Sunday, May 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (727)

Krisis istana Kelantan kena dinoktahkan segera

MANUSIA yang akil baligh bukan sahaja ditegah mengaib dan menyibar-luaskan aib orang lain tetapi juga dituntut menyembunyikan keaiban sendiri.


Justeru krisis institusi keistanaan Kelantan patut dinoktahkan segera, malah ianya menjadi fardhu kifayah kepada rakyat Kelantan untuk memulihkan keadaan kerana krisis yang berlaku mahu tidak mahu telah dan akan mengaibkan institusi itu sendri.

Oleh kerana institusi istana adalah payung kepada naungan rakyat jelata, maka apa yang berlaku dalam institusi keistanaan Kelantan, tempiasnya secaratidak langsung akan turut sama mempaliti rakyat Kelantan walaupun di mana mereka berada.

Pada pendapat saya, apa yang berlaku dalam institusi keistanaan Kelantan sebenarnya boleh dicegah dari menjadi parah jika institusi berkenaan menerima nasihat tanpa ada udang di sebalikbatu, ketam di sebalik kayu dari pihak yang berkewajipan memberi nasihat sebagaimana yang dituntut oleh perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri.

Kesilapan terbesar yang menyumbang kepada berlakunya krisis kerana adanya pihak yang sepatutnya memberi nasihat agar krisis yang berlaku diselesaikan melalui rundingan secara dalaman dan sulit telah mengambil sikap bediam diri dan membiarkan saia krisis yang berlaku disensasikan oleh pihak media.

Ada semacam suatu perancangan jangka panjang yang sangat busuk lagi membusukkan supaya istana 'berkocah' dan rakyat jelata akhirnya akan hilang hormat terhadap kedaulatan raja dan institusi keistanaan, yang mana pada saya ianya suatu permainan politik yang saya sangat bahaya bagi negeri yang menggunakan sistem pemerintahan beraja.

Rancangan itu pada saya sedikit sebanyak telah mencapai jaya. Antaranya kini timbul puak-puak dalam institusi keistanaan dengan pelbagai cerita dan hikayat tentang sesuatu puak yang saling buruk memburuk antara satu sama lain oleh para penyokong puak tanpa diperkirakan bahawa krisis yang berlaku itu sebenarnya ibarat carik-carik bulu ayam dan bagaikan air yang dicincang.

Paling menyedihkan kerana imej Pemangku Sultan, Tengku Mohd Faris Petra, seorang yang mesra rakyat dan 'kaki masjid' dikatakan kerana gila kuasa dan takhta, sanggup menderhaka kepada bonda sendiri sedangkan syurga terletak di bawah telapak kaki ibu. Kononnya baginda sanggup bersikap demikian kerana baginda silap menerima nasihat.

Pada dasarnya saya amat bersetuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kemelut isatana Kelantan perlu diselesaikan secara kekeluargaan tanpa membuka pekung di dada.

Saya juga bersetuju dengan nasihat Yang Dipertua Pertubuhan Persatuan Yang Mulia DiRaja Long Yunus, Tengku Iskandar Tengku Ahmad supaya pergolakan yang berlaku dalam istana Kelantan diselesaikan mengikut undang-undang dan prosedur yang telah ditentukan oleh undang-undang tubuh negeri Kelantan.

Paling penting krisis, kemelut dan pergolakkan yang berlaku kena dinokhtahkan segera kerana jika apa yang sedang berlaku tidak dihentika segera, ianya boleh menyebabkan timbul tanggapan buruk rakyat terhadap institusi istana, sekali gus akan melemahkan intitusi berkenaan dan rakyat akan hilang hormat.

2 comments:

Unknown said...

Mengikut wikipedia sejarah kerajaan kelantan dgn kerajaan melayu pattani hubongan mereka sangat2 irat sehingakan kerabat diraja kelantan dgn kerabat di raja pattani adalah satu pada awal nya,begitu juga rakyat kebanyakan nya ada hubongan kekeluargaan . maka darisitu lah tidak hairan apa yg berlaku diistana kelantan adalah merupakan jangkitan perangai dari petani nama nya GEDEBE. rata2 orang kelantan ada penyakit ini, tok guru kita juga gedebi,zaid ibrahim,juga raja lompat datok paduka ibrahim ali adalah contoh manusia yg sangat2 gedebi,ini semua bukan berarti gedebi bukan akhlak yg tak baik saja. tetapi ada gedebi positive
suka menulong,kasih ke puak sendiri
tak lih tingut orangluar mengurat
anak dara kelantan,rela bertumbok utk kelantan,sehingga dlm politik pon kita guna perangai gedebi.penulis2 blog kelantan juga gedebi.oleh itu ada orang kata jika ada orang kelantan tak ada perangai gedebi maka dia bukan lagi orang kelantan.

Baka Kelantan di Gemencih N.S. said...

Gedebe...gedebe 'lah. Dalam isu kemelut Islam Kelantan, jangan pula beraku kes kalah jadi abu menang jadi arang.
Tengku Mahkota (pemangku sultan) dari segi mesra rakyat dan kaki masjid memang patut dipuji, tapi derhaka (berbalah dengan bonda) bukan satu langkah yang bijak kerana syurga teretak di bawah telapak kaki ibu.
Mudah-mudahan krisi selesai segera demi maruah baka Kelantan.