Wednesday, April 21, 2010

MUNCUL KEMBALI (724)

Kerajaan Pas Kelantan perlu lancarkan gerakan pemurnian pentadbiran

BETULLAH kata orang di sebalik bala/malapetaka ada hikmahnya, di sebalik rugi ada laba, di sebalik kesusahan ada kesenangan.

Bila berurusan dengan orang Pas yang mana al-Quran dan Hadis dikatakan menjadi rujukan mutlak, saya tidak pernah ada rasa curiga, saya tidak pernah mahukan 'surat cap' tetapi lebih memilih perjanjian dibuat bersaksikan Allah dan para malaikat.

Bagi saya bila al-Quran dan Hadis diletak dalam hati, dalam dada, dalam kehidupan, dalam tidur atau jaga, maka tidak ada keperluan terdesak untuk apa-apa urusan sekali pun dibuat bermentraikan 'surat cap' lagi.

Padahnya saya dikencing atas alasan tanpa 'surat cap', saya tidak boleh buat apa-apa. Saya boleh marah, menyumpah, bersedih dan merintih tetapi ianya ibarat angin lalu, ibarat abu atas tunggul yang disepuh angin. Tanpa 'surat cap' tindakan undang-undang tidak boleh diambil.

Solanya apakah Allah dan para malaikat juga boleh ditipu? Jika disandarkan kepada hukum hakam, berpandukan al-Quran dan Hadis, antara yang kencing saya dengan saya yang kena kencing, siapa lebih laba sebenarnya, terutama untuk kehidupan akhirat?

Gara-gara saya kena kencing bukan setakat saya sahaja yang tanggung padahnya, anak bini saya, para pekerja saya dan pelabur serta keluarga masing-masing ikut menerima padahnya, turut sama tanggung sengsara.

Apakah si pengencing tidak akan mati?

Dengan dosa kencingnya, apakah layak untuknya masuk syurga tanpa meminta dan menerima maaf serta kehalalan dari saya, dari anak bini saya, dari para pekerja dan dari pelabur?


Walaupun memberi kemaafan adalah yang terbaik, tetapi saya, anak bini, para pekerja dan pelabur berhak untuk TIDAK memberi maaf.

Dalam keadaan saya terpaksa bekerja keras untuk memulihkan perniagaan demi memikirkan masa depan para pekerja yang belum cukup kemahiran untuk digunakan bagi membina hidup, saya berdepan dengan penemuan-penemuan baru yang amat memeranjatkan saya.

Oleh kerana markas operasi saya di Kelantan, maka fokus urusan saya adalah dengan jabatan-jabatan kerajaan di Kelantan. Antaranya saya berurusan bagi membolehkan saya memindahkan pasir keluar Kelantan kerana ada permintaan.

Selain dari urusan sedemikian boleh membantu mendalamkan Sungai Kelantan yang semakin cetek, ianya juga akan mencergaskan urusniaga pemegang lesen/permit penyedutan pasir, malah akan membantu menjana pendapatan kerajaan negeri.

Saya juga dicadang memohon pembaharuan pajakan melombong bagi satu kawasan seluas 450 hektar di satu kawasan yang tidak perlu saya jelaskan. Lombong itu diluluskan atas nama sebuah syarikat tetapi syarikat berkenaan gagal membayar Fi Pembaharuan, Fi Pengemukaan Lewat dan Fi Sewa Tertunggak.

Oleh kerana dengan mengambil alih pembaharuan lombong berkenaan saya hanya perlu membayar Fi Permohonan Pembaharuan berjumlah RM200 sahaja, maka saya bersetuju dengan cadangan pengambil-alihan itu.


Kebetulan saya ada menerima permintaan dari rakan yang ada hubungan dengan pelabur luar negara yang mahukan kawasan lombong dan sanggup membayar Fi-Fi yang lain, maka tidak ada sebab untuk saya pun tidak setuju.

Yang memeranjatkan saya adalah apabila saya diminta membayar sejumlah TAMBANG bersama permohonan yang jauh lebih tinggi dari jumlah FI Permohonan Pembaharuan.


