Tuesday, May 18, 2010

MUNCUL KEMBALI (734)

Meli pengecut?

BAKPO Meli kini jadi pengecut, kapak jangak sekarang tidak setajam kapak jangak yang dulu lagi. Seingat aku kes RM4 juta sebelum Kickdefella dedah, Meli dah main isu ini. Waktu itu Kickdefella pun defance dan mempertahankan bahawa RM4 juta itu tidak wujud, hanya fitnah.

Bukankah permit Mingguan Wasilah asalnya berCEOkan Ahmad Shafei. abang ipar Ibrahim Ali yang telah menjual Kelantan Research Institute of Strategic Studies (KRISS ) kepada Husam Musa.

Yang turut terlibat adalah Ahmad Rosli Ibrahim (kini senator), Haji Hashim Omar, Mohd. Khir Zahari Abdul Ghani dan Cikgu Nuri. Kemudiannya Mingguan Wasilah diletakkan dibawah Hasrat Tinta Sdn Bhd dan seterusnya dibawah Global Media Centre. (GMC)

Yang mengatur penerbitan Mingguan Wasilah adalah Yunus Said, bekas orang kuat TV3 dan Zulkifli Sulong, kini mwngetuai penerbitan Siasah milik Saudara Mohd Sayuti Omar. Turut terbabit pada saat-saat akhir sebelum Meli tarik balik permit Mingguan Wasilah adalah Pegawai Khas kepada Dato' Anuar Tan.

Meli tentu ada cerita tentang GMC yang bermula dengan KRISS dan kemudiannya Hasrat Tinta Sdn Bhd. Tentu ada sebabnya kenapa Meli tiba-tiba tarik permit Mingguan Wasilah. Betul ke Mohd. Khir Zahari dan Hashim Omar pun turut bedal sama hasil sewaan permit Mingguan Wasilah dulu?

Meli patut bantu Kicdefella dan jangan jadi pengecut supaya rakyat Kelantan tidak terus tertipu oleh permainan politik Pas yang nampak molek di luar tetapi cemar, busuk, hanyir dan hampak di dalam.

Itu email yang yang dihantar oleh seorang yang mendakwa peminat blog saya, Melikapakjangak yang mengunakan alamat http://www.rambliabdulhalimmelayu.blogspot.com
yang pernah dimusnahkan oleh penyangat siber kira-kira seminggu sebelum berlangsungnya pengumuman pilihanraya umum ke-12 oleh Suruhanjaya Piihanraya (SPR).

Walapun orang Pas tidak seresah berdepan dengan bahana blog Kickdefella sekarang, namun blog saya sebelum dimusnahkan oleh penyangat siber, juga telah membuatkan banyak pihak dalam Pas resah. Saya menerima surat ugutan saman dari Husam Musa kerana blog saya itu.

Untuk makluman peminat blog saya, saya tidak lagi membuat pendedahan kerana sudah banyak saya dedah sebelum ini. Dulu bila saya dedah orang Pas kata saya bohong, kerana saya dendam apabila kontrak perkhidmatan saya tidak disambung di Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan.

Apa yang dulunya saya dedah dan dianggap tidak benar, kini telah didedahkan dengan lebih terperinci oleh Kickdefella. Tetapi oleh kerana Kickdefella buat pendedahan selepas beliau dikanja dari Perbadanan Menteri Besar, maka beliau dianggap sengaja buat kecoh kerana kecewa dan dendam.

Saya dah alami semuanya itu. Bila saya tarik baik permit Mingguan Wasilah, saya dituduh menerima RM4 juta dari Umno dan menjadi agen Umno. Walaupun hal itu tidak pernah berlaku, orang Pas tidak pernah takut berdosa kerana berbohong dan ramai orang Pas yang mmpercayainya.

