Monday, April 5, 2010

MUNCUL KEMBALI (721)

Biaya pelajar: jangan pula bunga dihulur dibalas dengan tahi

JUMLAH RM2.44 bilion kalau dijutakan adalah RM2,440 juta. Sejuta bersamaan dengan seribu 'ribu' manakala satu bilion bersama RM1,000 juta. Itulah jumlah yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi meneruskan membiayai 12,000 pelajar bagi Program Ijazah Luar Negara (PILN) dan Program Ijazah Dalam Negara (PIDN).


Butiran berkenaani dijelaskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga Menteri Pelajaran, di Paris. Beliau berada di sana kerana menghadiri Sesi Ke-184 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNISCO) yang berlangsung selama dua hari.

Dari jumlah 12,000 pelajar dibiayai, seramai 3,500 orang adalah penerima baru lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 yang mana menerusi PILN sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan iaitu RM1.2 bilion untuk penajaan pengajian ijazah pertama membabitkan 1,500 pelajar cemerlang manakala RM42.4 juta bagi membiayai kursus persediaan.

Bagi PIDN pula, RM541.8 juta diperuntukkan untuk meneruskan penajaan biasiswa kepada 8,500 penerima sedia ada manakala RM659 juta lagi kepada penerima baru yang mana tumpuan penajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bagi bidang krtitkal seperti perubatan, pergigiran, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains, teknologi dan bidang sains sosial yang sangat diperlukan perkhidmatan awam dan negara.

Ertinya RM2.44 bilion atau RM2,440 juta diperuntukkan dan dipertaruhkan dengan tujuan mengatasi masalah keperluan terdesak negara bagi bidang-bidang perubatan, pergigian, farmasi, sains perubatan veterinar, kejuruteraan, sains, teknologi dan bidang sains sosial Sekali gus bermakna seramai 12,000 pelajar yang pengajian mereka dibiayai itu merupakan aset penting negara.

Adalah sesuatu yang amat malang sekiranya harapan yang sangat tinggi negara yang digantung kepada pelajar-pelajar terbabit tidak dihargai dengan sewajarnya dengan kesedaran bahawa mereka perlu memperlengkapkan diri dengan ilmu ekoran dari peluang yang disediakan untuk mereka itu yang nantinya mereka akan menyumbang kepada memenuhi keperluan kepakaran mereka kepada negara.

Mereka tidak seharusnya mempunyai kecenderungan untuk menggigit tangan yang memberi mereka makan atau cuba membalas dengan tahi bagi bunga yang dihulur kepada mereka kerana terpengaruh dan tergoda oleh retoriksme pihak pembangkang misalnya yang tidak pernah melihat baik, berfaedah dan bermenfaat bagi setiap apa jua yang dilakukan oleh kerajaan.

Selain dari sering membesar-besarkan isu kenaikan bahan bakar ekoran dari pengurangan subsidi oleh kerajaan bagi tujuan mengawal kestabilan kewangan negara bertujuan untuk meracuni pemikiran rakyat supaya melihat kerajaan tidak periahtin terhadap masalah rakyat, hampir tidak pernah pihak pembangkang nyatakan kebaikan kerajaan.

Antara yang tidak pernah disebut termasuklah jumlah pembiayaan pengajian pelajar bagi mengatasi masalah kritikal negara yang kekurangan tenaga pakar dalam bidang-bidang yang sangat diperlukan oleh negara. Padahal pada hakikatnya walaupun harga minyak naik kerana pengurangan subsidi, harga runcit minyak di negara ini masih lagi rendah berbanding dengan harga runcit di negara-negara lain.

Yang merasa mahal dan tertekan dengan kenaikan minyak adalah mereka yang mengamalkan gaya hidup melebihi kemampuan. Yang layak hanya pakai motosikal berlagak pakai kereta, yang hanya layak berkereta kancil mahu bergaya dengan kereta wira dan kereta-kereta yang lebih mewah.