Demikian juga dalam urusan permohonan pemindahan pasir keluar Kelantan. Saya juga perlu bayar TAMBANG.

Saya tanya apa itu TAMBANG. Saya diberitahu bahawa tambang adalah berbentuk WANG KOPI untuk lancarkan urusan, ianya tidak akan dimasukkan ke akaun kerajaan, sebaliknya akan masuk ke kocek pegawai yang uruskannya.

Saya kata ianya tidak betul dan tidak halal, saya dimaklumkan tanpa TAMBANG lebih baik jangan berurusan kerana segala urusan tidak akan dilayan. Terbukti apa yang berlaku sangat bertentangan dengan penegasan dan kepercayaan Menteri Besar, Dato' Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa segala urusan di Kelantan tanpa TOL.

Saya boleh (kalau mahu) serahkan TAMBANG yang diminta dan pada yang sama memaklumkannya kepada SPRM. Si peminta TAMBANG akan ditangkap, didakwa dan akan kehilangan pekerjaan, tetapi bagaimana dengan nasib masa depannya dan keluarga.

Si peminta tambang bagi saya terikut-ikut dengan amalan dalam pengurusan dan pentadbiran di tempat dia bekerja. Kalau saya bayar tanpa lapor kepada SPRM, bermakna saya melakukan pekerjaan haram dan bertentangan dengan prinsip hidup saya.

Pada kesempatan ini saya menyarankan agar Kerajaan Kelantan berslogankan Membangun Bersama Islam menjalankan OPERASI pemurnian pentadbiran serta merta dan jangan bergantung semata-mata kepada tindakan SPRM yang mempunyai tenaga yang terbatas untuk membasmi amalan yang sangat tidak sihat ini.

Insyallah atas nama Allah dan Rasul-Nya, demi membersih dan memurnikan Kerajaan Membangun Bersama Islam, saya akan membantu sekadar yang mampu kerana tugas mengembangkan syiar Islam tulen terpikul atas setiap mahu umat Islam yang mukallaf.

Kalau dibiarkan tanpa dilancarkan perang anti TOL/TAMBANG/DUIT KOPI, mahu tidak mahu kerajaan akan bergelumang dengan dosa dan pihak yang berurusan dengan kerajaan akan anggap MB bercakap tidak betul dan berbohong kononnya kerajaan pimpinannya tidak ada TOL, kerajaan yang dianggap suci sebenarnya kotor dan bernajis mughallazoh.

Kalau hal sebegini dibiarkan, ianya akan menjadi barah yang sukar dibendung, malah tidak mustahil untuk dapat kawasan balak misalnya, maka pemohon sanggup memberi sogokan dalam bentuk menjanjikan sumbangan untuk parti dan sebagainya yang mana janji itu ada unsur-unsur rasuah dan bernajis.

Bila penatdbiran mahu di Islamikkan dan al-Quran serta Hadis menjadi rujukan mutlak, apa pun bentuk amalan yang haram dan berdosa perlu dibanteras, apa pun dosa tidak boleh dianggap kecil dan sebagai kes-kes terpencil.

Saya lebih suka kalau permohonan atau urusan saya DITOLAK daripada saya membayar TOL/TAMBANG supaya perohonan saya diluluskan. Saya bukan alim, tetapi saya belajar agama ala kadar dan saya berpegang teguh kepada apa yang saya belajar, yang haram tetap haram, yang tidak betul tetap tidak betul dalam keadaan yang macam mana sekali pun.

Saya yakin selagi amalan kenaan TOL/TAMBANG/DUIT KOPI tidak dibanteras dan tugas sedemikian dianggap urusan SPRM, Kerajaan Membangun Bersama Islam akan terdedah kepada pelbagai masalah serta wabak yang akan menggugat kestabilan dan akan membawa aib kepada jenteranya.

Kerajaan Membangun Bersama Islam disokong dan dipertahankan kerana ianya dianggap sebagai sebuah kerajaan yang bersih dan suci luar dalam.

12 comments:

Anonymous said...

