Sunday, April 4, 2010

MUNCUL KEMBALI (720)

Orang Kelantan tidak kisah nama royalti atau ihsan

NAMPAKNYA Kerajaan Negeri Kelantan berkeras mahu wang ihsan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat untuk disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dinamakan royalti dan disalurkan kepada kerajaan negeri. Banyak poster dan pemidang dipasang berkaitan dengan isu berkenaan, bertujuan untuk menunjukkan ketidak-bersetujuan rakyat Kelantan dengan tindakan kerajaan pusat.


Kos cetak poster dan pemidang serta pembiayaan majlis penerangan rasanya kalau dihimpun, mampu membiayai kos pembinaan banyak buah rumah kos rendah untuk golongan miskin yang tidak memiliki rumah sendiri di samping tidak ada tanah pun untuk dibina rumah kotak atau pembinaan kediaman berasaskan bahan-bahan komponen binaan terbuang.

Untuk mendapatkan respon dan pendirian umum rakyat Kelantan, melalui blog saya baru-baru ini, saya membuat undian dengan mengemukakan empat soalan yakni: 'Wang Ihsan/Royalti patu disalurkan a) melalui Kerajaaan Negeri, b) melalui JPP, c) tunggu Barisan Nasional memerintah Kelantan, d)tidak kisah asalkan ianya sampai kepada rakyat,'.

Bagi temph 14 hari undian dibuka, Keputusannya adalah sebilangan besar pengundi memilih mengundi tidak kisah disalurkan melalui saluran mana asalkan ianya sampai kepada rakyat manakala undi kedua terbanyak adalah disalurkan melalui kerajaan negeri. Bagaimanapun antara pengundi yang mahukan wang ihsan/royalti disalurkan melalui kerajaan negeri, JPP atau tunggu Barisan Nasional memerintah Kelantan selisih jumlah undinya terlalu kecil.

Berdasarkan kepada keputusan undian itu, pada saya sama ada dinamakan wang ihsan atau royalti bukannya menjadi suatu masalah kepada rakyat Kelantan. Demikian juga pihak yang menguruskannya, siapa pun yang uruskannya tidak menjadi suatu masalah asalkan ianya sampai kepada rakyat.

Kalau benarlah tumpuan akan diberikan bagi memastikan 200,000 keluarga penghuni Kota Bharu yang tinggal di rumah-rumah sewa akan dipastikan memiliki rumah sendiri dalam Rancangan Malaysia Kesepulh (RMK-10) menjadi matlamat utama kerajaan Umno/Baraisan Nasional yang pastinya akan menggunakan wang ihsan/royalti bagi maksud itu, saya yakin Umno/Barisan Nasional akan menjadi pilihan rakyat Kelantan.

Tidak mustahil Pas/Pakatan Rakyat akan kalah tanpa menang satu kerusi pun pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Tetapi jika dengan diberikan hak kepada JPP menguruskan wang ihsan/royalti tetapi kedaaan yang ada kekal pada tahap yang sedia ada dan masih juga jauh tertinggal dari sudut pembangunan dan peningkatan taraf hidup rakyatnya dengan negeri-negeri lain, maka Umno/Barisan Nasional pasti akan mengulangi sejarah pahit dan mengaibkan dengan gagal menang satu kerusi pun pada pilihanraya umum akan datang sebagaimana yang berlaku pada pilihanraya umum tahun 1990.

Mendapat hak menguruskan wang ihsan/wang royalti bagi saya bukanlahsuatu tuah sebenarnya bagi mana-mana pihak pun tetapi ianya ibarat terpijak periuk api, peluang untuk selamat dari perhatian, penilaian, penbghakiman dan hukuman rakyat terlalu tipis.

Kalau Kerajaan Negeri Kelantan diberi hak mengurus tetapi tahap pembangunan negeri kekal pada tahap biasa, rekod cemerlangnya sejak penghujung tahun 1990 akan lebur. Memberi hak kepada JPP menguruskan wang ihsan/royalti secara tidak langsung menyebabkan kerajaan negeri terselamat dari terdedah kepada bahaya hukuman rakyat.

Saya tidak yakin JPP seronok apabila diberi hak mengurus wang ihsan/royalti kerana jika wang itu tidak sampai kepada rakyat secara menyeluruh, peluang Umno/Barisan Nasional untuk tambah jumlah kerusi dalam Dewan Undangan Negeri Kelantan akan lebur dan musnah, malah imej dan reputasi Umno/Barisan Nasional di negeri-negeri lain juga akan ikut sama terjejas.

6 comments:

Anonymous said...

Salam Tok Cik.

Bagi ambo yg tak sekolah tinggi2 ni merasakan, kalaulah pemberian wang ihsan (dalam bentuk bantuan kepada pelajar sekolah), kalau ada lah sedikit ketidak adilan contoh macam puak UBN dapat lebih (contoh 60,000 orang dari keluarga UBN, selebihnya parti lawan), saya merasakan..tidak boleh disalahkan JPP kerana selama ini JPP sudah menjemput (beberapa kali) supaya PAS hantar wakil untuk pengurusan wang ihsan.

Kalau berlaku apa-apa kepincangan, PAS juga boleh dipersalahkan kerana tidak hantar wakil.

mat min

Anonymous said...

sungguh la mu ni meli mikir terbalik pada orang sokmo. mu ni baca buku lateral thinking hak edward de bono tu tuliskah, meli?

Anonymous said...

