Tuesday, May 11, 2010

MUNCUL KEMBALI (730)

Berpahalakah bekerja dan sokong DAP di Sibu

SAYA ditanya: berpahalakah bekerja dan menyokong DAP di Sibu?. Terkedu saya dengan pertanyaan itu kerana bini saya sendiri turut berada di sana, bekerja untuk DAP kerana Pas yang dianggotainya merupakan rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) dan telah menyediakan pasukan khas bagi membantu calon parti itu di Sibu

Bila saya kata bini saya pun berada di sana untuk bantu calon DAP, saya ditanya apakah sebagai suami, saya akan mendapat pahala kerana mengizinkan bini saya ke sana untuk bantu DAP atau saya akan menerima tempias dosa kerananya?

Saya akui, saya belajar di sekolah agama tetapi tahap pengajian saya tidaklah sampai ke peringkat dilpoma atau ijazah untuk melayakkan saya memberi fatwa. Berbanding dengan Pas yang rata-rata berpendidikan tinggi dalam bidang agama walaupun ramai juga yang tidak dapat membaca dan menulis jawi, saya jauh lebih jahil dari mereka.

Kalau saya kata berdosa tetapi piminan Pas kata berpahala, bukan sahaja sekalian pendukung dan penyokong Pas akan kata pandangan Pas lebih betul, tetapi bini saya sendiri saya yakin akan kata Pas lebih betul kerana orang Pas dianggap lebih berilmu dan lebih alim dari saya.

Di atas pemergian bini saya ke Sibu dan petugas Pas yang lain, rasanya pimpinan Pas yang kena tanggung dosa atau menerima pahalanya. Saya yakin mereka akan kata sokong DAP akan berpahala tetapi menyokong BN yang berdominasikan Umno akan berdosa. Sama hujah dan alasan mereka diterma oleh Allah atau sebaliknya, akan hanya dapatdilihat di Padang Mahsyar nanti.

Pada saya, menyokong atau bekerja untuk DAP tidak halal kerana pemimpin besar parti itu pernah tegaskan, kalau mahu laksanakan pemerintahan secara Islam, langkah mayatnya dulu, membuktikan betapa pimpinan besar parti itu sangat menentang Islam secara terang-terangan.

Berbeza dengan MCA, MIC dan parti-parti bukan Islam dalam Barisan Nasional (BN), belum ada satu parti pun yang membuat penentangan dan ancaman terbuka terhadap Islam sebagaimana yang dilakukan oleh DAP.

Melantik orang bukan Islam sebagai pemimpin tidak salah selagi pemimpin bukan Islam itu akur dengan peraturan pemerintahan Islam. Pada zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat pun ada kalangan bukan Islam dilantik sebagai pemimpin dan diberi jawatan dalam pemerintahan selagi mereka akur dengan peraturan pemerintaan Islam.

Cara yang BN buat memang betul dan kini menjadi ikutan PR tetapi sayang seribu kali sayang kerana dalam PR, DAP sebagai antara anggotanya memiliki pemimpin besar yang mahu mayatnya dilangkah terlebih dahulu kalau mahu melaksanakan pemerintahan Islam sedangkan Pas sebagai antara komponen PKR mendabik dada sebagai parti yang sucinya sama dengan sucinya Islam.

Dengan kata lain, pada pandangan peribagi saya (pembaca perlu rujuk dan dapat kepastian dari kalangan ulamak) menyokong, bekerja untuk DAP dan bekerjsama dengan parti itu adalah berdosa selagi pemimpin utama tidak menarik pengakuan terbukanya jika pemerintahan dan pentadbiran negara berteraskan Islam.

Atas faktor itu, maka sebagai jawapan kepada pertanyaan calon dari parti mana yang akan menang di Sibu, saya berani tegaskan bahawa calon BN akan menang dengan majoriti mewah, malah pada pilihanraya umuj ke-13 nanti, BN berdominasikan Umno akan menang dengan majoriti mewah.

36 comments:

Anonymous said...

Meli kato ..MCA, MIC sokong Islam? ..... hhhehehehe ..

UMNO bila lagi nak bawa usul laksana Hukum Hudud, Murtad, Liwat, Qazaf, Sumpah, .. di Parlimen?

Apa masalahnya lagi.. pasti dapat majoriti 2/3 kerana.. semua MP UMNO, MCA, Gerakan, MIC-terutama Kamalanathan yang umno pangkah tu, Melayu PBB, Melayu PBS, Melayu PKR, PAS pasti sokong punya... hehehe... yang tolak DAP saja...

