Sunday, April 25, 2010

MUNCUL KEMBALI (726)

Hulu Selangor: demikianlah kehendak dan ketentuan-NYA


KERANA kesibukan tugas peribadi yang terlalu terdesak dan menuntut lebih komitmen, saya tidak terlalu memberi tumpuan kepada PRK Hulu Selangor. Bila ditanya oleh pelanggan setia warung Mamak Punjab tempat saya bersarapan saetiap pagi tentang keputusan yang bakal diraih, saya kata BN akan menang.

Kebanyakannya tidak setuju dengan saya sebagaimana ramai yang email dan SMS marah-marahkan bila dalam posting MUNCUL KEMBALI (723), saya catat BN akan menang dengan majoriti 2,000 ke atas.

Saya membuat catatan yang dilihat menyongsang afrus itu berdasarkan perhatian, pertimbangan, firasat bersalutkan politiksme, bukannya bersandarkan kepada pandangan dari sudut parti politik.

Ada yang kata saya celaka, mabuk air sejuk, pemirasat ketinggalan keretapi, kononnya saya hanya meluahkan rasa marah dan dendam kesumat terhadap PKR/PR.

Dari segi lojiknya, untung apa saya benci dan dendamkan PKR/PR serta sayangkan Umno/BN atau bencikan Umno/BN dan kasihkan PKR/PR. Saya bukan orang parti politik tetapi bukan jahil sangat dalam berpolitik.

Kemenangan BN yang bukan sahaya menang tetapi MENANG dalam MENANG kerana peningkatan majoriti 1,725 yakni 1,527 lebih tinggi dari jumlah kekalahan BN pada kawasan yang sama pada pilihanraya umum ke-12 yang mana dalam pilihanraya berkenaan BN kalah dengan kelebihan undi lawan sebanyak 198 sahaja.

Dengan keputusan itu, adalah menjadi hak untuk yang menang meraya dan meraikan kemenangan manakala yang kalah pula memang wajar bersedih, berdukacita, merintih dan mempersoalkan tentang telus tidak telus, bersih tidak bersihnya perjalanan pilihanraya.

Tetapi hakikatnya apa yang berlaku memang itulah kehendak dan ketentuan-Nya. Hakikatnya ini akan diiperakuan oleh kalangan yang beriman dan bertakwa. Kalau ada yang menyanggah maka kesempurnan iman dan takwa kena diperiksa, mungkin akan kerosakan, tembus dan tiris di mana-mana.

Manusia hanya mampu berusaha tetapi tidak akan mampu mencapai apa yang mahu dicapai tanpa izin-Nya, kalau apa yang diusahakan itu bertentangan dengan kemahuan dan ketentuan-Nya. Kalau ini boleh dipegang, maka yang menang tidak akan manggak, yang kalah tidak akan menganggap lawan khianat dan sebagainya.

Menang atau kalah ada hikmahnya, yang menang dan yang kalah sama-sama di uji-Nya. Kalau pun yang menang dikatakan menang kerana menipu dan jika benar penipuan berlaku, ianya tidak akan dapat menipu Allah supaya keputusan pilihanraya bercanggah dengan apa yang telah disurat dan ditakdirkan-Nya.

Kalau mahu dihujah secara lojik akal kenapa BN yang diwakili calon bukan Melayu boleh menang di kawasan bilangan terbesar pengundinya adalah Melayu manakala calon Melayu boleh kalah, pada saya antara yang paling ketara puncanya adalah apabila bercakap kepada media umpamanya, calon bukan Melayu bercakap bahasa Melayu manakala calon berbangsa Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris.

Saya teringat kata-kata Allahyahram Rashid Maidin (ketika saya mengunjungi beliau) yang merujuk kepada upacara Pementraian Perjanjian Damai Kerajaan Diraja Thai-PKM-Kerajaan Malaysia di Hadnyai apabila wakil Kerajaan Thai berucap dalam bahasa Thai, wakil PKM yakni Cheng Ping bukan sahaja beucap dalam bahasa Melayu tetapi teksnya bertulisan jawi.

Manakala wakil Malaysia berucap dalam bahasa Inggeris. Beliau bertanya siapa di antara Cheng Ping dengan wakil dari Malaysia yang lebih berjiwa Melayu? Demikian juga apabila calon BN berbangsa India bercakap dalam bahasa Melayu manakala calon berbangsa Melayu bercakap dalam bahasa Inggeris, maka siapa di antara keduanya yang lebih berjiwa Melayu?

Bila PKR/PR menimbulkan soal bangsa calon, ianya secara tidak langsung menjadi senjata makan tuan kerana antara rakan PKR dalam PR adalah Pas yang menolak keras keBANGSAan. Bagi Pas Melayu tidak ada beza dengan bangsa-bangsa lain kerana berasal dari bangsa yang sama. Yang menjadi istimewa sesuatu bangsa kerana iman dan takwanya.

