Sunday, May 23, 2010

MUNCUL KEMBALI (737)

Kemalangan: kenderaan lebih besar patut dikenakan hukuman lebih berat

HAMPIR setiap hari ada kematian, kecederaan parah dan kecederaan ringan gara-gara berlaku kemalangan jalanraya. Semakin banyak jalanraya dibina semakin banyak berlaku kemalangan, rata-rata kerana sikap para pengguna jalanraya sendiri yang mengutamakan perasaan dan mengenepikan akal fikiran semasa memandu.

Bila kadar denda kesalahan lalulintas dicadangkan dinaikkan pada jumlah yang tinggi dan menjadikan ramai yang tidak mampu bayar, timbul bantahan dari pelbagai pihak, termasuklah di kalangan anggota parlimen, menyebabkan pelaksanaannya ditangguhkan.

Kadar denda yang tinggi, sekali gus menjadikan ramai yang tidak mampu membayarnya pada dasarnya akan menjadikan para pengguna jalan raya lebih berhati-hati di jalan raya dan seboleh mungkin akan mengelak dari melakukan kesalahan lalulintas kerana tidak sanggup berdepan dengan denda dan hukuman yang bakal dihadapi.

Dengan cara itu secara tidak langsung kes-kes kesalahan lalulintas yang banyak menyumbang kepada berlakukanya kemalangan yang membawa maut, cedera para dan cedera ringan akan dapat dielak kerana masing-masing akan berhati-hati sebagai pengguna jalanraya.

Tetapi kenapa ramai yang membantah sebagaimana ramai yang memantah kenaikan harga gula yang dari satu sudutnya kenaikan harga gula itu sendiri sangat bagus supaya rakyat negara ini mengurangkan penggunaan gula yang dikenalpasti menyumbangkan kepada pelbagai penyakit kronik kepada pengguna, khususnya kencing manis.

Jawabnya kerana pengguna jalanraya tahu mereka tidak mampu mendisplinkan diri semasa memandu dan tidak mampu untuk menjadi pengguna jalanraya yang berhati-hati dan mengelak dari kemungkinan berlaku kemalangan kerana memandu tanpa displin dan menyalahi peraturan lalu lintas sudah menjadi seperkara yang rutin.

Seandainya kadar denda dinaikkan, maka bebanan yang terpaksa ditanggung kerana kesalahan lalulintas akan menokok. Maknanya mereka tidak mampu memberi jaminan kepada diri sendiri untuk tidak akan melakukan kesalahan lalulintas walau setinggi mana pun denda dan seberat manapun hukuman yang dikenakan.

Sehubungan dengan itu mereka sanggup membuat bantahan dan cuba menggunakan pelbagai saluran hadangan supaya cadangan yang mendatangkan kebaikan kepada diri mereka sendiri dan pengguna jalanraya yang lain itu tidak dilaksanakan sebagaimana yang dicadangkan.

Bantahan terhadap cadangan menaikan kadar denda yang tinggi dan hukuman yang lebih berat terhadap pesalah lalulintas adalah kerana para pengguna jalanraya takutkan bayang-bayang sendiri dan tidak mampu memberi jaminan untuk tidak akan melakukan kesalahan lalulintas.

Bagi saya cadangan mengenakan kadar denda yang tinggi dan hukuman yang berat terhadap mereka yang melakukan kesalahan lalulintas tidak patut ditangguhkan, apatah lagi dibatalkan terus kerana ianya membabitkan nyawa manusia. Ianya patut digezet dan dilaksanakan segera.

Malah pada saya, denda yang lebih tinggi dan hukuman yang lebih berat patut dikenakan terhadap pemandu kenderaan yang lebih besar yang terlibat dalam sesuatu kemalangan, malah pemandu yang kerana kecuaiannya menyebabkan kematian patut dihukum mati mandatori.

Manakala pemilik syarikat bas atau lori yang cuai memastikan rahap keselamatan bas atau lori atau pun apa-apa kenderaan yang termasuk dalam bilangan kenderaan besar masing-masing terjamin, patut juga dikenakan denda yang tinggi dan hukuman yang berat apabila bas atau lori mereka terbabit dalam kemalangan kerana masalah teknikal kenderaan-kenderaan sedemikian.