Lebih 50 tahun UMNO pegang kuasa Melayu ... takkan la takleh batalkan lesen2 kilang arak Anchor beer & Carlberg di PJ & S/alam, Pusat Judi Kasino di Genting Highland, Ladang2 babi komersial tokey2 singapura di Melaka, NSembilan, tempat2 pelacuran bukit bintang, chow kit diKL, dll ... Kan kita negara maju kaya raya yang pertumbuhan ekonominya amat memberangsangkan dibawah PM yang bijaksana tu .. . takkan masih dok selera mengkedarah makan "hasil2 haram" tu lagi?...

Jika Allah tanya nanti diPadang Mahsyar, :"Mengapa kamu tak laksana hudud?" .. Takkan pemimpin2 UMNO nak jawab: "Sebab DAP yang tolak! yang lain OK. Kami pun tak leh laksana Hukum Syariat itu."? ...

Hehehe... BERBOHONG LAGILAH WAHAI PUAK2 UMNO ALKAZAB hingga kiamat, kalu kamu rasa Allah tu boleh di"kelentong"kan! .. saya mohon jauhi & lindungi dari syaitan wa hizbuhu...

Anonymous said...

Nakal Anom May 11 ni, kecek mace ore tadok otok. Meli kecek pasal sokong DAP, yg mu duduk tubik bendo lain bakpo...mu jaming ko DAP aken sokong kalu PAS nok buat hudud..mu ni jenis tok baco buku..cubo baco buku terbaru karangan Lim Kit Siang, baru buko mato mu tuss. baso bodoooo

Anonymous said...

Bila pula PAS nok bangkit isu hudud di Kedah, Selangor dan Pulau Pinang? PR (PAS,PKR,DAP) menang dah disana. Guano senyap saja?
Cakap nak laksana hukum Islam berderai-derai sampai rakyat semua percaya tetapi bila ditegur oleh DAP senyap saja?

Lihatlah pada diri sendiri dulu sebelum jeling pada orang lain!

Jangan ssohor saja nak laksanakan hukum Islam tapi habok pun tiada.

Ambo setuju benar jika PAS nok buat hudud tapi ambo marah benar PAS nok sohor dengan hukum hudud, buat dok dek!
Ingat ko mudah kali nok buat sesuatu hukum tu...

Nok rebus air pun kena ada api, gas, air dan kendi.

Kalau takdok benda-bendatu tokleh nok rebus air....

begitulah barangkali nok buat hukum hudud...

Air liur tokleh nok buat gapo satu...

Anonymous said...

Salam untuk semua,
ambo dok tunggu PAS,PKR dan DAP buat deklarasi untuk melaksnakan hukum hudud kalau dapat perintah negara ini dalaam PRU ke 13 nanti. Takkan Khalifah Lim Guan Eng dan As- Sheikh Kapal Singh takleh buat pengistiharan sokong hudud yanag dibawa oleh PAS.Kalu tidak sia-sia sahaja perjuangan PAS yang selama ini bermodalkan Hudud untuk tarik orang Islam sokong perjuangan mereka. Ingat, Rasulullah SAW laksanakan As-Sohifah Al-Madinah (Tak panggil Hukum Hudud pun) dibuat setelah Puak Yahudi iaitu Bani Nadzir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqak bersetuju bersama dengan Nabi melalui pembentukan Ummatan Wahidah ( satu ummah - satu malaysia ? ) bukannya buat gabungan bodoh yang menggabungkan PAS dengan hududnya, PKR dengan Islam Liberalnya dan DAP dengan sekularnya. Semoga Allaha melindungi mereka yang beriman dari penipuan manusia yang pandai bermuka-muka ini.