John ooo John
Komen la John, guano dale kerajee PAS hok demo banggo2 tus ado jugok tahik ni, tok guru demo kato dulu ken rasuah ni serupo tahik....tok berkat jugok la tok guru demo tus..he he he

Anonymous said...

en meli takpayoh la dok heboh2... en.meli pasti kenal pegawai2 kerajaan Kelantan/ orang yang mintak TAMBANG/TOL?RASUAH tu... beri nama2 tu ko sprm segera.. biar mereka siasat habis2an... sebab rakyat bayar gaji pengerusi & pegawai2 SPRM untuk buat kerja tu... bukan dok makan gaji buta..... atau menyembunyi kes pegawai/pemimpin2 rasuah ... salah gunakuasa.. jia SPRM macam tu.. kira rasuah jugak la!

Jika tak dapat buktikan, ini bahaya, ini kira en meli sudah buat tohmahan atau menfitnah .... terutama ketika en meli dok cuba hubungkaitkan rasuah itu dengan kerajaan atau MB Kelantan atau nama orang yang tak makan rasuah .. atau ada muslihat lain ? atau marahkan yang lain, pukul yang lain..? lagi pun KDN milik kerajaan BN yang batal permit majalah wasilah en meli tu... bukan kerajaan kelantan! Berat jugak ambo nak cari rasional hujah2 amokan en meli yang ini... hehehe..

john said...

Anon April 22, 2010 12:05 AM

hujoh ambo mudoh jah...tu nok kena ore pas berhati umno! mano2 bendo buruk ni hok ado dale pas ni asal-siloh dio umno belako..jadi secaro tok lasung kalu abe li dedoh takut identiti sebenar terbongkang..che det pernah berkata "UMNO IS ROTTEN TO THE CORE" buke ambo kato..che det kato..hahaha..

Anonymous said...

john...
kalu nak ulas biar nmpak ilmiah ckit la...jangan saloh kita pun nak letak atas ore..apa mksud john "ore PAS berhati UMNO"?, semua hok jahat, hok buruk asal siloh mari dari Umno blako?...sungguh ko john..? apakah org pas maksum blako? Demo keno igt, tok guru demo tu aslnyo ore umno, nmpoknya koho dok ngaca loni...bringat!...dia org umno asl tu!...mufarokoh bangat-bangat la..loni dok gi ngepen ko zaid hok dakwa hukum hudud mulo! John x gi getek ko ngepen ko zaid?..

Anonymous said...

John weiii.
Ambo kesie tengok demo. Taksub PAS sapa jadi otok tok berapo nok cerdik. "Ore PAS berhati UMNO" apo pekdoh jadi ore PAS kalu hati UMNO..demo ni kawe takut, seksok maso nok mati, ore suruh ngucap demo kato PAS, PAS, jange bos...kalu gitu gak tok guru demo tu asal ore UMNO jugok so, sebb tu ko dio make DERMO...

melikapakjangak said...

Anonymous said
......en meli takpayoh la dok heboh2... en.meli pasti kenal pegawai2 kerajaan Kelantan/ orang yang mintak TAMBANG/TOL?RASUAH tu... beri nama2 tu ko sprm segera.. biar mereka siasat habis2an... sebab rakyat bayar gaji pengerusi & pegawai2 SPRM untuk buat kerja tu... bukan dok makan gaji buta..... atau menyembunyi kes pegawai/pemimpin2 rasuah ... salah gunakuasa.. jia SPRM macam tu.. kira rasuah jugak la!

Jika tak dapat buktikan, ini bahaya, ini kira en meli sudah buat tohmahan atau menfitnah .... terutama ketika en meli dok cuba hubungkaitkan rasuah itu dengan kerajaan atau MB Kelantan atau nama orang yang tak makan rasuah .. atau ada muslihat lain ? atau marahkan yang lain, pukul yang lain..? lagi pun KDN milik kerajaan BN yang batal permit majalah wasilah en meli tu... bukan kerajaan kelantan! Berat jugak ambo nak cari rasional hujah2 amokan en meli yang ini... hehehe..

