Sunday, April 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (719)

Negara patut sifar muflis

TANPA disedari, setiap orang terdedah kepada kemungkinan bankrap/muflis, kebanyakan kemungkinan itu berlaku diluar sedar mangsa. Umpamanya dengan menjadi penjamin kepada peminjam sama ada yang membuat pinjaman peribadi atau pinjaman perniagaan dan peminjam pula bersikap tidak bertanggungjawab dan menghilangkan diri apabila gagal membayar balik pinjaman.


Paling banyak terdedah kepada kemungkinan bankrap/muflis adalah pemegang kad kredit ekoran dari berleluasanya agen-agen kad kredit yang datang menemui pelanggan dan menawarkan kemudahan kad kredit, termasuk kepada kalangan yang tidak layak dan tidak sepatutnya menggunakan kad kredit.

Lazimnya agen-agen yang temui pelanggan dan perolehan bulanannya bergangutung kepada jumlah pelanggan yang berjaya dipujuk menjadi pelanggan hanya mengambil salinan kad pengenalan serta penyata gaji. Prosesnya cukup mudah bagi permohonan kad kredit melalui agen berbanding dengan permohonan terus dengan pihak bank menyyebabkan ramai di kalangan yang tidak layak dan tidak sepatutnya pakai kad kredit pun menggunakan 'wang palstik' dengan penuh gaya.

Sehubungan dengan itu, pada saya, sistem atau syarat kena ada penjamin bagi sesuatu pinjaman dan penggunaan agen mencari pelanggan kad kredit patut dihentikan seandainya rakyat negara ini bebas dari masalah bankrapsi/muflis supaya mereka tidak menjadi ibarat sudah jatuh ditimpa tangga demi untuk memberi faedah kepada orang lain.

Dengan jumlah 214,410 yang ditadbir oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sehingga bulan Februari tahun ini dengan 107,205 adalah yang diisytiharkan bankarp menghadapi risiko kekal muflis adalah satu jumlah yang agak besar. Adalah sesuatu yang mengerunkan apabila bagi tempoh 2005 hingga Februari tahun ini bilangan kes adalah 75,672, apatah lagi dengan pada bulan pertama tahun ini saja sebanyak 2,893 kes disytiharkan muflis.

Pada saya pengisytiharan muflis dengan mangsa yang akan kehilangan segala-galanya dan akan hanya tinggal sehelai sepianggan tidak akan memberi sebarang laba kepada negara, sebaliknya mahu tidak mahu boleh menjejaskan kitaran ekokomi negara. Oleh itu, seboleh mungkin, mereka yang berdepan dengan kes-kes muflis patut diselamatkan dari diisytiharkan bankrap.

Lagi pun bila dalam keadaan terdesak dan merasakan dirinya sudah tidak ada nilai dalam keluarga, masyarakat dan negara, tidak mustahil mereka yang muflis akan hilang pertimbangan dan akan membabitkan diri dalam perlakuan jenayah untuk meneruskan kehidupan, mereka tidak akan takut mati atau dipenjarakan kerana kalau tidak lakukan jenayah pun mereka akan menganggap diri sudah tidak ada sebarang nilai.

Sehubungan dengan itu pada saya, negara tidak patut berbangga dengan kejayaan Jabatan Insolvensi Malaysia menguruskan bilangan yang agak besar kes-kes bankrap/muflis, sebaliknya pelbagai usaha perlu dilakukan secara pro-aktif agar negara 'sifar' kes bankrap/muflis.

2 comments:

Anonymous said...

falsafah UBN..."Biar papa asalkan bergaya"..... Budaya yang dianuti oleh para pemimpin & sebahagian besar rakyat Malaysia.... ambo rasa sistem Kad Kredit, Riba', pinjaman Along kepada sistem ekonomi ni sama seperti dadah kepada akal & jasad manusia ... seronok awal, derita sepanjang hayat....

Kerajaan UBN berbelanja pun suka sohor.... Mesti buat benda yang ter... didunia... ... pencakar langit la, Litar Formula 1 la,.. akhirnya GAYA HIDUP RAKYAT MELEBIH KEUPAYAAN SEBENAR MEREKA.... rakyat tanggung beban.. cukai tinggi, tol sana-sini, harga barangan naik, bil2 elektrik, air,dsb nak, kos sara hidup, hutang keliling pinggan.... mungkin satu masa Negara & rakyatnya boleh BANKRAP... seperti Kerajaan2 Dubai, Iceland, Argentina, Mexico,.....

Group Falsampah Kopiah Hijau said...

Gaya hidup bergantung kepada kebijaksanaan masing-masing guna akal. Kenapa nak salahkan UBN pula.

Kalau tahu kita tak makan babi atau minum arak, dekati meja orang makan babi dan minum arak buat apa kalau dah tahu iman kita tak kukuh dan mudah terpngaruh.

Pokok pangkalnya kita kena jaga diri sendiri, jangan asyik amati kuman di seberang laut, gajah di depan mata tak nampak pula.