Tuesday, May 11, 2010

MUNCU KEMBALI (732)

Piala Thomas/Uber: jangan letakkan pemain dalam keadaan semacam dipaksa untuk menang

SEBUT saja perlawanan, akan ada kalah menang sebagai kemuncak penyelesaian kepada sesuatu perlawanan. Kemenangan pula menjadi teras matlamat dan harapan kepada mereka yang terlibat dalam perlawanan.

Demikian juga dengan Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber yang kini berlangsung di Stadium Buki Jalil. Sama ada pemain, jurulatih, para pegawai, penyokong dan rakyat kepada negara pemain, masing-masing mahukan pemain mereka meraih kemenangan.

Tetapi hakikatnya dalam perlawanan, mereka yang terlibat dengan perlawanan adalah merupakan kalangan yang hebat belaka dan masing-masing mempertarung dan mempetraruhkan kehebatan.

Bagaimana pun, walaupun pun pahit menjadam untuk diperakuan, hakikat tidak dapat ditolak bahawa kehebatan seseorang bukannya sentiasa berada di puncak, di samping kalah atau menang dalam sesuatu pelawanan banyak bergantung kepada nasib.

Pada pemerhatian saya, dalam kes Kejohanan Badminton Piala Thomas/Uber, ramai di kalangan peminat badminton negara ini yang kecewa, berputus asa dan mula memandang negatif terhadap pemain, juruatih dan pihak pengurusan pasukan badmindon negara gara-gara kekalahan 2-3 pasukan negara kepada Jepun dalam Kumpulan B.

Ini adalah kerana Malaysia akan berdepan dengan kononnya gergasi badminton Eropah, Denmark, yang kononnya akan menjadikan Malaysia menghadapi laluan sukar untuk percubaan merampas Kejuaraan Piala Thomas buat kali pertama selepas 18 tahun.

Bagi saya sikap mudah kecewa, berputus asa, memandang negatif dan menganggap pasukan negara tidak ada keupayaan untuk muncul sebagai juara hanya kerana terpaksa berdepan dengan Denmark adalah suatu tindakan yang boleh menjejaskan semangat juang serta akan memberikan tekanan emosi kepada para pemain yang memerlukan sokongan moral dari para penyokong.

Adalah lebih baik para pemain dipastikan dalam keadaan rileks minda bagi berdepan dengan lawan dan tidak wajar mereka diletakkan dalam keadaan semacam tidak ada kehebatan untuk berdepan dengan kehebatan lawan atau semacam dipaksa untuk menang kerana selain dari kehebatan dan keprofesional dalam perlawanan, menang atau kalah juga akan bergantung kepada nasib.

Maknanya sama ada menang atau kalah, para penyokong mesti menerimanya dengan profesional tanpa emosional. Yang penting para pemain kena menunjukkan keupayaan dan kehebatan sebenar semasa bermain dengan matlamat mahu menang. Tugas penyokong pula adalah memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi bagi pemain.

Kalau kalah juga, maka ianya harus diterima dengan dada lapang dan kepala yang dingin, malah ianya patut menjadi antara komponen pembinaan azam untuk membaiki segala klemahan tanpa menuding jari secara negatif bersalutkan tohmaan liar yang menjadi punca kepada kekalahan.

Secara peribadi saya berpendapat walaupun terpaksa berdepan dengan Denmark, pasukan negara tidak akan menghadapi laluan sukar sesukar yang dianggap oleh pelbagai pihak, malah untuk menjuarai Piala Thomas/Uber bagi pasukan negara bukan seperkara yang mustahil.

Selamat berjuang barisan pemain negara. Yakinlah anda boleh dan Maaysia boleh!

1 comment:

Penyokongt Setia Badminton negarat said...

Gergasi Badminton erpohah, Denmark, kecxundang, Malaysia layak ke separuh akhir.

Pengajaranm untuk yang memperlekehkan keupaya pasukan negara.