Anonymous said...

suriDALAM POLITIK TIDAK MUSTAHIL...Suatu hari nanti mungkin orang PAS akan menyesal kerana menyokong PAS bersekutu dgn DAP dan PKR. Ini adalah kerana disebabkan persekutuan ini niat PAS untuk menjadikan hukum di negara ini dengan hukum Islam tidak dapat dilaksanakan kerana ditentang oleh DAP... Perkongsian ini sebenarnya bukan dengan niat untuk mendaulatkan hukum Islam tetapi semata-mata beredendam dengan UMNO dan untuk mendapatkan KUASA saja...Kalau betul hendak mendirikan negara Islam takkanlah apabila Nizar (bekas MB Perak) ditanya ketika persidangan DUN Perak tentang negara Islam yang hendak dilaksanakan oleh PAS...Nizar tidak menjawab tetapi menyoal balik : Mana ada dalam manuskrip PAS yang mengatakan PAS hendak menubuhkan negara Islam?... Mana ada dalam manuskrip PAS yang mengatakan PAS hendak menubuhkan negara Islam?....lantas puak-puak DAP ketawa dibelakang....DAP hanya ketawa... DAP hanya KETAWA…Tidak terUSIKkah hati wahai orang Islam yang melaung-laungkan hendak jadikan negara Islam bila orang kafir mentertawakan tentang Islam?.... jelas DAP mempermainkan agama Islam... Mengapa kita sanggup berkawan dengan orang yang nyata mempermainkan Islam? Adakah semata-mata hendakkan KUASA kita melupakan itu semua…..
Sebab itulah saya bersetuju dengan pendapat Tuan Guru Hj. Lah dari Pondok Geting yang menyatakan: " Saya amat yakin dengan perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam".
Dr. Hassan Ali tidak boleh buat apa-apa tentang isu arak di Selangor. Ternyata DAP berkuasa di Selangor….dan mana janji-janji PAS nak menegakkan Islam sama ada di Selangor atau di Kedah? Kenapa hukum HUDUD senyap saja di negeri-negeri itu?

Anonymous said...

Mana John !!!
Tolong sahkan bahawa Gagasan Negara Islam dengan Hukum Hudud yang akan dibawa oleh PAS ( isu negara Islam dan Hukum Hudud ni PAS akan jaja lagi ke dalam Pilihanaraya ke 13 nanti? )akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Tak payah berbelit-belit dalam menjawab soalan ini kalau sekadar utk menyalahkan orang lain yang
kononnya tidak bersedia utk laksanakan Hudud. Hanya Allah yanag tahu niat sebenar hati-hati manusia. Subhanallah.

Anonymous said...

Mana John !!!
Tolong sahkan bahawa Gagasan Negara Islam dengan Hukum Hudud yang akan dibawa oleh PAS ( isu negara Islam dan Hukum Hudud ni PAS akan jaja lagi ke dalam Pilihanaraya ke 13 nanti? )akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Tak payah berbelit-belit dalam menjawab soalan ini kalau sekadar utk menyalahkan orang lain yang
kononnya tidak bersedia utk laksanakan Hudud. Hanya Allah yanag tahu niat sebenar hati-hati manusia. Subhanallah !!!

john said...

"Mana John !!!
Tolong sahkan bahawa Gagasan Negara Islam dengan Hukum Hudud yang akan dibawa oleh PAS ( isu negara Islam dan Hukum Hudud ni PAS akan jaja lagi ke dalam Pilihanaraya ke 13 nanti? )akan mendapat sokongan PKR dan DAP. Tak payah berbelit-belit dalam menjawab soalan ini kalau sekadar utk menyalahkan orang lain yang
kononnya tidak bersedia utk laksanakan Hudud. Hanya Allah yanag tahu niat sebenar hati-hati manusia. Subhanallah !!!"

Ambo ore panggil nyahut slalu...mudoh ja, Husam royak doh dulu hudud tetap menjadi agenda utama Pas..lagu tu jugok denga ore pas yang lain. Jange rusing anom, Pas dalae PR akan sentiasa memberi penerangan secara berperingkat2. Bukan buleh buat sekelip mato. Yang penting 'amal makruf,nahi mungkar' bukanya panas tidok,hujan tidok nok lulus JUDI..demo tok mintok lesen judi halal jugok ko?..pasal perisytiharan demo tu PAS buleh buat..bukan setakat isytihar kita buat terus tapi demo nga nga geng melayu umno-apco kena pakat sokong PAS le biar menang sbutir malaysia...

p/s: ado umno bunyi nok bui kefahaman pasal hukum2 islam selamo kening?..ko nok hidup dalam 'ke-sekular-an' hehehe...

Anonymous said...

John !!!
Kawe tanya mintak supaya PAS Isytihar untuk mewujudkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud kalu menang dalam Pilihanaraya ke 13 nanti secara deklarasi bersama dengan PKR dan DAP menyokong negara Islaam yanag dimaksudkan.