Kalu pemikiran en. meli ni betul, boleh diterima pakai, yang mana tak semestinya orang dari parti memerintah negara/ negeri urus duit royalti ni... ambo cadangkan supaya Pengerusi PETRONAS, sekalisekala serah kepada orang bukan UMNO, lagu mana? boleh jalan ke?

Ambo cadang Mustafa Ali ke, Haji Hadi ke sekali sekala jadi Pengerusi PETRONAS...

Begitu jugak dengan Pengerusi2 KADA, MADA, RISDA, KESEDAR, FELDA, FELCRA, dlll... yang gaji terlalu lumayan tu... yang dah berpuluh tahun orang UMNO saja yang "monopoli kuasa" syarikat2 rakyat ni.. maka patut diagih2 pula kepada mana2 pihak berkelayakan yang bukan UMNO.... mungkin ianya selebih berjaya kerana UMNO & PERKASA senang nampak korup orang lain... kemudian mereka akan berarak & saman di mahkamah... jadi setiap pembaziran dan penyelewengan terkawal... matlamat mudah tercapai... lagipun penglibatan semua rakyat Malaysia yang bukan UBN, akan menyemarakkan lagi semangat 1Malaysia yg dikatakan idea tulin Najib tu.... kahkahkah...

Mat Jin Machang Gochoh said...

Ambo cadang Mustafa Ali ke, Haji Hadi ke sekali sekala jadi Pengerusi PETRONAS...

Begitu jugak dengan Pengerusi2 KADA, MADA, RISDA, KESEDAR, FELDA, FELCRA, dlll... yang gaji terlalu lumayan tu...

KALAU NAK 'KAN KEDUDUKAN TU SENANG SAJA, SELEKAN MASUK UMNO. DULU MASA PAS MASUK BN, JAWATAN MENTERI PUN DIBERI PADA ORANG PAS.

GONG BENARLAH UMNO/BN KALAU TAKDOK PASA-PASA NAK BUWI JAWATAN KO ORANG PAS HOK DOK BBURUK UMNO/BN SOKMO-SOKMO. MUGA RAKYAT BUWI MAJORITI KO UMNO/BN KENA TERIMALAH HAKIKAT. BAGI DEMO UMNO/BN TAK MOLEH TETAPI BAGI MAJORITI RAKYAT MOLEK, KALU TIDAK GAT, NYO TOK WI MANDAT DOH LA WEI.

PUAK PAS MABUK KUASA TAK NAMPAK, BILA PERINTAH TERENGGANU, ORANG UMNO/BN NAK GUNA DEWA PUN TOK LEH, BUKA TADIKA DITUTUP, MALAH MARSM SANGGUP DITUTUP. BAKPO TU PASAL TAK RETI GUNA MANDAT RAKYAT, PADAHNYA RAKYAT TARIK BALIK MANDAT. UMNO/BN MENANG MARAHKAN UMNO/BN, BOKTAN UMNO/BN KERANA RAKYAT BUWI UNDI. BAKPO RAKYAT BUMI UNDI KO UMNO/BN DARI TARIK MANDAT DARII PAS? LU FIKIRLAH SENDIRI.

BAKPO TOKSIR DILANTIK ANGGOTA JAWATANKUASA WANG IHSAN DI KELANTAN? TAKDOK KERANA LAIN SELAIN DARI KERANA KERAS KENG, KERAS KEPALA, AGAS, SOMBONG, BONGKAT, TAKBUR DAN RASA KITA JAH SUCI, ORANG LAIN CEMAR BELAKA, BOKTAN MAIN POLITIK BUKAN NAK TOLONG RAKYAT DAN NEGERI TETAPI KERANA GILA NAK TUNJUK BISO. RAKYAT RETI BELAKO DOH.

Anonymous said...

Mat jin Machang gochoh... bila nak sahut konsep 1Malaysia najibul tuu...kena kongsi la ckit2 dengan haji hadi ko, nasha mat isa ko, setopa ali ko, hassan ali ko,.... ni dok ppakat dengan puok2 mic, mca, gerakan, pbs sajo... dah lah hampir 26 kawasan pilihanraya majoriti melayu UMNO serah kepada calun bukan melayu... tapi mu kata ora lain gong belako, puok UMNO mu yae tak gong... ni PRK Parlimen Hulu Selangor.. UMNO & perkasa nak pangkah sapa???... hehehe..

Matjin demo.. rajin2 la gi dengar ceramah YB Ustaz Nasaruddin Hj Daud, speaker DUN Kelantan di kg meranti yang lebih kurang 3 km saja dari machang gochoh tuuu...... orae machang gochoh nih setahu ambo .. 90% Fa. alif. sin...kecuali yae baka jin kok?... sebab tu la UMNO tak pernah menang2 di DUN Meranti sejak hari merdeka 53 tahun lepas lagi ...hehehe ..

Satu lagi ambo nak tanya en. meli... bakpo komen ambo dlm artikel ni boleh "hilang ayat2nyo" .. kerja2 baka jin jugak ko?... hehehehe...

melikapakjangak said...

..........Satu lagi ambo nak tanya en. meli... bakpo komen ambo dlm artikel ni boleh "hilang ayat2nyo" .. kerja2 baka jin jugak ko?... hehehehe.......

Tuan! Apa yang tuan tulis, itulah yang akan tercatat pada ruanan komen. Saya tidak sentuh pun.

Saya tidak tahu, saya kurang arif pasal teknoikal, macam mana ayat-ayat yang tuan tulis boleh hilang ayatnya.

Kalau ianya berlaku, saya amat dukacita dan memohon berbanyak maaf. saya mengharapkan blog saya satu blog yang benar-benar terbuka, bdenar-benar bebas dan benar-benar berkecuali.