Demikian juga dengan harga gula dan sebagainya yang kadangkala mengalami kenaikan harga ekoran pengurangan subsidi tetapi harga bahan-bahan berkenaan masih lebih rendah berbanding dengan harga bahan-bahan berkenaan di negara-negara lain tetapi pembangkang memanipulasikannya supaya rakyat, termasuk para pelajar yang dibiayai pengajian mereka menganggap kerajaan tidak prihatin terhadap masalah rakyat yang kononnya berdepan dengan beban pertambahan kos sara hidup gara-gara kenaikan bahan bakar dan barangan keperluan yang tidak seberapa sangat pun.

Mudah-mudahan para pelajar yang dibiayai dan merupakan aset penting rakyat dan negara ini tidak termanipulasi oleh permainan politik sempit dan jumud pembangkang berteraskan retoriksme semata-mata kerana hakikat yang kena diperakukan ialah menjadi kerajaan jauh lebih payah dari menjadi pembangkang.

14 comments:

john said...

Salam...

Sebelum mengomel panjang..pertanyaan ambo? bakpo lo ni golongan2 mahir dan professional tok berminat Abe li nok menyumbang kepakaran mereka di Malaysia ni?..golongan ni barangkali ngaji jah tinggi kot tok pandai bersyukur ko (dale erti kato bodo la ko jenis make tahi!)?..pah lagu mano..sapo hok tok cerdik? kerajaae lo ni ko golongan2 tu?..agok2 pelajar hok buleh biasiswa ni lagu mano eh?....

ambo cadae biasiswa tu dipanggil biasiswa BARISAN NASIONAL baru penerimanya wajib ikut perintoh ko guano setuju?..Ore BN kae kayo? tokey2 rama..kontraktor2 rama..usahawan2 berjaya rama..takkan tokleh sumbang buat tabung biasiswa barulah BN mantoooop!...hidup BN!

Anonymous said...

Kisah Nabi Musa lawan bapa angkatnya Raja Firaun ..... bukan kerana Firaun tak bagi makan pakai pelajaran kepada Nabi Musa tapi kerana isu besar tuntutan agama, lawan ideologi syirik Firaun... mungkin ini hujjah cerdik pandai Melayu yang agak kurang serasi dengan UMNO/BN....

Pengalaman ambo la, Pelajar2 kita tak semua yang salah.. tak nak kerja dinegara sendiri... tapi kadang2 dasar & peluang pekerjaan, projek2 di Malaysia ni terlalu kuat sangat politickingnya, birokratik, diskriminasinya dan pilih kasih.. samada dalam jabatan kerajaan atau swasta.... kadang2 kena isi borang UMNO/BN dulu baru boleh menyembah pembesar2 authocratic UMNO/BN......

Anonymous said...

http://thekelantaninsider.blogspot.com/
THE TOP TEN THINGS THAT TUANKU ISMAIL PETRA’S FIRST PUBLIC APPEARANCE AT ISTANA MAHKOTA ON WEDNESDAY, APRIL 8, 2010, MANAGED TO SHOW TO THE PEOPLE

1. The event managed to show to the people that the Raja Perempuan of Kelantan, Tengku Anis, is a queen control who does not respect Tuanku’s rights not only as a Sultan but also as a human being. In the event, when Tengku Anis asked Tuanku whether Tuanku wanted to sing a song, Tuanku flatly refused it by saying it would be difficult for him to do so. Despite Tuanku’s clear rejection, Tengku Anis however still forced Tuanku to follow her singing three songs. True to Tuanku’s prediction, he failed to sing the songs despite being guided by Tengku Anis. To prevent this blunder from being captured by the mass media, Tengku Anis had to cover Tuanku’s mouth with a piece of paper containing lyrics of the songs besides telling the people that Tuanku was too shy to sing that day. On the same note, Tengku Anis also forced Tuanku to talk to the press but, again, Tuanku miserably failed at that, prompting Tengku Anis to once again tell the people that Tuanku was too shy to talk that day. Now, what kind of wife would have dared to defy her beloved husband’s word or to subject him to such a great embarrassment in public?