Sekarang bila Kickdefella buat pendedahan, beliau juga dianggap telah dibayar dan menjadi agen Umno untuk burukkan Pas dan kepimpinan Pas. Saya tidak yakin Umno bayar dan menjadikan Kickdefella sebagai alat. Kalau pun KIckdefella lakukannya untuk Umno, barangkali ianya dibuat secara sukarela. Apa pun Kickdefella yang lebih maklum apa ang dilakukannya.

Kickdefella adalah manusia seni dan walaupun tidak sehebat Kickdefella, saya juga orang seni. Saya yakin Kickdefella membuat pendedaan kerana tuntutan 'manusia danm jiwa seninya' yang kena berkata benar. Runtunan jiwa seninya tidak mampu untuk terus berkata atau mempertahankan sesuatu yang bukan realiti. Orang seni tidak boleh bermain dengan pembohongan seperti orang politik.

Pengalaman masa lalu saya dan rembatan tomahan dan prejudisme terhadap Kickdefella menjadikan saya membuat rumusan bahawa pimpinan Pas terlalu angkuh, sombong dan bongkak dengan kedudukan masing-masing dan menganggap sudah tidak ada makhluk di langit dan di bumi yang layak menegur mereka.

Mereka seolah-olah mengatasi kehebatan Umar Al-Khattab yang menerima teguran dan amaran si tempang pada hari perlantikkan baginda sebagai khalifah ar-rasyidin kedua, mereka juga semacam lebih maksum dari nabi yang pernah menerima teguran dan pandangan sahabat.

Atas faktor itulah, maka saya sudah tidak lagi membuat teguran, bukan kerana takut, sebaliknya bagi saya kewajipan fardu kifayah ke atas saya sudah saya sempurnakan kerana saya telah pun membuat teguran dan sekarang Kickdefella sedang melaksanakan kewajipan fardu kifayahnya.

Kalau membiarkan pimpinan Pas terus angkuh, sombong dan bongkak dengan kedudukan masing-masing dan menganggap sudah tidak ada makhluk di langit dan di bumi yang layak menegur mereka, maka menjadi tuntutan fardu kifayah kepada pimpinan, ahli dan penyokong Pas yang waras, yang tidak sewel dan tidak mabuk air sejuk membuat teguran dan peringatan, jika tidak, maka semua pimpinan, ahli dan penykong Pas akan berdosa.

Ini adalah kerana matlamat asal Pas diwujudkan, malas laras peruangan adalah berteraskan Islam yang mana mahu tidak mahu tingkah laku pimpinan, ahli dan penyokong serta perjalanan dan pendekatan pati itu tidak boleh tergelincir dari al-Quran dan Hadis dan tersimpang dari hukum hakam dalam apa keadaan, suasana dan keperluan sekali pun.

Semua umat Islam, di negara ini, termasuk umat Islam dari Umno, mahu dan mengharapkan Pas kekal dengan wajah dan matlamat kewujudannya sebagaimana yang dirangka dan dikerangkakan oleh para pengasasnya: antaranya dalah datuk adan ayah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi!

17 comments:

Hj Markoko said...

...eh eh eh..PAS tu menatang apa ??? kerusi ke, meja ke, kambing ke, lembu ke, keldai ke..biskut ke, ugama ke, kelab ke, mungkin tong sampah kok...eh eh eh..Nik Aziz tu siapa???..kerani ke, doktor ke, che gu ke, polis ke, ustaz ke, ketua ulamak ke...apa-apa aje lah...

..yang penting dan paling utama ialah PAS dan Nik Aziz adalah penyokong tegar kepimpinan DAP yang ala kepimpinan Khalifah Umar Ab Aziz..eh..betul ke..

..hidup PAS..hidup DAP..pergi jahanan UMNO..mapus UMNO..sebab UMNO bela Melayu tapi PAS for all..hidup Khalifah Lim Kit Siang anak beranak..hidup Khalifah Kapal Sink anak beranak..PAS sanggup berkorbang apa saja demi DAP seperti yang telah terbukti di Perak hingga sanggup tidur atas jalan raya, dan di Sibu berkongsi Allah dengan puak Kristian..