Saya yakin jika cadangan kenaikan denda dan hukuman yang lebih berat terhadap pesalahan lalulintas dengan pemandu yang memandu dengan cuai dan menyebabkan kematian dikenakan hukuman mati mandatori manakala pemilik syarikat pengangkutan yang didapati gagal memastikan tahap keselamatan kenderaan masing-masing dikenakan denda tinggi dan hukuman berat, kes-kes kemalangan jaan raya akan dapat dikurangkan.

Pihak berkuasa tidak patut akur dengan bantahan terhadap cadangan demi untuk memastikan jumah korban, bilangan yang cacat kekal dansebagainya akibat kemalangan jalan raya dapat dibendung. Kita kena yakin bahawa secara hakikat dan hakikinya yang pahit lazimnya berubat.

Denda yang tinggi dan hukuman yang lebih berat mungkin membebankan tetapi kerananya pengguna jalanraya akan mengelak dari melakukan kesalahan lalulintas, sekali gus kes-kes kemalangan pasti akan dapat dikurangkan. Maknanya kenaikan kadar denda dan hukuman yang lebih berat adalah kepahitan berubat untuk kita semua.

Lagi pun Islam menyarankan kita berikhtiar dan mengelak dari berlaku perkara-perkara buruk, setidak-tidaknya ikhtiar dengan berdoa sehingga ada doa khas dipesakakan kepada kita oleh Rasulullah s.a.w. ketika menaiki kenderaan.

Menaikkan kadar denda dan mengenakan hukuman berat terhadap pesalah lalulintas adalah merupakan antara ikhtiar yang tidak patut dibantah.

12 comments:

melikeristerbang said...

abe li, kawe tak faham :
"Betul ke Mohd. Khir Zahari dan Hashim Omar pun turut bedal sama hasil sewaan permit Mingguan Wasilah dulu?

Anonymous said...

Yang ni tak tergolong dalam kemalangan berat ke. Fikir-fikirkan lah :


Intan Abdullah intan@harakah.net.my
Wed | Jul 08, 09 | 2:18:40 pm MYT


KUALA KRAI, 8 Julai (Hrkh) - Kebiasaannya dalam media massa kita sering membaca kecaman keras pemimpin Umno terhadap PAS. Jarang berlaku mereka memuji dan bersetuju biar pun kebenaran berpihak kepada PAS.
Sebaliknya seorang Menteri Besar meluahkan kebenaran yang dibawa pemimpin PAS tidak dapat dinafikan lagi lebih-lebih lagi menyentuh soal agama.
Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, ada seorang menteri besar memberitahunya sering mendengar kaset ceramah beliau.
"Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana.

Anonymous said...

John !!! dan makhluk yang seumpamanya. Tolong maklumkan kitab mana yang menjadi rujukan pada para akhir ini :

.........."Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana".

Inilah bahananya mempercayai PAS itu Islam dan Islam itu PAS.

john said...

Ore panggil ambo sahut eh..

."Menteri besar itu paling terasa dan terkesan ketika mendengar ceramah agama saya mengenai alam kubur. Apabila mati kelak, Allah akan tanya masa hidup kamu mengundi parti mana".

-KITAB MANO? MUDOH JAH DEMO CARI LAH CD KULIAH TOK GURU KO, BUKU2 TULISAN TOK GURU KO ADOLAH RUJUKAN DIO TUH..GI JABAT TOK GURU SEDIRI TAK PO..PASAL MENGUNDI PARTI MANO TU..ITU ORE PANGGIL ILMU MANTIQ (KIASAN) MAKSUD DIO MASO MU HIDUP HARI TU MU IKUT GOLONGAN MANO? GOLONGAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM KO GOLONGAN YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM DALAM MASJID SAHAJO? KO YANG MENGASINGKAN ISLAM DAN KEHIDUPAN (SEKULAR)? ITU MAKSUD DIO. PAYOH KALU DAN TOK TAHU GAK.. PAH NOK BERDEBAT...AMBO LO NI PUN DOK NGAJI LAGIH..MEH SAMO2 PAKAT NGAJI KITAB LAGIH...

Anonymous said...