John said...

Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di

blog tuan/puan, mungkin membantu meningkatkan bilangan pembaca kedua pihak....Terima kasih

http://mybloghub.my/

SANTU MALAYSIA said...

Pua dedah lagi kontrak 'dicurigai'

Ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkaitan sebuah syarikat yang bertanggungjawab membina sebuah hostel 200 bilik dengan kos RM7.8 juta di Terengganu.

"Ini telah diperbetulkan oleh menteri di parlimen sebagai RM7.8 juta kerana ada kesilapan dalam tulisan," katanya dalam satu sidang media di lobi parlimen hari ini.

Beliau bagaimanapun mempertikaikan dua lagi kontrak yang diperolehi syarikat berkenaan, masing-masing bernilai RM5.7 juta dan RM39.9 juta.

"Syarikat ini merupakan sebuah syarikat yang baru ditubuhkan pada Disember 2007 tanpa apa-apa hasil dalam akaunnya pada 31 Disember 2008," katanya.

Katanya, syarikat itu bagaimanapun dianugerahkan kontrak bernilai RM53.4 juta dalam tempoh enam bulan lalu.

"Lebih menarik lagi, pemegang syer utama 66 peratus dan juga pengarah syarikat ini, Abdul Rahman Abdul Ghani usianya baru mencecah 23 tahun bulan ini," katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau mempertikaikan satu kontrak bernilai RM1.4 juta untuk membekalkan makanan masak kepada sebuah sekolah menengah di Maran, Pahang yang diberikan kepada seorang ahli jawatankuasa Umno bahagian.

Beliau mengemukakan kes itu sebagai salah satu contoh daripada 76 buah kontrak bernilai RM123.5 juta yang dikeluarkan kementerian pelajaran.

"Kebanyakan daripada kontrak ini juga diberikan kepada individu dan bukannya kepada syarikat," katanya

URKO said...

Umur baru nak cecah 23 tahun dah jadik jutawan... kehkehkeh...

untung masuk ameno nie...

tak teringin ker ????

kehkehkeh

SANTU MALAYSIA said...

Mcm tu baru puas hati join UMNO.. pada jd penchacai kt sini.. merapek tak tentu psl..dpt la seciput DIUT IHSANG WAT habuan..itu pun klau dpt...

SANTU MALAYSIA said...

puak2 umNO lagi yang buat hal..
sprm pasti terpegung...

KALU PUOK2 LAIN YG TERLIBAT...ABIS PAKAT DOK SIASAT TERMASUKLAH SPRM,PDRM.BEER END,SPM,STPM SRP PMR UPSR UMNO APCO SB RTM BRITA HAIRAN UTUCAN MELOYA BAHKAN MKJ PUNG TUMPANG SEMANGKOK

Anonymous said...

Maklumat SANTU dari Pua ni cukup bernas.. semua agensi kerajaan yang korup akan berdiam diri saja jika pemimpin "maksum" UBN buat hal ... walaupun negara hampir bankrap atau dibanjiri oleh para penjenayah berat....

1Malaysia_surga bagi para pengampu, perasuah, penipu, penyanggak dan penjenayah... Bahagia & selamatkah lagi rakyat Malaysia kini??? ___ dadah .. 4R (rempit, ragut, rompak, rogol), ... bunuh.. dah lumrah... Tugas polis sekarang .. hanya ikut telunjuk ketua2 authocratic UBN saja.....

Tahap Tadbir urus kerajaan oleh majoriti ketua2 agensi awam terutama pegawai2 PTD hari ni... adalah "O".. sekadar telunjuk political masters dari UBN diutamakan berbanding kepentingan rakyat & negara... Amalan double standard.. demi menjaga kekorupsian & kemewahan pemimpin2 UBN....

