Sunday, April 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (722)

Banteras pembungan bayi: kena lancar perang terhadap gejala mengandung luar nikah

RAKYAT Malaysia tanpa mengira bangsa dan anutan agama, malah manusia sejagat patut bangga dan memberi sokongan moral dengan kempen 'Kami Prihatin' bagi membendung kes pembuangan bayi yang pada saya, kini kes pembuangan bayi agak kritikal.

Kempen itu secara tidak langsung dapat mengurangkan gejala mengkejami bayi yang tidak berdosa walaupun umumnya bayi-bayi yang dibuang itu adalah merupakan bayi luar nikah gara-gara perbuatan terkutuk pasangan pelakunya.

Namun pada saya, mungkin pandangan saya sedikit menongkah arus daripada pandangan majoriti rakyat negara ini, kempen 'Kami Perhatin' tidak akan mencapai matlamat kerana rata-rata punca pembuangan bayi adalah untuk menutup malu.

Malah, secara tidak langsung ianya akan memberi harapan baru terhadap pelaku perbuatan terkutuk dan haram jadah berzina bagi menyerahkan bayi yang dilahir atau menyembunyikan perbuatan sumbang dan jijik yang dilakukan dari diketahui keluarga dan masyarakat.

Berdasarkan fakta Polis Diraja Malaysia, gejala pembuangan bayi paling ketara bermula pada tahun 2005 yang mana pada tahun berkenaan terdapat 67 kes pembuangan bayi, tahun 2006 (83 kes), 2007 (76 kes), 2008 (102 kes), 2009 (79) manakala dalam tempoh Januari hingga Februari tahun ini sebanyak 12 kes.

Sama ada kita sedar atau tidak, pada tahun 2000 ke mari, cara hidup remaja di negara ini lebih bebas berbanding dengan tahun -tahun sebelumnya, malah kebanyakan ibu bapa tidak boleh langsung memukul ana-anak yang melakukan sesuatu tindakan yang menimbulkan kemarahan ibu bapa kerana perlakuan anak-anak dilihat sumbang.

Kalau dipukul, anak-anak boleh membuat laporan polis dan ibubapa yang memukul anak boleh didakwa. Atas kesempatan itu juga ibu bapa tidak boleh menegur atau memarahi anak-anak. Ibu bapa yang suka berleter dan menegur perilaku anak-anak akan dianggap otodoks dan ketinggalan zaman.

Gara-gara ibu bapa tidak boleh terlalu mengambil peduli terhadap anak-anak, malah berleluasanya wabak ibu bapa lebih takutkan anak-anak yang lebih berpelajaran, menjadikan remaja negara ini menjalani hidup bebas, termasuk pergaulan tanpa batas antara lelaki dan perempuan, sekali gus menyumbang kepada perlakuan-perlakuan yang membawa kepada perzinaan.

Dari perzinaan tanpa merasa takut pada dosa dengan anak-anak gadis hilang rasa sayang terhadap nilai daranya manakala yang lelakinya pula hilang rasa sayang terhadap status terunanya, menyebabkan berlaku gejala mengandung luar nikah. Untuk menutup rasa malu, maka bayi dibuang.

Adalah dikhuatiri jika ibu-ibu yang membuang bayi dan pasangan yang membuntunginya dibiarkan lepas bebas tanpa hukuman, akhirnya negara ini akan dibanjiri oleh bayi luar nikah apabila 'malu' pelaku boleh disembunyikan serta digalang ganti oleh kempen 'Kami Prihatin' di samping perlakuan dosa mereka yang sangat jijik itu pula tidak dihukum dengan sepatutnya.

Untuk elak daripada berlakunya kes pembuangan bayi, punca induknya mesti dihapuskan dan hukuman tanpa kompromi terhadap para penzina kena dilakukan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yakni pasangan yang belum berkahwin melakukan zina kena dihukum rotan seratus kali manakala pasangan yang telah berkahwin berzina direjam sampai mati.