John !!!
kawe pun ngaji jugak. Jangan ingat demo sorang jah . Kawe tanya kitab mana rujukan demo ( nama kitab tu ) sebabnya kawe pun nak bawa kitab tu utk jumpa Tok Guru kawe. Demo jangan ingat hanya demo sorang jah ngaji dan dalam dunia ni hanya ada tok guru demo jah. Jangan jadi riak dan angkuh bab belajar ilmu. Tolong wi nama kita rujukan demo berkaitan isu hak kawe sebutkan itu sebab setiap ngaji itu ada kitab. Ngaji tanpa kitab ngaji nga syaitan lah jawabnya. Demo takpa boleh berkawan nga syaitan.

john said...

"John !!!"...YO!

"Jangan jadi riak dan angkuh bab belajar ilmu. Tolong wi nama kita rujukan demo berkaitan isu hak kawe sebutkan itu sebab setiap ngaji itu ada kitab."
-AMBO ISTIGHFAR DULU LAH..TAKUT RIOK DAN TAKBUR SUNGGUH..PASAL KITAB? DEMO JUGOK ROYAK BELAJAR NGA KITAB TANPO TOK GURU UMPAMO BELAJAR NGA SETAE, GINI AH..MEMANDANGKAN DEMO RASO DEMO NGAJI JUGOK GAK..DEMO GI TANYO TOK GURU SEDIRI LAH! BUKAE PAYOH NOK JUPO TOK GURU, HARI JUMAAT PAGI KALU TAK DOK UZUR DIO BUI KULIAH SOKMO, HARI LAIN PUN DIO BUI JUGOK KALU DIO ADO. LEPAH HABIS KULIAH TU DEMO 'TERJOH' TOK GURU TANYO SOALAN TUH..BULEH JAWAPAN HOK KEMAH LALU!..GUANO BERREH. KAWE DOK NGAJI KITAB LAGI NIH BANYOK LAGI TOK ABIH.

john said...

Mengapa Melayu ditipu Melayu? part 1

Memang Melayu ditipu Melayu kerna Melayu tanpa Islam. Hanya Islam ( yang Mukmin ) sahaja yang tiada bisa ditipu oleh sesiapa pun, insya-Allah. Kalau tertipu pun, hanya sekali sahaja, tiada bisa dua, tiga kali pilihan raya. Justeru itu, hadis Rasulullah menyatakan: “ Sesungguhnya orang mukmin tiada selayaknya dipatuk ular dua kali dalam satu lubang “ ( oleh ularnya yang sama ).

Contohnya, ular yang sama pernah patuk PAS dan tendang PAS keluar daripada BN kerna takabur dan sombong terasa sudah cukup kuat. Inilah watak tipikal Umno yang sebenarnya! Yang jelas menolak Sistem Islam yang lebih baik daripada demokrasi ciptaan manusia seperti ; majoriti menghalalkan yang haram seperti perlesenan judi dan arak oleh kerajaan Pusat ( UBN).

Pernahkah PERKASA yang menjadi PEKASAM Umno menentang kerajaan pusat! dan yang terkini lesen judi bola piala dunia , dan liga bolasepak, Itali, Sepanyol, England dan German.Justeru kerna taukeh judi penyumbang terbesar Umno dalam pilihanraya. Inilah Umno tiada agama dan mana Menteri agama Umno kerna Umno bawa akidah yang sesat lagi menyesatkan!! Ummah!

Najib yang merasmikan mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam ke 51 di Putrajaya pada 25.5.10 mahu supaya sijil Halal diseragamkan; bagi mengelak kekeliruan umat Islam . Mana isu lesen judi bola piala dunia? Ternyata Melayu (Umno) tipu agama, tipu tuhan, tipu nabi dan tipu Qur’an !!!! bahaya ajaran sesat Umno ini kerna Melayu(Umno) ternyata menolak Sistem Islam dan hipokrat!!! Menipu!!

Melayu ditipu Melayu oleh Umno. Melalui DEB yang mengkayakan segelintir orang kaya Melayu ; disalahgunakan sehingga peruntukan PPRT untuk orang Melayu miskin pun disapu habis oleh menteri Melayu Umno yang menelan dan menipu orang Melayu; kerna orang Melayu dalam Umno menjadi Melayu tiada mahu menjadi Islam ( Mukmin) seperti masksud hadis di atas

melikapakjangak said...

melikeristerbang said...
abe li, kawe tak faham :
"Betul ke Mohd. Khir Zahari dan Hashim Omar pun turut bedal sama hasil sewaan permit Mingguan Wasilah dulu?