Anonymous said...

MALAYSIAKINI.... 9 APRIL 2010,

Kisah Benar: Mengapa saya tinggalkan Malaysia?

Aidila Razak
Apr 9, 10
3:56pm

Situasi modal insan di Malaysia tidak bertambah baik kerana negara kehilangan tenaga kerja mahir yang diperlukan untuk memacu pertumbuhan di masa depan.

Banyak tenaga kerja mahir Malaysia meninggalkan negara untuk mencari peluang lebih baik di negara lain dan menurut anggaran Kementerian Sumber Manusia pada 2008 - kira-kira 350,000 dewasa Malaysia bekerja di luar negara.

Lebih separuh daripada mereka lulusan institusi pengajian tinggi.

Sebagai reaksi terhadap Model Ekonomi Baru yang memfokus untuk membawa balik bakat-bakat negara itu kembali ke negara, Malaysiakini meninjau pandangan golongan itu untuk mengenal-pasti punca mereka meninggalkan negara.

Berikut luahan mereka.

Kami juga ingin mendengar cerita anda. Emailkannya kepada editor@malaysiakini.com atau bahasa-editor@malaysiakini.com

bersambung....

Anonymous said...

sambungan...

Farid Tan, 53, presiden dan CEO, Metro City Bank, Atlanta, Georgia. Meninggalkan Malaysia dengan keluarganya pada 1993.

Ketika itu saya berkerja dengan Bank Bumiputera dan ditukarkan ke pejabat di New York untuk selama enam tahun.

Selepas itu, saya menimbangkan untuk pulang pada 1999 tetapi ketika itu berlakunya krisis Ekonomi Asia dan keadaan menjadi tidak menentu.

Tetapi jika diimbas kembali, jika tiada krisis sekalipun, saya tidak fikir saya akan kembali ke Malaysia kerana demi pendidikan anak-anak. Selain itu, saya juga mempunyai pekerjaan di sana.

Lebih banyak peluang di Amerika. Saya tidakpun memiliki ijazah tetapi boleh bersama sekumpulan pelabur, memohon lesen untuk membuka sebuah bank.

Saya tidak akan dapat peluang sedemikian di Malaysia. Di Amerika, jika segala peraturan dipatuhi, tiada sesiapa yang boleh berkata 'Tidak' kepada anda.

Tiada karenah birokasi ataupun keperluan pertalian politik.


bersambung.......

Anonymous said...

sambungan....

Edlina Razak, 34, Pengurus Pembangunan Perniagaan, Shanghai, China. Berhijrah sebagai pelajar sejak 1993 dan pernah tinggal di Perancis dan Hong Kong.

Saya tidak akan kembali, setidak-tidaknya dalam tempoh terdekat ini. Keputusan saya ke luar negara kerana saya tidak yakin dengan universiti tempatan dan pada masa yang sama ketika berusia 17 tahun saya mahu kebebasan daripada keluarga dan masyarakat.

Saya masih ingat pada satu malam semasa keluar dengan rakan-rakan, di negara ini, kami ditahan polis. Mereka mengancam untuk melaporkan kepada ibu bapa kami yang kami keluar sehingga larut malam yang secara tidak langsung polis sebenarnya cuba mendapatkan sogokan.

Saya tidak akan kembali walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi di Malaysia kerana berpendapat hidup lebih bagus di luar negara sekalipun jika gajinya kecil.

Isabel Lee (nama ditukar atas permintaannya), 26, Peguam, Singapura. Menuntut dan bekerja di luar negara sejak 2004.

Saya memilih untuk tinggal di Singapura kerana ia adalah hab perniagaan dan kewangan.

Jumlah kerja serta kualiti projek berskala besar yang kami dapat memberi saya pengalaman yang tidak ternilai yang tidak boleh didapati di Malaysia.