TUAN TIDAK FAHAM ISU YANG DIBANGKITKAN. TUAN LEBIH KEPADA ANDAIAN LIAR. ISU PERMIT TIDAK TIMBUL. mingguan WASILAH DIPINDAH MILIK DAN SAYA SEPATUTNYA MENDAPAT IMBUHAN DARI PEMINDAHAN MILIK ITU. TAPI HAK SAYA TIDAK DIJELASKAN SEBAGAIMANA SEPATUTNYA. PERMITNYA TIDAK DITARIK, CUMA YANG AMBIL-ALIH PERMIT TU TAK TERUSKAN PENERBITAN.

PERMIT KONSEP PULA DIURUSTERBIT OLEH ORANG PKR YANG DATANG KE RUMAH MINTA MAHU TERBITKANNYA DENGAN JANJI AKAN JAGA PERMIT DENGAN BAIK DAN MMATUHI PERATURAN KELULUSAN PERMIT.

TETAPI JANJI TIDAK DITEPATI, KONSEP DITERBITKAN TIDAK SAMA DENGAN MOCK-UP KELULUSAN PERMIT. KDN TAK SAMBUNG PERMIT KERANA BILA DIBERI AMARAN TIDAK DIHIRAUKAN, TUNJUK KERAS KENG. YANG JADI MANGSANYA SAYA KERANA PERMIT TU ATAS NAMA SAYA.

SAYA MASIH ADA PERMIT LAIN YANG PATUT SAYA TERBITKAN BERMODALKAN HASIL PERTUKARAN NAMA PEMILIK PERMIT MINGGUAN WASILAH. BILA TIDAK DIBAYAR SAYA TIDAK ADA ALIRAN TUNAI, PEJABAT TERPAKSA DITUTUP DAN PEKERJA TERPAKSA DIBERHENTIKAN.

SEBAGAI ALTERNATIF SAYA CUBA MENNCEBURI BIDANG PERUNDING JUALAN HARTANAH, TERMASUK LOMBONG BIJIH, LADANG DAN SEBAGAINYA. KEBETULAN SEBAGAI ORANG MEDIA SAYA BANYAK KONTEKS, RAMAI KAWAN-KAWAN DI KL YANG GUNA KHIDMAT SAYA. SAYA BUKAN MAHU KEKAL MENCEBURI BIDANG INI, BILA CUKUP MODAL UNTUK HIDUPKANKAN KEMBALI PENERBITAN SAYA, JANJINYA SAYA AKAN SERAHKAN SEPENUHNYA SYARIKAT SDN BHD BAGI PERUNDINGAN JUALAN HARTANAH KEPADA TIGA RAKAN KONGSI SAYA YANG LAIN, DUA DARIPADA GURU YANG AKAN BERPENCEN TIDAK LAMA LAGI....bersambung

melikapakjangak said...

......Sambungan

DALAM URUSAN ITULAH SAYA MENEMUKAN KES-KES YANG MEMERANJATKAN SAYA. SAYA SUDAH DIMAKLUMKAN SEBELUM INI TENTANG TOL/DUIT KOPI UNDERTABLE, TAPI SAYA TAK PERCAYA. BILA SAYA SENDIRI ALAMI (BUKAN DENGAR ATAU TENGOK...TETAPI ALAMI SEBNDIRI DAN ORANG YANG MAHUKAN TAMBANG ITU BERDEPAN DENGAN SAYA) BARULAH SAYA PERCAYA ADANYA KES SEDEMIKIAN.

KALAU NAK PERANGKAP PEGAWAI BERKENAAN MEMANG BOLEH, DIA DESAK MAHU JUMPA SAYA PADA HARI AHAD INI. TAPI SAYA TEGASKAN SAYA TIDAK AKAN BUAT KERJA HARAM. TAK DAPAT PITIH DAN HIDUP MELARAT PUN TAK APALAH.