Kalu Husham royat itu, itu pandangan beliau, bukan pandangan PAS.Kalau pandangaan PAS mesti di isytiharkan secara rasmi dalam majlis oleh Presiden PAS selepas persetujuan J.Kuasa PAS Pusat. Demo ni apa la.. bunyi ko kecek minat politik tapi tak dapat bezakan keputusan PAS dengan pandangan individu.Pandangan Husam tu bukan mewakili PAS kerana Hj Hadi tak pernah pun berkukuk laagi Soal Hudud daan negara Islam selepas bersamaa pakaatan pembangkang. Demo jangan ambil alih tugas Presiden PAS yang menggunpakai perkataan Husam royat. Demo jangan jadi pembohong. Dalam perlembagaan PAS takdak sebutpun negara Islam dengan melaksanaakan hukum hudud kalu berjaya perintah negara ini. Kawe caabar demo tunjukkan bukti dalaam maanaa-mana fasa perlembagaan PAS ada sebut untuk mendirikan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud daalama negara ini kalau diizinkan Allah memerintah. Semoga Allah memberi petunjuk kepada PAS yang semakin dilanda penyakit akhir zaman yang disebut oleh Rasulullah SAW - mengutamakan dunia dari mengingati kematian. Subhanallah!!!

Anonymous said...

ambo raso kalu takdok dalam perlembagaan PAS nak buat hukum hudud, tok de ko DAP cabar, bokali zaid ddulu lagi cabar dalam mahkamah...kalu buat gak...gegela...mugotu tokleh kira...

Anonymous said...

Kata John " Pas dalam PR akan sentiasa memberi penerangan secara berperingkat2. Bukan buleh buat sekelip mato " .( kalu UMNO sebut berperingkat-peringkat nescaya PAS kata helah politik. Kalau PAS sebut maknanya itulah manhaj Islami)

Hebat John ... berapa lama dah PAS wujud. Berapa peringkat dah berjaya mengislamkan parti-parti yang tidak Islam. Dulu tubuh CCC (yang kononnya sebagai medium perantara untuk dakwah dan beri kefahamaan politik kepada puak Cina tapi dengan CCC pun lenyap) Loooni pula ngaku nak dakwah DAP pulak dah. Demo tulong wi bukti ko kawe bahawa ada pemimpin DAP yang menyokong negara selepas dakwah PAS kepada DAP. Royat kawe siapa dia pemimpin DAP yang menyokong neegara Islam dan Dakwah PAS ke PKR yang kilik Islam Liberal tu dah berjaya ko ?. PKR nak negara Islam jugak ko looni ? Bila Anwar Ibrahim isytihar PKR nak negara Islam dan melaksanakan hudud kalu berjaya perintah negara ini. Jangan jadi seperti Pengurusan Koperasi Al-Hilal (KOHILAL). Dulu beriya-iya sangaat nak tunjuk bukti kepada UMNO yang PAS boleh urus dan membangunkan skonomi secara Islam yang boleh dijadikan contoh oleh UMNO. Tapi bila KOHILAL tak gerak ( sebab apa ? )masing-masing pemimpin PAS lepas tangan tak nak ngaku beretanggungjawab sehingga berlaku kelemahan dalam pengurusan.Gitulah perangai PAS yang kononnya bercita-cita menjadi jaguh Islam. Kalu betul DAP dan PKR nak negara Islam dan isytihar bersama-sama PAS, Kawe akan buat sidang akhbar menyokong perjuangan PAS. Tapi kalu dalam pilihanraya ke 13 nanti Isu negara Islam dan Hukum Hudud dipadamkan oleh PAS sebagai agenda utama Pakatan Rakyat maka kawe akan cawatkote untuk melawan PR yang layak digelar Puak-Puak Rosak itu.

Anonymous said...

Kata Anonymous 10: 20 kata "ambo raso kalu takdok dalam perlembagaan PAS nak buat hukum hudud, tok de ko DAP cabar, bokali zaid ddulu lagi cabar dalam mahkamah...kalu buat gak...gegela...mugotu tokleh kira...

Kawe mitak bukti sapaa-saapa dalam PAS dalam FASA keberapa, perkara ke berapa ada sebut PAS nak dirikan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Tulong carai biar sapa jupa. Kawe taksir orang kata PAS ini Parti Al-Khazab Semalaysia. Tunggeng-tunggeng tipu umat Islam.

Anonymous said...