Calon BN mungkin tidak ada iman dan takwa pada waktu ini kerana beliau bukan Islam tetapi calon PKR yang mengaku Islam apakah berjaya menampakkan ciri-ciri keimanan dan ketakwaan supaya para pengundi yang beriman dan bertakwa merasa berdosa untuk memberi undi dan tidak bimbang akan berdosa jika diberi undi.

Punca lain adalah kerana para bloggers pro-pembangkang terlalu melampau dalam membuat propaganda tanpa mengambil kira ianya selari dengan iman dan taqwa atau sebaliknya. Bloggers, suratkhabar, majalah serta tukang kempen dan segala jentera kena utamakan halal haram, bukannya ikut rentak lawan supaya umum tidak melihat kedua 2x5 dan 5x2 atau 5+5 atau 10-5+5 jawabnya tetap sama, yakni 10.

9 comments:

Anonymous said...

Benar apa yang saudara tulis,saya setuju bahawa kita kena akur dengan ketentuan NYA,orang yang ada iman tetap menerima tanapa banyak soal jawab dan kluk klik,begitu juga dengan apa yang telah menimpa saudara,terimalah hakikat ketentuan NYA,tak payah lah dok banyak soal dan ber sentimen pula...celaka sini celaka sana...tetapkan iman..

Unknown said...

sebagai rakyat malaysia sepatut nya kita merasa malu dgn apa yg di nafikan pm bahwa bn tidak membeli undi, apa guna nya di bina sekulah2
university2 jika pm dgn tidak berkerut kening berbuhong,kencing diatas kpl setiap rakyat malaysia.apakah janji2 projek2 dlm waktu berkempin tidak salah di sisi
pm? maka selama itulah tidak akan ada ketelusan,keadilan dlm negara ini.orang boleh berhujah tapi kenyataan berbiza jika semua mengambil undang2 sebagai rujukan.
atau bagaimana pandangan en meli?.

Anonymous said...

Saya syorkan supaya kita pakat2 minta NAJIB, PM tu BERSUMPAH dengan nama Allah jugak, "saya Najib & sekeluarga tak buat perkara haram tu" seperti dia asyik minta Anwar bersumpah isu liwat.

NAJIB RAZAK wajib bersumpah, bahawa ..

1. TAK BELI UNDI / RASUAH DIMANA2 PILIHAN RAYA DIBAWAH KAWALANNYA..TERMASUK PRK HULU SELANGOR YANG BARU INI.

2. MANA2 BAGI PIHAK DIRINYA/ KELUARGANYA TAK TERLIBAT DALAM ISU PEMBUNUHAN ALTANTUYA...

3. MANA2 BAGI PIHAK DIRINYA/ KELUARGANYA TAK TERLIBAT DALAM ISU RASUAH KAPAL SELAM/ APA2 KELENGKAPAN TENTERA...

4. MANA2 BAGI PIHAK DIRINYA/ KELUARGANYA TAK TERLIBAT DALAM ISU MONOPOLI KONTRAK KELENGKAPAN PLKN ...

5. DIRINYA TAK PERNAH TERLIBAT DALAM ISU "TANGKAP BASAH" DENGAN SEORANG ARTIS WANITA DI PORT DICKSON PADA TAHUN2 AKHIR 90HAN...

6. DIRINYA TAK TERLIBAT DALAM MINUM "ARAK" SEPERTI BN UNGKITKAN KEKEJIAN ZAID IBRAHIM SEBAGAI KAKI ARAK DALAM PRK HULU SELANGOR YANG LEPAS ...

7. MENGAKU BERSIH DARI SEBARANG SKANDAL SEMASA MB PAHANG & DLL ..

Jika Najib bersumpah mengikut syarak untuk bersihkan dirinya/ keluarganya dari skandal yang berlegar dikelilingnya itu... masa itu KEMENANGAN BN/UMNO merupakan KEJAYAAN ISTGHNA' (Dengan redha Allah) bukannya KEJAYAAN ISTIDHRAJ (Dengan murka Allah).

Jika bukannya KEJAYAAN ISTIDHRAJ, masa tu pujian & ampuan en meli diatas relevan. Sekiranya sebaliknya.. Israel pun menang setiap perang/ serang terhadap bangsa arab & Islam.. Firaun pun berjaya menguasai mesir lebih 2000 tahun, USA pun berjaya takluki & jajah Iraq & Afghanistan.... dsb.. bukan gitu en meli?

atas pagar said...

benar apa yg ditulis ..tetapi kita perlu lihat walau NAJIB menang ...kita tengok kepda undi PKR walaupun kalh TETAPI undi mereka bertambah 95 undi berbanding PRU 12...ini menunjukkan sokongan terhadap pkr masih stabil...BN kena atasi masalah ni

Anonymous said...

