh org melayu kita ni pmalas,kecek kokser mcm meli ni,nak jadi penulis tapi ejaan pun salah sokmo,pah kita org melayu marah klu kaun lain maju,pah salahkan anuar tan,ada ke patut.

klu kita tgk di kb la kan,masih ramai org tino melayu kita xpakai tudung,budak2 melayu kita ramai yg mati merempit,org melayu kita klu bniaga mesti ada nak menipu,nak cepat untung,bakpo mu tak salahkan nik aziz???nik aziz kan melayu.

pasal keikhlasan seseorg pula,hanya Allah yg tahu,klu anuar tan bniat molik dia dapat pahala,gak klu dia tolong org cino pun,dia dapat pahala juga.

satu lagi GU MELI,anuar tan tak masuk melayu,dia masuk islam...so klu dia xreti melayu,xboleh salahkan dia,dia bukan melayu,dia cina islam.

berapa sen gak harga melayu di akhirat.

Anonymous said...

Salam. Ana pun pernah diberitahu oleh seorang bekas ahli EXCO Kerajaan PAS mengenai kata-kata Anuar Tan di Pasir Puteh itu. Kalau betul kata bekas ahli EXCO Kerajaan PAS yang berasal dari Pasir Puteh itu maka betullah juga kata GU MELI itu. Memang di KB ramai orang kuat PAS benci dengan Anuar Tan di atas kerakusannya membela kaum Cina bukan Islam. Tak salah bela kaum Cina bukan Islam tapi janganlah berlebih sehingga menyusahkan Melayu Islam.

Mujahid Kecil said...

Rupanya banyak yang terencat dan kemetok dalam Kerajaan Pas Kelantan. Mujur ada blog Abe Meli dan Kickdefella. Kalau tidak gat, Pas dan kerajaan Pas nampak lendik belaka.

Betullah kata orang manusia tidak dicipta oleh-Nya untuk sia-sia. Demikian bila Allah mencipta Abe Meli dan Kickdefella, ada faedah dan tujuannya.

Mudah-mudahan Abe Meli terus dengan pendirian prinsip hidup Abe Meli. Saya yakin bukan mudah untuk Abe Meli kerana orang rumah Abe Meli katanya orang kuat Anuar Tan.