Kata Anonymous 10: 20 kata "ambo raso kalu takdok dalam perlembagaan PAS nak buat hukum hudud, tok de ko DAP cabar, bokali zaid ddulu lagi cabar dalam mahkamah...kalu buat gak...gegela...mugotu tokleh kira...

Kawe mitak bukti sapa-sapa dalam PAS dalam perlembagaan PAS ada disebut FASA keberapa, perkara ke berapa ada sebut dalam perlembagaaan PAS yang nak dirikan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Tulong cari biar sapa jupa. Kawe toksir orang kata PAS ini Parti Al-Khazab Semalaysia. Tunggeng-tunggeng tipu umat Islam.

Anonymous said...

Wahai orang PAS !!!! Buktikan dalam Perlembagaan PAS nak ko Negara Islam dan Hukum Hudud.
Tak payah kecek banyak.

john said...

-1-anom..silo cari namo,mudoh nok tuju..ko takut?

2-"Wahai orang PAS !!!! Buktikan dalam Perlembagaan PAS nak ko Negara Islam dan Hukum Hudud.
Tak payah kecek banyak."

-pandai pulok bekecek pasal pas? demo kaba ko dok rujukan utamo pas? perlembagaan rujuk Al-quran dan hadis! gapo hok quran suruh hok tu hok kito nok buat eh..kecek banyok, ngapal perlembagaan pun kalu buke ahli tok soho..HAMPESS! demo doa eh biar pas buleh perintoh m'sia pah gak buleh eh nok tengok..jange rusing,sekat pas perintoh kelate denga sumber terhad rakyat majoriti koho maju..kecuali geng2 UMNO-APCO jah hok koho nok mapuh..tamboh2 nga bakal mb kononya peminat judi...

john said...

Untuk mu anom...

BERJAYA perolehi lesen judi bolasepak'
Mei 12, 10 11:00am

Meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak, kerajaan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulandepan.

Menurut akhbar ha
rian Cina, Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.

Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.

BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

Ia dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan.

Sebelum ini, ada pihak yang bimbang rangkaian kedai serbanika, 7-eleven yang juga dimiliki Kumpulan BERJAYA akan digunakan untuk tujuan yang sama.

Sin Chew memetik sumber yang berkata, masyarakat Islam akan dilarang daripada terbabit dengan pertaruhan bolasepak itu.

BERJAYA pada 11 Mei lalu memohon sahamnya di Bursa Kuala Lumpur digantung hari ini mulai jam 9 pagi hingga 5 petang sementara menunggu pengumuman lanjut berhubung cadangan menaikkan modalnya.

Ketika dihubungi pegawai BERJAYA berkata kenyataan media akan dikeluarkan hari ini.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa.

p/s:hah anom nok jawab guano? sokng UMNO-APCO saham judi masuk jugok?..apa fatwa2 ulamak/MUFTI UMNO-APCO..

Anonymous said...

John !!!
Bila PAS,DAP dan PKR mahu umumkan deklarasi untuk menubuhkan negara Islam dengan melaksanakan hukum hududnya. Kawe dok tunggu pengisytiharan ini. Kalu buleh Negara Islam dan Hukum Hudud ni menjadi agenda utama dalam Manifesto PR dalam pilihanraya ke 13 nanti.Tak sabar kawe nak tunggu pengumuman tersebut dan isytihar sebagai pejuang negara Islam dibawah PR.

Anonymous said...

Looni ni PAS berslogkan PAS FOR ALL = ISRAEL FOR ALL. Tengok ko slogan pade pun buleh peluk dengan DAP dan berdakap dengan PKR. Tak hairan kalu ada pemimpin PAS sampai ko peringkat hilang kopiah sebab nak sangat dengan puak-puak DAP dan PKR ni. Kita boleh tengok dalam pilihanraya ke 13 strategi PAS tersebut direstui oleh rakyat atau sebaliknya.

Anonymous said...

Kalu DAP menang di Sibu ni , pendokong PAS yang bermati-matian berkerja untuk kemenangan tersebut ada jaminan syurga ko dalam keadaan pemimpin DAP tolak negara Islam ( kata Karpal Singh) dan berkeras mempertahankan negara sekular ( kata Kit Siang).
Harap pemimpin Dewan Ulamak PAS boleh beri petua. Sukanya pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja PAS ( yang berjuang untuk menegakkan negara Islam) di Sibu kalau dapat tambah pahala kerana memastikan DAP yang menolak negara Islam itu menang.

Anonymous said...