SAYA DEDAHKAN HAL INI ATAS TUNTUTAN FARDU KIFAYAH UNTUK DISALURKAN KEPADA PIHAK YANG SEPATUTNYA BERTINDAK. KALAU DIANGGAP SAYA SENGAJA BANYAK SONGEH TERPULANGLAH. BAGI SAYA TUTUTAN FARDHU KIFAYAH KE ATAS SAYA SUDAH SELESAI, TERPULANGLAH KEPADA PIHAK KERAJAAN, PENDUKUNG DAN PENYOKONGNYA SAMA ADA MAHU LAKSANAKAN TUNTUTAN FARDU KIFAYAH ATAU TIDAK.

MANA-MANA YANG TIDAK YAKIN (TERUTAMA ANONYMOUS YANG KONONNYA SUKAR NAK PERCAYA DENGAN CATATAN SAYA), DATANG JUMPA SAYA, DAN BAWA WANG RM3000, MENYAMAR KATA WAKIL SYARIKAT SAYA DAN BERJUMPA SENDIRI DENGAN PEGAWAUI BERKENAAN DENGAN MEMBAWA DOKUMEN YANG DIPERLUKAN. JANGAN BAWA ORANG SPRM LAGI SUPAYA PEGAWAI BERKENAAN TIDAK AKAN HILANG PEKERJAAN DAN MASA DEPAN, TERUTAMA MASA DEPAN ANAK BININYA.

SAYA DAH KATA BUKAN TAK BOLEH SAYA LAPOR KEPADA SPRM UNTUK MEMBERKASNYA TETAPI MACAM MANA DENGAN MASA DEPANNYA DAN ANAK ISTERI. LEBIH BAIK MEREKA DIMURNIKAN HATI DAN PEMIKIRAN, BIAR MEREKA INSAF DAN BERTAUBAT. RASUAH TIDAK AKAN BERLAKU KALAU HANYA ADA PEMINTA TETAPI TIDAK ADA PEMBERI.

LAGI PUN DALAM KES SAYA YANG DIMINTA HANYA RM3000. DENGAN RM3000 BERAPA HARI BOLEH MENAMPUNG KEPERLUANNYA, APATAH LAGI ANAK ISTERINYA JIKA KERANA RM3000 PEGAWAI BERKENAAN KEHILANGAN PEKERJAAN.

SAYA BUKAN ORANG PARTI POLITIK, BILA SAYA BUAT SESUATU SAYA TIDAK FIKIRKAN TENTANG UNTUNG LABA ATAU RUGINYA DARI SUDUT KEPENTINGAN POLITIK, SEBALIKNYA SAYA LEBIH BERPEGANG DENGAN KALAMULLAH DALAM SURAH AL-ASYR. SAYA YAKIN ALLAH LEBIH SAKSAMA PENILAIAN-NYA TERHADAP APA YANG SAYA BUAT, BEBANDING DENGAN ANDAIAN DAN PENILAIAN SESAMA MANUSIA, APATAH LAGI MANUSIA YANG TAKSUB DALAM BERPATI POLITIK.

pemantaunuetral said...

john ni beci umno supo umno ni kapir harbi. setara tu dio beci. mugo jahat ni gak wi ko umno ja lah. padahal pok2 PAS ni hok baik2 pon ado sikit jah. aku raso kalu pok2 dio buleh kerusi kerajaan pon supo jah corruptnyo. meme PAS tu bagus. tapi ore dalam dio tu rama suko menghukum ore. supo ni jugok la pok john, rama mat salleh beci Muslim, tapi dio tok beci Islam. jadi PAS jange la rosakkan namo dio. kato parti Islam, tapi bab buruk ko ore no 1 nah. to be a good leader you have to listen, and ready to change. ni gak ore kato pok dio rasuoh, dio kato 'pas berhati umno'...sedih sungguh dengan ketaksuban demo. ambo x kato umno baik..supo tulo jah. cuma pado kita dok ngato mu aku, marila kito doa, supaya muslim ni bersatu sebagai satu ummah.
p/s : ore mace demo kot hok pege pos2 tertinggi pas, kalu ore tegur saloh ko ore lain, padahal lebik baik reflek diri dan berubah.

