Sunday, May 9, 2010

MUNCUL KEMBALI (728)

PAS TERCEKIK GARA-GARA ISU RM4 JUTA - DISALINSIAR DARI BLOG PUTERA 7 GUNUNG

PAS Kelantan kini 'tercekik' ibarat orang lekat tulang ikan ketika begitu gelojoh waktu makan. Tulang ikan ini terlalu halus dari jenis ikan 'parang' - dijuluk-juluk masih ada - melekat halus tetapi begitu menganggu keselesaan hidup.

Tindakan Kickdefella - 'Boy Husam' meletupkan isu RM 4 juta untuk mengerakkan satu kerja 'perang saraf' bagi menonjolkan imej Pas dan menyerang Pak Lah serta kerajaan Umno-BN, kini bagaikan satu 'bom' yang bakal meninggalkan kesan kepada Pas.

Dulu Kickdefella begitu dipuji dan di puja oleh tokoh-tokoh Pas. Mereka begitu berterima kasih kepada Husam kerana 'bijak' memilih tokoh penulis yang begitu hebat. Ibu jari selalu diangkat kepada Kickdefella apabila terletup sesuatu isu.

Golongan munafikin dari pemimpin atasan hingga peeringkat bawah akan bergelak ketawa apabila Kickdefella menghentam Umno, Pak Lah dan Umno Kelantan. Ketika saat itu, Kickdefalla bagi tidak ada bakul dan gudang untuk menyimpan ucapan terimakasih dan tahniah yang berleretan.

Kini, mereka yang pernah mengulur ucapan tahniah dan terimakasih itu - tampil untuk tidak kenal siapa 'boy Husam' ini. Mereka saling mencari lubang untuk menyorot kepala - seolah-olah tidak tahu menahu apa itu Global Media Centre (GMC) yang Panglima Gerak Sarafnya diketuai oleh Kickdefella.

Apakah Nik Aziz tidak tahu atau Nik Amar Nik Abdullah pun tidak pernah tahu kewujudan GMC, lebih-lebih lagi Kickdefella. Jika hari ini mereka mengatakan tidak tahu - maka 'MUNAFIK' lah golongan ini.

Pejabat GMC hampir diserang oleh satu kumpulan kontraktor IT kerana tidak membayar hutang hasil kerja-kerja mereka yang begitu lama. Tetapi, kes ini diselamatkan oleh orang yang mengaku 'orang kanan' dari DUN Kijang. Hutangnya lebih ratusan ribu ketika itu dan ia amat 'menyakitkan' bagi pembekal Melayu yang bermodal kecil.

Saya mengambil tahu soal GMC ketika itu kerana saya terbabit secara khusus dalam Gerak Saraf Umno Kelantan. Saya cuma dapat mengurangkan tekanan dari akhbar Wasilah agar tidak terlalu berat menyerang Umno Kelantan hasil hubungan akrab dengan tokoh akhbar Wasilah sejak lama dulu. Begitu juga tekanan dari akhbar saluran kedua Pas - Siasah.

(NOTA: Wasilah diterbitan oleh Hasrat Tinta Sdn Bhd, sebuah lagi syarikat milik Pas tetapi permitnya ditarik balik oleh pemiliknya tidak lama selepas penerbitannya diletak dibawah GMC dan operasi dipindahkan ke bangunan GMC).


Di Akhbar Siasah - saya pernah menyumbang beberapa 'tulisan' yang ditapis begitu rapi, tetapi pernah merasa bayaran dari pejabat Harakah. Oleh kerana tulisan saya begitu tajam yang tertunding kepada Pas - akhirnya diminta agar berhenti meneruskan sumbangan.

Saya menulis dan menggarap rencana bukan mengharapkan bayaran. Rencana saya cuma disiar dalam kolum khas di akhbar Buletin Rakyat. Buletin Rakyat meninggalkan kesan besar kepada saya kerana setiap ramalan saya menjadi kebetulan benar - dari pertelagahan Mahathir-Pak Lah (BN akan dipukul ribu besar), Samy kalah di Sungai Siput, Kelantan - jernih di Hulu keruh di muara.

Saya juga diarah tidak menulis untuk ruangan khas dalam Sinar Harian Kelantan kerana Pas mengungut untuk menyaman akhbar itu jika terus menyiar tulisan saya.