Lagu mano PAS nok perintah.
Masa pilihanraya PAS tidak mencalonkan lebih dari 2/3 daripada kerusi parlimen yang ditandingi. PRU 13 nanti tobak lillah PAS tidak akan diberi 2/3 oleh sekutunya PKR dan DAP untuk bertanding dalam kerusi parlimen. Maka bermimpilah PAS dan penyokong2nya sampai kiamat nok buat negara Islam. Lagu mano tu, cuba fikirlah mmolek sikit...boleh kah PAS nok perintah!!! Duduk jaja nok buat negara Islam tapi secara lojiknya tak boleh kerana tak cukup 2/3. Pah kalu kata bbbual, marah...lu fikirlah sendiri!!!!

Anonymous said...

Puak-puak hok mintak lesen judi tu buke puak-puak UMNO tetapi puak-puak serupa dengan DAP. Puak-puak tu, kalu tok bui gak nyo menyentok tok mudoh lah...
Kalu ore Islam mintak tentu tok bui doh...bui nnapar tawar bolehlah...
Serupa dengan puak-puak keturunan siam mintak nok buat tok kong la...
Tok guru ke lulus jugak...
Nok wak guano mugo negara kita ni banyak kaum, banyak ugama, kena pehe la....pahtu 1Malaysia pulok...

john said...

Kesimpulan posting ni...

"PRU 13 nanti tobak lillah PAS tidak akan diberi 2/3 oleh sekutunya PKR dan DAP untuk bertanding dalam kerusi parlimen"

-biso pulok set2 UMNO-APCO buat tafsiran ko PR, doh dalam PKR tu cino nga india jah ko? melayu tak dok ko? ko melayu PKR tok sokong hudud? Anwar sendiri pun sokong cumo taktik malah nok geger..biaso ah strategi politik. Yang UMNO-APCO ado kuaso lo ni tok ser buat ko hudud/undang2 islam versi UMNO-APCO jugok..

"pasal tokong di kelantan nga lesen judi di M'sia"

-tulong jange jadi buto la anom! ni la set2 UMNO-APCO jahil..ambo pesan doh jange tukka agamo nga judi. agamo tok leh nok pakso,menjadi hok dio nok buat tokong ko kuil ko..mano2 penganut agamo yang jurus tok akan terlibat dengan judi ni. Acu anom cari tok2 sami ko tok ca ko paderi ko hok sokong judi nih..kalu ado pun hok dok dalam UMNO-APCO termasuk tok2 petti.....sehingga berjumpa lagi diposting yang lain..

p/s: nok suruh ambo komen tulong sebut namo ambo deh...heheheh..

Anonymous said...

antara melayu PKR yang saman hudud ialah Zaid yang PAS sudah ampunkan....PAS rela ampunkan bila menguntungkannya tetapi tidak mempedulikan nasib hudud itu sendiri....he he he...

Anonymous said...

pandainya puak-puak PAS, bila dia benarkan arak boleh di jual kelantan, dia kata kita kena bui kepada puak-puak tu kerana tok sir ganggu agama mereka...bila dia lulus buat tok kong pun lagutu jugak....
dari segi hukum pun lagutu jugak...kalu kena ko dia halal belaka...kena ko orang lain haram...contohnya berkawan dengan orang kafir...UMNO dgan MCA tok leh, PAS dgan DAP boleh...
kalu kena ko dia molek belaka...kena ko orang lain...semuanya hudoh...pandai gapo lagutu...pandai kelentong...
PAS loni tak serupa mulo....sebab tu ambo berani kecek....

Anonymous said...

UMNO tolak hudud,
DAP tolak hudud,

UMNO=DAP..... bab tolak hudud..

UMNO sokong ISA, OSA, AUKU, ..
DAP tentang ISA, OSA, AUKU, Rasuah, kezaliman, ....

Tang ni DAP lebih baik dari UMNO yang mengaku Islam tuu ... hehehe..

Anonymous said...

lebih malang bagi orang Islam bila PAS buat mainan ko hukum hudud dan negara Islam. Nga jaja hudud dan negara Islam gi mari gi mari rata righti rata righti.

Bila saing dengan DAP dan PKR senyap dan sunyi dari dok kecek hal hukum hudud. Negara Islam jauh sekali. Hak dok kecek hukum hudud dan negara Islam ni hok prebet bawah yang nampak PAS tu Islam dan Islam tu PAS. Sebab tu puak ni pertahankan PAS lebih pade pertahankan Islam. Puak-puak ni rata-rata jahil tapi semangat dan emosi aje lebih. Muga Allah mengampunkan golongan ini.