Anonymous said...

boh...

pasir kelate leh g jual oversea ko? nok jual di luar kelate pun tokleh sbb tadok sebab yg kukuh. pahang/terengganu/johor..masing2 ado pasir sendiri doh. selangor? lebih baik ambik dari perak.

kecuali spore...dulu ado doh ore buat...kato nok wat g tioman...padahal lajok ko spore. dok logik lasung nok wat g tioman..pasirkat kuala pahang lagi banyok dari kelate.

apo sebenarnyo terjadi... spore beli pasir dr vietnam..tapi tokey pasir amik di sg.kelate (kuala besar- pasir mari nga lori dari area pasir mas bubuh atah barge..spore suko sbb pasir sungai kualiti tinggi sket)..dokumentasi dibuat di vietnam 1 di malaysia 1. pahtu ditioman, dio akan declare barge tu masuk tioman sapa dr kuala besar...padahal barge tu g spore..n spore dia declare pulok barge tu sapa dari vietnam. kalu gapo2 jadi tengohlaut keno sekat ko kaste/apmm...dio tunjuk declaration (port clearance dr vietnam)..ha ha ha

boh...kalu demo ado lube leh wat g over sea pasir klate oyak la.. kawe stahun lepah duk kecek doh ngan set putrajaya...semua beres...cuma pelepasan dr kerajaan kelate tokleh..mmg dok dibenarkan. lagi2 g spore si agen zionis tu.

tapi kalu boh ado lube...bole la...kawe ado dredger leh sedut pasir sapa 1000m3/hour...

Anonymous said...

Keterangan en. meli pada April 22, 2010 7:38 PM ....agak berat jugak..

en meli tak mau report kat sprm kerana kesian ko pegawai yang nak ambik rasuah tu..... pada ambo kira SUBAHAT jugak la en. meli ooii... sebab membiarkan pengkhianat kerajaan, bangsa dan negara hidup bebas.......

Bila masa kita hapuskan rasuah jika dok kesian ko kaki rasuah celako tu? tu....!!!!

en meli nampak baik bila kesian ko kaki maksiat rasuah tu... tapi pada masa sama dok tabur cerita rasuah terhadap kerajaan negeri dan MB Kelantan menjadi mangsa konspirasi tu ..., macamana ni... lidah berbelit2 en. meli ni.. hehehe

melikapakjangak said...

Anonimous said...

Keterangan en. meli pada April 22, 2010 7:38 PM ....agak berat jugak..

en meli tak mau report kat sprm kerana kesian ko pegawai yang nak ambik rasuah tu..... pada ambo kira SUBAHAT jugak la en. meli ooii... sebab membiarkan pengkhianat kerajaan, bangsa dan negara hidup bebas.......

Bila masa kita hapuskan rasuah jika dok kesian ko kaki rasuah celako tu? tu....!!!!

en meli nampak baik bila kesian ko kaki maksiat rasuah tu... tapi pada masa sama dok tabur cerita rasuah terhadap kerajaan negeri dan MB Kelantan menjadi mangsa konspirasi tu ..., macamana ni... lidah berbelit2 en. meli ni.. hehehe.

SAYA BERTANGGUNGJAWAB DUNIA AKHIRAT TERHADAP APA YANG SAYA TULIS. SEMUA LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT SAYA TAHU MENGENAINYA DAN KAMI AMBIL KEPUTUSAN TIDAK AKAN BERI TAMBANG, SURAT UNTUK URUSAN PEMBAHARUAN LOMBONG AKAN TERUS DIBUAT. KAMI MAHU PERMOHONAN DITERIMA ATAU DITOLAK SECARA HALAL.

LAGI PUN PESALAH AKAN HANYA DIKIRA SALAH BILA MELAKUKAN KESALAHAN. MAKNANYA PEMINTA TAMBANG ITU AKAN SALAH BILA DIA TERIMA TAMBANG DARI SAYA. PADA MASA YANG SAMA SAYA BOLEH DIANGGAP SALAH DAN PATUT DIDAKWA KERANA MEMBERI RASUAH.