May 25, 2010 8:00 AM

....ISU-ISU LAMA BIARLAH IANYA BERLALU, TAK PAYAH DIUNGKIT-UNGKIT. MANUSIA TIDAK BABAS DARI MELAKUKAN SALAH DAN SILAP.

MOHD. KHIR SAHABAT SAYA, HAJI HASIM OMAR TOKOH YANG KAGUM DAN DIHORMATI. JANGAN PULA DIUNGKIT ISU YANG BOLEH JEJASKAN HUBUNNGAN DAN RASA SALING HORMAT ANTARA KAMI.

WASILAH PUN DAH BUKAN JADI MILIK SAYA LAGI. MINGGUAN KONSEP JUGA SUDAH TIDAK DI SAMBUNG PERMIT KERANA SIKAP KERAS-KEROK PIHAK YANG DIBERI AMANAH MENGENDALIKANNYA.

BIDANG PENERBITAN AKAN SAYA TERUSKAN, SAYA SEDANG MEMOHON PERMIT BARU, NAMA BARU DAN CORAK PERSEMBAHAN NANTI INSYAALLAH SERBA BARU.

WASILAH MAHU PUN KONSEP BAGI SAYA SUDAH DIPUSARAKAN, IANYA HIDUP DALAM INGATAN, RATAPAN DAN RASA SAYANG MENDALAM SAYA TETAPI SUDAH GAHIB DARI ALAM NYATA.

BERAPA KALI REBAH PUN SAYA AKAN USAHA BANGUN DALAM BIDANG INI KERANA SAYA TAK RETI BUAT KERJA LAIN. INILAH DUNIA SAYA DAN KERANA YANG BOLEH SAYA BUAT.

john said...

Segelintir kroni melayu elit umnoputra bertambah kaya yang kenyang membuncitkan perut sendiri berselindung dan bersandiwara di atas nama Bumputra dan DEP dan MEB kerna acuan yang sama . Begitu jugalah Cina tipu Cina ( MCA) dan India tipu India ( MIC ) yang menipu kaum masing-masing dan bermain dengan sentimen perkauman untuk meraih undi dalam pilihanraya semata-mata . UBN melahirkan kroni elit suku-sakat seperti Anaconda Krishnan , Mukriz dan Vincent Tan yang diperkayakan lagi dengan lesen judi bola.(MEB jelmaan DEB) yang berterusan dalam sistem sekuler acuan UBN yang menolak sistem Islam. SMS ( SATU MALAYSIA SEKULAR )

Bukti yang mutaakir, Melayu tipu Melayu adalah lesapnya RM52 BILLION saham bumiputra oleh Umno parti penipu” Melayu yang tak jadi Islam” . Melayu tipu kerajaan apabila kaki judi Rosmahnajib memperjudikan wang negara dalam Forex sebanyak RM32 Billion lesap seperti yang didedahkan KULI namum broker kenyang sapu keliling.

Melayu menggadaikan kedaulatan dan maruah bangsa dan Negara apabila dua telaga minyak di serahkan kepada Brunei ; Melayu Brunei tipu Melayu Umno dan bersandiwara bersama kerna kroni masing-masing mengusahasama syarikat gali minyak tersebut . Ternyata Umno pengkhianat dan petualang bangsa ,agama dan Negara ! demi kroni dan kerakusan qorun dan fir’aun ; Melayu tipu Melayu dan jual wilayah negara tanpa kelulusan parlimen dan Yang DiPertuan Agung; diluluskan antara pengkhianat negara dalam kabinet pengkhianat semata-mata . Ternyata Umno derhaka ke pada Raja dan Negara .