..Nik Aziz sayangkan Harun Din tapi sayangkan DAP mengatasi segala-galanya..

..kepada Harun Din, sekiranya ustaz pejuang Islam sejati..dah tiba masanya tinggalkan PAS..jangan ustaz turut sesat bersama kepimpinan PAS yang sedang ketagih penjilat DAP...

..dulu Hj Hadi dan kepimpinan PAS dalam ceramah mereka disegenap cerak kampung tidak pernah lupa perkataan 'tegak hukum Allah'..tapi sekarang kerana sayangkan DAP, perkataan ini tidak pernah disebut lagi..yang ada hanya masing-masing berebut cari duit dan kahwin 2 kerana benda lain yang 'tegak'..

Anonymous said...

salam abe li.
Bukan demo saja hak nampak dalam pas kelate, ore luar dari pas semua nampak. Bukan di kelate saja perangai lagu ni, di mana2 saja. Sebab utama ialah jahil, kerana ego agama tengok ore lain buat serba tak kena.

Politik mana2 parti semua sama. Dalam politik Melayu Malaysia, hanya UMNO dan PAS. Secara umum mana lebih baik. Ada tempat UMNO molek, ada tempat PAS molek. Secara umum juga kepimpinan PAS lebih baik dari UMNO. Hal ini jelas.

Kalu niat KERANA ALLAH nak betulkan Pas, nescaya tak akan runtuh kerajaan pas kelate. Kalu niat sebesar hama terlencong termasuk kerana marah, boleh jadi fitnah.

Daripada Umno baik sikit Pas. Paling penting, letak niat tempat betul, bukan nak heboh ke ore, hanya tuhan yang tahu. Cukup.

Anonymous said...

dok tunggu John komen belah mano..mesti dio ake ssaloh ko UMNO pasal kebusukan dalam PAS...kalu Nik Aziz kato tahi boleh make, mesti ore PAS ikut belako..ko guano??

Anonymous said...

Ambo tokser nok kato apa. sebab Tok Guru kawe adalh Ustad Najib altantuya. Dia kato judi bola buleh.. ambo sokong.. dia kato paki yahudi Apco, ambo sokong... dio kato jual telaga minyak Blok L & Blok M ko brunei, ambo sokong... dio kato pakah calun hindu bila lawan calun melayu, ambo pun ikut jugak... sebab dio tu pemimpin agung Melayu... tok seprtii ore lain2 yae kurang melayu tu dlan PAS, PKR, ... Hok ambo puji Brehin ali sebab diao tu kuat sangat ampu PM Najib ambo tu..

Anonymous said...

Ambo pun tok sir nak kata gapo jugak...sebab tok guru ambo kata Allah buleh letak di gereja...DAP nok buat hukum hudud...menang DAP menang Islam...syaitan pun buleh buat saing...pah nok kata apa lagi...mugo yo sungguh....pah demo pikir ambik lah...

Anonymous said...

lagi so...4 juta ambo tok tahu..huhuuu!

john said...

Salle...

"dok tunggu John komen belah mano..mesti dio ake ssaloh ko UMNO pasal kebusukan dalam PAS...kalu Nik Aziz kato tahi boleh make, mesti ore PAS ikut belako..ko guano??"
-TAHU TAK PO, CHE DET KATO 'UMNO-APCO IS ROTTEN THE CORE'. TOK GURU DEMO MURUJIB SURUH RAKYAT DIO JADI TAHI JUDI,MAKO GENG2 UMNO-APCO SOKONG BELAKO PAKAT2 JADI TAHI JUDI!

".kepada Harun Din, sekiranya ustaz pejuang Islam sejati..dah tiba masanya tinggalkan PAS..jangan ustaz turut sesat bersama kepimpinan PAS yang sedang ketagih penjilat DAP..."
HA YE LAH, SURUH LAH TAKKAN TG HARUN DIN NAK MASUK TONG NAJIS MACAM KAMU, DAH HORMAT SANGAT KE TG HARUN DIN KAMU LA YANG KENA IKUT DIA. KE MANA KAMU BERKOKOK SEBELUM NI HJ MARKOKO?