Kalau kalah buat cara kalah...jgn beri macam2 alasan...!Kalau menang calon PKR/PR, semuanya telus....tapi kalau menang BN semuanya dikatakan tipu, beli undi, SPR tak telus dsb. Dasar tak tau bersyukur! John dok nnusuk mmnano, senyap...? tak sir ulas getek ko john...? tak sir kato UMNO tipu getek ko..? Ko masuk UMNO doh...Kalu masuk UMNO...TAHNIAH la...!

john said...

"John dok nnusuk mmnano, senyap...? tak sir ulas getek ko john...? tak sir kato UMNO tipu getek ko..? Ko masuk UMNO doh...Kalu masuk UMNO...TAHNIAH la..."

Kerajaan timbang beri lesen pertaruhan Piala Dunia

-KUALA LUMPUR: Kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussein, berkata jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.
"Ada beberapa perkara penting untuk dikaji sama ada perkara ini (mengeluarkan lesen membenarkan pertaruhan) baik bagi kerajaan atau jika kerajaan boleh cuba mengawalnya untuk mengetahui berapa banyak (jumlah wang daripada pertaruhan haram).

"Kerajaan sedang mengkaji perkara ini dan akan memutuskannya jika mahu membenarkan pertaruhan kerana kejohanan Piala Dunia ini semakin hampir," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.

Awang Adek berkata, jika lesen itu dikeluarkan, kerajaan dapat mengawal aktiviti perjudian, selain hasilnya boleh digunakan terutama untuk pembangunan bidang sukan di negara ini.

Beliau mengakui sudah ada pihak yang membuat permohonan untuk mendapatkan lesen itu tetapi beliau enggan mendedahkan lebih lanjut maklumat itu sehingga kerajaan membuat keputusan mengenainya.

Terdahulu, isu itu dibangkitkan pada sesi soal jawab oleh Senator Ng Fook Heng yang mahukan penjelasan kemungkinan kerajaan mengeluarkan lesen pertaruhan kejohanan Piala Dunia untuk mengelakkan perjudian haram.
Awang Adek berkata, kerajaan memandang serius aktiviti perjudian tanpa lesen yang membabitkan pertaruhan nombor ramalan, permainan mesin slot dan pertaruhan membabitkan bookie bagi permainan bola sepak dan permainan lain.

"Aktiviti perjudian tanpa lesen adalah aktiviti yang boleh mewujudkan kegiatan sampingan lain seperti peminjam wang tanpa lesen, jenayah terancang, penyeludupan dan pengubahan wang haram.

"Oleh itu sebagai sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya, kerajaan akan memberi pertimbangan sewajarnya dan sebarang langkah perlu dilakukan secara berkesan bagi menangani masalah bookie tanpa lesen termasuk membenarkan pertaruhan bookie bola sepak dilaksanakan melalui perlesenan sah," katanya. - Bernama

-HIDUP UMNO!!!

Anonymous said...

John...Kerajaan Islam PAS klantan bukan lagi timbang...tapi dah beri pun...!

Rujuk tulisan John di atas...tentang lesen pertaruhan piala dunia...Sama jer dengan lesen arak kat klantan tu...alasannya 'UNTUK ORANG BUKAN ISLAM'...kan sama tu!, Kalu John nak mmikir...sy tak payah ulas panjang!

john said...

"Rujuk tulisan John di atas...tentang lesen pertaruhan piala dunia...Sama jer dengan lesen arak kat klantan tu...alasannya 'UNTUK ORANG BUKAN ISLAM'...kan sama tu!, Kalu John nak mmikir...sy tak payah ulas panjang!"

-anom, mu ning jenis tok guru kato eh..bodo tko leh nok ajar! arok agamo lain tak maroh kecuali islam, judi mano2 agamo budha, hindu, kristian SEMUONYO larang! UMNO pulok buleh belako arok nga judi halal belako janji ado lesen. nok suruh ore ulas tapi bodo ketok!.

Anonymous said...

Indahnya hidup di Malaysia, kita bolih cepat kaya. Judi semakin menjadi jadi dan dengan izin kerajaan walaupun bukan dengan izin Allah.
Adakah agaknya negara Islam yang lain sama seperti kita. Mungkin ada, tapi yang jadi masaalah bila kita pergi kelas ugama ustaz ustaz kata judi itu haram. Pening kepala.
Sudahlah begitu mufti nampaknya tak mahu bangkitkan perkara ini untuk mengigatkan rakyat. Yang tua tua ok, mungkin akan ikut cakap ustaz sebab rajin pergi surau, tapi yang muda muda yang selalu kerja overtime sebab nak tambah pendapatan tak pergi surau. Baca akhbar, nampak judi itu ok sebab kerajaan yang PM nya orang Islam meluluskan judi.
Wahai mufti mufti, tolong lah bersuara, jangan biarkan anak cucu kita hanyut dari jalan yang di redai Allah.