Anonymous said...

John !!!
Tolong komen hak Anonymous may, 12, 2010 , 1.59 am :

" Kalu DAP menang di Sibu ni , pendokong PAS yang bermati-matian berkerja untuk kemenangan tersebut ada jaminan syurga ko dalam keadaan pemimpin DAP tolak negara Islam ( kata Karpal Singh) dan berkeras mempertahankan negara sekular ( kata Kit Siang).
Harap pemimpin Dewan Ulamak PAS boleh beri petua (fatwa ). Sukanya pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja PAS ( yang berjuang untuk menegakkan negara Islam) di Sibu kalau dapat tambah pahala kerana memastikan DAP yang menolak negara Islam itu menang.

Anonymous said...

UMNO taja JUDI....
DAP, PR tentang JUDI ...

UMNO yang dakwa diri "prihatin Islam" tu, rela buat kerja maksiat lebih teruk dari DAP yang bukan Islam...

Valid lagikah UMNO bercakap mendabik dada perjuangkan Islam?

Wahai umat Islam, Melayu,.. tinggalkanlah UMNO kurafat tu kita bersatu dalam PAS sajalah...

Anonymous said...

Bila pulak DAP dan PKR tentang judi?
Mintak judi adalah....
bukan judi saja yang diminta tapi...
Tapi mintak nama Allah ditampal digereja...
PAS sokong juga...
Tok kabar ko?
Pas loni tok serupo mulo....
sokong judi dalam senyap...
sokong arak dalam senyap...
sokong tok kong dalam senyap...
kalau tidak masakan...
Di negeri yang diperintahkan oleh pakatan rakyat yang PAS jadi sekutunya tak hapuskan, judi,arak,rumah urut....
Lagu mano tu....

Anonymous said...

tambah satu lagi...
sokong orng minum arak sekali...siap dengan berdoa suruh menang...tapi tak menangpun...
doa tok guru tidak dimakbulkan lagi...itu maknanya......
lu fikirlah sendiri......

Anonymous said...

MALAYSIAKINI
Mei 13, 10 12:00pm

Hadi: Pemimpin bukan Islam Pakatan sokong haram judi

Langkah kerajaan memperkenalkan lesen judi sukan merupakan tindakan yang jauh menyimpang daripada ajaran Islam dan tatacara kehidupan yang diterima masyarakat Malaysia, kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Sedangkan, tambahnya, dalam Pakatan Rakyat, pemimpin bukan Islam daripada DAP dan PKR sendiri menyokong pengharaman judi.

"Inilah kejayaan satu anjakan paradigma dalam aspek dakwah apabila kita memberi kefahaman kepada orang bukan Islam untuk menerima apa yang diharamkan oleh Islam," kata Abdul Hadi yang juga ahli parlimen Marang.

Semalam, kerajaan dilaporkan meneruskan keputusannya untuk mengeluarkan lesen judi semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 berlangsung awal bulan depan walaupun dibantah banyak pihak.


Dalam kenyataannya petang semalam, Kumpulan Berjaya mengesahkan mendapat lesen tersebut, sekaligus membolehkan pertaruhan secara sah dilakukan sebelum kejohanan berprestij itu bermula pada 11 Jun ini.

Abdul Hadi, dalam satu kenyataan hari ini berkata, Umno sebagai tulang belakang kerajaan, telah membawa semakin banyak perkara negatif sejak selepas kemerdekaan negara lebih 50 tahun lalu.

"Ia menggambarkan bahawa kerajaan pimpinan Umno-BN yang ada sekarang ini telah muflis idea dan membawa negara mundur ke belakang, ke arah yang lebih jauh daripada ajaran Islam," katanya.

Anonymous said...

HARAKAH
Dzulfikar Mashoor

JUDI BOLA: NAJIB MASIH MEMBISU

KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.

Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berpendapat, tindakan menyepi seribu bahasa Najib itu membuktikan Umno itu sendiri seperti merestui tindakan tersebut.

"Kalau dia (Najib) berani dan yakin bahawa bahawa keputusan kementeriannya tak salah, memadai dia dapatkan pungutan suara ahli-ahli Umno yang bersetuju," jelasnya.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan ini terus mendapat kritikan banyak pihak.