"Ambo pun tok sir nak kata gapo jugak...sebab tok guru ambo kata Allah buleh letak di gereja...DAP nok buat hukum hudud...menang DAP menang Islam...syaitan pun buleh buat saing...pah nok kata apa lagi...mugo yo sungguh....pah demo pikir ambik lah..."
TOK SER KATO GAPO DOK DIAE SUDOHLAH. KOHO BEKECEK KOHO TOK TAHU GAPO! SEKURE2NYA DINEGERI PENANG TAK DOK LA MASJID KENO KAWAL KO JKKKKKK, PROGRAM2 MASJID PUN BEBAS NOK BEKECEK PASAL GAPO2 TAJUK PUN, TAK DOK LA TAJUK NGA PENCERAMOH PUN KENO SEKAT! KALU UMNO-APCO, TAJUK HUKUM ISLAM SSALOH DULU LAGI SEBAB TU SAPA LO NI ORE ISLAE SEDIRI BULEH PERSENDO HUDUD.

"lagi so...4 juta ambo tok tahu..huhuuu!"
DEMO TOK TAHU MUGO 4 JUTO SIKIT BEDO'OH BANDING NGA UMNO-APCO DOK UPOH YAHUDI 78 JUTO TUUUUU! BAIL-OUT KRONI RM2BILLION TUUU, BAIL-OUT PERWAJA BILLION2 TUUUU, KOMISEN KAPAL SELAM RM560 JUTO TUUU, KERUGIAN POS RM 290JUTO TUUUU..EH PADE LAGU TUUUUU LAH UMNO-APCO NGA PENCACAI DIO...

pade lo kaluh komen ambo dale hok ni. tunggu ore suruh komen hok posting baru abe li la pulok...

Joe Miang said...

Ambo tertarik juga dengan komen Hj Markoko iaitu Hj Hadi dalam ceramah selalu guna ayat "hendak tegak hukum Allah" tapi sejak berkawan dengan DAP dah malu nak sebut ayat tersebut. Bukan Hj Haji seorang saja pemimpin PAS-DAP lain juga sudah segan silu untuk sebut ayat itu atau tentang Hukum Hudud..

Mereka sudah tidak minat lagi nak tegak hukum Allah kerana asyik dok tegak 'barang' masing-masing dan aktif dalam Kelab Poligami...

ambo said...

Pilih PAS sbb lebih baik dari umno...??

Umno menyeleweng dlm isu dunia.. rasuah.. bla... bla..

PAS menyeleweng dlm isu agama...

mana yg lebih bahaya...

p/s: umno rotten to the core ni ayat mahathir yg selalu diulang2 oleh pak bakaq syiah... kamu peminat dia ke john.. :)

Anonymous said...

4 juta dikatakan sedikit???

kih kih kih...
berasa nok ssuka...

budak kecik pun tahu 4 juta tu banyak ko sikit...

barangkali tok reti nok kira...

Anonymous said...

ambo said...
Pilih PAS sbb lebih baik dari umno...??

Umno menyeleweng dlm isu dunia.. rasuah.. bla... bla..

PAS menyeleweng dlm isu agama...

mana yg lebih bahaya...

UMNO MENYELEWENG HAL ISU DUNIA SAJA???, HAL ISU UGAMA... OK KE?.. UMNO TAK PERNAH SELEWENG ISU UGAMA KE? WARAKNYAAAAAA .. PUAK UMNO NI?! QARUN BILA DAH KAYA, ABDULLAH BIN UBAI BIN SALUL PUN TAK TERASA DIA TENTANG & KHIANATI ALLAH & RASUL..........

