Monday, May 10, 2010

MUNCUL KEMBALI (729)

PKR perlu bersedia untuk terma hakikat terpaksa 'tutup kedai'


IBARAT bila mengunjungi orang yang sedang sakit, bila ditanya macam mana keadaannya, akan dijawab semakin baik walaupun diketahui keadaan diri dalam keadaan nazak, belum ada yang kata ianya berada di ambang maut walaupun badan semakin lemah, pernafasan semakin semput dan selera semakin terkatup.


Ertinya tidak ada sesiapa pun mahu mati, mahu dianggap lemah, mahu dilihat gagal, kecundang dan mengalami kemusnahan, apatah lagi di kalangan orang politik sehingga pelbagai strategi dan peneggakan benang basah dilakukan bagi menyembunyikan keadaan sebenar, termasuk akan cuba melindungi bangkai gajah dengan sehelai daun lalang.


Bekas Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46), Tengku Razaleigh Hamzah pernah menegaskan bahawa jika melihat seorang lelaki berkepala botak berlari seorang diri dalam ribut petir sabung menyabung di tengah padang luas sejauh mata memandang sambil membawa bendera S46, orang itu bukan orang gila, tetapi adalah Tengku Razaleigh yang akan kekal bersama S46 walaupun hanya tinggal seorang diri kerana Ku Li tidak pernah pelahap untuk masuk Umno (Baru).


Tengku Razaleigh menjadi Presiden S46 kerana tidak mahu berketuakan Dr Mahathir Mohamad sebagai Presiden Umno apabila beliau kalah tipis dalam percubaan untuk merampas jawatan Presiden Umno dari Dr Mahathir. Beliau kalah dengan hanya selisih 24 undi.


Macam mana pun Ku Li telah menjilat ludah sendiri apabila beliau memampuskan S46 dan menyertai Umno ketika Dr Mahathir masih menjadi Presiden Umno. Datuk Seri Anwar Ibrahimpula menjadikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai platform politiknya apabila beliau dipecar dari kabinet atas nama Timbalan Perdana Menteri dan sekaligus dipecat dari Umno.


PKR parti yang menjadi platform Anwar kini sedang menghadapi masalah pengaliran keluar dengan jumlah yang agak kronik para ahlinya. Terbaru, seramai 1,700 ahli PKR di Kawasan Parlimen Padang Serai dan Kulim-Bandar Baru keluar dari parti itu. Sebelum itu PKR menghadapi sindrim wakil-wakil rakyat keluar parti.


Anwar dan pimpinan PKR dengan dibantu oeh rakan-rakan sekomponen dalam Pakatan Rakyat (PR) yakni DAP dan Pas dengan segala upaya cuba menyembunyikan kerapu-kurap PKR dengan melabelkan wakil-wakil rakyat PKR yang keluar parti kerana dibeli oleh Barisan Nasional (BN). Tetapi bila ahli biasa turut keluar, apakah mereka juga dibeli.


Pada saya sebagaimana S46 dulu, PKR juga sedang menuju arah dan haluan yang serupa kerana sesebuah parti akan menjadi kuat dan hebat jika jumlah keahlian dan penyokongnya bertambah, bukannya semakin berkurangan. Maknanya PKR tidak akan mampu terus bertahan kalau wakil-wakil rakyat, pimpinan dan ahlinya semakin ramai keluar parti.


Kalau diibarat suatu perniagaan, PKR sedang mengalami masalah kemerosotan aliran tunai, akaunnya beterabur, para pekerja asyik menyerahkan surat perletakkan jawatan dengan para pelanggan pula semakin berkurangan. Dalam keadaan sedemikian, rakan niaga atau pun rakan kongs, dalam konteks Pakatan Rakyat, DAP dan Pas tentulah akan melihat PKR tidak ada kekuatan dan tidak akan memberi laba kepada PR lagi.


Maknanya pimpinan, ahli dan penyokong PKR kena bersedia mental dan fizikal untuk menerima hakikat bahawa parti itu akan terpaksa tutup kedai dalam tempoh terdekat kerana masalah yang dihadapi bukan sahaja gagal di tangani tetapi masalah dan kemelut yang dihadapi semakin bertambah.

2 comments:

Unknown said...

Saudara meli jangan terlalu mudah membuat kesimpolan atau memandang ringan terhadap keupayaan pimpinan
keadilan kalau hanya setakat beberapa orang yb2 mereka yg menin
galkan parti begitu juga dengan beberapa ribu ygmeninggalkan parti
ia nya adalah satu lumrah kpd semua parti2 pembangkang di serata dunia.terutama nya parti2 baru seperti kadilan, tetapi saya rasa
dgn adanya umno/bn sebagai pemerintah apalagi dgn apa yg berlaku dlm perkembangan yg terbaru
akhir2 ini segala penyakit2 umno adalah vitamin atau ubat kpd keadilan utk terus servival.penyakit2 rasuah,salah guna kuasa,penyerahan daerah2 teritori malaysia kpd negara luar,
royalti, pelisinan judi secara halal,malah apa2 saja tindakan silap kerajaan akan menjadi penyebab kpd talihayat kpd keadilan.

Worih Halimah Jongang said...

Itu kara saudara kerana taksub kepada PKR/PR. Seingat saya Saudara Meli bukan baru menulis tentang politik Malaysia.
Saya tidak yakin Saudara Meli bukan membuat rumusan sembarangan tentang masa depan PKR, sebaliknya beliau merumuskannya berdasarkan kepada pemerhatian dan engalaman masa lalunya.