Tidak cukup dengan itu sudahlah wilayah Negara yakni. Wilayah tanah jajahan dan kedaulatan Al Sultan Johor ;yakni Pulau Temasik ( Singapura) diserahkan Umno kepada Singapura oleh pengkhianat agama, bangsa dan negara :Umno Si Petualang; kerna Pulau Singapura sebenarnya milik Malaysia apabila Malaysia merdeka kerna semua perjanjian dengan bekas penjajah British semuanya terbatal dengan sendirinya dan Malaysia kembali berdaulat ke atas setiap wilayahnya. Ini termasuk Pulau Pinang milik Al Sultan Kedah kesan daripada kemerdekaan daripada kolonial Inggeris itu tadi seperti kata almarhum mantan Presiden PAS, Dr. Burhanuddin El- Helmy. Terbukti Melayu Brunei dan Cina Singapura tipu Melayu dalam Umno ; kerna pemimpin kroni kaya raya dengan projek mega mereka. Rakyat marhein hidup terdesak, terhimpit di tipu dek Melayu Umno.

Yang paling mutaakhir, wilayah yang paling bersejarah di Woodlands, Keranji, Bukit Merah dan Tanjong Pagar( milik KTMB ) tiada bisa dipagari lagi kerna Umno( Najib); sekali lagi melakukan pengkhianatan menggadaikan wilayah tersebut kepada Singapura demi kepentingan kroni negara masing-masing untuk kepentingan usahasama syarikat Malaysia-Singapura usahasama perjudian seperti di Marina Bay .

john said...

samb. melayu tipi melayu part 3

ernyata Melayu( Umno) jual negeri untuk kepentingan kroni dan hilang dan terhapuslah satu lagi wilayah negara kepada Singapura kerna bukan milik negara lagi tetapi milik syarikat kroni sepertimana dua telaga minyak yang tergadai kepada Brunei. Malaysia kehilangan kedaulatan dan maruah setelah pulau Si Putih lebuh kepada Singapura . Dan sekarang, dua telaga minyak dan tanah KTMB.

Inilah petualangan yang di lakukan Umno , dahulu , sekarang dan akan datang . Melayu( Umno) bukan sahaja tipu Melayu akan tetapi Melayu( Umno ) tipu satu Malaysia pada keseluruhannya ; termasuk Cina, India, Iban, Kadazan , Melanau yang merupakan rakyat Malaysia yang berhak ke atas negara ; kecuali warga sibu! Syabas!Permulaan perubahan Sarawak dan Sabah barganding bahu dengan PAKATAN semenjung bermula dari sini menuju ke Putrajaya ; kerna Umno sebu di sibu dan gabra; ditolak rakyat!

Namun PAS , parti yang tidak bernaunsakan kaumiyyah samasekali ; sudah membuktikan keterbukaan sistem Islamnya menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS( DHPP) membuktikan ‘Islamik System For All “ dan ‘Justice For All” bersama DAP dan Keadilan yang menentang perkauman dan kezaliman dalam apa bentuk sekalipun.

Justeru itu, demi menyelamatkan agama , bangsa dan negara daripada terus ditipu Melayu( Umno) dan UBN sokonglah PAS/PAKATAN daripada membiarkan negara terus diperintah oleh parti pemerintah yang “ MELAYU TIPU MELAYU” assobiyyah dan perkauman, autokrasi, rasuah , kroni dan kezaliman ; kerna ini adalah virus yang bisa merosakkan agama , bangsa dan negara dan tersangatlah merbahaya untuk generasi yang akan datang . “ For the sake of the future : SAVE ONE MALAYSIA THROUGH PAKATAN ! “ GOD IS THE GREATEST ! “

sumber:www.nasharrawy.blogspot.com

p/s: yo lo ko dok? ko fitnah liar belako..fikir2 dan renung2kan....

Anonymous said...

melayu UMNO sokong najib gadai aset strategik pusaka warisan bangsa disingapura ....tanjung pagar & woodlands... pengkhianatan besar kepada Tanah Melayu...!!!
..akan disumpah sepanjang zaman...
... seperti Tunku rahman lepas pulau singapura dulu....

mana dia tok joghoo tukang karut PERKASA?? kahkahkah....

Yang UMNO bising hanya bila tak dapat projek, permit, subsidi, atau habuan untuk diri sendiri saja... seperti Zaharin PP yang lompat ari tu.....

joostspring said...

john...

bleh tak mu we nama kitab hok org mitak tu..

jgn duk pusing cerita gak???

hebat demo joh..hebat..