Saya tidak fikir rakyat Malaysia begitu progresif dan mereka tidak begitu agresif kerana sebegitu selesa.

Saya mahu persekitaran yang saya boleh memperbaiki diri saya dan juga cabaran.

bersambung..........

Anonymous said...

sambungan...

Jacqueline George, Akauntan, 26, Brisbane, Australia. Berpindah pada 2006 untuk melanjutkan pelajaran dan kembali seketika di Malaysia selama setahun sebelum mengambil keputusan untuk terus menetap di Australia.

Saya percaya bahawa setiap generasi mesti berupaya menjadi lebih baik daripada generasi sebelum mereka.

Keturunan saya berasal dari India dan mereka bekerja keras untuk mengubah hidup kami.

Saya berpendapat jika saya terus tinggal di Malaysia, paling tinggi saya cuma boleh berjaya seperti apa yang dicapai oleh ibu bapa saya.

Tetapi jika semua aspek diambil kira, punca meninggalkan negara adalah kerana tidak gembira dengan gaji yang ditawarkan, cara hidup, keselamatan dan sebagainya.


Khoo Gaik Cheng, 41, Pensyarah di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra, Australia. Menuntut dan bekerja di Amerika Syarikat, Kanada, Singapura dan Australia sejak 1990.

Tidak seperti di Malaysia, kaum minoriti di Australia dihargai.

Saya tidak akan kembali selagi tidak berlaku perubahaan kepada sistem di negara ini.

Bercakap secara khusus mengenai akademik, saya mahu melihat pemikir yang progresif, mereka yang cekap, tidak mengamalkan rasuah, berwawasan, mengetuai pelbagai jabatan di universiti sebagai dekan dan naib canselor.

Saya tidak mahu melihat orang yang dilantik oleh Umno atau BN mengisi jawatan penting di universiti yang hanya menjaga kepentingan parti dan bukannya universiti ataupun rakyat Malaysia.

SANTU MALAYSIA said...

KISAH CINA 1MALAYSIA

CHUA KEE TING 56"“Hei kawan! Lu ada laya ka sikalang?”, tanya apek surat khabar. “Apasai lu tanya itu macam?" tanya saya.

“Ini hali aaa.. ini sulat khabar Utusan ada siar itu Ejam mintak maaf sama Najib, itu Ejam ada laya ka?” sambungnya. “Ya! Ya! Tapi ini bukan musim raya, belum puasa macam mana mau raya maa…” balas saya.

“Talak kaa, itu hali itu Jol Kulim ada mintak maaf juga sama Najib,” “Wa ingat ada laya”, sambung apek surat khabar lagi. “Bukan macam itu. Ini hari, Ezam sudah taubat, sama macam Zulkifli sudah taubat mintak itu tuan Najib ampun sama mereka. Najib ni banyak baik, bersih punya orang, tak ada dosa, itu Anwar baru banyak punya dosa”.

“Lu pun selalu kutuk-kutuk sama Najib, kena mintak maaf jugak” “Aiyaa.. saya mahu mintak maaf itu sama tuhan Allah”, katanya. “Najib banyak baik ma, itu pasai Ezam sama Zul Kulim mau minta maaf” sambung saya.

“Lu tau ka? Lumah wa ada satu mengkolang”, Nampak saya terpinga-pinga, “Mengkolang ma…itu kukur kelapa (mengkorang), bawah lapur sana, bila tak ada kalen, itu mesin kelapa talak boleh jalan, wa angkat itu mengkolang la.. kasi guna”.

“Apasai lu cerita itu mengkorang” “Lu tau ka, itu Ejam aa, sama itu macam, ada pilihanlaya, ada guna maa..lepas itu simpan maa” katanya sambil ketawa.

“Ooo…itu macam ka, lu banyak pandai” kata saya sambil menghulurkan wang.