PAS BOLEH BEKERJASAMA DENGAN PARA PERJUANGAN RAKYAT TERTINDAS... DISAMPING MEMBETULKAN KONSEP & PERSEPSI ISLAM KEPADA KAUM BUKAN ISLAM TERMASUK DAP, RAKYAT SIBU/SARAWAK ... Inipun kerja dakwah & jihad ....

MUNGKIN SATU MASA KAUM ANTI ISLAM AKAN DIBERI HIDAYAH... SEKURANG2 TIDAK LAGI WUJUD ISLAMOFOBIA YANG DITANAM OLEH ORIENTALIS, SEKULAR & ZIONIS SELAMA INI..... mungkin kerja puak2 UMNO pun dok hasut orang2 ramai supaya takutkan atau anti Islam??..

Wahai kaum Melayu Islam, tinggalkan perjuangan kurafat assobiyyah UMNO yang korup tu... BERSATULAH DALAM PAS... Isya Allah... PRU13.. PAS majoriti di Parlimen nanti.. Bentuk kuasa dominan Islam yang jitu...

Anonymous said...

baso koya la set2 PAS. Bersaing denga DAP, mapuh dio nok bui buat negaro Isle, baco gak buku Lim Kit Siang tu..
John, kawe ingat gini lah, demo keno pese ko anok bini demo tulong ajar sebut namo PAS, PAS, PAS, ditelingo demo maso demo nok mati...kawe raso lidoh demo ni, hijau doh, tok leh sebut namo lain doh

chegarMD said...

banyak orang bercakap benda2 tak selari dgn kenyataan.
4juta utk pertahankan kerajaan kelantan adakah salah dari segi ugama? salahkah dari undang2 sivil?
ikut suka dialah,dia curi wang rakyat ke?.apakah 4 juta samakah
dgn umno bagi upco 70 juta? dia ambil duit mana? kalau poket dia ikut dia lah tapi kalau guna duit
itu satu masalah.
tentang hukum hudup.kerajaan kelantan tertaklok kpd perlembagaan
negara, adakah pas ada kemampuan utk mengubah perlembagaan? oleh itu
harap kalau nak tulis apa2 kaji dulu jangan buat bising saja.

Anonymous said...

4juta memang salah...bukan dari segi mempertahankan kerajaan kelantan ataupun undang-undang sivil tapi...
Fitnah adalah kesalahan besar dari segi agama...
soal duit tu...kalu bukan duit dia...duit siapa pulak...kalu duit orang lain...dari mana?
orang takkan bagi duit free saja kalu tak ada apa-apa!
Dosa tak kira siapa sama ada orang PAS atau orang UMNO.
Buat perkara yang menyalahi hukum agama adalah berdosa!

Anonymous said...

Ohhhh.. En. Chegar..

Kalau PAS tak mampu pun... jgnlah halalkan segala yg di haramkan sebelum ni...

Ohhhh tak mampu jalankan hukum hudud... tapi mampu bekerjasama dgn DAP yg terang nyata sejenis kafir harbi.. DAP=GERAKAN=MCA=SUPP=LDP......

Tu yg org islam ni kena bersatu... tp ada pihak dlm PAS tetap berdendam... ada pulak puak SYIAH / liberal yg bantai TGHH sbgai geng perpaduan... yg taksub PAS ni punyalah tepuk tgn...

sbb kunun tak boleh dipatuk doa kali... tapi dgn DAP... PKR... kena patuk berkali-kali bagaimana??

yg ikhlas,
pembaca setia mso.blogspot

Anonymous said...

Mengapa UMNO tak haramkan saja DAP seperti mereka haramkan PKM & AlArqam.....???

Anonymous said...

Nak haram wat gapanya DAP sebab dia nak Islam. Kan Ustaz Lim Guan Eng Khalifah Islam yang baik pemerintahannya di Pulau Pinang yg mencontohi Khalifah Umar Abd. Aziz. Mungkin lepas ni kerajaan Pakatan Rakyat akan laksnakan hukum hudud di Pulau Pinang dengan bantuan PAS. Masa tu Guan Eng akan digelar Panglima Jihad.