Ianya termasuk dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan masyarakat negara ini, yang melihat tindakan tersebut bukan penyelesaian kepada pembenterasan judi.

Tindakan kerajaan itu bagi mereka, hanya akan menggalakkan lagi perjudian dan meningkatkan masalah sosial negara.

Selain itu Najib juga diminta menjelaskan pendedahan Mayban Securities Sdn Bhd, pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta, tidak termasuk yang tidak berlesen.

"Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari," kata Firdaus.

Anonymous said...

HARAKAH
Dzulfikar Mashoor

JUDI BOLA: NAJIB MASIH MEMBISU
KUALA LUMPUR, 14 Mei: Keengganan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjelaskan sebab meluluskan lesen judi bola sepak sempena piala dunia Jun ini dilihat sebagai takut berdepan Masyarakat Islam di negara ini.

Bekas Pengarah Jabatan Kesenian dan Sukan Dewan Pemuda PAS, Mohd Firdaus Jaafar berkata, mustahil Najib tidak tahu berhubung kelulusan kerajaan itu dan hanya mahu berrselindung di belakang Timbalan Menteri Kewangan II Datuk Dr. Awang Adek Hussein.

"Takkan itu semua dibuat secara peribadi oleh Dr. Awang Adek saja yang Najib sendiri tidak tahu.

"Takkan dia bersembunyi dalam baju Dr. Awang Adek, takut untuk berdepan dengan orang-orang Melayu yang beragama Islam," katanya.

Kerajaan awal minggu ini meluluskan permohonan lesen judi sempena Bolasepak Piala Dunia yang dipohon oleh Kumpulan Berjaya Corp. Bhd. yang dimiliki oleh Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

Firdaus yang juga Ahli Parlimen Jerai berpendapat, tindakan menyepi seribu bahasa Najib itu membuktikan Umno itu sendiri seperti merestui tindakan tersebut.

"Kalau dia (Najib) berani dan yakin bahawa bahawa keputusan kementeriannya tak salah, memadai dia dapatkan pungutan suara ahli-ahli Umno yang bersetuju," jelasnya.

Tindakan kerajaan meluluskan lesen judi sukan ini terus mendapat kritikan banyak pihak.

Ianya termasuk dari parti-parti politik, badan bukan kerajaan dan masyarakat negara ini, yang melihat tindakan tersebut bukan penyelesaian kepada pembenterasan judi.

Tindakan kerajaan itu bagi mereka, hanya akan menggalakkan lagi perjudian dan meningkatkan masalah sosial negara.

Selain itu Najib juga diminta menjelaskan pendedahan Mayban Securities Sdn Bhd, pada tahun 2006 yang menyatakan nilai urusniaga Judi sehari adalah RM850 juta, tidak termasuk yang tidak berlesen.

"Judi sah berlesen dianggarkan bernilai RM850 juta sehari, judi haram pula dianggarkan bernilai RM1.7 bilion sehari," kata Firdaus.

Anonymous said...

kalau betul-betul PAS marah judi ini...ajak DAP buat demostrasi...lagu mana?????

Anonymous said...

Bukan setakat buat demo anti judi jah, ambo mitak supaya DAP dan PKR sama-sama angkat sepanduk " Kami sokong PAS nak laksanakan hukum hudud dan negara Islam di Malaysia "

Ni baru ngesah DAP nga PKR nak negara Islam Jugak. Bukannya Nik Aziz jadi jurubicara DAP dan PKR dah pahe hal negara Islam sedangkan Karpal Singh dan Kit Siang bisu senyap dhik. Bila Pakatan Rakyat lantik dia sebagai Jurucakap DAP dan PKRnya.

Anonymous said...

UMNO bila lagi nok tukar Perlembagaan Sekular yang syirik, kurafat & penuh penindasan ini?

Hukuman... mencuri RM 60 & seluar dalam dipasaraya.. kena pejara lama dari mencuri jutaan duit rakyat/ syarikat ....

Hukuman berzina lebih murah dari kahwin lari disiam ... atau denda suami poligami tanpa izin...

Kes bunuh, bom mayat Altantuya kurang bukti2 kukuh ... nak dikaitkan "salahguna kuasa" ...

Kes fitnah liwat Anwar ... saksi & pendakwaan berkuasa penuh tukar .. butiran kenyataan .... berubah2 supaya nampak logik... "salahguna kuasa"...

Baguuuuuuuuusssnya... kerajaan UMNO/BN.........