RASANYA TIDAK ADIL HANYA PENERIMA YANG DIHUKUM MANAKALA PEMBERINYA TIDAK, SEDANGKAN RASUAH TIDAK AKAN BERLAKU KALAU HANYA ADA PENERIMA TETAPI TIDAK ADA PEMBERI.

BUKAN SOAL SAYA BAIK ATAU TUNJUK BAIK TETAPI SAYA ADA PRINSIP DAN SAYA BERPEGANG KEPADA ILMU AGAMA YANG SAYA BELAJAR ALA KADAR.

TAK GUNA BACA QURAN HINGGA KHATAM SERIBU KALI SEHARI TETAPI SURUHAN ALLAH DI DALAMNYA TIDAK DIPATUHI DAN LARANGANM-NYA PULA DILANGGARI.

SAYA BUKAN TUDUH KERAJAAN NEGERI ATAU MB, CUMA MEMAKLUMKAN BAHAWA APA YANG KONONNYA TIDAK BERLAKU SEBENARNYA ADA BERLAKU DAN LANGKAH PEMURNIAN PERLU DILAKUKAN DEMI UNTUK KEBAIKAN KERAJAAN DAN MB.

BILA ADA ORANG DALAM KERAJAAN BUAT KERJA HARAM BEGITU, TIDAK SEMESTINYA MB, BARISAN EXCO DAN PEGAWAI TINGGI KERAJAAN PUN IKUT BUAT KERJA YANG SAMA, MALAH MUNGKIN MEREKA TIDAK TAHU PUN KERANA AMALAN RASUAH NI DIBUAT SECARA SEMBUNYI-SEMBUNYI.

TUGAS RAKYAT, TERMASUK SAYA, ADALAH MEMBERITAHU BILA TAHU, APATAH LAGI BILA DAH BERDEPAN SENDIRI DENGAN KEMUNGKARAN.

SOAL KERAJAAN MAHU BERTINDAK ATAU TIDAK, TERPULANGLAH. BAGI SAYA FARDHU KIFAYAH KE ATAS SAYA SUDAH SELESAI, FARDHU KIFAYAH TERHADAP KERAJAAN BELUM SLESAI KALAU USAHA-USAHA PEMURNIAAN TIDAK DILAKUKAN.

SAMA ADA MASALAH TAMBANG/TOL/DUIT KOPI TERUS BERLAKU ATAU DIHAPUSKAN, SAYA TIDAK RUGI APA-APA. SAYA TIDAK AKAN TELIBAT, TIDAK BAYAR WALAUPUN SETENGAH SEN DIBELAH SEJUTA BAGI APA YANG DINAMAKAN TAMBANG.TOL/DUIT DAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA.

ADA ANONYMOUS KANHAL PASIR. SAYA TIDAK PASTI SAMA ADA PASIR BOLEH DIBAWA KELUAR DARI KELANTAN ATAU TIFAK. ITU YANG SAYA TANYA PIHAK BERKAITAN. KALAU BOLEH SAYA NAK URUSKAN, KALAU TAK BOLEH KENA TUTUP FAILLAH.

PERMINTAAN YANG DITERIMA UNTUK DIBAWA KE VIETNAM, MAHU DILENCONGKAN KE SINGAPURA ATAU KE MANA-MANA DESTINASI TAK TAU 'LAH PULA SAYA.

IKUT KATA YANG MEMINTA, BUKAN PASIR UNTUK BINA BANGUNAN YANG DIPERLUKAN TETAPI MEREKA PERLUKAN BAHAN YANG BECERMIN DALAM PASIR TU.SAYA PUN TAK TAU SANGAT APA KE NAMANYA BENDA TU KERANA BIDANG PASIR MEMASIR NI BUKAN BIDANG SAYA.

Anonymous said...

silika..??? kek kelantan pasir silika tarak...

hok ado pasir kotor..pasir ngikat dan pasir melah...

tak yoh la meli demo buat kejo haram tu... kejo nipu la belako tu nok pasir silika...

demo tu sebenarnyo nok wat nambum n bagune .....

kijo hare tu tolong puak pro zionis