Hakikat dari yang berhakikat sememangnya sukar untuk diterima akal. Hari ini, Kickdefella melalui semua perjalanan itu ketika bersama dengan Pas.

Pas jangan ingat 'fitnah' itu halal sekali pun berdepan dengan musuh. Ini yang cuba diketengahkan oleh pemimpin Pas kepada Kickdefella. Rupanya Kickdefella lebih mengenal erti imam - bahawa memfitnah dosanya jauh lebih berat dari membunuh.

Tidak ada hadis dan ayat al-Quran yang membenarkan 'fitnah' sekali pun terhadap musuh kita. Yang peling kenapa golongan yang ditarbiah oleh Pas sahaja yang dapat menemui semua itu dari segala Hadis dan ayat al-Quran.

Nabi Muhamad s.a.w mengarahkan pengikutnya membakar unggun api pada waktu malam sebelum termeterai Perjanjian Hudabiyyah bukan satu kerja 'fitnah' untuk menakutkan musuh. Itulah adalah muslihat perang.

Hal yang sama dilakukan oleh Bendahara Tun Perak agar pengawal pantai Melaka menyalakan obor api yang diikat di semua pokok di tepi Pantai melaka agar tentera Siam melihat bertapa ramainya askar-aksar kerajaan Melaka. Justeru itu, Siam tidak melancar serangan secara membabi buta.

Pas jangan sesakali mencampur aduk ayat al-Quran yang mejelaskan kesah Nabi Khaidir a.s degan Nabi Musa a.s dalam kes merosakkan perahu, membunuh kanak-kanan remaja dan membentul dinding rumah anak miskin di kampung yang masyarakatnya begitu sombong dan kedekut.

Kesah Nabi Khaidir a.s dan Nabi Musa a.s tidak berbentuk 'fitnah'. Tetapi satu natijah 'keilmuan' dalam mencari 'keputihan qalbu' serta ciri-ciri keikhlasan serta kebersihan jiwa dari setiap amalan ilmu Allah s.w.t.

Jangan menipu dengan kesah Nabi Khaidir aa.s ini. Ini adalah kesah perbandingan untuk direnung oleh umat islam bahawa - bukannya orang seperti Nik Aziz yang dipuja oleh Pas itu yang lebih alim dan lebih tahu segala-galanya.

Hakikat dari ilmu ini, membuktikan bahawa jangan - 'kamu megah' dengan apa yang kamu ada kerana Allah s.w.t lebih tahu ukuran ketinggian ilmu setiap manusia yang diciptakannya.

Di kesah ini, ulama Pas kena belajar bermuhasabah diri dan jangan terlalu 'sombong' dan bermengah dengan ilmu yang ada, malah begitu mudah memperlekehkan orang lain.

Kenapa Allah s.w.t memerintah Musa mencari Khaidir untuk menimba ilmu. Sebenarnya. Musa ketika itu merasakan baginda sudah begitu tinggi dalam ilmunya kerana menerima Kitab Taurat, kemudian dilantik sebagai Nabi bertaraf Rasul. Siapa Khaidir..

Apa yang didedah oleh Kickdefalla dalam blog terbarunya begitu mengharukan saya. Mungkin benar golongan ini sudah jauh tersesat dari pengertian ilmu Islam yang sebenar dan pengajaran sebenar yang dikutip dari Al-Quran.

Hakikat dari hakiki sebenar - orang yang banyak ilmu itu cuma sekadar kulit buku yang terhiasa indah. Tetapi isi sebenar dalam mencari kemanisan ilmu adalah AMAL. Nikmatnya adalah dari AMALAN - baru dapat merasai nikmat kemanisan sebenar dari segala HIKMAH yang akan dibuka oleh Allah s.w.t.

Kerana itu, saya katakan bahawa jika berilmu - itu baru kulit. Apa lagi dengan ilmu yang digalasnya dirasakan terlalu banyak - tetapi hidupnya masih lagi mudah menghina dan memfitnah orang lain - siapa mereka sebenarnya. Orang yang berilmu dan beramal soleh (ikhlas) akan takut dan mengalir air mata untuk memburukan orang lain.

1 comment:

Zin Under-road said...

Satu catatan yang mnaik. Penulisnya rasa orang beajar tasauf