Dengan kata lain perang terhadap gejala mengandung luar nikah perlu dilakukan menggunakan pelbagai kaedah yang bukan sahaja menjadi bakal pelaku merasa gerun dan takut kepada hukuman di dunia tetapi juga akan takut dan gementar dengan siksa yang bakal ditanggung di akhirat nanti.

Jangan anggap hukuman rotan 100 kali atau rejam sampai mati sebagai kejam dan tidak sesuai dengan zaman kerana ianya adalah bentuk hukuman yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya yang releven hingga kiamat.

Harus diingat, kalau tidak dilaksanakan hukuman sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya, bukan sahaja pelaku zina tidak akan terlepas dosa gara-gara perbuatan terkutuk mereka tetapi seluruh rakyat negara ini akan turut ikut sama menanggung dosa dan pasti bala demi bala akan menimpa negara.

3 comments:

Abuzar said...

Saya amat sokong atas saranan sdr. MKJ yang ini...

Hari ini amalan jahiliah musyrikin Mekah dahulu menimpa umat kini... ketagih arak & dadah, hiburan hedonisme melalaikan, perjudian, pergaulan bebas, perzinaan, sumbang mahram, buang & bunuh anak, pembunuhan & pertumpahan darah yang sudah menjadi lumrah..... QS. ar-Rum (30) : 41
"Telah nampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar)."

Inilah mungkin "bala Allah" yang menimpa masyarakat kita hari ini kerana mengabai & menolak syariat Allah. Masih ramai masyarakat Islam yang pandang sinis terhadap perjuangan menegakkan syariat Allah secara total dan sejagat. Sedangkan perintah Allah amat jelas: QS. al-Baqarah (2) : 208 "Wahai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu."

Usaha kearah kerja-kerja "amar maaruf, nahi munkar" dianggap sebagai kesalahan dan kehinaan oleh masyarakat Melayu hari. Manusia berlumba-lumba membesarkan hawa nafsu dan keegoan peribadi. Sesetengah penguasa dan masyarakat sekular kita hari ini terang-terangan mencabar hak & hukum hakam Allah taala bila bercanggah dengan "kepentingan diri" dengan hujjah palsu amalan assobiyyah dan adat resam sesat ciptaan sendiri. QS. al-Baqarah (2) : 170 " Dan apabila dikatakan kepada mereka:" Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah, "mereka menjawab:" (Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami "." (Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk? ".

Cadangan sdr MKJ supaya kembalikan semula fungsi syariat dan hudud untuk atas isu krisis sosial yang meruncing ini adalah merupakan satu semakan fikrah dan perubahan pembaharuan yang perlu disokong dan disegerakan oleh semua pihak dinegara ini. Jika tidak, kita semua akan berdepan dengan hukuman Allah yang mungkin lebih dahsyat dan azab lagi!

Anonymous said...

awalnya... umno hulu selangor, pemuda umno m'sia, tpm muhyidie semacam bertegas, nok calun melayu.... kerana 53% majoriti penduduknya melayu... akhirnya umno melutut ko kehendak samy vello, mic, yae nok calun kroni dio bertanding di prk hulu selangor... hehehe..

dari dulu & kini .. umno dok jual hak & maruah melayu kerana takut kepada bangsa lain spt cina & india... dan jugak kuasa asing khususnya USA, British, Israel....

umno cakap besar, atau bertegas hanya terhadap orang orang melayu saja.... tahan sabsidi la, tukar pegawai2 kerajaan, ISA, ..dan macae2 ugutan / penindasa hak melayu/ islam..... terutam ko melayu2 bukan umno....

umno dok perthan kuasa peminpin korup mereka drp hak melayu Islam.. kahkahkah .

Umno tidak. PKR bukan, Pas pun dok said...

Kalau demikian halnya molek benarlah supaya PKR menang dengan mudah